Followers

Monday 29 April 2013

Designing Your Life

28 April - SAITAMA

Beberapa hari yang lepas, aku mendapat jemputan daripada seorang kenalan yang memaklumkan tentang sebuah seminar bertajuk "Designing Your Life in Japan" anjuran DOU Group, sebuah pertubuhan tidak rasmi yang mempunyai matlamat untuk membina sebuah platform yang membolehkan rakyat Malaysia memahami dengan lebih dalam tentang budaya Jepun~ Buat julung-julung kalinya pihak DOU telah menjemput Mr. Sakura Koji, seorang usahawan dari Asia Tengah yang sudah menetap lebih 20 tahun di Jepun~ 


Majlis diadakan bertempat di Plaza North Saitama bermula jam 1000 sehingga jam 1700~ Kali pertama berkenalan dengan Mr. Sakura Koji iaitu sewaktu membantu membersihkan kawasan perkuburan Islam di 山梨県 (Yamanashi Prefecture) yang turut menempatkan kubur isteri beliau (link).. Kononnya jika di luar, peserta dikenakan caj 3万円 (RM1k) untuk mengikuti seminar yang beliau kendalikan, tapi kali ini atas budi bicara beliau yang rapat dengan warga Malaysia, kami hanya dikenakan caj sebanyak 2000円 (RM61)~


Menariknya Mr. Sakura begitu minat dengan Tun Mahathir sehingga banyak mengaitkan beliau dalam konteks seminar yang dibawa seperti bagaimana Tun memperkenalkan budaya Jepun di Malaysia dan sebagainya.. 「人づくりから始まるまちづくり (To build a city, firstly we need to build a human)」; manusia diibaratkan sebagai gunung yang terhasil daripada pelbagai unsur, sekiranya salah satu unsur itu ditarik, maka gunung tersebut boleh runtuh~ Mr. Sakura turut menegaskan agar kita sentiasa bertanya pada diri sendiri, "What have I become today?"

Menurut beliau, terdapat 5 aspek yang perlu diambil berat oleh setiap manusia iaitu;
  1. Harta
  2. Kesihatan
  3. Harga diri
  4. Tuhan 
  5. Kasih sayang
Manusia perlu menyeimbangkan semua aspek tersebut bagi mendapatkan kehidupan yang ideal atau dalam erti kata lain 調和 (Resonance) antara satu sama lain.. Cara mendapatkan 調和 tersebut boleh dibahagi kepada 3 iaitu menerusi lisan, perbuatan dan juga pernafasan.. Kononnya lebih 80% daripada komunikasi datang daripada "body language" dan salah satu cara terbaik ialah dengan cara mencerminkan "body language" tersebut.. Sebagai contoh, kita ikut segala pergerakan yang dibuat oleh pasangan dalam misi mendapatkan 調和~ Apabila 調和 tercapai, komunikasi dapat berlaku dengan lancar, malah masing-masing dapat berinteraksi dengan perasaan terbuka dan bebas (link)~ 


Salah satu LDK (Latihan Dalam Kumpulan) yang paling menarik ialah mengenal pasti pergerakan anak mata seseorang dalam menentukan samada orang itu bercakap benar atau tidak.. Dikhabarkan ilmu ini hanya diajar kepada orang atasan bagi mengawal pekerja mereka~ Kononnya maklumat dapat diluahkan dengan lebih cepat dan terurus kerana kita tahu di mana maklumat tersebut berada di dalam minda.. Seminar berakhir dengan perkongsian beberapa 名言 (Wise saying) yang begitu menarik dan berbaloi dikongsi kepada semua :)

  • The map is not the territory
  • Experience has a structure
  • If one person can do something, anyone can learn to do it
  • The mind and body are parts of the same system
  • People already have all the resources the need
  • You cannot NOT communicate
  • The meaning of your communication is the response you get
  • Underlying every behavior is a positive intention 
  • People are always making the best choices available to them
  • If what you are doing isn't working, do something else. Do anything else
  • To get rich, find a way to serve many
  • If you help enough people what they want, you can have all what you want
  • Be a student, not a follower

Anda bebas untuk memahami setiap ayat yang tertulis di atas kerana masing-masing mempunyai pemahaman yang berbeza.. Secara keseluruhan, seminar seperti ini begitu singkat dan seharusnya dijalankan lebih daripada sehari.. Sayang hanya 13 orang rakyat Malaysia yang munculkan diri pada kali ini, kalau lagi ramai mesti lagi meriah ;) Untung dapat berjumpa dengan seorang 先輩 (Senior) yang sudah bekerja lebih 4 tahun di sini sebab selama ini agak susah nak cari tempat untuk meluahkan perasaan mengenai stress bekerja di luar negara~ Selesai seminar, kami makan malam di restoran buffet 2x2 下北沢 (Shimokitazawa) sebelum pulang ke destinasi masing-masing~

p/s Hari ini merupakan hari membuang undi bagi rakyat Malaysia di Jepun= Malangnya aku terlewat untuk mendaftar undi membuatkan aku tidak layak (-_-")
    

6 comments:

  1. ini kali lah!

    lorr. takde sivik punya student..keh keh keh.

    ReplyDelete
  2. er...jersi wan zack boleh dapat ker? :P

    ReplyDelete
  3. best tuh kalau dapat ilmu membca gerakan anak mata.leh aku praktikan kalau tau.share le sikit saidooo..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      dalam seminar dia kasi gambar pergerakan mata lebih kurang dengan yg aku letak dalam entry nih.. tapi kalau nak tau lebih, aku cadang ko tengok episode pertama drama "Lie to me".. :p

      Delete
  4. sakura koji nama macam satu watak dalam cerita my boss my hero...orang atas tu tanya pasal wan zack haikal atlit sukan die buat traning kat hokaido kot x silap...rugi la kyo dah cukup umur tapi x pula menggundi...ain x cukup umur lagi nak mengundi...ngeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC