Followers

Wednesday, 31 July 2013

Sharp FU-Z31Y

Sejak di Jpon lagi sudah terdetik di hati untuk membeli 空気清浄機 (Air purifier) memandangkan Jpon ketika ini juga sering menghadapi masalah dengan udara kurang sihat daripada China.. Banyak kali juga survey di internet nak angkat sekali dengan 加湿器 (Humidifier) atau tidak memandangkan kelembapan yang rendah ketika musim sejuk membuatkan kulit cepat kering~ Entah kenapa aku sering sahaja mencari alasan lain untuk tidak membelinya sehinggalah bila diterbangkan pula ke Indonesia, yang sememangnya terkenal dengan udara kurang sihat dek asap kenderaan, jerebu dan sebagainya..


Idea untuk membeli 空気清浄機 muncul kembali apabila salah seorang client seronok bercerita tentang kehebatan teknologi "plasmacluster" keluaran Sharp yang membebaskan ion positif dan negatif ke udara dan sekaligus membersihkan udara kotor~ Banyak juga model plasmacluster ini, teringin nak angkat yang ada 加湿器 tapi harga melebihi 4万円 agak sakit juga.. Akhirnya terpaksa berpuas hati dengan model FU-Z31Y yang memiliki sensor bau, pre-filter, HEPA filter dan juga deodorizer filter.. Alhamdulillah, sejak memasang didalam bilik, aku sudah jarang bersin, malah pernafasan juga agak lancar :)

p/s Paling best ialah mesin ini merupakan hadiah daripada Boss yang kesian tengok aku sering bersin ketika di dalam office (笑)

Saturday, 27 July 2013

Iftar with Malaysia Club Jakarta

26 July - KUNINGAN

Sepanjang berada di Jakarta, kereta yang aku naiki sering akan melalui Kedutaan Malaysia yang terletak di Kuningan, salah satu jalan yang perlu dilalui untuk menghala ke Menteng, Jakarta Pusat.. Ketika awal-awal menjejakkan kaki di sini, aku hanya mengenali sepupu yang menuntut di Bandung sahaja yang berwarganegara Malaysia, jadi ada satu tahap di mana timbul hasrat untuk pergi ke kedutaan untuk bertanyakan tentang port lepak orang Malaysia dsb (笑) 社長 (Boss) ada memberitahu tentang kewujudan Jakarta Japan Club (JJC) lantas membuatkan aku terfikir samada Malaysia juga ada kelab yang sama..
 

Hasil survey di internet menemukan aku dengan Malaysia Club Jakarta (MCJ), sebuah kelab yang menghubungkan golongan professionals yang menetap di Jakarta dengan diplomat Malaysia.. MCJ telah didirikan sejak 1989, dan menariknya tiada bayaran dikenakan untuk menjadi ahli, kerana 社長 perlu membayar USD100 untuk menjadi ahli JJC (笑) Kagum dengan pelbagai event yang diadakan oleh MCJ pada kalendar tahunan mereka; agak sayang kerana golongan professional Malaysia di Jpon masih belum mencapai tahap sebegini kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya dan urusan sendiri; yang aktif kebanyakannya golongan pelajar hasil bantuan dari 大使館 (Embassy)


Asyik mengintai peluang untuk melawat 大使館 dan akhirnya saat itu tiba apabila mendapat jemputan daripada pihak MCJ yang mengadakan Majlis Iftar Ramadhan bertempat di MPH Malaysia Embassy bermula jam 17:15 (Maghrib di sini jam 17:55)~ Pada awalnya aku agak kaget bila 社長 beritahu ada 打ち合わせ (Business meeting) pada hari yang sama pada jam 11:00 bertempat di Bekasi.. Dengan keadaan trafik teruk di tambah dengan bulan puasa, aku risau tidak sempat untuk tiba di 大使館 pada hari itu tapi alhamdulillah, hari Khamis dapat berita 打ち合わせ itu dibuat di 事務所 (Office) sahaja kerana kebetulan orangnya ada urusan di Jakarta..


打ち合わせ yang dimaksudkan pula adalah dengan orang Malaysia berketurunan Cina dan fasih berbahasa Jpon, menuntut di 富山大学 (Toyama U) dan bekerja selama 2 tahun sebelum pulang ke Malaysia.. Kagum dengan 先輩 (Senior) kerana sudah memiliki syarikat sendiri di Jakarta dan sering ulang-alik ke Malaysia.. Asalnya ingin ajak 先輩 sekali ke Iftar bersama 社長 tapi masing-masing ada urusan membuatkan aku terpaksa pergi seorang.. Bertolak dari 事務所 sekitar jam 16:30 dan selamat tiba di destinasi sekitar jam 17:25~ Ingatkan aku antara yang terlewat, tapi rupanya aku terlupa yang ini majlis orang Malaysia, bukan orang Jpon (笑)


Majlis kali ini turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Indonesia, agak terkejut apabila beliau mengenali keluarga aku memandangkan beliau juga berasal dari Terengganu.. Sesi berkenalan dengan golongan berusia dan sekali lagi dikejutkan apabila seorang pakcik itu merupakan 後輩 (Junior) kepada ayah aku~ Pertama kali bertukar kad nama dengan orang Parlimen di Indonesia, dan juga beberapa pegawai diplomat Malaysia di sini.. Kebanyakan belia yang hadir dari Petronas, Technip, dan pilots.. Terkejut yang rata-rata orang Petronas menetap di hotel-hotel bertaraf 5 bintang di sini di mana kos 1 hari mencecah lebih USD200++ o_0 


Sebaik azan, kami berbuka dengan sedikit buahan dan kurma dan kemudian langsung ke hadapan pentas untuk mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah.. Selepas itu barulah menikmati juadah bersama rakan-rakan non-Muslim~ Sebaik azan Isya' berkumandang, kami berhenti makan untuk sama-sama mengerjakan solat Isya' dan tarawikh berserta withir.. Berbeza dengan cara Indonesia, tazkirah hanya diberikan usai solat withir berserta doa Qunut kendatipun Imam pada malam itu merupakan orang Indonesia ;) Selesai tazkirah, moreh sebentar dan majlis bersurai selepas sesi bergambar bersama tetamu yang hadir.. 


Sebelum balik, sempat berborak dengan duta yang ternyata bukan calang-calang orangnya.. Berkelulusan dari Universiti Harvard dalam bidang perhubungan antarabangsa.. Beliau berkata terdapat 2 aspek yang orang Indonesia tidak mahu orang luar campur tangan, hal maruah dan kedaulatan.. Percakapan beliau memang jelas menunjukkan betapa dalam pengetahuan tentang Indonesia, ternyata Malaysia tidak silap dalam memilih wakil duta ke negara asing~ Naik teksi untuk pulang dan hanya mengambil masa sekitar 15 minit (笑) Sempat layan PES 2013 di pondok pak guard bersama geng pembantu rumah lelaki sebelum pulang ke kamar (笑)


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat di sini~

Tuesday, 23 July 2013

Oxford Union


Oxford Union merupakan sebuah persatuan debat di bandar Oxford, England di mana ahlinya terdiri di kalangan penuntut dari University of Oxford meskipun orang ramai juga boleh mendaftar sebagai ahli.. Ditubuhkan pada 1823, ia merupakan persatuan ketiga tertua di Britain dan memperoleh perhatian antarabangsa dengan kelincahan pendebat, dan menyediakan pentas yang terbaik bagi bakal ahli politik bukan sahaja di Britain malah negara lain.. Ada 2 jenis debat yang dilaksanakan oleh persatuan ini, "Competitive debating" dan juga "Chamber debating"~ Video dibawah menunjukkan "Chamber debating" dimana penceramah jemputan dipanggil untuk membentangkan hujah sambil mendapatkan maklum balas dari pihak penonton.. 


Topik yang dibentangkan di bawah pastinya menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi apabila Britain pada ketika itu dikejutkan dengan tragedi pembunuhan secara terbuka oleh seorang Muslim di tempat awam.. Hujah yang diberikan oleh Mehdi Hassan paling terkenal sehingga banyak tersebar di FaceBook dan YouTube; tapi penulis ingin mengetengahkan speaker pertama bagi pihak yang menyokong Islam is a religion of peace kerana beliau bukan beragama Islam~ Debat sebegini wajar ditonton oleh semua lapisan masyarakat disambil menuntut diri sendiri agak lebih peka tentang fakta-fakta yang boleh membantu ketika kita hendak memberi hujah kepada orang seperti pihak pembangkang seperti di dalam video~








Sunday, 21 July 2013

Max Payne 3


Max Payne 3 merupakan siri Max Payne yang pertama aku berjaya habiskan; sebelum ini pernah beli untuk PS1 punya tapi gagal menyempurnakan misi atas sebab yang aku sendiri lupa (笑) Asalnya nak download sahaja game ini pastu main di PC, tapi tukar fikiran bila lihat saiz torrent dia 26GB o_0 Kebetulan ada yang murah di Yahoo Auction jadi terus beli beberapa hari sebelum berlepas ke Indonesia.. Secara keseluruhan, plot Max Payne saling tak ubah seperti siri Die Hard tapi siri ini terkenal dengan aksi tembak-menembak ala The Matrix.. Kualiti grafik yang tinggi di tambah dengan plot yang menarik semestinya membuatkan pemain terhibur walaupun ada kalanya kena bersabar dengan restart level dek kena bunuh dengan bom (笑)



p/s Any recommendations after this??

Thursday, 18 July 2013

Arsenal Asia Tour 2013: Jakarta

14 July - JAKARTA

Arsenal merupakan antara kelab EPL yang paling susah hendak keluar Eropah ketika cuti musim panas kerana mereka lebih gemar menjalankan latihan memanaskan badan di negara-negara sekitar sahaja.. Namun, melihat kelab seteru seperti MU yang cemerlang bermain di Asia membuatkan Wenger membuat keputusan mengejut dengan mengumumkan Arsenal Asia Tour bermula tahun 2011.. Jpon sudah berada dalam perancangan awal pada ketika itu namun terpaksa ditukar kepada Malaysia atas faktor keselamatan kerana waktu itu Jpon masih dalam proses pembaikpulihan daripada tragedi 3.11~


Begitu mengharapkan Arsenal Asia Tour 2012 akan melibatkan Jpon tapi sayang tidak termasuk sebaliknya Malaysia diumum sekali lagi berturut-turut! Sebagai warga Malaysia semestinya aku berasa bangga, tapi sebagai penduduk Jpon, aku rasa terkilan kerana tidak dapat pergi lagi.. Sekitar March 2013, Wenger menamakan Jpon sebagai lokasi dalam Arsenal Asia Tour 2013 membuatkan aku sudah hampir membeli tiket masuk.. Sehinggalah Boss memberikan arahan untuk aku pergi ke Indonesia pada penghujung April.. Ingatkan tahun ini juga terpaksa bersabar, tapi alhamdulillah Indonesia juga termasuk dalam perhentian Arsenal tahun ini!


Agak menggembirakan apabila jarak stadium daripada lokasi penginapan aku sekarang juga tidak jauh iaitu lebih kurang 10km! Sebelum menjejakkan kaki di Indonesia lagi aku sudah merancang cara nak beli tiket, dan banyak kali juga aku cuba hendak beli melalui online.. Tak sangka salah seorang rakan yang diperkenalkan oleh sepupu juga minat bola dan dia berminat nak tengok bersama di stadium siap sanggup hantar lagi! Pembelian tiket juga dia uruskan walaupun aku beli seminggu sebelum perlawanan; sengaja pilih tempat duduk VIP (Nama sahaja VIP, tapi tempat duduk memang daif sangat)


Berbuka puasa dan solat Maghrib di rumah rakan tersebut sebelum bertolak ke stadium sekitar jam 19:00.. Selamat tiba di lokasi sekitar jam 19:20 dan di situ terpaksa beratur panjang kerana orang terlalu ramai berkumpul untuk melepasi spot check.. Terkejut bila ditanya ada bawa rokok atau tidak, ingatkan kalau ada akan dirampas, tapi member di depan yang hisap rokok selamat sahaja.. Kick off jam 20:45 tapi sebelum itu lagi stadium sudah penuh dengan asap rokok tanpa mengambil kira pengunjung dikalangan wanita dan kanak-kanak.. Hal ini juga membuatkan hari yang aku tunggu-tunggu menjadi cacat sebaliknya membuatkan aku teringin melarikan diri daripada situ sebab tak tahan dengan bau rokok (-_-")


Separuh masa pertama menyaksikan Indonesia berjaya mengikat permainan Arsenal kendatipun Arsenal berjaya mendapat gol hasil jaringan Walcott.. Ingatkan Wenger hanya ingin bermain-main apabila membariskan banyak pemain muda pada separuh masa kedua tapi beberapa minit selepas itu, permainan Arsenal terus menjadi lebih rancak apabila Wenger memasukkan Giroud, Sagna, dan Podolski.. Sorakan penyokong memang kencang dengan pelbagai lagu menyorak pemain saling tidak ubah seperti di Emirates Stadium! Agak lucu apabila bunyi "BooOOO" memenuhi stadium apabila skrin besar menunjukkan gambar lelaki termasuk pengerusi FAI sendiri (笑)


Corak permainan Indonesia yang nampak letik pada separuh masa kedua digunakan sebaiknya Arsenal apabila menambah koleksi jaringan menjadikan keputusan akhir berpihak kepada Arsenal dengan rekod 7-0! Kami bersurai sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan; tidak mahu tunggu lama sangat kerana takut sangkut dengan macet ditambah lagi esoknya hari kerja (笑) Naik kereta jam 23:00 dan selamat tiba di rumah jam 23:45! Selepas ini kalau nak pergi menonton bola di stadium, elok bawa mask ataupun tak payah pergi, tengok di TV lagi puas sebab ada replay bila ada jaringan, malah boleh lihat lebih jelas berbanding di stadium (-_-") 



p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Wednesday, 17 July 2013

Ramadhan 2013


Alhamdulillah, bertemu lagi kita di bulan penuh rahmat ini.. Ini merupakan kali ke-7 aku menyambut Ramadhan di perantauan; berbeza bagi tahun-tahun sebelumnya, ini merupakan kali pertama aku menyambut di Indonesia! Jika di Jpon bukan main susah lagi mahu merasa suasana Ramadhan itu, tapi alhamdulillah di sini seolah-olah seperti berada di Malaysia.. Amat bersyukur kerana ditempatkan di Guest House yang menyediakan 朝食 (Breakfast) jadi tiada masalah untuk mencari makanan untuk sahur~ Selesai sahur terus maju ke masjid berdekatan untuk solat berjemaah; sesuatu yang sukar untuk dilakukan ketika berada di Jpon atas faktor kedudukan tempat tinggal yang agak jauh dari surau..
 
Menu yang disajikan ketika sahur kalah menu berbuka :)

Bersyukur kerana pekerjaan aku buat masa ini banyak menumpu di dalam 事務所 (Office) tanpa perlu pergi ke 現場 (Construction site) jadi dapat mengawal dahaga dan jimat tenaga.. Dugaan terbesar buat masa ini ialah untuk menahan mata dari mengantuk dan kantoi depan boss (笑) Solat tarawikh pula dikerjakan di masjid yang sama; menariknya cara solat dia berbeza di Malaysia kendatipun solat tarawikh 8 rakaat berserta Withir 3 rakaat~ Imam di sini gabungkan 4 rakaat dengan 1 tahiyyat akhir tanpa tahiyyat awal.. Begitu juga dengan withir, gabungkan 3 rakaat tanpa tahiyyat awal.. Mujur waktu Isya' di sini sekitar jam 19:00 jadi solat tarawikh 8 rakaat berserta withir biasanya selesai sekitar jam 20:15~

First time tarawikh di luar masjid, bukan lelaki sahaja malah perempuan juga sekali..

p/s Selamat berpuasa buat seluruh pembaca blog ini :)

Sunday, 14 July 2013

Gelar Jepang 19

6 July - DEPOK

Gelar Jepang 19 (GJ) merupakan sebuah acara tahunan yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar fakulti ilmu pengetahuan budaya khususnya budaya Jepun di University of Indonesia.. Kebetulan mendapat tahu tentang adanya acara sebegini ketika terlihat iklan dalam surat khabar The Daily Jakarta yang dilanggan oleh Guest House tempat aku tinggal.. Alang-alang tiket masuk percuma, pertama kali juga naik keretapi menghala ke Bogor; tiket keretapi juga murah iaitu sebanyak Rp. 3000 (30円) sahaja.. 30 minit juga menunggu keretapi tiba, kemudian 30 minit tunggu sehingga tiba di Stasiun Universitas Indonesia.. 


Kebingungan ketika keluar dari keretapi tidah tahu hala tuju.. Hanya ikut orang hadapan sehingga terlihat iklan GJ ditampal banyak di jalan raya.. Sewaktu tiba di lokasi pendaftaran sekitar jam 1100, agak kagum dengan pintu masuk yang dihiasi 鳥居 (Torii) dan poster.. Agak bosan datang keseorangan, aku cuba memilih aktiviti yang seronok, sibuk melihat 受付 (Reception) lalu tertarik dengan お化け屋敷 (Haunted House) yang mengenakan caj Rp. 10,000 seorang.. Suasana di dalam Pusat Studi Jepang saling tak tumpah seperti 学園祭 (School Festival) yang pernah aku turut-serta di RITS tapi kali ini pada skala kecil ;)


Banyak gerai yang menjual makanan-makanan Jepun di sini; kalau di 学園祭 hanya boleh cium bau sahaja, tapi kali ini insyaAllah semua halal tapi sayang tiada selera sangat hari ini (笑) Tertarik dengan gerai 書道 (Calligraphy) di situ jadi aku minta dibuatkan satu menggunakan kain gulungan untuk ditampal pada dinding rumah~ Kebetulan orang ketika itu sedang sibuk memenuhi dewan untuk menyaksikan penutup pertandingan cosplay jadi aku pun turut mengikuti arus :) Salah seorang juri merupakan 日本語先生 (Japanese Teacher) di situ tapi fasih berbahasa Indonesia.. Lucu kerana pemenang cosplay tersebut paling ringkas rasanya antara yang lain ;p


お化け屋敷 agak menarik sebab lain dari yang lain.. Belum pernah lagi お化け屋敷 yang aku masuk selama ini si hantu boleh pegang anggota badan peserta (^_^") Nasib refleksi badan aku masih boleh dikawal, silap haribulan ada hantu yang masuk hospital (笑) Teringin nak masuk pertandingan Lumba Kanji konon-konon nak "test power" tapi sayang pendaftaran hanya terhad untuk pelajar di situ sahaja (笑) Kebosanan tak tahu nak buat apa membuatkan aku meninggalkan acara sekitar jam 1300 lalu pusing-pusing kawasan dalam universiti, bertemu dengan fakulti ekonomi dan juga fakulti teknikal (engineering)


Teringin nak masuk 図書館 (Library) tapi sayang hari Sabtu hanya buka sehingga jam 1300 katanya.. Ternyata tak boleh lawan RITS sebab 図書館 buka setiap hari kot! Suasana dalam universiti seperti di dalam kampung, suatu perasaan yang tidak aku alami ketika berada di universiti di Jepun terutamanya RITS (笑) Keretapi waktu pulang ternyata paling parah, ingatkan 満員電車 (Crowded train) di Jepun paling gila, rupanya Indonesia juga boleh tahan sadisnya bila penumpang tetap masuk walaupun dah diberitahu sudah penuh, paling tak boleh blah bila penumpang yang bawa muatan tetap merempuh masuk sampai penumpang yang sudah ada di dalam dah jadi macam domino (笑) Mujur tiada istilah 痴漢 (Molester) di sini (-_-")

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Thursday, 11 July 2013

Arsenal 12/13 Season Review


Musim EPL 12/13 telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan Arsenal berjaya mengekalkan persaingan beraksi di liga juara-juara Eropah apabila menamatkan liga di tangga ke-4 di belakang Chelsea.. Agak menyedihkan apabila musim yang dinanti-nanti oleh peminat untuk melihat piala masih belum dapat kelihatan selama 7 musim berturut-turut.. Paling menyakitkan hati apabila bekas kapten, Robin Van Persie berhijrah ke Man United dengan 1 alasan iaitu ingin memenangi piala, dan dia berjaya mencapai misinya seperti mana bekas-bekas pemain Arsenal yang bertukar pasukan sebelumnya.. 

Dalam masa yang sama, terpaksa menerima hakikat bahawa permainan bola sepak bagi sesetengah daripada kita adalah hiburan, tapi bagi mereka merupakan punca rezeki, iaitu pekerjaan mereka.. Kalau kita secara senang-senang bertukar pekerjaan tanpa memikirkan perasaan Boss, rakan sekerja, pak guard dan sebagainya, apa hak kita untuk mengkritik pemain-pemain bola yang bertindak sedemikian tanpa mengira alasan mereka untuk berhijrah.. Jangan jadi macam sesetengah orang Jepun yang gilakan syarikat sendiri sehingga mengkritik keras pekerja yang berhenti (笑) 

Berbalik kepada objektif entri yang asal, kehilangan RvP dan juga Song yang juga antara pemain terbaik Arsenal musim lepas sedikit sebanyak mengganggu skuad Arsenal sedia ada untuk membiasakan diri tanpa 2 pemain tersebut.. Kemasukan Cazorla ditambah dengan prestasinya yang muncul hampir setiap perlawanan menunjukkan dia merupakan pembelian paling istimewa buat masa ini.. Tidak sabar nak lihat gandingan Wilshere-Arteta-Cazorla apabila mereka berada di tahap tertinggi.. Cuma sayang masih perlu mengharap pada Ramsey dan Arteta untuk mengisi posisi DM sedangkan itu bukan posisi asal mereka~ 

Bahagian pertahanan juga menyaksikan kualiti gandingan Mertesacker dan Koscielny yang begitu kental membuatkan Wenger terpaksa mengetepikan Vermaelan yang juga kapten pasukan! Wenger cuba untuk meletakkan Vermaelan di posisi pertahanan kiri yang memang posisinya ketika beraksi untuk Belgium tapi entah kenapa kurang menyengat.. Gibbs yang kadang-kala OK dan kadang-kala terpaksa di bawa ke hospital membuatkan Wenger membawa masuk Monreal pada hujung January~ Paling konsisten mungkin Sagna tapi dia juga dah mula menyuarakan hasrat ingin memenangi piala jadi kemungkinan besar dia antara pemain yang bakal berhijrah (-_-")

Kemasukan Podolski dan Giroud begitu ditagih tapi diawalnya susah betul untuk mereka mendapatkan rentak permainan Arsenal.. Podolski kononnya suka main jadi CF tapi bila diberi peluang, entah kenapa dia seolah-olah seperti bermain di posisi AM (-_-") Giroud perlu diberikan lebih banyak masa bermain untuk membiasakan diri dengan corak permainan Arsenal.. Dia boleh rembat dari jauh, heading juga bagus, body juga mantap, memang sesuai untuk bermain di EPL.. Kelajuan Walcott memang tidak dapat ditandingi, tapi sayang bila diasak, dia senang jatuh.. Kalau dapat body macam Messi, mesti lagi mantap!

Secara keseluruhan, banyak lagi yang perlu Wenger perbaiki dalam skuad masa kini, sayang ada pemain bertaraf dunia seperti Arshavin, beli mahal-mahal tapi akhirnya banyak menghabiskan bangku simpanan.. Prestasi Gervinho musim ini tidak begitu memberangsangkan, walaupun sumbangan gol dia banyak membantu.. Teringin nak lihat Chamberlain bermain posisi DM menggantikan Ramsey, tapi sayang DM perlukan orang yang boleh pegang bola, bukan reti gentel sahaja.. Mungkin sebab itu Wenger lebih suka letak Ramsey daripada Chamberlain.. Sebab itu Ramsey lebih menyerlah musim ini!

Musim akan datang, diharapkan Wenger dapat membawa masuk lebih ramai pemain bertaraf dunia dan juga berpengalaman bagi menambah persaingan Top 4 untuk merebut piala.. Musim ini memang nasib Arsenal berjaya mengekalkan tempat ke-4, sedangkan Spurs lagi sedikit sahaja boleh mengetepikan Arsenal.. Kalau berterusan begini, siapa tahu suatu hari nanti, tiba juga giliran Arsenal bermain untuk piala Eropah (笑) Tapi kalau itu piala yang boleh Arsenal kejar untuk dapatkan, terpaksa juga terima daripada kosong (笑) Video dibawah menunjukkan seluruh gol Arsenal sepanjang musim ini.. ENJOY!


 

Saturday, 6 July 2013

Trip to Jakarta Kota

22 June - JAKARTA

Sebaik sahaja berjaya menolak pelawaan boss untuk bermain golf pada hari ini, aku terus buat plan drastik untuk melancong dan destinasi yang dipilih setelah puas survey di internet ialah Jakarta Kota yang menempatkan pelbagai bangunan lama dan bersejarah.. Jalan kaki ke stasiun Gondangdia, beli tiket keretapi ekonomi pada bayaran Rp 1000 (30 sen) menuju ke stasiun Jakarta Kota iaitu hentian terakhir..


Ternyata suasana dalam keretapi ekonomi agak menakutkan dengan pintu sentiasa terbuka, kanak-kanak duduk di pintu sambil kaki terkeluar, ada yang siap buat bisnes jual beli barangan seperti yang dilihat di jalan raya.. Malah paling mengejutkan, ada seorang ibu dan kanak-kanak melintas setiap orang yang sedang duduk dan si anak itu meletakkan sekeping nota di tangan; aku sengaja buat-buat tak baca dalam suatu tempoh masa yang tertentu sehinggalah nota itu diambil balik oleh si anak tadi..


Sedang aku menunggu, aku ditegur pula seorang pakcik Indonesian yang tiba-tiba datang duduk di sebelah, aku sengaja buat-buat tak faham bahasa Indonesia jadi kami berkomunikasi dalam English.. Di akhir perbualan sebelum kami tiba ke destinasi, dia menasihati agar jangan naik ekonomi train lagi selepas ini kerana takut terjadi apa-apa o_0 Sebaik diberitahu begitu, mata aku terus liar memerhati orang sekeliling sambil tangan meraba dompet di seluar lebih-lebih lagi bila berada di kawasan orang berkumpul ketika hendak keluar keretapi..


Sedang aku menuju jalan keluar stasiun, aku ada perasan beberapa orang mula mengekori aku ketika sedang naik tangga.. Ternyata firasat aku benar apabila saat paling mencemaskan sejak aku menjejakkan kaki ke bumi Indonesia apabila seorang lelaki tiba-tiba menyerbu lipatan seluar di kaki.. Aku terus jerit "Hoi" sebanyak dua kali dalam keadaan orang ramai sedang berkumpul di pintu keluar stasiun sebaik naik tangga.. Aku terpandang orang itu cuba mengambil semula pemetik api dia yang terjatuh ke dalam lipatan seluar aku dan tindak balas aku untuk tidak membantu sebaliknya terus maju keluar mungkin telah menyelamatkan dompet aku daripada dicuri pada hari itu!


Bingung dengan jalan-jalan di situ, aku hanya berjalan mengikut orang di hadapan dan ia telah membawa aku ke lorong pasar yang kebanyakannya menjual barangan yang sama seperti kain tudung, mercun, sarung tangan, permainan dan sebagainya.. Jauh juga aku pusing sehinggalah aku fikir sudah cukup lalu mencari destinasi seterusnya iaitu muzium wayang kulit.. Dalam perjalanan, aku singgah sebentar di Muzium Bank Mandiri kerana tertarik dengan seni reka bangunan.. Terkejut juga tiada bayaran dikenakan; dalamnya terdapat pelbagai jenis alat elektronik antik yang digunakan di dalam bank termasuk pengenalan tentang sejarah server, disket, dan sebagainya..


Selepas itu aku teruskan lagi perjalanan mencari Muzium Wayang Kulit~ Tiket masuk berharga Rp. 5000 (RM1.50) dan didalamnya penuh dengan pelbagai jenis patung wayang kulit bukan sahaja di Indonesia malah negara lain juga! Kebetulan hari yang sama ada Batavia Arts Festival di Taman Fatahillah jadi sempat layan persembahan silat.. Bersebelahan dengan taman itu pula ada Muzium Seni Rupa dan Keramik dan tiket masuk juga Rp. 5000.. Terkejut dengan seni reka di dalam muzium yang banyak menampilkan gambar perempuan yang *ehem* (笑) Muzium terakhir yang aku pergi sebelum pulang ialah Muzium Fatahillah (Muzium Sejarah Jakarta) dan bayaran pintu masuk juga Rp. 5000~


Terkejut juga bila baca sejarah Fatahillah yang kononnya merupakan keturunan Rasulullah belah Saidina Hussein~ Malah sejarah nama Jakarta daripada Batavia juga agak mengejutkan.. Sewaktu pulang, aku cuba nak beli tiket ekonomi kerana menyangka perjalanan singkat mungkin selamat tapi mungkin ada hikmah apabila diberitahu keretapi ekonomi berlepas jam 1700 sedangkan waktu itu baru jam 1500.. Terpaksa bayar Rp.7500 untuk naik keretapi yang diambil daripada Jepun (笑) 

p/s Kena berjaga-jaga la bila jalan seorang diri lepas nih (-_-") Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Wednesday, 3 July 2013

Visa Extension

3 July - JAKARTA

Seharusnya rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Indonesia; tapi oleh kerana aku hadir atas urusan kerja, aku terpaksa mendapatkan Business Visa terlebih dahulu.. Aku bakal berada di Indonesia dalam suatu tempoh masa yang lama jadi Multiple Business Visa amat diperlukan; tapi sayang pihak kedutaan Indonesia di Jepun hanya memberikan Single Business Visa atas alasan aku orang Asean (-_-") Oleh itu, aku terpaksa pergi ke 入国管理局 (Immigration Office) untuk memohon pemanjangan~ Antara dokumen yang diperlukan ialah:

  • Borang pemohonan berserta file (Boleh didapati di kooperasi kantor imigrasi)
  • Sponsor letter 
  • KTP atau KITAS sponsor 
  • 2 gambar berukuran 6 x 4 [cm] berlatar-belakang merah

Kali pertama ke Kantor Imigrasi kelas 1 Jakarta Pusat sekadar untuk bertanyakan samada aku bisa melanjutkan tempoh dengan menggunakan sponsor letter teman sekerja (Indonesian) tapi sayang ditolak atas sebab visa aku menggunakan nama perusahaan jadi perlu dapatkan sponsor letter dari perusahaan yang sama (-_-") Mujur direktor perusahaan tersebut bermurah hati memberikan kerjasama untuk menanda-tangani sponsor letter berserta salinan KITAS pada belah pagi, tapi sayang bila aku pergi ke kantor imigrasi pada belah petang, hanya sempat untuk hantar borang sahaja tapi tak sempat untuk buat pembayaran kerana kaunter pembayaran tutup jam 1500 sedangkan kaunter pemohonan tutup jam 1600 (-_-") 


Terpaksa pergi ke kantor imigrasi buat kali ketiga semata-mata untuk langsaikan pembayaran sebanyak Rp 250,000 dan resit itu diserahkan semula ke kaunter pemohonan.. Keesokan harinya langsung kena hadir sekali lagi ke kantor imigrasi untuk mengambil gambar menggunakan komputer dan juga cap jari.. Pertama kali juga kena ambil cap jari bagi semua jari! 延長 sehingga 1 August (Khamis) sedangkan aku plan hendak naik kapal terbang ke Malaysia 3 August~ Cuba minta 延長 sedikit tapi sayang tidak bisa melainkan aku bayar Rp 200,000 sehari untuk overstay (笑) Kena yakinkan boss untuk benarkan ambil cuti panjang sedikit untuk sambut lebaran di Malaysia!


p/s Rugi beli tiket AirAsia July tahun lepas untuk balik raya tahun nih! 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC