Followers

Thursday 9 May 2013

在留カード (Residence Card)

30 April - TOKYO

Kalau ikut kalendar Jpon, hari ini merupakan hari kerja; tapi oleh sebab syarikat aku memberikan cuti 10 hari atau "Golden Week" sehingga 6 Mei, inilah masa paling sesuai untuk menyelesaikan urusan yang hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat dan salah satunya ialah menukar 外国人登録証明書 (Alien Card) kepada 在留カード (Residence Card).. Oleh kerana aku menetap di 神奈川県 (Kanagawa Pref), aku perlu pergi ke pejabat imigresen tapi aku bingung memikirkan samada perlu pergi pejabat imigresen 神奈川 atau pergi yang HQ sebab HQ lagi dekat dan mudah nak pergi berbanding 2 yang lain..


Nak jimat bil telefon, aku sanggup mengayuh basikal untuk pergi bertanya di 幸区役所 (Saiwai Ward Office) seawal jam 0830~ Lucu apabila jawapan yang diberi staff di sana juga atas pagar membuatkan aku terpaksa telefon HQ~ Hari di mana ramai orang cuti jadi terpaksa tunggu lebih 3 minit baru dapat bercakap dengan operator dan akhirnya operator memberikan lampu hijau untuk membuat 在留カード di HQ :) Untuk pergi ke 東京入国管理国 (Tokyo Immigration Office) perlu naik bas dari 品川駅 (Shinagawa Station) pada harga 200円~ Terkejut dengan bilangan 外人 (Foreigners) yang beratur panjang di situ o_0

Langkah untuk menukar 在留カード adalah seperti berikut:
  1. Isi borang 在留カード交付申請書 (Residence Card Application) yang boleh didapati di sini atau boleh diambil di pejabat imigresen.. 
  2. Jangan risau pasal saiz gambar sebab di sana ada alat yang boleh memotong siap gambar tersebut mengikut ukuran yang dikehendaki borang tapi pastikan anda sedia maklum saiz gambar yang dikehendaki berukuran 4x3 (cm)
  3. Selesai isi borang, beratur untuk ambil nombor.. Waktu yang sama juga pihak imigresen akan melihat samada anda membawa dokumen yang diperlukan iaitu passport, gambar, 外国人登録証明書 dan 在留カード交付申請書
  4. Pastikan gambar yang anda bawa itu diambil tidak lebih daripada 3 bulan.. Kalau terlebih, pandai-pandailah kelentong macam aku buat (笑)
  5. Jika tiada masalah, nombor akan diberi dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil
  6. Bila nombor dipanggil, bawa segala dokumen untuk disemak sekali lagi dan jika tiada sebarang masalah, anda diminta tunggu sekali lagi untuk mengambil kad 

Alhamdulillah, aku hanya perlu menunggu selama sejam lebih untuk mendapat kad yang ditunggu-tunggu.. Kalau diikutkan, 外国人登録証明書 itu masih boleh digunakan sehingga tahun 2015.. Tapi oleh sebab pernah ditahan di airport Malaysia dan Thailand sebab orang sana tak reti baca tulisan 漢字 (Kanji), nak tak nak terpaksa juga tukar (笑)


19 comments:

  1. card baru lebih cantik...gambar baru pon lagi cantek dari yg lama...hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..
      tapi kyo lagi suka gambar lama..
      haunted gitu :p

      Delete
  2. kene tahan, macam buat salah pulak..
    hahaha..

    potong gmbr lama..tampal kt kad baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      pasrah jelah di negara orang..
      kalau kena kt negara sendiri, lagi menyirap kot :p

      Delete
  3. Hahaha kesian kyo kena tahan, dorang ingat kyo orang mana agaknya... tambah2 muka kyo ada kacukan disitu.. hehehe... ena suka card kyo yg baru tu.... nmpk kehenseman kyo.. XD

    ReplyDelete
  4. haaaa dah tahu penulis blog yg mana. selalu tak boleh cam hehe selalu gmbr ramai2 hehe

    ReplyDelete
  5. baru mendarat kat blog nih, ada tulisan2 jepun macam pening plak..btw nice :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal2 je pening..
      bila dah selalu mendarat, insyaAllah akan ok :p

      Delete
  6. ha ah, kad tu baru ada translation baru boleh faham :)
    tq singgah blog kita :)

    ReplyDelete
  7. Wahh...perkongsian yg bagus.Lepas ni kalau tetibe kena keje kt sana boleh refer blog kyo je. :)

    ReplyDelete
  8. salam kyo..thanks visit my blog..
    salam knal dr m3h
    done follow sini

    ReplyDelete
  9. Bestnya duduk Jepun. Teringin nak pergi sana. Kalau lah one day ade rezeki jejak kaki kat sana memang nak amik gambar banyak2 dengan bunga sakura. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      impian yg menarik..
      all the best :)

      Delete
  10. wah nice sharing...bestnya tgk RC tulisan jepun.mmg kena godek previous entri ni....suak baca pglmn kyo

    p/s-->tqvm sudi sggh blog.merasalah jugak kwn dgn bloger yg duk di jepun ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      ikutlah perkembangan semasa blog nih dan anda akan terkejut lagi banyak kot :p

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC