Followers

Wednesday 27 February 2013

Malaysia Short Trip

8~18 Feb - MALAYSIA

Asalnya aku hanya meminta cuti selama 5 hari sahaja malah tiket pun sudah dibeli sejak pertengahan July tahun lepas daripada 7~12 Feb atas sebab menghadiri perkahwinan abang kandung.. Beberapa bulan selepas itu, aku dapat maklumat mengejutkan yang memaklumkan majlis perkahwinan belah lelaki terpaksa dianjak daripada 11hb kepada 17hb Feb! Ingatkan nak pasrah sahaja sehinggalah naik tahun baru terus aku beranikan diri memaklumkan kepada 上司 (Superior) tentang hal ini yang akhirnya membenarkan aku mengambil cuti 5 hari bekerja \(^o^)/ 


Selepas diberi lampu hijau, aku cuba untuk batalkan tiket 12hb yang sudah dibeli tapi sayang tiket AirAsia tidak boleh dibatalkan dan duit hanya akan dipulangkan sekiranya ada masalah kesihatan (-_-") Asalnya nak ubah tarikh tapi kebetulan waktu yang sama AirAsia sedang buat promosi yang mana bila dicampur semua kos siap dengan makanan, bagasi, dan tempat duduk hot seat tidak berbeza sangat daripada harga 20000円 (RM675) yang dikenakan sekiranya mahu tukar tarikh ;) 


Berat hati samada nak beli hot seat untuk tiket pergi sekali atau tak memandangkan ini merupakan kali pertama aku menggunakan AirAsia X dan rata-rata kenalan suruh aku beli hot seat memandangkan lebih selesa tapi akhirnya aku fikir penerbangan malam jadi hanya perlu bersabar selama 6 jam (笑) Agak kelam-kabut jika memikirkan 7hb itu merupakan hari aku kena pindah rumah daripada 山梨 (Yamanashi) ke 川崎 (Kawasaki) semula jadi pagi itu kena kemas apa yang patut dan hantar barang-barang menggunakan perkhidmatan クロネコ (Kuroneko)~


Mujur segalanya berjalan dengan lancar dan aku dapat naik 特急電車 (Special rapid) daripada 甲府 (Kofu) sekitar waktu Zohor dan selamat tiba di rumah sekitar Asar.. Rehat sebentar sambil kemas apa yang patut sebelum bertolak pula ke 羽田国際空港 (Haneda International Airport) sekitar jam 2030~ Selamat tiba di airport sekitar jam 2100; siapa sangka ramai juga kenalan yang aku jumpa di airport termasuk 先輩 (Seniors) dan 後輩 (Junior)~ Boleh tahan bilangan penumpang malam itu (Khamis) sebab 11hb (Isnin) merupakan cuti umum di Jpon jadi ramai ambil cuti 8hb (Jumaat) untuk melancong~ 


Ternyata memang seksa juga untuk tidur dengan kerusi yang agak sempit! Mujur aku bawa laptop jadi boleh la bantu menghabiskan masa sambil menambahkan beban pada mata untuk paksa tidur (笑) Selamat mendarat sekitar waktu Subuh jadi sempat menunaikan solat di LCCT~ Sarapan Nasi Lemak Special di salah satu restoran dalam LCCT (terkejut harga dikenakan RM10) sementara menunggu abang datang menjemput~ Walaupun tempoh aku pulang kali ini paling singkat sepanjang aku menetap di Jpon, boleh tahan juga tahap kesibukan apabila hampir setiap hari keluar rumah (笑) 

Majlis Akad Nikah 9hb
Majlis belah pihak perempuan 10hb
Seoul Garden at One Utama 12hb


Genting Highlands 13hb

Reunion E2 at Mid Valley 14hb
Wedding teman sepermainan sejak kecil at Shah Alam 16hb

Majlis belah pihak lelaki 17hb
Reunion Kamar 304 at Setia Mall 17hb

Ternyata hati rasa berat bila perlu meninggalkan rumah pada pagi 18hb itu memandangkan penerbangan dari LCCT pada jam 1445~ Air mata hampir meleleh bila mengucup pipi Ummi tapi apa hendak dibuat, itulah nasib seorang perantau yang mencari rezeki di negara orang.. Terkejut apabila 外国人登録証明書 (Alien Card) disemak begitu teliti siap menggunakan kanta oleh pegawai bertugas di LCCT ketika hendak masuk bilik menunggu pesawat.. Ternyata hot seat AirAsia memang terbaik lebih-lebih lagi tempat duduk aku 7C, jadi dapat keluar awal~ Mendarat sekitar jam 2240, selesai mengambil bagasi sekitar jam 2315 dan selamat tiba di rumah sekitar jam 0000~ Perut pun dah kenyang sebab dah bedal 2 nasi lemak dalam flight ;)


p/s Alhamdulillah perkahwinan sulung dalam keluarga sudah selesai, adakah selepas ini giliran aku? Sama-sama kita nantikan :) Misi memburu calon isteri sudah bermula (笑) 

28 comments:

  1. Hai. Tq singgah belog nina ♥

    Yup. Antara perubahan. Nina dah tak gastrik lg setahun 3 bulan ni. Bestttt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha yang berbaloi..
      moga dah x gastrik sampai bebila :)

      Delete
  2. kejap je balik.. mesti sedih. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kaw2..
      tapi tanggungjawab pada kerja pun ada gak :/

      Delete
  3. Hamboihh... Siap ada misi memburu tu.. Bahaya betul.. Macam nak buru harimau je.. hahaha...

    *Moga ko bertemu jodoh yang baik2, yang ko impikan selama ini.. Amin3..

    **Gempak la wedding.. Siap pakai sut tuxedo lagi tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..
      moga wedding kyo nanti dapat buat ala kadar je :p

      Delete
  4. kerje kat jepon ea..best tak...
    kejap je dapat balik...jadi la kan dari tak dapat balik langsung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..
      tapi kalau balik lagi sekejap rasa rugi plak bayar tiket mahal2 :p

      Delete
  5. mak aih saido..misi memburu tu...
    ganbatte!!hehe
    *kene cari syarifah ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thanks..

      soalan last tu wallahualam :p

      Delete
  6. tak sempat kita buat reunion blogger yekk T-T hukhukhuk

    ReplyDelete
  7. wah wah unuglah senior baik hehe...sakan nohh

    ReplyDelete
  8. ni lah dinamakan percutian tapau. sambil menyelam minum air, dsbbkan abg kahwin, dpt laa pegi keje kawin member dan buat reunion2 yg lain.
    nasi lemak yg spolohengget tu CiM dah rasa, ok laaaaaa dpd perut kosong masuk angin kannnnnnnn.....

    teruskan misi utk majlis ke2 dlm family, maybw thn ni... wink wink

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      ada nama rupanya :p
      di Jpon kami panggil 一石二鳥 (Killing two birds with one stone) ;)

      thanks!

      Delete
  9. alahai balik sekejap pun jadi lah..asal dpt hilangkan rindu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai
      10 hari memang lagi panjang daripada 5 hari kalau ikut plan asal.. alhamdulillah :)

      Delete
  10. bestnya kerja kat luar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..
      best ke?
      tekanan dia berbeza kot..
      dugaan iman kat sini memang dahsyat..
      do pray for me k

      Delete
  11. 'dugaan iman kat sini memang dahsyat' contohnye kyo?....wahhh dah mula memburu calon istri pula~~~ dh ada senarai calon ke? huhuhu...x sabar nak tengok kyo pula yg mendirikan rumah tangga...siapalah perempuan yg bertuah tu???...ha3

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. panjang citer nyer :p

      doa2 lah ye :)

      Delete
    2. insyaallah...kyo pon doa2 lah supaye ain pon boleh berjaya mcm kyo :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC