Followers

Thursday 7 February 2013

Yamanashi Adventure

10 Jan ~ 7 Feb - YAMANASHI

2 hari selepas ahli keluarga pulang ke negara tercinta, aku kena 出張 (Outstation) di 山梨県 (Yamanashi Prefecture) iaitu negeri yang terkenal dengan 富士山 (Mt. Fuji)~ Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki di 山梨; kali pertama ialah pada Summer 2009 sewaktu aktivti memanjat 富士山 anjuran AMIR (link) Hari pertama lagi sudah kena bertolak awal pagi sekitar jam 0800 memandangkan orang atasan nak "sambut" di 甲府駅 (Koufu Station)~ Sebaik tiba, kami naik kereta sewa pergi menguruskan rumah sewa; レオパレス (Leopalace) iaitu tempat yang aku bakal menetap selama hampir sebulan di sini..

Tugu Takeda Shingen yang terletak berhampiran dengan 甲府駅

Kendatipun rumah sewa kali ini terletak berdekatan dengan 現場 (Site), aku agak terkilan kerana kedudukan rumah berjarak 15km daripada 甲府駅 yang merupakan tempat pelajar Malaysia yang menuntut di 山梨大学 (Yamanashi University) tinggal (-_-") Seperti biasa, sebelum masuk ke "tempat" orang, aku akan cuba membina kenalan dengan pelajar Malaysia di kawasan tersebut dan alhamdulillah mereka menyambut kedatangan aku dengan baik sehingga sanggup menghantar aku pergi dan balik menggunakan kereta! Bagi memendekkan entry, aku akan pecahkan kepada 3 bahagian bagi menceritakan aktiviti sepanjang berada di 山梨県~

Boleh nampak clear 富士山 dari rumah! Cuma suhu waktu pagi memang rendah kaw2 (-_-")

12 Jan - Yamanashi Musolla
Alhamdulillah, seperti yang aku alami sewaktu 出張 di 宇都宮 (Utsunomiya) dahulu apabila kedatangan aku "disambut" dengan aktiviti makan-makan ;) Kebetulan ahli surau di sini ingin membuat majlis makan-makan jadi pelajar Malaysia di sini mengajak aku sekali (笑) Aku difahamkan komuniti Islam di sini agak besar dengan pelbagai bangsa dan negara (Japan, Algeria, UK, Uzbekistan, Indonesia, India, Pakistan dll) Menu malam itu "ditaja" oleh pelajar India jadi faham-faham sahajalah menu dia (笑) 

Tazkirah dan aktiviti menjamah

Majlis bermula selepas Isya', tapi yang menariknya ada aktiviti tazkirah di mana mereka pecahkan kepada 3 kumpulan mengikut bahasa, English, Malaysia, dan Japanese mengikut komuniti terbesar di situ.. Kalau diikutkan malam itu hanya ada seorang Jpon yang hadir~ Lelaki Jpon yang sudah pun mempunyai cucu itu difahamkan masuk Islam hasil daripada pengislaman ayah dia beberapa tahun sebelumnya.. Kononnya sukar untuk menghimpunkan ramai komuniti Islam di surau tersebut memandangkan kedudukan yang agak sedikit daripada 甲府駅 ditambah lagi dengan musim sejuk~ Majlis bersurai sekitar jam 2200~ 

p/s Susah betul nak cari masa untuk tulis entry bila dah kerja~ Asyik kena tunda sebulan je baru nak start tulis (-_-")
  

8 comments:

  1. Pic#2 tu Mt. Fuji kah?
    Hope to see more shots of that mountain in this blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, that's Fuji-san :)

      I'll try posting it if it has connection with the story :)

      Delete
  2. baru pindah dah ada kawan baru...bagus2...tinggal dekat dengan gunung fuji pula menarik2!!!...rumah family ain pon boleh nampak gunung juga tapi Gunung Lambak je la...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. rezeki ;)

      orait la tu leh nampak gunung..
      tengok gunung ni kan leh tenangkan fikiran :p

      Delete
  3. teringin nak jejak kan kaki ke sana.
    mintak mintak satu hari nnti ada peluang

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC