Followers

Wednesday 2 June 2010

Apa nak jadi nih, Jpon?

30 May - AUSTRIA

Perlawanan persahabatan antara Jpon dan England yang beraksi di UPC Arena, Graz menyaksikan Jpon bermula garang apabila berjaya meledakkan gol pada minit ke 7 menerusi pemain pertahanan, Tulio hasil jaringan daripada sepakan sudut.. Malang kerana waktu nih ak x sedar pon ada siaran langsung kt tv membuatkan ak hanya sempat layan pada separuh masa kedua.. Persembahan pemain Jpon pada aksi kali nih ternyata berbeza daripada perlawanan menentang Korea Selatan tempoh hari dengan beberapa cubaan bahaya dan pertahanan juga bermain dengan baik ntk mengekang pihak lawan daripada menjaringkan mata.. Corak permainan Jpon yang diketuai pemain muda, Keisuke Honda yang bermain ntk pasukan CSKA Moscow (Russia) berjaya mengawal permainan namun nasib malang Jpon tiba pada minit ke 72 apabila hantaran Joe Cole daripada sudut kanan di tanduk masuk pemain pertahanan Jpon, Tulio ke gawang sendiri -_-" Minit ke 83 pula menyaksikan giliran kapten pasukan Jpon, Nakazawa pula ntk menambah duka apabila menjaringkan gol sendiri= x boleh blah bila kamera tunjuk Tulio tgh gelak lepas kapten pasukan pon own goal (笑) Wisel penamat berbunyi menandakan Jpon menjaringkan 3 gol tapi tewas juga di tangan England.. Pasukan Jpon bakal berdepan dengan Ivory Coast di Switzerland pada 4hb nih seblom berlepas ke Afrika Selatan bagi bersaing merebut piala dunia.. ---> Penat tergelak2 dalam 研究室 (lab) petang tadi bila member pasang highlight match Jpon vs England.. siap cakap xde match lagi menarik dari match nih sebab 2 own goal; own goal Tulio lawa giler! (笑)


2 Jun - JAPAN


Beberapa minit lepas layan highlight, tetiba member ak beritahu satu berita yang mengejutkan; Perdana Menteri (PM) Jpon, Hatoyama Yukio baru sahaja meletakkan jawatan hari nih! Ak x layan sangat berita di Jpon jadi kurang arif pasal turun-naik politik diorang, tp dengar citer antara sebab Hatoyama letak jawatan ialah isu penempatan tentera marin US di Okinawa yang dibangkang keras oleh penduduk Okinawa sendiri~ Hatoyama yang mengangkat sumpah sebagai PM pada 16 September 2009 hanya sempat memegang jawatan tersebut selama lebih kurang 9 bulan jer membuatkan beliau antara PM tersingkat di Jpon (need citation).. Abad ke 21 menyaksikan keadaan politik Jpon semakin x stabil kerana kerap bertukar PM :-

  • Koizumi Junichiro: April 2001 ~ September 2006
  • Abe Shinzo: September 2006 ~ September 2007
  • Yasuo Fukuda: September 2007 ~ September 2008
  • Aso Taro: September 2008 ~ September 2008
  • Hatoyama Yukio: September 2009 ~ Jun 2010

Sewaktu kempen pilihanraya, Hatoyama menegaskan bahawa Jpon harus berhenti daripada bergantung kepada US dalam aspek sekuriti , sambil mencadangkan bahawa masa depan negara tersebut lebih bergantung kepada hasil integrasi dengan Asia.. (link) Malang nyer apabila dia menjawat jawatan PM, dia gagal menunaikan janji apabila cuba berunding dengan Obama bagi meletakkan askar marin US di Okinawa~ Seblom nih Hatoyama juga diundi "Bila saya besar nanti, saya x mau jadi macam orang nih " oleh kanak2.. Antara alasan yang diberikan ialah tidak menepati janji, dan masih menerima wang saku daripada ibu beliau! Apa yang paling mengejutkan ak ialah suasana dalam 研究室 pada hari nih ibarat cam xde ape2 yang berlaku.. Ak cuba gambarkan suasana di Malaysia kalo PM tetiba letak jawatan; adakah akan berlaku rusuhan @ rakyat pon buat bodo jer cam kt Jpon nih? Salah satu sifat kebanyakan orang Jpon di sekitar ak ialah x amik kisah tentang politik.. Ada yang sengal sampai x tau nama PM sendiri pon ade (笑) Ak turut berfikir ada baik nyer jugak kerajaan ramaikan pelajar Malaysia ntk belajar ke Jpon; lari skit daripada isu politik (笑) Konon nyer negara lain sering di ziarah pihak pembangkang yang menyeru pelajar supaya menentang kerajaan~ Kebanyakan pelajar Malaysia di Jpon mengambil kursus kejuruteraan dan setiap hari sibuk; mungkin sebab tuh kot x amik kisah sangat pasal politik? ;) (pikir positif)

p/s Ade ke ahli politik Malaysia yang tamat pengajian daripada universiti Jpon ek?  

12 comments:

  1. ak dok jpon amek tau je psl politik msia maa.xyah tgg pembangkang dtg pn.gov bg je pape kt kami,kami trima tp undi tetap rahsia.yezza

    ReplyDelete
  2. aalamak puas cari tmpt komen tadi..guna bahasa jepun..

    kena study bahasa jepun dulu ni...baru jenguk blog ni semula..ehehee

    ReplyDelete
  3. @matle : bagus2! eh jap, ko bukan sokong pihak .. ehem! (笑)

    @asha : eh.. boleh jer blaja jpon skali ngan blog nih gak.. huhu~

    ReplyDelete
  4. jepun wakil harapan asia ni..hehe

    ReplyDelete
  5. haha.. ak rasa wakil asia skang nih terletak pada bahu skuad korea selatan aa bro.. Jpon lemah aa tahun nih~

    ReplyDelete
  6. jepun kalah pon pasal gol sendiri bro
    nampak sgt england harapkan gol sendiri baru leh menang ;)

    ReplyDelete
  7. uih.. laju jer ko nilai permainan england.. o_0

    ReplyDelete
  8. malaysia dari dlu, kini dan selamanya xhabih2 ngan politik.org jepun pulak kejar kemajuan, tapi malangnya spiritual diorang sgt lemah. aku dgr statistik org bunuh diri kt jepun ramai, betul ke kyo?

    ReplyDelete
  9. yup. Kalo politik je riuh rendah cm kt msia tp pembangunan teknologi sume xbekembang, xgune gak kan. Ak xkesah sgt politik kt msia, cume bile dah menang pilihanraya, kna la kotakan manifesto tu.
    =)

    ReplyDelete
  10. @ shuk : bab2 bunuh diri memang jpon otai bro..

    @ munsyi : setuju bro.. ;)

    ReplyDelete
  11. ade klip video tulio gelakkan nakazawa own goal tak kyo?:D

    ReplyDelete
  12. haha.. ade jer lolong tp kene rajin survey setiap highlight match nih kt youtube aa..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC