Followers

Saturday 25 May 2013

Kursus Pra-Perkahwinan

11~12 May - TOKYO


Buat julung-julung kalinya sebuah kursus pra-perkahwinan anjuran Kelab Umno Jepun telah diadakan selama 2 hari bertempat di Shinjuku New City Hotel.. Kursus ini merupakan hasil usahasama pihak kedutaan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)~ Harga termasuk makan minum ialah 4000円 (RM120) bagi yang sudah bekerja dan 3000円 (RM90) bagi pelajar.. 


Dikhabarkan kehadiran kursus pra-perkahwinan ini adalah salah satu syarat bagi orang Islam yang ingin berkahwin di Malaysia.. Objektif kursus ini adalah untuk mengurangkan krisis rumah tangga disamping memberi pendedahan kepada bakal-bakal pengantin tentang isu-isu semasa, langkah permohonan berkahwin, dan tugas majlis agama islam negeri dalam membantu suami isteri.. Sejak hari pertama lagi kami sudah diberi peringatan bahawa sijil hanya akan diberi kepada calon yang menghadiri semua sesi dan menandatangani borang kehadiran! 

Gambar kenangan bersama Ustaz Ajib

Agak beruntung kerana 4 fasilitator pada hari tersebut bukan calang-calang orangnya; Ustaz Muhd Ajib selaku penyelaras merupakan yang paling hebat kerana mempunyai 2 isteri dan bilangan anak yang sudah cukup untuk membina pasukan bola sepak (笑) Ustaz Qari, Ustaz Zakaria yang sering keluar RTM1? dan juga Ustaz Roslan~ Mujur sijil yang akan dikeluarkan ini tiada tarikh luput, kalau tak memang terkial-kial la nak mencari calon (笑) Berikut merupakan antara point menarik yang sempat aku catit sepanjang kursus:

  • Sewaktu mengisi borang perkahwinan, tok kadi perlu menurunkan tanda-tangan dan hantar ke Majlis Agama Islam negeri sebab nikah tak lepas tanpa kebenaran
  • Kedua-dua bakal pengantin boleh menghantar borang permohonan kahwin serentak sekiranya tinggal di pejabat agama daerah yang sama, sebaliknya lelaki perlu menghantar borang terlebih dahulu~
  • Laki yang tinggal di luar negara kena ikut prosedur di negara yang didiami TETAPI jika pergi ke luar negara semata-mata untuk mengadakan majlis di situ, maka perlu hantar surat permohonan terlebih dahulu
  • Kalau menetap di suatu tempat lebih daripada 3 bulan boleh dikira ALAMAT SEMASA
  • Tempoh masa untuk buat permohonan berkahwin; paling cepat ialah 90 hari sebelum tarikh aqad niqah, paling lambat ialah 7 hari sebelum
  • Sah laku surat kebenaran ialah 90 hari (Biasanya ambil masa 1 jam selepas dihantar)
  • Dokumen asasi yang diperlukan; salinan IC pemohon dan wali, sijil kursus pra-perkahwinan, surat akuan bujang (lelaki), salinan surat nikah ibu dan bapa (perempuan), laporan ujian saringan HIV
  • Wali hakim: Sultan/Yang di Pertuan Negeri 
  • Janda berhias: Perempuan yang diceraikan ketika masih dara, perlukan kebenaran mahkamah kalau nak kahwin ketika dalam tempoh edah (3 kali suci)
  • Hubungan dalam keluarga perlu ada 6 aspek; Loving, Caring, Understanding, Forgiving, Sharing, dan Giving
  • Dari segi hukum, lelaki TIDAK berhak mengambil gaji isteri kecuali isteri ada "masalah"
  • Antara punca penceraian ialah sikap dan fulus
  • Usap sehelai rambut anak yatim boleh menggugurkan 1 dosa
  • Cara menangani stress mengikut Quran ialah dengan menjaga solat tidak kira waktu senang atau susah, dan rajin memberi bantuan (sedeqah)
  • Tanggungjawab suami terhadap isteri; makan dan minum, tempat tinggal, pakaian (setahun 2 pasang wajib?), ubatan dan perhiasan, ilmu
  • Perempuan yang jaga solat, puasa, taat pada suami, jaga maruah, bila di akhirat kelak akan ditawarkan mana-mana pintu syurga
  • Sabar dengan sikap isteri adalah maghfirah (pengampunan)
  • Siapa lagi kuat: Orang yang mempunyai 1 akal tapi boleh kawal 9 nafsu, dengan orang yang mempunyai 9 akal tapi gagal mengawal 1 nafsu..
  • Syiqaq: Bertengkar sama-sama tak mahu mengalah
  • Tugas kaunselor di pejabat agama BUKAN menyelesaikan masalah, tapi sekadar memberikan bantuan, panduan SAHAJA
  • 3 perkara yang dibuat sungguh jadi sungguh, dibuat main pun boleh jadi sungguh iaitu niqah, talak, dan rujuk
  • Cerai di luar mahkamah boleh dikenakan denda RM1k atau penjara 6 bulan
  • Gaji kurang daripada RM1,167 layak untuk mendapat bantuan baitulmal
  • 5 tahun hadapan, jika gaji bawah RM2,500 di kira sebagai FAKIR MISKIN dan layak mendapat bantuan baitulmal

p/s Kagum dengan jabatan agama di Malaysia yang begitu terperinci dalam menjaga proses rumahtangga umat Islam~ Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~



18 comments:

  1. tediaa tediaaa ....

    dia nak join kursus pra kawen .. woot woot !!!


    nak sushi !!!! >< tetibe

    ReplyDelete
  2. Dulu time kt kampus ada jgk kawan ajak g kursus kahwen, tp Teena ckp, xnk lah nak pergi dgn future H nnt..

    Betulkah tindakan ini?? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi ada kt Malaysia, bila2 boleh pergi..

      cuma bila dah kerja nanti mungkin susah kot nak cari masa lapang ;)

      Delete
  3. Wow. Kursus kawen sampai Jepun!
    Russia tak sampai pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar citer last time pihak JAKIM buat pon kt Australia.. Maybe lepas ni banyak kot negara diorang akan pergi..

      Delete
  4. weewitt..

    dah bole calon lepas ni..

    cari org jepun sorang..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cari orang Jpon x yah susah2 join kursus nih..
      haha

      Delete
  5. Baguslah ada kesedaran. Nampaknya jodoh takkan ke mana le tu. ;P

    ReplyDelete
  6. Salam,
    sorry..nak tumpang tanya,
    did penganjur announce bila lagi kursus mcmnie nak buat kat jepun lagi lepas nie?
    sorry tiba2 singgah n tanya...but i need info plz.
    tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..
      hmm, KUJ mmg ada perancangan nak adakan lagi kursus camni.. tapi x pasti samada tahun ni atau tahun berikutnya.. insyaAllah next year akan ada lagi kot~

      Delete
    2. thanks for the info..
      try to search more ttg kursus nie.
      thought if ada lagi boleh join=)

      Delete
    3. try "like" page Kelab Umno Jepun
      kalau ada nanti insyaAllah diorang akan update~

      Delete
  7. entah bila la nak p ni.tunggu de calon la kut baru p.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa lapang baik pergi je siap2 :p

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC