Followers

Sunday 29 September 2013

Taman Safari Indonesia

15 September - BOGOR

Sebaik sahaja Boss beritahu dia tiada agenda golf pada hujung minggu ini, aku terus memberi cadangan untuk membawa dia pergi bersiar-siar dan destinasi yang ingin dia pergi adalah zoo! Indonesia memiliki 2 zoo yang agak terkenal iaitu Taman Safari dan juga Ragunan Zoo~ Ragunan Zoo terletak di Jakarta Selatan, begitu hampir dengan tempat aku tinggal, manakala Taman Safari pula terletak di Bogor, perlu menaiki mobil tersendiri jika hendak ke sana membuatkan itu destinasi yang aku pilih pada hari itu! Bagi mengelak traffic jam, kami bertolak pada jam 0500, berhenti mengambil seorang rakan untuk ikut sekali~


Perjalanan yang agak lancar membuatkan kami tiba di destinasi sekitar jam 0630.. Agak kaget bila diberitahu zoo buka pada jam 0900 membuatkan kami mempunyai masa yang begitu masa untuk bersantai pada pagi itu.. Bersarapan di dalam hutan yang kebetulan menyediakan chalet dalam bentuk rumah van di situ.. Agak mahal apabila satu kepala dikenakan Rp. 50,000 (RM14) sedangkan variasi juadah yang disediakan tidak seberapa tapi cukup untuk mengisi perut kosong pada pagi itu.. Sempat juga bermandi peluh dengan bermain bola bersama kanak-kanak pagi itu selama hampir 15 minit.. 


Sewaktu pembayaran tiket, sekali lagi aku dikejutkan apabila harga tiket bagi pelancong ialah Rp 250,000 (RM70) namun bagi local/pemegang KITAS hanya dikenakan Rp. 150,000! Boleh tahan juga bilangan pengunjung yang hadir kerana kebetulan perusahaan Astra mengadakan Hari Keluarga di situ (@_@) Secara keseluruhan, Taman Safari ternyata tidak mengecewakan kerana pengunjung dapat menyaksikan pelbagai jenis binatang liar yang bukan berada di dalam sangkar seperti di zoo biasa.. Boss aku begitu gembira kerana dapat melunaskan impian untuk memeluk orang utan; bukan itu sahaja malah dia sanggup bayar Rp20,000 (RM6) untuk bergambar sambil mendukung singa!


Seronok memberi makan seperti lobak dan pisang yang telah dibeli siap-siap dalam perjalanan memandangkan begitu banyak peniaga tepi jalan yang sudah membuka gerai pada pagi itu.. Teringin nak naik gajah tapi terpaksa bersabar apabila melihat tanda harga Rp 300,000 (RM 90) untuk naik (笑) Selain melihat binatang, di situ juga ada taman tema dan menariknya tiada caj dikenakan memandangkan sudah termasuk sekali dengan harga tiket.. Rumah hantu di sini paling menarik sebab part finale sama seperti rumah hantu yang aku naik di Tokyo Disney Sea tempoh hari sebab ada "free fall".. Oleh kerana tidah mahu sangkut di traffic, kami bertolak awal dari sana sekitar jam 12:00 dan dalam perjalanan singgah makan di Waroeng Gumati, antara restoran terkenal di Bogor :)  


p/s Agak bosan pergi dengan orang tua sebenarnya, seronok lagi kalau dapat pergi dengan member (-_-")

22 comments:

  1. p/s tu kalau org tua baca, sentap.. hihi...
    kyo, sy pernah juga pegi taman safari ni...tp tak tau yang dekat sini ke mana...masa tu sy otw nak ke bandung...singgah kat taman safari... haiwan dia berkeliaran... dan kami perlu naik van yg dia sediakan.. hmmm siap boleh bagi haiwan makan dari dalam van...

    erkk...memang kalau pergi dengan teman sebaya sangat seronok..Hihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau otw ke Bandung mmg betul la kot pergi yang sini :)

      Delete
  2. waa... ramainyer org... meriah!
    mmg dpt smbutan hangat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambutan hangat sbb ada hari keluarga je :)

      Delete
  3. safari? bestnye...

    pss...rezeki bertambah...dapat ler anak dara bru...skank total dua anak dara, tiga anak teruna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice bro..
      kena teruskan kerja kuat cari nafkah ntk keluarga :)

      Delete
  4. nak peluk orang utan...unik impian die...cakap pasal org utan teringat abg topeng merah...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=216985490091&set=a.216975105091.287706.618125091&type=3&theater

      ni lah abg topeng merah

      Delete
  5. salam ziarah kyo ..
    seronok pergi ziarah taman safari ni ..
    berbanding dgn zoo kt sini binatang2 depa lepas jer ..
    apapun, selamat berkenalan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu bro..
      terkejut gak bila lalu kawasan harimau bengal ngan singa..
      dia cuma kasi amaran supaya jangan turunkan tingkap jer..
      selamat berkenalan bro :)

      Delete
  6. wah bestnya..

    tgk makanan tu teruja sgguh..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      makanan dia mmg best..
      harga juga best.. adess

      Delete
  7. Tak baik tau kata kurang seronok jln dgn org tua. Memanglah dgn member lagi seronok sebab lebih pantas dan sama idea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      ok tambahan, org tua yg lain budaya, lain agama, tiada pertalian darah, dan sebagainya..

      Delete
  8. Salam perkenalan..

    makanan nampak sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      thanks sbb sudi baca.. atau tgk gambar je :)

      Delete
  9. untunglah dapat jejalan dengan bos and member .......
    besarnya kawasan park ..dari jepun ke Indonesia ....

    nanti bawa balik mai gajah , boleh tunggang pi kerja ... gerenti diberi laluan .... woot woot !

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah bijak..
      diberi laluan pun bukannya dapat sampai awal pun #lol

      Delete
  10. hahahah! waracchatta baca yg p/s :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka terlalu mengejar masa..
      banyak lagi benda kat sana yg masih belum di cuba contoh cable car..
      boleh plak nak balik pkl 12:00.. adessss~~~~

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC