Followers

Monday 12 December 2016

Philippine's Business Trip

7~10 Dec - CEBU

Informasi dadakan daripada Boss untuk ikut serta trip mempelajari pengendalian projek solar cell yang sedang berjalan di sebuah kilang pemprosesan buah kering di Cebu, Filipina membuatkan aku terpaksa merubah segala perancangan termasuk membeli tiket pesawat baru buat isteri memandangkan tiket asalnya adalah pada hari cuti umum Maulidur Rasul.. Trip selama 4 hari 3 malam dengan bajet P6,000 (RM500++) dari kantor per orang sudah termasuk makan, minum, penginapan dan airport tax di Cebu hasil informasi dari senior yang menguruskan projek di sana.. Lucunya itineray pesawat Philippine Airlines yang begitu padat menyukarkan kami untuk mengadakan waktu bersiar semasa di bumi Pinoy.. 

07 Dec Depart from CGK (Jakarta) to MNL (Manila)   1405 ~ 1935
07 Dec Depart from MNL (Manila) to CEB (Cebu)      2230 ~ 2345
10 Dec Depart from CEB (Cebu) to MNL (Manila)      0710 ~ 0825
10 Dec Depart from MNL (Manila) to CGK (Jakarta)   0935 ~ 1305 

Penerbangan pada hari yang sama tapi lain destinasi

Penerbangan delay 30 minit di CGK gara-gara penerbangan masih belum ready, dan ditambah lagi 30 minit di MNL gara-gara tidak ada lampu hijau oleh menara kawalan di sana (笑) Kecewa apabila tidak skrin peribadi di tempat duduk namun sepanjang flight ada skrin kecil di setiap penjuru atas dan semua penumpang hanya boleh menonton apa yang terpasang di situ sahaja (疲) Penerbangan selama 4 jam ke MNL membolehkan aku tidur dalam separuh perjalanan gara-gara kurang rehat pada hari sebelumnya.. Sewaktu di dalam flight, kami diberi 3 borang yang harus diisi ketika hendak masuk ke Filipina iaitu 

  1. Arrival Card
  2. Custom declaration
  3. Health declaration

Agak terkejut apabila tiba buat pertama kali di Terminal 2 MNL yang bentuknya lonjong, setibanya di pintu masuk langsung kasi Health Declaration, kemudian terus beratur untuk immigration process, dan seterusnya urusan bagasi di dalam kawasan yang sama.. Tidak ada dinding yang memisahkan sama sekali.. Lebih pelik apabila kami hendak ke terminal 1 (Domestik), kami diminta untuk mengambil bagasi sendiri untuk diserahkan pada petugas yang akan memindahkan ke dalam penerbangan destinasi seterusnya! Lucunya petugas tersebut memang sedang standby di tempat bagasi conveyor jadi kami hanya ambil bagasi, dan langsung serahkan pada petugas walaupun di beg sudah tertera destinasi akhir ke CEB (笑) 

Memandangkan waktu kami tiba di terminal 2 sudah jam 8 lebih dan masih belum makan malam, awalnya kami mencari restoran di dalam terminal atau apa-apa yang boleh dibeli seperti snek tapi sayangnya rata-rata sudah tutup! Ternampak prayer room ketika dalam perjalanan ke terminal 1, baru hendak mengerjakan solat tapi bila menghampiri ternyata itu adalah gereja yang dalamnya penuh dengan kerusi (笑) Habiskan masa di dalam terminal 1 sehingga menuggu panggilan boarding sambil tahan lapar memikirkan hidangan apa yang bakal terhidang di dalam flight.. Sedihnya apabila boarding ke dalam pesawat Air Bus ke Cebu, tetap tidak ada skrin di tempat duduk, delay lagi 30 minit gara-gara tidak ada pelepasan dari menara kawalan, dan terakhir makanan yang dihidang hanya roti berisi hot dog yang jelas aku tidak suka makan (笑)

View solar cell project 870kW di atap kilang pemprosesan buah kering terkenal di Cebu

Senior datang jemput naik teksi apabila kami selamat mendarat CEB, namun terpaksa pecah kepada 2 kumpulan gara-gara jumlah penumpang menjadi 5 termasuk senior.. Hotel terletak sekitar 10km dari airport dan kami dikenakan caj sebanyak P300 walaupun meter hanya tertulis P218 (笑) Selesai checkin hotel sekitar jam 0130, kami dibawa pula ke farmasi 24 jam di sebelah hotel untuk beli makanan alas perut dan air minum sebelum masuk ke kamar masing-masing untuk tidur.. 2 hari berikutnya lebih kepada urusan pekerjaan daripada pagi sehingga malam, langsung tiada masa untuk ke mana-mana kendatipun ada hasrat untuk melawat masjid yang terletak sekitar 4km dari hotel yang kami inap.. Makan siang di dalam kilang; hari pertama ada ikan goreng jadi makan dengan nasi.. Hari kedua, ikan goreng sudah habis, jadi cuma makan roti (笑)

Sebaik tiba di airport CEB untuk pulang ke Jakarta, kami baru teringat dengan airport tax P750 sewaktu terlihat poster di depan gate.. Gelabah pergi money changer untuk tukar wang IDR 320k untuk dapatkan P700 memandangkan wang yang ada tidak mencukupi.. Kalau diperhatikan, waktu transit di MNL itu agak padat namun pagi itu tetap delay di CEB membuatkan kami tiba di MNL sekitar jam 0850, 5 minit selepas waktu boarding MNL ke CGK kalau ikut apa yang tertera di tiket.. Buru-buru menukar terminal, kami langsung ke immigration tanpa ke booth pembayaran airport tax dengan harapan boleh bayar di situ, agak kaget apabila langsung tidak ditanya sama sekali tentang airport tax kemudian oleh kerana masa juga tidak mencukupi, langsung dadakan naik pesawat tanpa menghabiskan wang Peso yang ada di MNL..

Dinner treat di Shangri La Hotel di Cebu yang mempunyai private beach

Selamat boarding pada jam 0930, iaitu kurang 5 minit daripada waktu yang sepatutnya pesawat berlepas.. Agak lega apabila melihat masih ada beberapa penumpang lain seperti kami masih sedang beratur hendak menaiki pesawat pada waktu itu.. Fikirnya apabila sudah boarding, pesawat boleh langsung bersiap untuk berlepas, tanpa disangka ada drama yang menyusul selepas itu apabila ada 1 penumpang nenek tua dari group jemaah umrah yang kurang sihat dan menyukarkan untuk ikut terbang walaupun sudah boarding.. Polisi Philippine Airlines adalah tidak membenarkan penumpang sakit untuk ikut serta berlepas jadi berlaku perdebatan antara group leader dengan crew apabila group leader request semua group jemaah turut sama keluar dari pesawat sekiranya nenek itu tidak boleh ikut berlepas sekali.. 

Drama live yang mengambil masa sehingga 1 jam 30 minit di atas pesawat itu menyaksikan penampilan staf paramedic yang hadir untuk melihat kondisi sebenar nenek tua itu dan akhirnya membuat keputusan nenek itu tidak sihat dan diminta keluar.. Nenek tua itu yang tidak bisa berbahasi English dan berkerusi roda itu ditemani dengan menantu lelaki dia berdua sahaja dengan diiringi janji oleh crew penerbangan bahawa mereka tidak akan dikenakan sebarang caj malah disediakan juga makanan selama menunggu penerbangan berikutnya.. Entah apa magic yang dilakukan oleh pilot, waktu penerbangan dipendekkan 30 minit dan kami selamat mendarat di CGK pada jam 1340 walaupun rasanya sudah delay kaw2 di MNL kerana berangkat jam 1100!  

Bon voyage!


p/s Turns out dah tak perlu bayar airport tax sejak tahun lalu.. Senior salah kasi info tapi dia sendiri tetap masih bayar sehingga sekarang tanpa diberitahu dah tak perlu (笑)


4 comments:

  1. hi, salam ziarah kembali.. sambil follow sini :)

    ReplyDelete
  2. Perjalanan yg indah untuk dijadikan kenangan. Banyak ilmu digarap sama.

    Terima kasih sudi berkunjung ke blog kakak.

    ReplyDelete
  3. Senior tu pemurah orangnya brangkali...haha....pehhh lama sungguh x ziarah blog kyo ni~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC