Followers

Tuesday, 19 May 2009

Keluar TV~

19 May - RITS

huhu, bukan nyer ak yg kluar TV tp salah sorang 先生 (lecturer) ak yg juga merangkap 先生研究室 (research lecturer).. dia kluar dalam rancangan berita VOICE channel 4 petang tadi berhubung isu menghalau sekumpulan burung gagak di sekitar kawasan 箕面 (Mino) di Osaka..(lihat sini) Ikut citer Datuk Bandar situ, gangguan burung2 gagak itu merupakan masalah besar yg sampai skang masih lom dpt diselesaikan.. Antara gangguan yg dimaksudkan adalah seperti membuat bising sambil melepak di atas wayar elektrik dan telepon, dan yang paling best ialah buat taik skali.. kaw2 nyer taik; ade yg sampai dah cam himpunan salji pon ade.. huhu~

Hasil maklumat yg diperolehi menunjukkan antara sebab segerombolan burung gagak tu minat kt area 箕面 ialah kerana kewujudan satu 屋敷 (mansion) yg diduduki oleh nenek tua yg sejak dlu suka sangat bela binatang.. waktu nk kasi binatang tu makan nenek tu cume letak makanan dlm mangkuk pastu biarkan.. memula sekor dua burung gagak yg join makan makanan yg ditinggalkan nenek tuh.. pastu gagak2 tu bawak plak geng2 dia last2 sampai dah buat 'penempatan haram' kt area tuh.. huhu= bile pemberita g tanye nenek tua tu pasal hal nih, dia cam malas jer nk jawab..

Berbagai cara yg diilhamkan oleh pakar2 bagi menguruskan hal ni antaranye mengibarkan satu benda yg diberi nama 'kenapa gagak lari' sbb bila benda tu digerakkan atas bawah, entah kenapa gagak leh lari dari tempat lepak diorang.. idea 先生 ak plak ialah mencipta satu suasana yg membuatkan gagak2 tu rase x selesa iaitu meletakkan sensor kt wayar2 elektrik yg apabila gagak2 tu hinggap jer, tetiba kaki diorang akan terenjat akibat aliran elektrik yg membuatkan diorang susah nk hinggap lame2.. hasil 実験 (experiment) menunjukkan bila asik kene renjatan elektrik jer, lame2 gagak2 ni pon dah malas nk lepak tmpt tuh..

FYI ni merupakan kali ke2 (kot) muka 先生 ak nih kluar TV.. tahun lepas waktu dia ajar ak subjek 電力情報システム (Power Information System) semester lepas, dia ade tunjuk video dia ditemu-ramah orang NHK pasal research dia dalam penggunaan kilat bagi menghasilkan arus elektrik..

1 comment:

  1. wah bagus betul sensei ko..haha
    leh aplikasi kat malaysia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC