Followers

Thursday 19 September 2013

Jakarta Japan Matsuri 2013

8 September - JAKARTA


Sejak 5 tahun yang lepas dalam merangka kerjasama antara 2 buah negara, pihak kedutaan Jepun di Indonesia telah menganjurkan acara festival kebudayaan Jepun yang dinamakan sebagai Jakarta Japan Matsuri.. Bagi meraikan ulangtahun ke-55 hubungan baik Jepun dan Indonesia, pelbagai aktiviti telah disediakan selama 8 hari bermula dari 1 September di daerah Senayan dan majlis penutup diadakan di Monumen Nasional (MONAS)~ Harga tiket masuk adalah sebanyak Rp 25,000 (250円), mungkin sedikit mahal kerana ramai juga rakyat marhaen yang sanggup berdiri di pintu masuk bagi menonton persembahan di atas pentas..


Suasana 祭り (Festival) memang seolah-olah seperti berada di Jepun, pelbagai gerai yang menjual beraneka juadah Jepun; terharu sungguh bila beli jagung bakar pada harga Rp 10,000 (100円) sedangkan di Jepun kalau dijual di 祭り pada harga 500円! Surau di dalam MONAS juga penuh ketika Maghrib malah pentas juga sunyi sepanjang waktu Maghrib dan Isya'~ Salah seoarang pengacara majlis merupakan pemuda Jepun yang bisa berbahasa Indonesia.. Terkejut dengan reaksi pengunjung bila artis dari Jepun, Dempagumi menari (笑) Suasana gemuruh dengan kedatangan JKT 48, boleh kata kumpulan artis paling laku di Indonesia buat masa ini.. 

MONAS di waktu malam ;)

p/s Bila la Indonesia nak ketatkan undang-undang haram merokok di tempat awam (-_-")

6 comments:

  1. Bila dah terkena pape yang mengancam negara die baru die ketatkan undang2 haram merokok di tempat awam...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adesss..
      rasanya dah banyak dah kes kebakaran akibat api rokok tu (-_-")

      Delete
  2. menariknye event tu...

    pss...maaf tanya, tuan blog kt indo, ke kt jepun..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC