Followers

Friday 17 April 2015

One Day Trip to Osaka

21 March - OSAKA

Kali terakhir aku menggunakan 関西空港 (Kansai Airport) adalah pada 17 March 2012, tarikh aku pulang semula ke Jepun setelah melapor diri di pejabat YPM; tapi kali ini membawa ibu bapa dan abang untuk menghadiri 卒業式 (Graduation Day) di RITS.. Agak mengharukan untuk tiba sekali lagi 関空 setelah 3 tahun walaupun tidak terlalu nampak pembaharuan berbanding dengan Haneda (笑) Kalau diikutkan aku sudah booking pocket WiFi sebelum berlepas ke Jpon, tapi sayangnya aku terlambat sewaktu pembayaran membuatkan mereka tidak sempat untuk menghantar pocket WiFi itu di pejabat pos di 関空 seperti yang aku alami di Haneda January lalu.. Untuk itu, kali ini aku langsung sewa di 関空 yang kebetulan harga lebih kurang sama kalau booking online.. 



Memandangkan aku tiada plan khusus pada hari itu, aku buat keputusan untuk singgah sebentar di Rinku Outlet yang terletak berhampiran dengan 関空 dengan menggunakan bas.. 210 buah kedai di situ membuatkan aku mengambil masa hampir 4 jam untuk habis tawaf (笑) Nafsu ditekan sehingga cuma beli sepasang kasut Timberlane khusus untuk hiking dan boleh dilipat pada harga sekitar 2,000円..  Mencari tempat makan pada lunch hour memang azab; mujur ada Saizeriya membolehkan aku mengisi perut.. Sebelum bertemu dengan member di Osaka, aku solat sebentar di dalam kawasan Outlet kerana kebetulan ada surau khusus.. Nak guna kena minta kebenaran di Information Center terlebih dahulu pastu staff di sana akan bawa tapi kena jalan sedikit sekitar 5 minit..



Selesai solat, aku berangkat ke なんば (Namba) untuk bertemu dengan member.. Mereka juga kebetulan baru nak solat jadi kami bertemu di surau yang terletak di dalam station itu sendiri! Kagum habis dengan fasiliti yang mesra orang Islam terutama di area Kansai ini.. Selesai solat, kami bergerak ke 大阪城 (Osaka Castle) memandangkan ada member dari 滋賀 (Shiga) yang tak pernah pergi ke sana.. Pemandangan waktu malam di sana memang mengasyikkan walaupun kami tidak masuk ke dalam istana sebab mahal (笑) Selepas Maghrib kami pulang semula ke なんば untuk jalan-jalan di area 道頓堀 (Dotonbori) sambil cuci mata.. Makan malam di rumah junior sambil masing-masing membuka cerita tentang pengalaman di negara orang.. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC