Followers

Saturday 9 March 2013

STEP3: Fuji Electric Yamanashi

10 Jan ~ 7 Feb - YAMANASHI


Agak mengejutkan apabila diberitahu sekitar penghujung akhir tahun lepas oleh 上司 (Superior) bahawa 現場実習 (Site training) aku yang terakhir bertempat di 山梨県 (Yamanashi Pref) yang berjarak lebih 200km daripada tempat aku tinggal sekarang.. Masakan tidak, STEP1 (link) aku sudah di"campak" ke 地方 (Countryside) dan biasanya kami hanya akan merasa duduk di レオパレス (Leopalace) sekali sahaja sepanjang kursus setahun ini; tak sangka langsung bila diberi peluang duduk レオパレス sekali lagi walaupun agak bersyukur kerana dapat jimat bil elektrik memandangkan segalanya ditanggung oleh syarikat.. 

Leopalace Maiusu

Bertolak agak awal dengan menggunakan 電車 (Train) sekitar jam 0800 memandangkan 部長 (Head of Department) akan sambut di 甲府駅 (Kofu Station) sekitar jam 1000 untuk tolong selesaikan hal rumah dan bawa terus ke 現場事務所 (Site's office).. Berbeza dengan STEP1, レオパレス kali ini terletak berdekatan dengan 現場 jadi agak jauh daripada bandar (-_-") Setelah bersuai-kenal dengan 世話役 (Person in charge) sambil dibawa pusing 現場, awal-awal lagi aku sudah diberi pinjam sebuah basikal untuk kegunaan harian memandangkan jarak 事務所 dengan レオパレス hanya 40 minit perjalanan kaki.. 

Puas hati ada skrin monitor besar lebih-lebih bila perlu guna perisian CAD

Matlamat STEP3 adalah untuk mempelajari tugas seorang 工事責任者 (Site Supervisor) dan projek kali ini berkaitan pemasangan 燃料電池 (Fuel Cell)~ Setiap STEP aku ditempatkan dalam 現場 yang berbeza dan kali ini aku dikehendaki mengutip pengalaman berkaitan tugas jurutera bahagian 空調設備 (Air Conditioner).. Banyak pengalaman suka duka, perit yang aku lalui sepanjang berada di 現場 ini antaranya melaksanakan tugas buruh kasar seperti bersihkan tempat takungan air, sodok ais yang meliputi tapak projek, cat kalis karat berbelas batang besi dan banyak lagi alang-alang 現場 tengah peak (^.^") 

Beza suhu luar dengan suhu dalam rumah.. Memang aku sengaja pasang air cond kaw2 punya kasi rasa cam kat Malaysia (笑)

Perit gak kena keluar rumah sekitar jam 0730 setiap pagi ketika suhu luar sekitar -4℃ pastu kayuh basikal naik bukit untuk pergi ke 現場.. Mujur aku tidak perlu masuk kerja Sabtu dan Ahad disebabkan masih 研修 (Training) kendatipun para pekerja ada yang tak cuti langsung berminggu-minggu! Walaupun 世話役 kali ini banyak suruh aku buat kerja buruh (笑) dan tidak dapat mengajar aku banyak sebab dia seorang perlu jaga ramai pekerja, aku tetap bersyukur dengan masa yang dia luangkan walaupun sedikit untuk mengajar aku apa yang perlu diketahui, dan paling mengagumkan ialah dia mengambil berat waktu solat aku sebelum memberi suatu kerja! 

Tempat solat dalam 事務所 (Office)

事務所 kali ini paling kecil berbanding STEP lain memandangkan di dalamnya cuma ada 3 jurutera termasuk aku.. Selain projek 燃料電池, projek 太陽光発電 (PV) turut dijalankan pada waktu yang sama dan diuruskan oleh jurutera syarikat yang sama membolehkan aku pergi memantau dari semasa ke semasa.. Sayangnya aku tidak dapat melihat 燃料電池 berfungsi secara sepenuhnya memandangkan projek dijangka tamat sekitar April tapi tempoh STEP3 hanya sehingga awal February (-_-") Projek 燃料電池 kali ini merupakan projek sulung syarikat aku jadi aku antara orang yang bertuah dapat "merasa" 現場 ini berbanding 先輩 (Senior) lain :p

Pemandangan tapak projek berlatar-belakangkan 富士山 (Mt. Fuji).. Cuba cari dimana aku dalam gambar (笑)

p/s Dah planning macam-macam nak buat sepanjang January tapi kena campak ke tempat lain pula.. Mungkin inilah yang terbaik, wallahua'lam~          

19 comments:

  1. company ni skrg buat ape? yg aku tau taun 2011 byk diorang transfer ke fuji electric malaysia.

    aku keje kat fuji electric msia fyi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho..
      ko pon FE ke?
      yup, 世話役 aku cakap dah x ramai orang kt kilang nih..
      kurang dari 20 orang katanya.. huhu~
      kilang pun dah x gerak katanya..

      Delete
  2. masyaAllah, sejuk tuuuuu 0.0.. ena masuk rumah salji kt genting ritu, sejuknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa >.< fort rasa bersalji ni mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..
      kitorang siap kena taburkan serbuk CaCl2 (Calsium Chloride) atas jalan yang ada takungan air sebelum balik bagi elak takungan air tersebut jadi ais keesokan harinya!

      Delete
  3. sejuk tak dengan suhu -2 tu?? hehehe.. mesti best kannn.. huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk mana best..
      lagi2 time kerja.. kalau time enjoy lain citer :p

      Delete
  4. hhaha..
    bestnyer..
    maklumla..
    malaysia hujan & panas sepjg taun..
    hehe

    ReplyDelete
  5. ohayo ! bestnye duduk jepun ! nanti boleh la p sane and tanye2 dengan awak kan ? hahahaha :D btw , sane still bersalji eh ? ohsem ! ehemm .

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang aa..
      nak tanya ape2 silakan :)

      ada je tempat yang masih bersalji..
      alhamdulillah, my place macam dah stop~

      Delete
    2. hahaha , wokeh ! in the future lah maybe , insyaAllah :D
      bagus bagus . leh keluar jenjalan ;)

      Delete
  6. Replies
    1. kita kan hidup sebagai pengembara di bumi Allah..
      hatta ada kt Malaysia pun, digalakkan banyak merantau ;)

      Delete
  7. bestnyer dapat peluang cari rezeki di negara orang...
    teringin nak jejak kaki ke jepun..
    tapi dgr citer, kalau nak ke jepun, dalam bank kena ade duit sekurang2nya RM6 ribu...betul ke??? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..
      kalau yang dah bekerja mmg kena ada simpanan around gitu kot.. kalau yg masih dalam tanggungan, kena ada invitation letter dari orang di Jpon dulu.. :p

      Delete
  8. kalau kat Malaysia pula..aircond semua suhu beku hu hu hu sbb panas lah pula kat cni

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. alhamdulillah, suhu dah makin meningkat skang..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC