Followers

Thursday 5 September 2013

Mesut Ozil


Kemasukan Mesut Ozil diminit-minit terakhir pintu perpindahan musim panas tutup benar-benar memberikan nafas baru kepada Arsenal yang masih memburu piala pertama selepas 8 tahun~ Ozil yang dibawa masuk dari Real Madrid memecah rekod perpindahan pemain terutama bagi kelab seperti Arsenal yang terkenal dengan idea "Beli murah, jual mahal" (笑) Memang tidak sabar untuk melihat gandingan Ozil dan Cazorla menguasai bahagian tengah kerana kedua-dua pemain ini boleh dikatakan paling kreatif dalam skuad Arsenal buat masa ini~ 


Wenger telah mengotakan janjinya kepada peminat untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang, suatu janji yang sering dicemuh oleh peminat kerana asyik membawa masuk pemain muda dan kemudian bila kalah, akan memberi alasan skuadnya masih muda (笑) Walaupun agak risau dengan bahagian pertahanan kerana persembahan Vermaelan musim lepas kurang meyakinkan ditambah lagi dengan bilangan pemain yang dibelenggu kecederaan, diharap lebih ramai pemain bintang khususnya di posisi lain akan mula mengambil berat dengan visi Wenger ketika pintu perpindahan musim sejuk di buka awal tahun hadapan~

 

8 comments:

  1. awk update jugak psl mesut ozil ni..hehe..husband ckp jumaat ni game 1st ozil dgn arsenal kan? kalau btl jom tgkk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      blom lagi kak..
      minggu ni EPL x stat..
      next week insyaAllah :)

      Delete
  2. good luck untuk arsenal bro. aku pun minat ozil ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro..
      aku pon minat bangat sama dia..
      Practicing Muslim lagi tu..

      Delete
  3. xpndai bab bab pemain bola nie...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila pandaikan diri dalam semua hal..
      :p

      Delete
  4. Arsenal did pretty well in the transfer market. Tak macam m.united yg boleh dikira fail dlm bab membeli pemain baru musim ni.

    All the best. Mesut ozil is a good player, I like watching him playing for Real Madrid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..
      Skuad United dah mmg gempak, x yah beli star pon boleh kejar juara liga ngan piala cam biasa~

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC