Followers

Tuesday, 23 February 2010

新快速 (Special Rapid Service)

JR West Route Map

Keretapi di Jpon amat berbeza dengan KTM di Malaysia; semestinye menepati masa tu satu isu tp yang ingin ak perkenalkan pada semua pembaca pada entri kali nih ialah jenis2 keretapi yang lalu di tempat ak tinggal skang iaitu 草津市 (Kusatsu City)= Keretapi di Jpon nih ada pelbagai jenis; salah satu yang membezakan ialah syarikat yang mengendalikan keretapi tersebut.. kalo di Malaysia, nama yang paling terkenal ialah KTM (Keretapi Tanah Melayu), di Jpon ialah JR (Japan Railways)~ JR plak turut dipecahkan kepada beberapa bahagian mengikut kedudukan di dalam peta Jpon:-

1) JR Hokkaido - Hokkaido
2) JR East - Tohoku, Kantou, Koushin'etsu
3) JR Central - Tokai
4) JR West - Hokuriku, Kansai, Chugoku
5) JR Shikoku - Shikoku
6) JR Kyushu - Kyusyu

Seperti yang korang sumer dah sedia maklum, ak dah jadi warga 関西 (Kansai) selama 2 tahun jadi syarikat yang menguruskan keretapi di tempat ak ialah JR West~ Kalo nk kira kedudukan mengikut Google Map, umah ak terletak di antara 2 buah 駅 (Railway Station) iaitu 南草津駅(Minami-Kusatsu) dan 草津駅 (Kusatsu).. Ak sering menggunakan 南草津駅 kerana jalan menuju ke 駅 nih lebih mudah pada pandangan ak.. 南草津 nih di dirikan pada tahun 1994 bagi memudahkan pelajar2 立命館大学 BKC yang berulang-alik daripada umah ke universiti menggunakan 電車 (Train)~ FYI pada tahun yang sama juga BKC dirasmikan;) Perbezaan paling ketara antara 草津駅 dan 南草津駅 ialah perkhidmatan 新快速; perkhidmatan yang hanya terdapat di JR West dan JR Central~ Bezanye 新快速 nih ialah dia stop kt 駅 yang popular (digunakan ramai orang) jer so boleh jimat masa~ Penting giler perkhidmatan nih ntk ada di 南草津駅 kerana bilangan pengguna yang semakin bertambah dan betapa leceh nyer nk kene patah balik setiap kali ternaik 新快速 yang stop kt 草津駅 -_-" Pernah jugak teringin nk buat memorandum sejak tahun 2008 bagi meminta 新快速 stop kt 南草津駅 tp macam 無理 (impossible) sebab 停車駅 (stop on a train's route) seperti yg ditunjukkan di bawah;

普通 (local) : Kyoto - Yamashina - Otsu - Zeze - Ishiyama - Seta - Minami Kusatsu - Kusatsu
新快速 : Kyoto - Yamashina - Otsu - Ishiyama - Kusatsu

Ingatkan dah xde cara lain, tetiba hujung tahun lepas ak dapat memorandum yang meminta ak tanda tangan sekiranye bersetuju 新快速 berhenti di 南草津駅!! Bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal, ibarat mimpi jadi kenyataan~ Serta-merta ak sign dan menunggu maklum balas daripada pihak JR West~ Satu bulan kemudian, satu kain rentang terpampang di sudut atas 南草津駅 yang bertulis :- 新快速 akan berhenti di 南草津駅 bermula 春 (Spring) 2011!! Alhamdulillah.. akhirnyer penantian ak selama nih berbaloi~ Siot jer 超後輩 (Super junior?) JAD 9 sebab waktu diorang sampai nanti dah boleh terus gune 新快速 ;)


Source : Wikipedia, Kyoto Paper

2 comments:

  1. agak2 bile msia leh ade train cmni?kalo elok pkhidmatan awam kt msia ni,rase2 nye statistik kmalangan akan turun, sbb org akan naik pkhidmatan awam..

    ReplyDelete
  2. hmm.. tp orang malaysia memang minat naik keter.. nk g kedai depan umah pon naik keter.. ;)
    harap2 perkhidmatan keretapi kt malaysia leh berubah~ ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC