Followers

Thursday, 13 March 2014

Islamic Book Fair 2014

1 March - JAKARTA

Islamic Book Fair merupakan sebuah pesta jualan buku bercirikan Islamik yang diadakan saban tahun dan bertempat di Istora Bung Karno di Senayan.. Mujur kedudukan dia boleh pergi dengan menggunakan bas Transjakarta pada harga IDR 3,500 (RM 1.20).. Tertarik dengan musholla yang dibina menggunakan khemah khusus untuk pria dan wanita (dipisahkan) sebelum memasuki gedung Istora itu.. Pelbagai jenis buku yang dijual di sana, tetapi kebanyakannya dalam bahasa Indonesia dan sebilangan kecil bahasa Arab kerana ada juga penjual berbangsa Arab.. Objektif untuk mencari novel Tere Liye berjaya walaupun yang ada cuma novel lama kerana dijual pada harga diskaun 20%! 



Lenguh pusing setiap pelosok gerai yang dibuka di situ, aku terjumpa tempat kosong yang mempunyai kerusi untuk beristerirehat.. Rupa-rupanya beberapa minit selepas itu ada diadakan sesi kupasan sebuah buku tentang gaya hidup orang Palestin.. Menariknya 2 orang pemuda Palestin yang sedang menuntut bidang perubatan di sebuah universiti di Jakarta turut terpanggil untuk berkongsi pengalaman mereka.. Sayu sedikit apabila mendengar kisah dari mulut mereka sendiri tentang pengalaman ketika kecil dan mengapa mereka ingin menjadi doktor.. Sebelum pulang, aku sempat singgah di pameran pedang Nabi dan para sahabat Baginda.. Terkejut juga apabila melihat saiz pedang yang agak besar, tapi begitu cantik dengan seni khat pada sarungnya.. 

Sunday, 2 March 2014

Rembulan Tenggelam Di Wajahmu

Sejak menjejakkan kaki di bumi Indonesia, aku sering cuba mencari sumber rujukan yang membolehkan aku memahami bahasa mereka dengan cepat bagi melancarkan lagi komunikasi dengan orang Indonesia di dalam dan juga di luar waktu kerja.. Aku cuba mencari kamus Bahasa Melayu ke Bahasa Indonesia di merata toko buku tapi sayang tidak ketemu.. Oleh kerana aku merupakan kaki novel sejak zaman sekolah, aku cuba mencari novel yang menarik untuk dibaca supaya aku boleh belajar sedikit demi sedikit bahasa Indonesia.. Salah seorang rakan di twitter memperkenalkan aku dengan penulis Tere Liye yang pada dia popularitinya sertaraf Ramli Awang Murshid di Malaysia..


Ternyata Tere Liye memang popular kerana mana-mana toko buku yang aku pergi pasti ada menjual hasil tulisan dia.. Kini timbul pula masalah yang mana satu haru aku beli kerana banyak novelnya termasuk kategori "Best Seller"! Penat membelek satu-persatu di toko buku Gramedia, entah kenapa hati aku tertarik untuk membeli "Rembulan Tenggelam Di Wajahmu", hasil tulisan Tere Liye pada tahun 2009.. Waktu itu cuma tinggal satu sahaja malah nampak sangat memang untuk display kerana plastik dia pun memang tidak ada sejak awal (笑) Ternyata novel ini memang tidak mengecewakan dan jauh beda penulisan Tere Liye dengan penulis di Malaysia yang kebanyakannya terlalu fokus pada dunia percintaan.. 

Buku ini membawa tema seorang anak muda yatim piatu yang dibesarkan di sebuah pusat anak yatim.. Dia sering mempersoalkan kepada tuhan tentang nasib dia yang malang.. Bentuk cerita dia menarik kerana berkonsep flash back dimana sewaktu cerita bermula, anak malang tersebut sudah berusia lewat 60-an dan ketika ditempatkan di hospital, dia dibawa oleh "malaikat" untuk menjawab 5 persoalan penting yang disoalkan oleh orang tersebut kepada Tuhan dengan cara membawa orang tersebut membongkarkan misteri kehidupannya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC