Followers

Saturday 13 April 2013

かなまら祭 (Kanamara Festival)

7 April - KAWASAKI


Sepanjang 6 tahun berada di Jpon, aku telah mengambil kesempatan untuk merasai pelbagai jenis sambutan termasuk 京都三大祭 (Kyoto's Big 3 Festivals) dan juga 日本三大祭 (Japan's Big 3 Festivals).. お祭り (Festivals) di Jpon melibatkan ajaran 神道 (Shinto) dan terdapat juga sebilangan kecil お祭り di sini dianggotai oleh golongan taraf yakuza atau kaki pukul~ Banyak juga お祭り yang pelik-pelik dan berbahaya di sini dan kali ini aku berkesempatan untuk menyaksikan salah satu お祭り yang paling sukar dilupakan iaitu かなまら祭り (Kanamara Festival) yang diadakan pada Ahad pertama bulan April setiap tahun..

Sudah lama didedahkan tentang kewujudan かなまら祭り ini sejak masih menuntut di Malaysia lagi.. Alangkah terkejutnya bila mendapati かなまら祭り ini diadakan bertempat di 川崎大師 (Kawasaki Daishi) yang terletak kurang 30 minit daripada tempat aku tinggal! Awalnya agak ragu-ragu juga hendak pergi memandangkan 2 hari lepas, ramalan cuaca sudah menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga memandangkan ribut akan melanda kawasan 関東 (Kanto) pada Sabtu malam sehingga ke pagi Ahad.. Mujur pagi itu bila bangun hari sudah cerah walaupun angin masih kuat.. Atur-cara majlis adalah seperti berikut:

例祭 (Regular Festival) : 10:15
神輿御霊入れ式 (Ceremony of welcoming spirit of deceased in palanquin) : 10:45
大根削り (Shaving daikon) : 11:00
面掛行列 (Procession) : 12:00
奉納演芸 (Offering presentation) : 12:10
終了予定 (Ending) : 16:30

Sewaktu naik keretapi daripada 京急川崎 (Keikyu Kawasaki) lagi sudah dikejutkan dengan bilangan 外国人 (Foreigners) yang pastinya menuju ke destinasi yang sama.. Jalan kaki daripada 川崎大師駅 menuju ke 金山神社 (Kanayama Shrine) mengambil masa kurang 10 minit.. Di pintu masuk lagi sudah kelihatan aksi seorang memakai kostum #$%# dan segorombolan orang rata-rata 外国人 mengambil gambar bersamanya (笑) Pastinya お祭り ini paling unik dalam banyak-banyak お祭り yang aku pernah pergi memandangkan bilangan 外国人 lebih ramai daripada 日本人 (Japanese) malah siap ada penerangan dalam 英語 (English) lagi! 

Siap ada wakil TV luar negara yang membuat liputan tentang お祭り tersebut termasuk yang membuat liputan khas untuk dimuatkan dalam YouTube (笑) Terdapat 3 御神輿 (Palanquin) yang dibawa berarak setelah "disembahyangkan" oleh sami~ Salah satu daripada 御神輿 tersebut dibawa oleh segerombolan mak nyah yang bersolek tebal (笑) Lucu melihat gelagat pengunjung lelaki yang membeli manisan berbentuk #$%# pastu makan tanpa segan-silu (笑) Inilah satu-satunya お祭り di mana aku ikut serta perarakan dia buat sementara sebelum mengambil langkah seribu takut terjebak ke lembah maksiat (笑) Video dibawah menunjukkan babak perarakan 御神輿 tersebut yang agak unik~ (Viewer discretion is advised~)


p/s FYI Aku tidak upload sebarang gambar untuk お祭り kali ini memandangkan ramai cousins di dalam Facebook yang masih kecil dan tidak sesuai untuk melihatnya (笑)    

7 comments:

  1. sebenarnya...sebenarnya..

    sambutan ni menghargai lelaki ke cemana..?

    ReplyDelete
  2. patot la ramalan nk ribut festival die..... haha...wahhh!!! dh lama x bace blog kyo

    ReplyDelete
  3. pening tengok objek pink tuh mesti pelik tengok makan manisan bentuk mcm tu T___________T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..
      now you know how creepy the world is~ ;p

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC