Followers

Wednesday, 28 November 2012

STEP2: Kanamachi Water Purification Plant

11 October ~ 22 November - TOKYO

Alhamdulillah aku baru sahaja selesai menamatkan 現場研修 (Site training) kali ke-2 yang mengambil masa sebulan setengah berbanding tempoh 2 bulan ketika STEP1 yang lalu.. Kali ini ak ditempatkan di 金町浄水場 (Kanamachi Water Purification Plant) bagi mempelajari tentang tugas-tugas pekerja bidang 水処理 (Water treatment) di dalam syarikat.. Oleh kerana 現場 (Site) kali ini terletak di dalam kawasan 関東 (Kanto), aku terpaksa ulang-alik daripada 寮 (Dorm) kendatipun tempoh perjalanan mengambil masa hampir 2 jam (-_-") Perit juga terpaksa bangun seawal jam 5 pagi setiap hari tapi yang bagusnya tidak terlepas solat Subuh (笑)

Keluasan 金町浄水場 adalah 1/2 keluasan Tokyo Disneyland

Naik 電車 (Train) sekitar jam 0600, ingatkan 電車 masih kosong waktu itu tapi sangkaan aku meleset bila melihat orang sudah memenuhi 電車 malah banyak kali juga aku terpaksa berdiri sepanjang perjalanan sehinggalah 新橋駅 (Shinbashi Station) kerana ramai turun di sini~ Paling mengejutkan budak-budak sekolah rendah pun dah naik 電車 waktu-waktu macam ini! Daripada 金町駅 (Kanamachi Station) menuju ke 事務所 (Office) mengambil masa hampir 20 minit dengan kaki~ Hanya hari Khamis sahaja ak terpaksa tiba di 事務所 sekitar jam 0715 kerana ada gotong-royong manakala hari lain ak biasanya tiba sekitar jam 0730~ 

Proses pemulihan air

Agak beruntung kerana 現場代理人 (Site representative) kali ini merupakan seorang yang memahami status ak sebagai seorang Muslim memandangkan dia mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang Oil & Gas di Algeria dan Egypt selama 8 tahun.. Agak terkilan apabila dia luahkan dia tidak suka Muslim berdasarkan pengalaman dia bekerja di sana tapi jujurnya dia tidak mempunyai masalah dengan aku.. Tempat solat ak di dalam 事務所 juga lebih luas kali ini dan aku bebas untuk menunaikan solat pada bila-bila masa tanpa ada kekangan berbanding STEP1 yang lepas~ 

Tempat solat

世話役 (Person in charge) yang membimbing aku sepanjang kursus juga amat baik dan menariknya dia tidak minum arak tapi kuat hisap rokok.. Paling aku tidak puas hati sepanjang kursus ialah terpaksa memakai topeng muka di dalam 事務所 sebab kiri-kanan orang hisap rokok secara bebas (-_-") Tidak tahan dengan asap rokok membuatkan aku terpaksa membeli USB fan untuk membolehkan asap rokok beredar pantas.. Ternyata asap rokok merupakan suatu perkara yang paling aku kurang senang selepas arak dalam industri pembinaan ini.. (-_-") Selama ini aku ingatkan kulit senior yang rata-rata gelap disebabkan banyak kerja bawah matahari, tapi rupanya ada yang disebabkan oleh kuat minum arak o_0

Hari-hari pakai sarung tangan waktu masuk site, dengan cuaca yang agak kering memang senang jadi merah (-_-")

Sepanjang kursus, aku dikehendaki melakukan pelbagai tugas yang tidak pernah aku lakukan sewaktu STEP1 yang lepas.. Mujur tidak perlu 残業 (Overtime) dan 休日出勤 (Working during holidays) seperti rakan-rakan yang lain tapi tidak dinafikan ada masa teringin juga (笑) Tapi bila difikirkan waktu perjalanan balik yang panjang memaksa ak berubah fikiran.. Sedih juga terpaksa menolak pelawaan 世話役 untuk bermain futsal sekitar 現場 disebabkan masalah yang sama (-_-") Semoga pengalaman yang aku dapat sepanjang berada di sini sedikit-sebanyak dapat membantu di masa hadapan kelak, insyaAllah =)

p/s STEP3 akan bermula sebaik sahaja cuti tahun baru nanti (-_-") 

Friday, 23 November 2012

Look East Policy: Gala Dinner

11 November - TOKYO

Sebuah majlis makan malam bagi meraikan ulangtahun ke 30 東方政策 (Look East Policy) telah selamat dilaksanakan bertempat di Hotel New Otani pada hari ini.. Majlis yang menghimpunkan lebih 200 orang ini bermula sekitar jam 1800~ Terpaksa bergegas keluar rumah lantas menaiki keretapi sehingga boleh tersilap line yang sepatutnya ak ikut untuk berjumpa dengan seorang member dari Malaysia yang tidak tahu jalan (-_-") Sampai sahaja di stesen 赤坂見附 (Akasaka Mitsuke), terus berjalan dengan yakin memegang payung di waktu hari tengah hujan sekali dah jalan separuh, tengok GPS iPhone, dah terpesong arah jadi terpaksa patah balik tapi kali ini kena lari sebab untuk kejar masa.. 


Mujur sampai di destinasi beberapa minit sebelum jam 1800 dan seperti yang telah ak jangkakan, majlis masih belum dimulakan meskipun para VIP Jpon telah berada di tempat masing-masing.. Majlis bermula sebaik sahaja ketibaan VIP Malaysia sekitar jam 1830~ Selepas ucapan pembukaan daripada President MSAJ (Malaysian Students Association Japan), pengunjung diperdengarkan pula dengan ucapan Presiden ALEPS (Alumni Look East Policy Society) yang mungkin lebih singkat sekiranya dia siapkan teks skrip apa yang ingin dia utarakan.. (-_-") 


Majlis diteruskan dengan 2 ucapan daripada wakil MOHE (Ministry of Higher Education) Jpon dan Malaysia sebelum makan malam dihidang.. Sepanjang sesi makan, ak berkesempatan untuk meluaskan "network" sambil bertukar idea dengan beberapa VIP antaranya Sayed Munawar dan Prof. Mako.. Sayed Munawar merupakan hos program "Bicara Rakyat" di RTM telah dijemput oleh AKEPT (Higher Education Leadership Academy) untuk mengendalikan GLO (Global Leadership Outreach) khusus untuk pelajar Malaysia di Jpon.. Banyak yang kami bincangkan khususnya tentang politik semasa di Malaysia dan menariknya bila dia ceritakan pengalaman dia menemu-ramah ahli politik di Malaysia~ 


Prof. Mako merupakan salah seorang pakar ekonomi di Jpon dan dia memegang jawatan sebagai ahli exco Japan Association of Malaysian Studies (JAMS)~ Ak sengaja bertanya tentang situasi kebanyakan syarikat di Jpon yang pada ak terlalu kolot kerana membuat peraturan meminta pekerja memakai baju putih dsb.. Jawapan yang dia beri memang menarik: ".. Sebab semua orang Jpon buat macam itu.." Dia juga kata ramai orang Jpon fikir peraturan itu kolot tapi ikut sahaja agar tidak menyusahkan orang lain.. Dia memberi 3 jenis syarikat; Syarikat Jpon yang ikut style Jpon, syarikat Jpon yang tidak ikut style Jpon, dan syarikat US.. Masing-masing ada pro dan kontra tersendiri begitulah juga kehidupan.. 



Majlis berakhir sekitar jam 2100, sewaktu berada di luar dewan, ak sempat berinteraksi dengan VC (Vice Chanselor) UniMAS yang kebetulan hadir sama pada majlis kali ini.. Ak persoalkan kenapa kita seperti disyorkan untuk membuat PhD di luar negara dan tidak di Malaysia? Ak kuatkan lagi hujah ak dengan situasi yang menimpa seorang rakan yang kini masih dalam proses menamatkan Masters dia di salah sebuah IPTA dan hari-hari terpaksa stress dengan sikap SV (Supervisor) dia yang tidak buat kerja, pemikiran terlalu politik dsb berbanding dengan bekas SV dia di Universiti Jpon.. VC akur dengan masalah itu; sebab itu dia giat untuk menghasilkan ramai lecturer di usia yang muda supaya mereka banyak buat kajian sambil mengajar~ Sempat juga iklan kepada pelajar yang ingin mendapatkan biasiswa UniMAS agar terus email kepada dia :) 

p/s Terserempak dengan seorang rakyat Malaysia yang kebetulan berkongsi banggunan dengan HQ syarikat ak (o_0) ketika sedang menunggu keretapi tiba.. Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~   

Saturday, 17 November 2012

Luncheon TalentCorp

11 November - TOKYO

Majlis makan tengahari anjuran TalentCorp telah dilaksanakan bertempat di Restoran Malay Kampung, Tokyo sekitar jam 1200 sehingga jam 1530~ Ini merupakan kali kedua ak turut-serta dalam sesi perbincangan bersama TalentCorp; kali pertama lebih kepada workshop bertempat di kedutaan (link)~ Sesi perbincangan kali ini lebih berbentuk santai; lebih daripada 30 orang (golongan profesional dan pelajar) yang rata-rata ahli JAGONG (Japan Graduates of Nothing Good) (link) menghadiri majlis kali ini.. 


Yang pasti, fungsi TalentCorp bukanlah untuk memanggil golongan professional untuk pulang serta-merta untuk berkhidmat kepada negara kerana ada banyak cara untuk berkhidmat tanpa perlu pulang lebih-lebih lagi dalam soal bisnes.. Memandangkan ak memang nekad untuk pulang suatu hari nanti, ak fikir elok daripada awal lagi untuk ak membina network sambil mengumpul maklumat-maklumat berguna tentang dunia pekerjaan disamping mengetahui perkembangan semasa tentang politik di Malaysia..


Antara soalan menarik yang ditanya dalam sesi perbincangan kali ini ialah status TalentCorp sekiranya kerajaan kini ditumbangkan pada pilihanraya akan datang.. Kendatipun penaung TalentCorp buat masa ini ialah Perdana Menteri, adalah perlu untuk ditekankan di sini bahawa misi TalentCorp bukan berimej politik tapi sebaliknya fokus untuk membina jaringan rakyat Malaysia dikalangan professional jadi tiada sebab untuk ia tiba-tiba hilang dalam agenda kerajaan sekiranya berlaku pertukaran..

Round 2 makan.. 

Menu yang disediakan oleh chef di Malay Kampung memang terbaik walaupun ini kali kedua ak hadir untuk makan di restoran ini.. Nasi lemak, ayam masak rendang, daging, sambal udang, ditambah dengan roti canai ternyata mengenyangkan.. Sepanjang mendengar penerangan TalentCorp, terdetik rasa bersyukur kerana memilih untuk berjuang di negara orang walaupun perlu menghadapi suasana yang jelas berbeza, faktor makanan, tempat solat dan sebagainya tapi dapat menghadiri majlis-majlis sebegini yang pastinya tidak akan dapat sekiranya ak pulang selepas tamat belajar.. 


p/s Tamat sahaja majlis, terpaksa bergegas untuk pulang ke rumah untuk solat dan tukar kepada suit untuk majlis seterusnya yang akan ditulis pada entri akan datang~

Tuesday, 13 November 2012

Malaysia-Japan Academic Scholar Seminar (MJASS) 2012

10 November - TOKYO


Sejak bergelar 社会人 (Working adults) ini merupakan kali pertama ak turut serta dalam seminar dan menariknya seminar ini membincangkan tentang hala tuju 東方政策 (Look East Policy) yang baru sahaja menyambut ulangtahun ke-30 pada tahun ini.. Seminar yang dilaksanakan bertempat di 早稲田大学 (Waseda University) ini bermula jam 0930 sehingga jam 1700.. Antara VIP yang menghadirkan diri pada seminar kali ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Abdul Rahim Md. Noor dan VC UniMAS, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Abdul Hamid yang juga beraksi sebagai penasihat kepada seminar ini.. 


Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan seminar kali ini dalam masa 6 bulan! Selain mendapat tajaan daripada MOHE (Ministry of Higher Education), seminar kali ini turut mendapat sokongan daripada Tokuyama Malaysia Sdn. Bhd., TalentCorp, Tourism Malaysia, MARA, YPM, AirAsia dan juga Yayasan Ilmuwan~ Seminar berbentuk panel diskusi terbahagi kepada 2 topik utama; 

Look East Policy: The New Challenges in Higher Education, Economic and Human Capital Development 
Moderator:
Prof. Dr. Rugayah Mohamed - Pensyarah dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Panelist: 
a) Prof. Dr. Osamu Ono - Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan dari 明治大学 (Meiji University)
b) Prof. Dr. Lau Sim Yee - Pensyarah dari 麗澤大学 (Reitaku University)
c) Prof. Dr. Mako Yoshimura - Pensyarah dari 法政大学 (Hosei University)
d) Mr. Abdul Razak Ahmad - Pensyarah dari UPNM


Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri tentang visi Look East Policy (LEP) selepas 30 tahun tapi ak cukup tertarik dengan pandangan yang dilontarkan oleh Prof. Lau.. Mempunyai latar-belakang akademik dalam bidang kejuruteraan sehingga peringkat sarjana tapi PhD dalam International Cultural Studies! Menurut beliau, sudah tiba masa untuk kita mempelajari budaya kita sendiri untuk maju daripada terus memandang ke timur~ Prof. Yoko menekankan tentang etika kerja manakala Mr. Razak pula memaklumkan beliau sendiri kurang yakin dengan perjalanan LEP yang kian dilupakan selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri..

Look East Policy: Nurturing Future Leaders, Entrepreneur, and Scientist
Moderator: 
Dr. Zainal Abidin Sanusi - Pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM)
Panelist: 
a) Mr. Zulfiqar Zainuddin - Khazanah Nasional Berhad (KNB)
b) Mrs. Sherene Azura Azli - TalentCorp
c) Mr. Yeonhang Chuah - InterAsia Links Co., Ltd.


Perbincangan topik kali ini agak menarik kerana membariskan ahli panel lulusan universiti Jpon kecuali Mrs. Sherene.. Mr. Zulfiqar mempertikaikan pelajar lulusan Jpon yang terlalu menjual "kebolehan berbahasa Jpon" ketika ingin mencari kerja di Malaysia sedangkan apa yang mereka perlu jual ialah kepakaran dalam bidang kejuruteraan! Mrs. Sherene yang mewakili TalentCorp pula cuba membina jaringan yang menghubungkan golongan professional Malaysia yang berada di seluruh negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai "Global Talent Hub" 


Kononnya Malaysia ketinggalan 10 tahun daripada Singapore dalam usaha menarik "talent" tapi satu kesilapan besar Singapore ialah memaksa "talent" Singaporean keluar negara akibat kemasukan ramai "talent" luar.. Mr. Yeonhang pula menekankan kita tidak semestinya perlu balik ke Malaysia untuk menyumbang kepada negara kerana ada benda yang hanya boleh disumbang dengan cara berada di luar negara.. Beliau memberi contoh 300 ribu rakyat Filipina yang menetap di Jpon menghantar duit ke negara mereka setiap tahun sehingga membantu meningkatkan ekonomi negara..


Makan tengahari berupa 牛丼 (Rice covered with meat and vegetables) disediakan oleh Malaysia Halal Corp~ Pertama kali dapat merasa 牛丼 halal; teringin nak langgan bento tapi sayang kerana ia perlukan pesanan 20 orang baru boleh pos (-_-") Sesi selepas makan tengahari ialah oral presentation daripada beberapa pelajar daripada pelajar tahun akhir degree sehinggalah kepada pelajar yang sedang mengikuti kursus PhD~ Poster presentation turut dilangsungkan setelah berakhirnya oral presentation~ Makan malam di restoran MAMA yang baru dibuka berdekatan dengan 大久保駅 (Okubo Station)

Cheese Nan with Massaman Curry; chosen to be no1 curry in the world!

p/s InsyaAllah MJASS 2013 akan diadakan bertempat di 明治大学~ Sesiapa yang berminat bolehlah mula menulis thesis ;) Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~        

Saturday, 3 November 2012

犠牲 (Sacrifices)

Sebagai salah seorang penggemar dunia bola sepak, ak sering memandang tinggi pemain bola professional ternama yang beraksi di liga-liga besar seperti La Liga dan EPL.. Pemain bola sepak paling "berjaya" buat masa ini semestinya Lionel Messi yang bermain untuk FC Barcelona.. Sesiapa sahaja akan berasa kagum dengan kemahiran dan aksi Messi di atas padang; pergerakan dia yang pantas dan mudah melepasi halangan pihak lawan yang lebih besar dan tinggi daripadanya ternyata membuktikan saiz bukan aspek paling utama dalam sukan ini.. Artikel di bawah menceritakan perjalanan hidup Messi yang ak pasti boleh membuatkan anda lebih teruja tentang watak beliau di luar padang!


****************************************************************************

Messi is not only the best in the world — winning three successive Ballon d’Or awards — but also the highest paid, with an annual salary fast approaching £30million.

The 24-year-old, 5ft 5in Argentinian striker maintains it is his dedication to the game from a very early age that has played a key part in his success.

He declared: “I always wanted to play professionally and I always knew that to do that I’d have to make an awful lot of sacrifices.

“I made sacrifices by leaving Argentina, leaving my family to start a new life. I changed my friends, my people. Everything. But everything I did, I did for football; to achieve my dream.

“That’s why I didn’t go out partying, or do a lot of other things.

“I’ve always really liked football and I’ve always devoted a lot of time to it.

“When I was a kid, my friends would call me to go out with them but I would stay at home because I had practice the next day.

“Nothing has changed since I was young. My friends would go out and I would stay at home.

“But not for nothing, because I knew it had to be that way and, at that moment, I was totally dedicated to football.”

His dedication has earned him three Champions League winners’ medals, two FIFA Club World Cups, two UEFA Super Cups, five La Liga titles, one Copa del Rey and five Supercopa de Espanas plus a host of individual awards.

His goal in the 2-0 win at Seville last night made it a phenomenal 51 goals for club and country in just 45 games.

And, frighteningly, and with football fans already debating whether he is the best player the game has ever seen, Messi believes he will get even better.

He declared: “Year after year I’ve grown and improved.

“I was lucky to start very young and I always had very good colleagues around me as I was growing up and this has helped me and how I play.

“Even now I think there is a lot more to come from me. I’m nowhere near my peak.

“I’m still young and still evolving as a player.

“I will never stop learning. Even when I finish playing I will never say: ‘I thought I was the complete player’ because the older you become the more experience you gain. The older you become, the better you become.

“Under Barcelona coach Pep Guardiola, I have learned to play more tactically, which is what I most needed — what my game needed.

“From the tactical point of view it’s been about knowing how to stop and think on the field when we don’t have the ball. And that makes us better when we have it.”

Although Messi is the highest-paid player in the game, he maintains that money has never motivated him.

He said: “Money is not a motivating factor. Money doesn’t thrill me or make me play better because there are benefits to being wealthy.

“I’m just happy with a ball at my feet. My motivation comes from playing the game I love. If I wasn't paid to be a professional footballer I would willingly play for nothing.”

However, Messi does admit he is a very sore loser.

“I am very competitive and I feel really bad when we lose,” he said.

“You can see it in me when we've lost, I’m in a very bad way.

“I don’t like to talk to anyone. I just retreat into myself and go over the game in my head: the things that went wrong, what I did wrong, why we didn't win.

“Sometimes it can be torture.”

And Messi openly admits he is so competitive that he pushes himself to the limit no matter what the circumstances.

He added: “I play the same, always the same whether it’s a friendly, or for points, or a final, or any game — I play the same.

I’m always trying to be at my best, first for my team, for myself, for the fans, and to try and win.

“I cannot play any differently. I always want to win, no matter what.”
Source: TheSun (link)

**************************************************************************

Sememangnya pengorbanan itu penting untuk mengecapi impian.. Jalan untuk berjaya penuh dengan liku dan rintangan bersesuaian dengan bentuk kejayaan yang seseorang itu hendaki.. Janganlah kita memandang rendah kejayaan seseorang yang mungkin pada pandangan kita agak mudah tapi pada dia berbeza.. Kawan yang baik akan sentiasa menyokong dan memberi bantuan; tapi janganlah sokong kalau dia mahu buat sesuatu yang ternyata terpesong.. Semoga tiada yang sanggup mengorbankan agama bagi mencapai sesuatu kejayaan yang hanyalah sementara~ 












LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC