Followers

Thursday 25 April 2013

Earth Day 2013

21 April - TOKYO


Pertama kali menyambut "Earth Day" yang diadakan bertempat di 代々木公園 (Yoyogi Park) setelah mendapat berita tentang adanya sambutan sebegini menerusi Facebook.. Kagum dengan pelbagai gerai dan persembahan yang tersedia yang benar-benar mencerminkan "mother nature" seperti tarian orang asli dan sebagainya.. Malah banyak juga gerai yang menyediakan makanan khas untuk vegetarian seperti burger di mana dagingnya diubah menggunakan inti sayuran~ Sempat juga mendengar ceramah tentang kesan tsunami 2011 di 宮城県 (Miyagi Pref.) daripada CW Nicol Woodland School dan usaha yang sedang mereka jalankan untuk membina sekolah terbaik di Jpon~
 
 

Mungkin Michael Jackson (MJ) ada kena mengena dengan Earth Day memandangkan banyak juga poster dan persembahan yang dijalankan menggunakan imej beliau.. Lucu mendengar suara orang Jpon nyanyi lagu MJ sampai tak dapat tangkap langsung apa yang dinyanyikan (笑) Dok pening nak cari tempat solat sekitar 渋谷 (Shibuya), asalnya nak jalan kaki ke 大使館 (Embassy) tapi member yang kerja di sana beritahu tak boleh masuk pada hari cuti umum jadi ambil keputusan untuk gerak ke 代々木上原 (Yoyogi Uehara) untuk solat di Tokyo Camii pastu terus tunggu sampai Maghrib.. Malam itu makan malam buat pertama kali di Hanasaka Ji-san untuk menikmati 和牛 (Japanese beef) halal ala しゃぶしゃぶ (Shabu-shabu) (link)

Rasanya lagi puas makan dekat Seoul Garden (笑)

p/s Lebih minat 焼肉 (Yakiniku) daripada しゃぶしゃぶ (-_-")   

6 comments:

  1. hah!terkejut saya ada tulisan kat setem tu...hahaha
    teringat yoyogi park...amik gambar kat air pancut kat tengah2 tu(betulkan kalau saya salah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      tulah, sesape yg tgk mesti terkejut :p
      hmm, x pasti ada ke x air pancut tu..
      x fasih sangat pun tempat ni :p

      Delete
  2. nmpk meriah..
    seronok bla dpt join..
    kt tmpt org plak..

    ReplyDelete
  3. ok seronok berada ditempt org.......

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC