Followers

Monday 28 June 2010

Nara Bus Tour

27 Jun - NARA

Alhamdulillah, ak terpilih antara 80 pelajar bertuah ntk turut-serta dalam 'International Student Bus Tour in the Ancient city of Nara' anjuran 国際センター (International center) Rits yang ditanggung sepenuh nye oleh PIBG Rits.. Ini merupakan kali ke 2 ak terpilih ntk join Bus Tour; kali pertama pergi pada tahun lepas ntk event di 信楽 (Shigaraki)= Kitorang dikehendaki berkumpul di JR南草津 (Minami Kusatsu) sekitar jam 0830; layan bola nyer pasal membuatkan ak hanya dapat melelapkan mata sekitar 2 jam jer ntk bangon pagi bagi bersiapkan diri.. Plan nak tido dalam bas turut tergendala bila dok borak sakan ngan member seblah yang berasal daripada 韓国 (Korea Selatan)~ Alang2 nk g bercuti di 韓国 waktu 夏休み (Summer Vacation) tahun nih, banyak gak ak tanye pasal negara dia sampai x sedar bas yg dinaiki telah tiba di destinasi pertama; 西大寺 (Saidaiji)~ Awalnye, kitorang diberi penerangan tentang sejarah 西大寺 oleh sami yang bertugas, pertama kali ak masuk tokong yg melarang penggunaan kamera di dalamnye~ Malah, ak juga dapat tau yang pengunjung dilarang membawa botol plastik masuk ke dalam tokong.. ;) 西大寺 termasuk dalam 南都七大寺 (The seven great temples of Nara) telah dibina sekitar 1400 tahun yang lalu oleh anak perempuan 天皇 (Emperor) pada ketika tuh~


Penerangan ringkas tapi x banyak dapat tangkap -_-" Dengar citer 西大寺 nih menerima sumbangan yang banyak daripada syarikat2 terbesar seluruh Jpon.. Keluasan 西大寺 nih juga dikatakan nk dekat sama ngan 御所 (Imperial Palace) di 京都 (Kyoto)~ Selepas diberi masa ntk pusing2 dalam 西大寺 tuh, kitorang dibawa pula ke bangunan yang lain ntk upacara お茶盛り (Ochamori); majlis minum teh yg diisi dalam satu mangkok besar ntk dikongsi beramai2.. Sejarah お茶盛り ni diceritakan cukup rapi oleh sami yang bertugas; sekitar 800 tahun yang lalu, Jpon ketika tuh berada dalam 戦国時代 (Warring States period).. Rakyat ketika tuh digambarkan begitu miskin dan hidup melara~ Banyak bangunan2 musnah akibat daripada gempa bumi dan kebakaran termasuklah 西大寺~ Kemunculan seorang sami bernama 叡尊 (Aeson) telah mengeluarkan dana sendiri ntk membina semula 西大寺 dan berdoa supaya keadaan kembali tenang dan rakyat dapat hidup dengna aman damai seperti sediakala.. Konon nyer lama gak dia berdoa tanpa makan, minum, dan tido sehinggalah 'doa' dia dimakbulkan.. Sebagai penghargaan kepada tuhan kerana memakbulkan doa tuh, 叡尊 menghadiahkan お茶 (Tea) yang waktu tuh merupakan minuman yang paling berharga dan hanya diminum oleh pembesar2 sahaja.. Hasil lebihan お茶 tuh diberikan kepada orang ramai; tp waktu tuh orang ramai sangat sampai x cukup cawan membuatkan rakyat tempatan memberi idea menggunakan mangkok besar yg diorang biasa guna ketika tuh.. 


お茶盛り diperkenalkan ketika 冬 (Winter) membuatkan latar belakang bilik yang kitorang duduk ketika tuh berkonsepkan 冬~ Satu mangkok besar diisi seramai 5~6 orang.. Minuman 抹茶 (Grean Tea) yang disediakan cukup tawar meskipun bagus ntk kesihatan.. Selesai お茶盛り, kitorang dibawa ke 東大寺 (Toudaiji); antara tokong terkenal di Jpon dengan 大仏殿 (Great Buddha Hall)~ Bila dah tgk dengan mata sendiri, memang cuak aa dengan saiz patung berhala tersebut tp masih kalah dgn patung kt Batu Caves ;) Kawasan persekitaran 東大寺 cukup luas, dan konon nyer setiap arca termasuk yg dilantai mempunyai makna disebalik nyer.. Istimewa di 東大寺 ialah sebatang tiang kayu yang ada lubang @ terowong yang membolehkan orang ramai merangkak menembusi terowong kecil tuh~ Lepas puas pusing2 東大寺, kitorang diberi masa yg panjang ntk makan tengahari dan lepak2 di 奈良公園 (Nara Park) yang terkenal dengan 鹿 (Deer) yang bertaburan di persekitaran.. 鹿 di anggap sebagai 'Nabi' oleh pengikut ajaran 神道 (Shinto) membuatkan rakyat Jpon gemar bermesra dengan 鹿~ Pengunjung boleh membeli 鹿せんべい (Wafer) pada harga 150円 ntk disuap kepada 鹿~ Ada yang 'bertuah' kerana diekori oleh segerombolan 鹿 membuatkan tiada pilihan lain ntk beli 鹿せんべい yg dijual hampir diseluruh gerai2 di situ.. Konon nyer 鹿 mudah tertarik dengan hand bag.. o_0 Kitorang singgah di restoran kecil ntk makan tengahari seblom pulang semula kedalam bas sekitar jam 1415~


Destinasi terakhir ialah 奈良商工会議所 (Nara Chamber of Commerce and Industry) ntk aktiviti 握り墨 (Nigiri-sumi)~ 奈良 (Nara) merupakan salah satu tempat yang terkenal dengan 墨 (ink stones) dan 書道 (Calligraphy)~ Awalnye, kitorang diperkenalkan dengan sejarah 墨 yang berasal daripada China dan hubung-kait dengan 奈良 dari segi bahan buatan 墨 tersebut~ Kagum giler dengan cara pembuatan 墨 yang berasal daripada 松 (Pine tree) yang dibakar~ Pengguna kene tunggu selama 2~3 tahun seblom nk guna 墨 tersebut~ 墨 yang dah sedia boleh dibuat penyegar bilik? sambil digunakan ntk 書道~ 握り墨 agak unik kerana setiap orang mempunyai 指紋 (Fingerprint) yang berbeza.. Kitorang dikehendaki ntk menghasilkan 握り墨 masing2; leceh gak nak buat sebab kalo terlebih tekan nanti 握り墨 tuh mengembang membuatkan terpaksa やり直し (Redoing) ;) 握り墨 yang telah dihasilkan akan dimasukkan kedalam kotak khas dan dinasihatkan ntk tunggu selama 3 bulan seblom membuka kotak tersebut.. Sebagai sagu-hati, kitorang dihadiahkan setiap seorang dengan 墨 yang berusia 30 tahun! Konon nyer lagi berusia 墨 tuh, lagi mahal harga nyer~ Konon nyer kotoran pada tangan hasil daripada pembuatan 墨 tuh x akan hilang kalo guna sabun jer, tp perlu ditambah dengan tahi 鶯 (Bush warbler) yang banyak terdapat di 名古屋 (Nagoya)~ Kitorang difahamkan tahi 鶯 turut digunakan di dalam pembasuh muka terkenal keluaran Shiseido; malah tahi 鶯 turut digunakan sejak dulu lagi di kalangan orang Jpon kerana dipercayai boleh melicinkan kulit! 


Bersurai sekitar jam 1600~ Ingatkan boleh tido dalam bas, skali sangkut plak dengan sorang mamat China yang ajak borak~ Sedar x sedar dah sampai JR南草津 membuatkan ak kene tido dengan selekas yang mungkin ntk bangon layan bola England vs Germany~ Seblom perlawanan berlangsung, berita menunjukkan kisah tilikan seekor sotong yang memilih Germany ntk memenangi perlawanan tersebut dan konon nyer hasil tilikan sotong nih menghampiri 80%~ Sekali btol daa~ Korang boleh layan video rakaman berita tersebut di bawah~  

 

Whenever a good thing came to them, they said, 'This is our due.' But if anything bad happened to them, they would blame their ill fortune on Musa and those with him. No indeed! Their ill fortune will be with Allah. But most of them did not know.  
(Surat al-A'raf, 131) 

p/s Gambar2 lain boleh dilayan melalui sini 

9 comments:

  1. Dengki gler aku dengan ritsu...asyik bwk pljr die g jln2 je...

    ReplyDelete
  2. haha.. ape lagi, wat masters kt Rits la bro~

    ReplyDelete
  3. wadda.... asal macam pergi vacation rather than amek masters nih??

    btw, sittu bilang (i buat 100% cara dia ckp k): kirimkan salam anak jepang. how are you? shushi bakero.

    -shes ur gramma too, so u go figure out wat "shushi bakero" means.

    she's a bit down now. hmm.. kay lah.. gudnyt.. am going to indonesia this thursday btw. weee~

    ReplyDelete
  4. huhu.. blaja2 gak, enjoy pon x dilupakan ;)

    uih, Siti speaking Jpon tuh?! err.. I try not to figure out the "bakero" word means.. -_-"

    Thanks for the update on Siti condition.. have fun in Indonesia.. ;)

    ReplyDelete
  5. memangggg bessssttttt... tp bukan selalu dapat chance camni~ ;)

    ReplyDelete
  6. suka betul tengok gambar2 ni..bersih dan tersusun jer suasananya

    ReplyDelete
  7. huhu.. UNESCO approved World Heritage Site bro=

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC