Memandangkan kebarangkalian ntk Jpon kalah kepada Paraguay agak tinggi dan ini merupakan kali terakhir, ak tekad ntk layan bola bersama member 研究室 (Lab)~ Ghupe2 nyer selama nih diorang dok layan di umah seorang 先輩 (Senior) yang kebetulan agak dekat giler ngan umah ak lantas ak di ajak skali~ Hujan yang turun pada malam tuh memaksa ak membatalkan hasrat ntk layan di umah 先輩 sebalik nyer layan sorang2 bagi 前半 (First Half)= Mujur kedua2 pasukan seri tanpa jaringan ketika 審判 (Referee) meniup wisel tamat 前半= Alang2 hujan pon dah berhenti waktu tuh, ak terus bergerak ke umah 先輩 yg hanya dipisahkan daripada マンション (Mansion) ak sekitar 2 minit perjalanan.. Termasuk ak, seramai 5 orang yang dok layan bola di situ memandangkan 先輩 memiliki tv Sony 40 inci~ Lawak gak sbb yg nyokong negara sendiri cume 2 orang dan selebih nyer termasuk 先輩 awal2 lagi dah menerima realiti keadaan sebenar.. Konon nyer setakat nih xde negara Asia yang pernah menang lawan dengan negara benua Amerika Selatan.. Awal2 layan bola ngan diorang, ak jadi konpius ntk bezakan suara member2 dengan suara 解説者 (Commentator) tv -_-"
Persembahan pasukan Samurai Biru pada 後半 (Second Half) ternyata lebih menarik kerana berjaya mengikat pergerakan pasukan lawan namun kantoi di bahagian serangan.. Pertarungan di bahagian midfield antara kedua2 pasukan benar2 membuatkan pertarungan menjadi bosan.. Penjaga gol muda, Kawashima berjaya menyelamatkan cubaan2 bahaya pihak lawan begitu juga penjaga gol lawan.. Seperti yang dijangka, perlawanan disambung kepada 延長戦 (Extra time) dengan Jpon banyak memberi saingan di bahagian serangan.. Minit2 terakhir menyaksikan Jpon mensia2kan peluang ntk meletakkan pasukan di hadapan apabila bola yang diumpan oleh pemain gantian, Tamada tidak berjaya sampai kepada pemain penyerang, Okazaki.. Kali pertama dalam W杯 (World Cup) 2010, pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.. Kawashima yang pernah menyelamatkan sepakan penalti Lampard ketika perlawanan persahabatan menentang England seblom nih benar2 di tagih ntk melakukan keajaiban sekali lagi.. Malang buat pasukan Jpon apabila sepakan pemain ke 3, Komano tersasar menyaksikan Jpon tewas kepada Paraguay dengan keputusan 5~3= Perjuangan Jpon ntk maju ke saingan best 8 buat pertama kali menemui jalan buntu~
Pencapai Jpon ntk maju ke saingan best 16 pon dah melampaui jangkaan ramai memandangkan kekalahan berturut2 sewaktu perlawanan persahabatan seblom W杯~ Jpon juga berjaya memecah rekod sendiri apabila berjaya maju ke peringkat best 16 pertama kali di luar Jpon.. Meskipun berjaya mengejutkan dunia dengan kemenangan ke atas pasukan Denmark dengan 2 sepakan percuma terbaek, "..masih banyak yang perlu dibaiki.." merupakan kata2 pengurus pasukan Jpon apabila di minta mengulas keputusan perlawanan.. Kekalahan Jpon di pada penentuan penalti bukan salah individu, tetapi lebih bergantung kepada nasib seperti yang dikatakan oleh kapten pasukan Jpon, Makoto Hasebe.. Harap2 xde pemain Jpon yang melakukan 腹切 (Harakiri) lepas pulang ke negara asal nanti.. Saham pemain2 Jpon lepas nih kompem naik dengan persembahan2 menarik yang dipamerkan oleh K. Honda, Daisuke Matsui, Endo, dan side back, Nagatomo~ Kenapa lah Jpon x amik penjaga gol seperti dalam video di bawah nih ek?? ;)
p/s Pakai Honda ja, nak gol lagu mana. Cuba tengok Belanda, semua pakat naik van. van persie, van der vaart, van bommel, van bronchkorst. tu yg laju jaa (copied from forum)