Followers

Thursday 13 March 2014

Islamic Book Fair 2014

1 March - JAKARTA

Islamic Book Fair merupakan sebuah pesta jualan buku bercirikan Islamik yang diadakan saban tahun dan bertempat di Istora Bung Karno di Senayan.. Mujur kedudukan dia boleh pergi dengan menggunakan bas Transjakarta pada harga IDR 3,500 (RM 1.20).. Tertarik dengan musholla yang dibina menggunakan khemah khusus untuk pria dan wanita (dipisahkan) sebelum memasuki gedung Istora itu.. Pelbagai jenis buku yang dijual di sana, tetapi kebanyakannya dalam bahasa Indonesia dan sebilangan kecil bahasa Arab kerana ada juga penjual berbangsa Arab.. Objektif untuk mencari novel Tere Liye berjaya walaupun yang ada cuma novel lama kerana dijual pada harga diskaun 20%! 



Lenguh pusing setiap pelosok gerai yang dibuka di situ, aku terjumpa tempat kosong yang mempunyai kerusi untuk beristerirehat.. Rupa-rupanya beberapa minit selepas itu ada diadakan sesi kupasan sebuah buku tentang gaya hidup orang Palestin.. Menariknya 2 orang pemuda Palestin yang sedang menuntut bidang perubatan di sebuah universiti di Jakarta turut terpanggil untuk berkongsi pengalaman mereka.. Sayu sedikit apabila mendengar kisah dari mulut mereka sendiri tentang pengalaman ketika kecil dan mengapa mereka ingin menjadi doktor.. Sebelum pulang, aku sempat singgah di pameran pedang Nabi dan para sahabat Baginda.. Terkejut juga apabila melihat saiz pedang yang agak besar, tapi begitu cantik dengan seni khat pada sarungnya.. 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC