Akhirnya berjaya juga ak selesaikan permainan sekuel bagi inFamous ini meskipun dah beli sejak August 2011 lagi~ InFamous 2 menyaksikan pemain memainkan watak Cole MacGrath dalam misi untuk menumbangkan "Beast" melalui senjata RFI.. Untuk menghidupkan RFI, Cole perlu menjelajah pelbagai tempat dan misi bagi mengumpul Blast Cores.. Sekuel kali ini lebih menarik dengan menyaksikan Cole memiliki skill baru seperti boleh mengaplikasikan elektrik menjadi tali, bertukar kuasa ais, dan banyak lagi.. Pastikan anda berada di hadapan internet ketika bermain kerana ada beberapa situasi yang boleh membuatkan anda memaki-hamun kerana "tersangkut" dan terpaksa bermain semula dari awal (笑)
p/s Salah satu game yang membolehkan pemain memilih samada ingin menjadi baik atau jahat!
Pada penghujung tahun lepas lagi ak sudah dimaklumkan oleh pihak syarikat tentang proses penukaran visa daripada pelajar kepada pekerja memandangkan ak bakal bekerja di sini bermula April insyaAllah.. Kami disarankan untuk memohon di pejabat imigresen terdekat dengan tempat tinggal secepat yang mungkin kerana proses penukara ini mengambil masa yang lama (2 minggu ~ sebulan).. Agak beruntung kerana pihak syarikat sudah menyediakan segala dokumen yang perlu ak serahkan, tinggal pada ak untuk isi bahagian yang di suruh berserta dengan dokumen yang perlu ak serahkan sekali ketika membuat pemohonan tersebut.. Berikut merupakan dokumen-dokumen yang di maksudkan:
Senarai dokumen yang disediakan oleh pihak syarikat:
在留資格変更許可申請書 (Application for change of status of residence)
1) 申請人用 (For applicant)
2) 所属機関等用 (For organization)
会社四季報 (Company journal)
Senarai dokumen yang perlu ak sediakan:
Passport
外国人登録証明書 (Alien card)
成績証明書 (Transcript of results)
卒業見込み証明書 (Transcript of expectation of graduation)
Mujur tidak banyak yang disoal oleh pihak imigresen memandangkan syarikat ini adalah 株式会社 (Joint-stock company) dan agak kukuh.. Selesai 審査 (Check) segala dokumen yang dibawa, ak dikehendaki menulis nama dan alamat rumah di atas sekeping 葉書 (Postcard) kerana pihak imigresen akan menghantar 葉書 tersebut ke rumah ak bagi memaklumkan bahawa visa ak sudah siap untuk diambil.. Passport dan alien card dipulangkan setelah selesai 審査 dan ak dibenarkan pulang.. Namun, proses penukaran status visa masih belum tamat kerana selepas mendapat 葉書 tersebut, ak dikehendaki menyediakan dokumen seperti dibawah ketika melawat pejabat imigresen:
葉書 (Postcard)
Passport
外国人登録証明書 (Alien card)
卒業証明書 (Certificate of graduation)
手数料 (Commission) sebanyak 4000円
p/s Dokumen yang perlu ketika memohon penukaran visa mungkin berbeza mengikut pejabat imigresen.. Ak tidak diberitahu pun perlu bawa 成績証明書 dan 卒業見込み証明書 oleh pihak syarikat jadi bila diminta oleh pegawai imigresen, ak dah fikir kena datang sekali lagi.. Namun, alhamdulillah bila dia benarkan untuk hantar pakai pos sahaja.. ;)
Salah satu rancangan kegemaran ak, HonmaDekka TV yang ke udara setiap hari Rabu jam 2100 ini menghimpunkan beberapa pakar akademik dari pelbagai bidang daripada psychology sehingga ke neurology untuk membahaskan penemuan terbaru dalam bidang masing-masing.. Baru-baru ini ak terpanggil untuk berkongsi dalam entri kali ini tentang isu memuji kanak-kanak dengan betul.. Kajian yang dijalankan oleh Claudia M. Mueller dan Carol S. Dweck daripada Columbia University ini diterbitkan pada tahun 1998; namun masih ramai termasuk ibu bapa sendiri masih melakukan "kesilapan" yang sama dalam memuji anak-anak anda.. Pernah terfikir kenapa ramai yang sejak kecil dilabel genius atau bijak tapi bila besar ramai yang lingkup? Mungkin salah satu faktornya boleh didapati melalui maklumat dibawah:
...In her own research, Dweck has shown that these mindsets have important practical implications. Her most famous study, conducted in twelve different New York City schools along with Claudia Mueller, involved giving more than 400 fifth graders a relatively easy test consisting of nonverbal puzzles. After the children finished the test, the researchers told the students their score, and provided them with a single line of praise. Half of the kids were praised for their intelligence. “You must be smart at this,” the researcher said. The other students were praised for their effort: “You must have worked really hard.”
The students were then allowed to choose between two different subsequent tests. The first choice was described as a more difficult set of puzzles, but the kids were told that they’d learn a lot from attempting it. The other option was an easy test, similar to the test they’d just taken.
When Dweck was designing the experiment, she expected the different forms of praise to have a rather modest effect. After all, it was just one sentence. But it soon became clear that the type of compliment given to the fifth graders dramatically affected their choice of tests. When kids were praised for their effort, nearly 90 percent chose the harder set of puzzles. However, when kids were praised for their intelligence, most of them went for the easier test. What explains this difference? According to Dweck, praising kids for intelligence encourages them to “look” smart, which means that they shouldn’t risk making a mistake.
Dweck’s next set of experiments showed how this fear of failure can actually inhibit learning. She gave the same fifth graders yet another test. This test was designed to be extremely difficult — it was originally written for eighth graders — but Dweck wanted to see how the kids would respond to the challenge. The students who were initially praised for their effort worked hard at figuring out the puzzles. Kids praised for their smarts, on the other hand, were easily discouraged. Their inevitable mistakes were seen as a sign of failure: Perhaps they really weren’t so smart. After taking this difficult test, the two groups of students were then given the option of looking either at the exams of kids who did worse or those who did better. Students praised for their intelligence almost always chose to bolster their self-esteem by comparing themselves with students who had performed worse on the test. In contrast, kids praised for their hard work were more interested in the higher-scoring exams. They wanted to understand their mistakes, to learn from their errors, to figure out how to do better.
The final round of tests was the same difficulty level as the initial test. Nevertheless, students who were praised for their effort exhibited significant improvement, raising their average score by 30 percent. Because these kids were willing to challenge themselves, even if it meant failing at first, they ended up performing at a much higher level. This result was even more impressive when compared to students randomly assigned to the smart group, who saw their scores drop by nearly 20 percent. The experience of failure had been so discouraging for the “smart” kids that they actually regressed.
The problem with praising kids for their innate intelligence — the “smart” compliment — is that it misrepresents the psychological reality of education. It encourages kids to avoid the most useful kind of learning activities, which is when we learn from our mistakes. Because unless we experience the unpleasant symptoms of being wrong — that surge of Pe activity a few hundred milliseconds after the error, directing our attention to the very thing we’d like to ignore — the mind will never revise its models. We’ll keep on making the same mistakes, forsaking self-improvement for the sake of self-confidence. Samuel Beckett had the right attitude: “Ever tried. Ever failed. No matter. Try Again. Fail again. Fail better.”
The Prophet took a child in his lap ... and then the child urinated on him, so he asked for water and poured it over the place of the urine. Embarrassed, the father sprang forward. "What have you done, you silly boy?" he shouted. He shoved his arm forward to grab the child away from Muhammad, his red face showing his anger. Fear and confusion showed in the face of the child. Muhammad (SAW) restrained the man, and gently hugged the child to him. "Don’t worry," he told the over-zealous father. "This is not a big issue. My clothes can be washed. But be careful with how you treat the child," he continued. "What can restore his self-esteem after you have dealt with him in public like this?".
Salah satu permainan kegemaran ak dalam game Sports Champions menggunakan PS Move ialah "Disc Golf" atau bahasa mudah nya bermain golf tetapi menggunakan frisbee.. Ketelitian PS Move boleh membuatkan sesiapa sahaja teruja seolah-olah pemain itu betul-betul membaling frisbee tersebut.. Sewaktu usha youtube, ak dikejutkan dengan "Dude Perfect" yang begitu pakar dalam melempar frisbee~ Namun dalam banyak-banyak trick dia, ak sentiasa akan kagum setiap kali lihat video dibawah..
Name: Abu Hakeem Ahmad Naoki Maeno Birth: 1975 in Aichi Prefecture, JAPAN Converting to Islam: 1994 January 12 in Aichi, Japan, converting from Buddhism
Ahmad Maeno embraced Islam in January 1994 at the age of 18 after coming back from Melbourne, Australia, having studied over there about a year as an exchange student. After graduating from Osaka University of Foreign Studies majoring Arabic language (1999) and some work experience at a Japanese company in Osaka and Nagoya Mosque, he went to Damascus in 2000 seeking the Sacred Knowledge of Islam. Since then he has had the honour of studying at AbunNoor Islamic Institute (now Shaykh Ahmad Kuftaro Institute), then Fath Islamic Institute, Sharee’ah Department in “Takhassus (Specialty)” division (graduated in 2009) as well as studying various Islamic Sciences under some of today’s foremost scholars. After coming back from Damascus at the end of August 2006, he started working at the Japanese Oil company in Tokyo in order to aquire “the understanding of reality (Fiqh Al-Waaqi’)” and serving for the sake of Allah in his private time through delivering lectures on the Sacred Knowledge of Islam and other Da’wah activities. He resides in Gyotoku, Chiba prefecture, near the Hira Masjid with his wife and 4 children. His aim and lifetime motto is simply “Rooting Islam in Japan”.
p/s Ak tulis entri ni bagi memudahkan ak menerangkan kepada rakan Jpon tentang kenapa Muslim tak boleh makan daging babi.. Sebelum ini dah pernah dengar, tapi baru-baru ini bila di tanya balik, entah kenapa ak tak dapat jawab dengan mantap.. Harap-harap lepas ini berjaya, insyaAllah ;)
Wang kertas "zero rupee" merupakan duit fantasi yang dikeluarkan oleh sebuah badan NGO di India yang bergelar 5th Pillar dalam usaha untuk membantu mengurangkan gejala politik rasuah.. Wang kertas itu dibayar sebagai tanda protes rakyat terhadap kakitangan kerajaan yang meminta rasuah untuk suatu servis yang sepatutnya adalah percuma kerana mereka sudah dibayar gaji.. Mula digunakan sekitar tahun 2007, sehingga kini lebih 1.3 juta telah diedarkan kepada masyarakat di India..
Transparency International (TI) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang berjuang membanteras gejala rasuah atau korupsi.. Setiap tahun, TI akan menerbitkan Corruption Perception Index (CPI) yang merupakan rujukan tahap gejala rasuah di negara masing-masing.. Skala bacaan adalah daripada 10 (paling bersih) kepada 0 (terlalu korup).. Indeks terbaru menunjukkan bacaan 3.1/10 di India membuatkan usaha membanteras gejala rasuah masih perlu digiatkan..
p/s Indeks bagi Malaysia pada tahun 2011 ialah 4.3/10 (-_-")
Bola sepak merupakan sukan paling popular di dunia dengan pelbagai kejohanan yang dianjurkan oleh FIFA dsb.. Berbeza dengan american football yang mengutamakan pemainnya memiliki satu kebolehan, pemain bola sepak pula perlu memiliki pelbagai kebolehan seperti lari laju, mahir mengawal bola dengan baik, buat-buat jatuh apabila dilanggar, kawal emosi ketika bermain di padang lawan dsb (笑) Skill atau kemahiran menggelecek bola melepasi pemain lawan dan teknik menjaringkan gol yang membuatkan sesiapa sahaja teruja membuatkan sukan ini begitu menarik untuk ditonton.. Salah satu teknik sepakan bola yang agak unik ialah rabona seperti di dalam gambar =)
Rabona pertama kali digunakan oleh Ricardo Infante dalam perlawanan liga Argentina pada tahun 1948.. Perlawanan antara Estudiantes de la Plata dan Rosario Central itu menyaksikan Infante menjaringkan gol pelik sehingga menjadi muka depan majalah sukan El Grafico bertulis "Infante played hooky" ("rabona" di dalam Spanish bermaksud "play hooky") dengan imej Infante dalam pakaian sekolah.. Sejak dari itu, cara sepakan itu dipanggil rabona.. Antara pemain ternama yang mahir bermain rabona termasuklah Pele, Cristiano Ronaldo, Angel di Maria, Quaresma, Deco, dan Ronaldinho.. Video di bawah menunjukkan kompilasi 10 gol dengan rabona paling terbaik~ ENJOY!
p/s Rabona juga muncul dalam permainan bola sepak seperti FIFA dan Winning Eleven~
Sebuah aktiviti membuat 八橋 (Yatsuhashi) telah dianjurkan oleh KCIF (Kyoto City International Foundation) yang bertempat di おたべ本館 (Otabe).. Ini mungkin kali terakhir ak turut-serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh KCIF kerana program seterusnya adalah 花見 (Hanami) yang kebiasaannya dijalankan sekitar pertengahan April.. Aktiviti kali ini adalah terhad untuk 40 orang jadi siapa cepat dia depat.. Memandangkan 八橋 merupakan salah satu makanan kegemaran ak dan terkenal di 京都 (Kyoto), ak antara orang terawal yang memberi nama untuk turut-serta dalam aktiviti ini..
Program bermula tepat jam 1400; gerak sekali dengan keluarga angkat daripada 宇治 (Uji) dan berkumpul di 十条駅 (Jujo Station).. Jalan kaki daripada situ menuju ke destinasi mengambil masa sekitar 10 minit.. 留学生 (Foreign students) dikenakan bayaran sebanyak 100円 untuk turut-serta dalam aktiviti kali ini.. Pada awalnya kami diberikan taklimat ringkas tentang 八橋 dan perjalanan aktiviti pada hari tersebut.. Setiap seorang disediakan 1 paket tepung, 2 paket gula, apron, dan sarung tangan di atas meja.. Slide dibawah menunjukkan proses membuat 八橋..
Sewaktu menunggu tepung yang diguli itu siap, kami dibawa ke bilik berhampiran yang merupakan kilang kecil おたべ.. Kononnya 八橋 paling laku sekitar hujung tahun kerana waktu itu ramai pengunjung hadir ke 京都 dan membeli 八橋 yang hanya boleh didapati di sini.. 20 minit selepas itu barulah proses memotong dan memasukkan cinnamon ke dalam 餅 (rice cake) seperti di dalam slide di atas.. Setiap seorang dikehendaki menghasilkan 3 八橋 dengan menggunakan inti yang disediakan seperti 餡子 (Red bean), 抹茶 (Green tea), dan 胡麻 (Sesame).. Akhir sekali, kami di minta membuat 抹茶 sebagai pasangan kepada 八橋 tersebut..
Pihak おたべ siap buatkan postcard sebagai cenderahati!!
八橋 yang ak berjaya buat..
Aktiviti sepatutnya berakhir pada jam 1530 tapi teranjak sehingga jam 1600.. Ak terpaksa bergegas pulang kerana ada futsal pada jam 1700; mujur sempat mengucapkan "お世話になりました (Thank you for your kindness)" kepada pihak penganjur setelah lebih 2 tahun bersama mereka mengikuti aktiviti KCIF.. Terkejar-kejar dan akhirnya tiba di 南草津 (Minami Kusatsu) pada jam 1700; kali ini kami sudah tempah padang futsal di 守山市 (Moriyama city) dan mengambil masa hampir 40 minit dengan menggunakan kereta.. Harga yang ditawarkan paling murah iaitu 2400円 untuk 1 jam pada waktu malam termasuk duit lampu!
Mahal nau!!
Tempah untuk 2 jam dari jam 1700 sehingga jam 1900 tapi oleh kerana ak terlewat, kami cuba tambah lagi 1 jam tapi malangnya hanya diberi 30 minit sahaja disebabkan "last minute request".. Ak tiba di padang futsal sekitar jam 1800; boleh tahan puas walaupun hanya bermain 10 orang~ Tempat ini boleh jadi "perfect" sekiranya ada dinding kecil di sekeliling padang futsal, tak payah pemain terpaksa kejar jauh-jauh untuk ambil bola (笑) Malam itu kami makan buat pertama kali di restoran Thai di sekitar 守山駅 (Moriyama Station).. 2 piring nasi, Tom-Yum Kung dan ikan paprik? untuk 4 kepala sahaja sudah 1130円 (-_-")
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini =)
Ak begitu cerewet apabila melibatkan lagu-lagu tempatan kerana kebanyakan lagu yang industri hiburan Malaysia hasilkan lebih kepada jiwang semberono dan tiada mesej yang menguji minda.. Ini juga merupakan salah satu faktor utama ak jarang mengikuti perkembangan semasa dunia seni tanah air~ Namun, baru-baru ini ak tertarik dengan sebuah lagu tempatan nyanyian Jamal Abdillah dan penyanyi rap Malique yang suatu ketika dahulu popular dengan kumpulan 2phat.. Mesej yang ingin disampaikan begitu "tajam" membuatkan ak "terpaksa" mengabadikan dalam blog~ Berikut merupakan lirik dan lagu yang dimaksudkan..
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
Sebelum ak pulang ke 関西 (Kansai) pada malam itu, ak rancang untuk pergi ke salah satu tempat pelancongan di sekitar 関東 (Kantou) iaitu 鎌倉 (Kamakura) yang mirip Melaka (笑).. Walaupun keluasan 鎌倉 pada masa sekarang agak kecil, ia pernah menjadi ibu negara Jpon ketika era Kamakura suatu ketika dahulu! Terkejut dengan bilangan pengunjung sewaktu tiba di 鎌倉駅 (Kamakura Station) pada tengahari itu; ingatkan ramai nak lihat patung Buddha sekali, tapi agak pelik takkan orang Jpon pun tak pernah tengok patung itu.. Kami main ikut sahaja orang lain jalan sampailah terpaksa beratur untuk memasuki sebuah tokong..
Sepanjang berada di Jpon, inilah kali pertama ak terpaksa beratur panjang hampir 1 jam semata-mata untuk memasuki tokong.. Ini adalah kerana budaya orang Jpon pada awal tahun baru untuk menziarah tokong berdekatan yang dipanggil 初詣 (Hatsumoude)~ 鶴岡八幡宮 (Tsurugaoka Hachimangu) merupakan salah sebuah tokong paling penting dalam agama 神道 (Shinto) dan tokong ini juga termasuk dalam senarai 重要文化財 (Important Cultural Properties)~ Pertama kali didirikan pada tahun 1063, padanlah tokong ini destinasi utama penduduk sekitar 神奈川県 (Kanagawa Prefecture) ziarah untuk 初詣~
Nak naik tangga pun beratur..
Nak masuk tokong pon ada masa dia.. Begitu sistematik Jpon dalam bidang pengurusan~
Selesai mengambil gambar apa yang patut tak sampai seminit di dalam tokong itu, kami masuk ke dalam muzium kecil yang terletak di dalam tokong.. Agak terkejut apabila diberitahu destinasi utama kami iaitu 高徳院 (Koutoku-in) terletak agak jauh daripada tokong itu sehingga perlu menggunakan keretapi! Dalam perjalanan pulang ke stesen, ak sempat menjamah chocolate crepe buat pertama kali pada harga 300円! Tiba di 鎌倉駅, ak cuba bertanyakan jalan di pondok polis.. Siap diberikan peta, confident boleh pergi dengan jalan kaki meskipun mengambil masa hampir 30 minit, namun baru jalan sedikit dah tak tahu jalan membuatkan kami tiada pilihan lain untuk pergi dengan keretapi menuju ke 長谷駅 (Hase Station)
Tangkal laku macam pisang goreng panas!
Chocolate Crepe!
Untuk ke situ kami perlu menggunakan perkhidmatan 江ノ電 (Enoden).. Nyaris-nyaris sempat tiba sebab 高徳院 tutup pada jam 1700 dan kami tiba awal 30 minit sebelum itu.. 300円 dikenakan sebagai caj tiket.. Di dalam tokong ini ada 鎌倉大仏 (The Great Buddha of Kamakura) iaitu sebuah monumen gergasi berimejkan Buddha sedang duduk bersila.. Kononnya mula dibina pada tahun 1252, namun kurang jelas samada apa yang ada sekarang merupakan struktur asal atau tidak.. Ketinggian 13.35m dan berat 93 ton! Terkejut mendapati ada selipar gergasi tergantung di dinding tokong itu (笑) Tiada apa sangat di sini, teringin nak singgah 江島神社 yang kononnya dalam gua? tapi sayang dia tutup lebih awal iaitu jam 1600~
Buat pertama kali ak dapat naik bas ke 関西 daripada 町田 (Machida) walaupun terpaksa bayar pada kos yang paling mahal pernah ak bayar iaitu 5000円 (-_-") Tarikh-tarikh begini memang agak genting membuatkan kebanyakan harga adalah sekitar 5000円 jadi ak tiada pilihan~ Alhamdulillah, malam sebelum pulang itu kami dijamu dengan menu nasi lemak buatan sendiri oleh Cik Syasya (笑) Siap ada tetamu Jpon 2 orang yang ak kenali sewaktu bersama-sama melancong ke Langkawi pada September yang lepas (link).. Borak sakan dengan mereka kerana kali terakhir berjumpa adalah sewaktu di LCCT~
Credit to Cik Syasya for the lovely dish~
p/s Cik Syasya adalah seorang lelaki macho! Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~
Destinasi hari ini ialah pergi ke Yokohama Sea Paradise di 八景島 (Hakkeijima) yang merupakan salah satu pulau buatan di Jpon.. Tujuan asal pergi sekadar nak tengok ikan sambil teman seorang rakan yang datang daripada jauh (Southampton) untuk menyambut tahun baru bersama-sama (笑) Memikirkan hanya nak tengok ikan, kami bertolak daripada 町田 (Machida) agak lewat yakni sekitar jam 1100 dan tiba di destinasi sekitar jam 1230.. Dalam perjalanan, pertama kali menggunakan monorail Seaside Line yang berhenti di 八景島 pada harga 300円 (RM 12).. Agak terkejut dengan keluasan yang jauh berbeza dengan 海遊館 di Osaka (link) kerana ada taman tema sekali di sini..
Oleh kerana masa yang tidak mencukupi, kami hanya memilih untuk melihat akuarium sahaja jadi harga tiket ialah sebanyak 2700円+200円 (Tayangan video tentang hidupan bawah laut)~ Selesai beli tiket, kami singgah sebentar di Food Court untuk makan tengahari~ Pertama kali ak lihat pertunjukan menggunakan hidupan laut di hadapan mata dan bukannya melalui video.. Konon nya pertunjukan yang sama juga pernah ditayangkan dalam drama "1 litre of tears" (need citations) Pertunjukan mengambil masa 30 minit; selepas itu kami pergi menonton tayangan video tentang hidupan bawah laut itu dengan skrin gergasi ala IMAX.. Selesai tayangan, kami maju pula ke akuarium yang menempatkan beribu ikan di dalamnya..
Di Fureai Lagoon, pengunjung boleh menyentuh kulit penguin dan ikan lumba-lumba~ Menggigil tangan hendak menunggu giliran untuk bermain dengan ikan; tempat sebegini pasti seronok jika pergi sekitar 夏 (Summer)~ Teringin nak main roller coaster sebelum pulang, tapi malangnya masa tidak mencukupi kerana kami terpaksa meninggalkan tempat itu untuk bergegas ke 八王子 (Hachioji) untuk party farewell JAD6 pada petang itu.. Sea Paradise ini juga banyak menghimpunkan koleksi-koleksi daripada rancangan イッテQ! Uniknya di sini ialah naik escalator yang berupa terowong bawah laut di mana pengunjung boleh melihat ikan-ikan di luar kaca.. Dalam perjalanan balik, sempat berborak dengan pasangan 先輩 (Senior) dan sempat berkongsi pengalaman bekerja di Jpon..
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~
Sejak diberitahu kononnya masjid Ebina merupakan masjid paling luas di Jpon oleh salah seorang kenalan luar negara di RITS, ak sering memasang niat untuk menziarah masjid ini setiap kali tiba di 関東 (Kanto).. Alhamdulillah, hajat ak sudah terlaksana baru-baru ini ketika dalam perjalanan untuk menonton wayang Real Steel di TOHO Cinema, Ebina pada hari ini.. 海老名 (Ebina) terletak berdekatan dengan 町田 (Machida) namun ak tidak terkejut apabila mendapati tiada seorang pun pernah daripada kenalan ak yang pernah tiba di masjid ini..
Kami terpaksa berjalan kaki sejauh 1.9km (± 20 minit) dengan melalui jalan berpusing-pusing untuk mencari masjid ini menerusi GPS iPhone.. Alangkah mengejutkan apabila mendapati masjid ini terletak betul-betul bersebelahan dengan sebuah "love" hotel yang agak besar.. (笑) Sempat mengerjakan solat Maghrib di situ sekitar jam 1730.. Dari segi keluasan, macam tiada beda seperti Masjid Nagoya.. Masjid Kobe dan Masjid Tokyo setakat ini boleh dikatakan paling luas di Jpon pada hemat ak..
Oleh kerana tahun ini merupakan tahun terakhir majoriti geng JAD 6 berada di Jpon, kami telah merancang untuk bermain snowboard pada penghujung 2011 dan sekitar Febuari 2012 kelak.. 苗場 (Naeba) yang terletak di 新潟県 (Niigata Prefecture) menjadi destinasi pertama meskipun hanya 2 hari dengan bayaran 16500円 (RM 675) termasuk board dan baju.. Seramai 18 orang turut-serta di mana 4 daripadanya merupakan ahli keluarga rakan yang kebetulan sedang melancong di Jpon.. Bertolak daripada 新宿 (Shinjuku) sekitar jam 2230 pada malam 28hb dan selamat tiba di destinasi keesokan harinya sekitar jam 0530 yang mana suhu luar pada ketika itu ialah -9℃ o_0
Tempat kami menetap selama 1 malam..
Hari pertama.. Ramai masih happy lagi sebelum mula main..
Ini merupakan kali pertama untuk ak bermain snowboard di 苗場 yang agak berhampiran dengan 妙高杉の原 (Myoko Suginohara), destinasi kami pada tahun yang lepas dan juga tahun sebelumnya.. Sebelum mula bermain, kami pergi mengambil baju dan board di kedai sewa yang terletak agak jauh daripada tempat meluncur.. Tiba di sana, kami dikejutkan apabila disuruh bayar 2000円 (RM 81) untuk insurans baju dan papan luncur selama 2 hari.. Asalnya nak ambil insurans untuk papan sahaja, tapi orang kedai berjaya memanipulasikan kami untuk ambil insurans baju kononnya hujung tahun dan orang ramai memudahkan baju senang koyak apabila berlaku pelanggaran?
Happy walaupun sakit-sakit pada hari ke-2
Bergambar di hadapan peta 苗場
Hari pertama paling terbaeeekkk sebab salji tidak turun dan matahari jelas kelihatan.. Kami dapat meluncur dengan tenang sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan (笑) Sepanjang 2 hari itu, makanan tengahari ak adalah udon dan kentang goreng yang berharga 1000円 (RM 40) (-_-") Course yang disediakan di 苗場 agak mencabar dan banyak pilihan; sayang tidak dapat cuba course paling "gile" sebab main dengan geng amateur (笑) Ada peluang untuk main pada belah malam sampai jam 2100; plan asal nak gerak selepas makan malam jam 1800 tapi bas terakhir berlepas jam 1830 dari hotel (-_-") Malam itu plan nak borak-borak, sekali jam 2000 lagi dah terbongkang pastu bangun pagi keesokan harinya pada jam 0630 (笑)
Gambar rakan yang sempat penulis tangkap..
Makan malam agak "grand"
Hari kedua agak 大変 (Terrible) sebab salji turun sepanjang hari! Memandangkan ak gagal membawa kamera semalam, jadi ak tiada pilihan lain daripada terpaksa mengambil gambar dengan banyak pada hari ini.. Kami berlepas agak lewat kerana check out jam 1000.. Salji yang agak lebat membuatkan ada beberapa gondola yang tidak berfungsi pada pagi itu menyebabkan orang beratur macam semut untuk main di gondola biasa.. Salji yang lebat juga menyukarkan untuk meluncur hatta untuk orang yang sudah pakai goggles! Takziah untuk seorang rakan yang terjatuh teruk ketika meluncur sehingga gagal untuk bernafas selama 4 saat! Selepas jatuh dia asyik merungut sakit pada tulang rusuk sepanjang hari~
Sempat bergambar bersama snowman..
Port lepak untuk makan tengahari selama 2 hari..
Petang itu kami terpaksa berjalan jauh untuk memulangkan baju dan board sebelum berangkat pulang.. Agak sakit hati sewaktu memulangkan baju kerana pihak kedai langsung tidak periksa baju tersebut.. Rugi sahaja bayar 1000円 untuk insurans baju tu! (-_-") Selesai urusan pulangkan barang, kami kembali semula ke hotel untuk mandi dan bersiap untuk pulang.. Naik bas sekitar jam 1830 dan selamat tiba di 新宿 semula sekitar jam 2130.. Beberapa hari selepas itu, rakan yang jatuh teruk pergi jumpa doktor kerana tidak tahan sakit, rupa-rupanya benda yang bersambung antara tulang rusuk dan tulang tengah dia tercabut! Jadi berpada-padalah bermain snowboard bagi amateur ;)
Alhamdulillah, tiada kecederaan dilaporkan.. Selamat pakai protection pada badan dan punggung bagi mengurangkan kesakitan ketika terjatuh..
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~
Alhamdulillah, ak telah selamat mengikut program 4 hari 3 malam anjuran IPIJ (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) yang bertempat di 鹿島少年自然の家 (Kashima Shizen No Ie), 石川県 (Ishikawa Prefecture).. Program kali ini bertemakan "Travelog Solat" dengan menjemput salah seorang penceramah bebas dari Malaysia, Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre untuk mengupas lebih lanjut tentang solat.. Ini merupakan kali ke-2 ak turut serta dalam program anjuran IPIJ selepas "International Seminar on Reforms in Islamic Higher Education in Meeting Contemporary Challenges" (link) pada akhir July yang lepas..
Banyak juga input-input yang menarik yang dapat ak kutip bersama ustaz yang mempunyai latar belakang yang cukup mantap; mempunyai ijazah sarjana dalam bidang perbandingan 6 mazhab dari Universiti Al-Azhar! Sesi ceramah berjalan dengan cara santai di mana peserta dibenarkan bertanya soalan dengan bebas malah kebanyakan masa banyak diisi dengan sesi Q&A kerana kebanyakannya kita sudah tahu atau jahil untuk mengetahui lebih dalam.. Fokus pembelajaran lebih kepada mazhab Syafiee di samping menambah ilmu tentang mazhab lain..
Sepanjang berada di negara orang, kebanyakan daripada kita hanya ikut apa yang 先輩 (Senior) atau rakan kita buat tanpa mempersoalkan samada betul atau tidak.. Bila orang buat solat dalam kereta, kita pun ikut sekali sebab memudahkan terutama ketika musim sejuk seperti sekarang.. Bila orang angkat tayammum menggunakan debu daripada dinding, kita pun ikut sekali.. Selama ini main belasah solat Subuh ketika dalam penerbangan dari Malaysia ke Jpon, pastu main angkat tayammum guna debu di tepi tingkap..
Berikut merupakan antara apa yang telah ak pelajari daripada Ustaz..
Jika naik guna syarikat penerbangan daripada Malaysia atau mana-mana negara Islam, anda boleh mengerjakan solat "sempurna" kerana ada "surau" di dalam kapal terbang itu siap penanda qiblat! Cuma perlu maklumkan sahaja pada CA (Cabin Attendant) bila anda ingin menunaikan solat..
Sewaktu solat berjemaah, rakaat anda tidak dikira sekiranya anda gagal menyempurnakan bacaan al-fatihah bagi makmum muafik
Mengikut mazhab syafiee, anda perlu mengerjakan solat hormat waktu sekiranya anda dalam perjalanan dan tidak dapat mengerjakan solat secara sempurna kerana berdiri termasuk dalam rukun solat!
Tayammum dalam mazhab syafiee adalah menggunakan debu pasir!
Sekiranya mampu berdiri, anda tidak boleh mengerjakan solat secara duduk termasuk di dalam kereta!
Kalau terlalu komen pasal makanan halal susah hendak di cari di Jpon, kenapa minta belajar di Jpon? (笑)
Allah permudahkan orang zaman dahulu dari segi berbeza dengan orang zaman sekaran terutama dalam pencarian ilmu dunia dan akhirat..
Sentuh najis tak batalkan wudhu' tapi batal solat kalau sentuh waktu solat!
Sebutan "mahram" yang betul; "muhrim" itu orang yang pakai kain ihram!
Kalau makmum lebih 2 rukun daripada Imam maka solat makmum itu batal!
Tahiyyah awal itu sunat dan bukan termasuk dalam rukun solat
Ketika sujud, sebahagian daripada dahi sudah memadai.. Tangan, dan kaki hendaklah sebahagian yang tapak, bukannya yang belakang..
Haram solat sunat Asar bila kita dah jama' Zuhur dan Asar dalam waktu Zuhur..
Ada pendapat mengatakan boleh qadha' qasar selagi masih musafir
Khutbah harus mengandungi alhamdulillah, selawat, wasiat, 1 ayat Quran, dan doa untuk orang yang beriman..
Khatib boleh makan dan minum tapi tidak boleh banyak sangat!
Kalau khatib tiba-tiba terkentut atau terbatal wudhu', orang yang ganti kena mulakan khutbah semula daripada awal!
Ilmu tidak dihitung dengan berapa banyak maklumat yang kita ada tapi amalan!
Islam itu benar dan itulah sumber keberanian umat Islam!
Dan banyak lagi sebenarnya~ Selepas solat Subuh berjemaah, ada tazkirah yang diberikan oleh Ustaz Azman Shapawi yang turut sama hadir bagi memeriahkan Winter Gathering tahun ini.. Selain sesi bersama ustaz, ada juga slot LDK yang menyaksikan peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan kecil untuk bertanding dalam debat parlimen.. Sepanjang program, ak dapat berkenalan dengan beberapa rakan baru sambil berkongsi pengalaman dengan mereka yang datang daripada Hokkaido sehingga ke Kumamoto!
Izinkan ak akhiri entri kali ini dengan ciri-ciri manusia oleh Imam Ghazali yang disampaikan oleh Ustaz Azman:
Orang yang tahu dia tahu
Orang yang tahu dia tak tahu
Orang yang tak tahu yang dia tahu
Orang yang tak tahu yang dia tak tahu
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~ Alhamdulillah, bagi mereka yang berminat untuk mendengar ceramah Ustaz sepanjang program IPIJ kali ini bolehlah menonton menerusi YouTube di bawah~