Followers

Sunday, 20 March 2016

結婚式 (Wedding)

“The best people of my nation (Ummat) are those who get married and have chosen their wives, and the worst people of my nation are those who have kept away from marriage and are passing their lives as bachelors.” 
- Prophet SAW

Sesungguhnya setiap manusia itu dijadikan berpasangan dan alhamdulillah, aku telah melengkapkan separuh daripada agama dengan mengahwini isteriku pada malam 26 February 2016 selepas waktu Isya' bertempat di rumah bapanya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.. Mengambil berkat hari Jumaat, majlis akad niqah hanya disertai oleh ahli keluarga manakala sesi resepsi pihak perempuan pula dijalankan pada keesokan harinya di area Kuala Lumpur juga.. Majlis resepsi aku pula telah selamat dijalankan pada 6 March 2016 bertempat di Zamzam Grand Ballroom, Shah Alam, lokasi yang sama abang aku buat 3 tahun yang lepas.. 

Bagi mereka yang mengenali aku pasti tahu aku bukan jenis suka keluar dengan perempuan secara berdua malah tidak pernah bercouple sejak zaman sekolah sehinggalah masuk alam pekerjaan.. Mungkin cara didikan keluarga yang mendorong aku berfikiran seperti ini lebih-lebih lagi kedua orang tuaku juga seperti ini malah lebih dahsyat lagi Baba bilang Ummi adalah wanita pertama dia telefon sebelum kahwin itu pun untuk bincang hal kahwin.. Mungkin kerana sikap aku seperti ini membuatkan Ummi nekad untuk mencarikan calon isteri untuk aku lebih-lebih lagi aku tidak menetap di Malaysia jadi menyukarkan keadaan untuk mencari sendiri..

Kali pertama mendapat info daripada Ummi tentang isteri iaitu pada November 2014, waktu aku masih sedang bertugas di Kalimantan, Indonesia untuk site survey.. Malam itu Ummi menghantar gambar seorang perempuan dan tanya sekiranya aku berkenan.. Mungkin kerana masih malu-malu, aku lantas minta Ummi pergi berjumpa sendiri dengannya dan nilai sendiri dan jika Ummi setuju, barulah aku akan hubungi wanita itu sendiri.. Beberapa minggu selepas itu langsung tiada khabar berita sehinggalah pada 29 December 2014, waktu Maghrib ketika aku dalam kereta menuju pulang ke Jakarta setelah melawat site di Karawang bila mana Ummi mengirimkan nombor telefon wanita itu minta aku hubungi dia sebab Ummi sudah berjumpa dengan ahli keluarga mereka dan mereka juga bersetuju agar aku langsung berkenalan dengan dia.. 

Apabila sudah mendapat lampu hijau, saat itu juga aku memberanikan diri untuk meninggalkan mesej ingin berkenalan dengan dia melalui WhatsApp .. Tak sangka juga dapat reply beberapa saat selepas itu tapi dia memberitahu ada urusan pada malam itu jadi tidak boleh lama.. Mungkin sudah jodoh, sejak malam itu, boleh kata setiap hari kami berkomunikasi lewat WhatsApp dan berbicara dengan dia seolah-olah seperti sudah kenal lama walaupun masih dalam proses perkenalan awal.. Kami berjumpa buat pertama kali apabila aku pulang ke Malaysia awal January 2015 sempena menghadiri majlis pernikahan sepupu di Johor pada waktu itu.. Aku ajak dia tengok wayang filem The Hobbit di OU memandangkan rumah dia berdekatan area situ..

Sudah tentu kami tidak tengok berdua jadi aku bawa adik perempuan manakala dia pula membawa ibunya ikut sekali.. Selesai filem, kami singgah sebentar di kafe Delicious untuk minum-minum sambil cuba mengenal dengan lebih rapat antara satu sama lain.. Kali kedua bertemu di rumah bapanya untuk makan tengahari bersama pada akhir February 2015 di mana aku pulang ke Malaysia atas urusan update passport.. Aku bawa Yusoff ikut sekali supaya tidak kekok berbual dengan orang lebih tua (笑) Kali ketiga berjumpa pada March 2015 di rumah bapanya juga tapi kali ini dipanggil "merisik" kerana Ummi dan Baba ikut sekali berjumpa di rumah bapanya.. Hari itu diputuskan tarikh pertunangan jatuh pada 25 July 2015 iaitu seminggu selepas Eid Fitri manakala tarikh nikah pula akan diadakan sekitar February 2016.. 

Asam garam sebelum pernikahan bermula apabila aku mendapat notis daripada pihak atasan meminta aku pulang ke Jepun pada awal July bagi membantu mereka bentuk suatu project di Indonesia.. Notis yang diberikan kurang daripada sebulan merosakkan pelan awal untuk membantu ahli keluarga dalam persediaan majlis pertunangan dan juga perkahwinan memandangkan kontrak projek ini sehingga akhir March 2016.. Alhamdulillah, pihak syarikat sudi menyediakan tiket penerbangan Japan-Malaysia untuk majlis pertunangan malah sudah negosiasi awal untuk membenarkan aku pulang selama hampir 3 minggu untuk majlis pernikahan akhir February 2016.. Maka kali keempat kami bertemu ketika majlis pertunangan dan seterusnya kali kelima bertemu pada akhir December 2015 sempena cuti hujung tahun di Jepun.. 

Cuti selama seminggu tapi hampir setiap masa aku berada di luar untuk menguruskan hal cincin, siapkan baju untuk resepsi, borang pemohonan kahwin, HIV test, dan lain-lain.. Alhamdulillah, segala tugasan sempat selesai sebelum aku berangkat semula ke Jepun untuk menghabiskan sisa-sisa zaman bujang sebelum pulang semula ke Malaysia pada 24 February 2016, 2 hari sebelum majlis pernikahan~ Terharu apabila host family sanggup terbang dari Jepun untuk menghadiri majlis resepsi walaupun niat di hati hendak menghadiri majlis pernikahan tapi apakan daya, jurang waktu antara 2 majlis agak lama membuatkan mereka hanya mampu memilih satu.. Beberapa orang atasan termasuk Boss di Indonesia juga sudi hadir memeriahkan majlis pada hari itu.. 

Pada kesempatan ini, izinkan aku merakamkan jutaan terima kasih pada rakan-rakan dan keluarga yang telah membantu melancarkan majlis secara langsung dan tidak langsung.. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi baik kalian.. Bagi yang belum kahwin, aku doakan agar cepat bertemu jodoh, dan pada yang sudah kahwin, mohon PM untuk memberikan tips membahagiakan rumah tangga almaklumlah masih mentah dalam dunia 'baru' ini (笑)   
           
بارك الله لكما و بارك عليكما و جمع بينكما في خير
May Allah bless for you (your spouse) and bless you and may He unite both of you in goodness.

6 comments:

  1. Replies
    1. thanks bro..
      sorry x sempat jumpa hari tu..

      Delete
  2. Oo.. Pilihan keluarga rupanya ya Kyo.
    Tak kisah la kan. Yang penting bahagia hingga ke syurga. Aamiin.

    Bagus didikan parents Kyo tu.
    Apapun, tahniah untuk Kyo dan isteri.

    ReplyDelete
  3. Maaf terlambat...demo, gokekkon omedetougozaimasu!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC