Ketika dunia masih lagi bergelut dengan COVID-19 dan vaksin masih baru diperkenalkan dan belum tersebar meluas seperti sekarang (Nov 2021), waktu itu aku masih di Jakarta dan oleh kerana semua negara pasti akan fokus pemberian vaksin kepada warganegara mereka terlebih dahulu, jadi aku risau kalau nak tunggu turn dapat via MySejahtera mesti lama dan kemungkinan susah lebih-lebih lagi dengan kes aku yang tidak menetap di Malaysia~ Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal bila baca menteri koordinasi vaksin pada ketika itu (28 April 2021), KJ memberitahu vaksin AZ akan open secara "first come, first serve" dan kita boleh pilih tanggal vaksin itu sendiri! Tanpa fikir panjang, aku terus apply tanggal 1st June sebab kebetulan memang plan nak balik Malaysia selepas raya tahun ini gara-gara ada project yang perlu aku uruskan 4 hari selepas 1 Syawal jadi tahun ini kali pertama aku tak dapat balik beraya bersama keluarga pada 1 Syawal!
Punya la semangat dah beli tiket flight 23 Mei sebab waktu itu tempoh quarantine wajib di hotel adalah hanya 7 hari bagi mereka yang sudah melakukan PCR swab test 3 hari sebelum berangkat menaiki pesawat jadi pengambilan vaksin pada 1st June harusnya tiada masalah~ Tanpa disangka, tiba-tiba tempoh quarantine naik kepada 14 hari balik gara-gara VOC Delta yang menyerang ketika musim raya (-_-") Sewaktu checkin, sempat juga tanya boleh keluar sekejap ke tak untuk ambil vaksin tapi staff KKM yang jaga hotel itu cakap, "Selagi status High Risk dalam MySejahtera tak tukar, encik pergi PPV pun depa tak bagi masuk" so terpaksa pasrah ada kebarangkalian tunggu turn vaksin kat Indonesia sahaja waktu itu~ Adik yang kerja KKM cuba tolong jugak tapi since vaksin ni under MOSTI jadi tetap tak leh buat apa (泣) Cuba call MySejahtera hotline banyak kali untuk cuba tukar tarikh, tapi setiap kali call samada line tak masuk, atau pun tak ada orang angkat!
View inside PPV IDCC Shah Alam well managed! |
Alhamdulillah, aku dibenarkan untuk walk in sahaja ke PPV setelah selesai tempoh quarantine berkat bantuan adik aku yang tolong tanyakan langsung kat staff KKM yang jaga di PPV berkenaan.. Selesai quarantine tanggal 5th June, aku langsung walk in ke PPV pada tanggal 8th June walaupun sempat di tahan oleh security ketika minta aku tunjukkan screen phone untuk melihat appointment date and time setiap calon yang ingin masuk ke PPV~ Hanya jawab, "ada telefon dan suruh datang" baru security benarkan masuk (笑) Jujur kata, PPV di IDCC Shah Alam memang terbaik dari segi pengaturan keluar masuk, dan segala proses yang menurut aku cukup lancar; hanya kurang lebih 15 minit sudah selesai terima vaksin, dan perlu menunggu sekitar 15 minit lagi untuk tempoh menunggu bagi memastikan tidak ada gejala baru dibenarkan pulang~
Dose ke 2 bagi vaksin AZ berbeza dengan jenis yang lain iaitu jarak masa antara dose itu ialah 8~12 minggu dan hampir 3 bulan lama nya.. Mau ga mau memang kena ambil dose 2 di Indonesia sebab tak sanggup nak lalui quarantine hotel sokmo yang cukup membosankan! Sewaktu di Jakarta, aku dah dapat tanggal dose 2 melalui MySejahtera pada tanggal 3rd August jadi aku pergi ke Pusat Kesihatan Masyarakat (PUSKESMAS) berdekatan office sebab di Indonesia, rata-rata PPV dia adalah di PUSKESMAS.. Aku di minta ke RS Cikini sebab di situ yang memberikan AstraZeneca 2nd dose jadi bergerak la aku ke sana dengan harapan boleh ambil vaksin.. Sayangnya, doctor yang bertugas memberitahu di Indonesia, mereka hanya akan beri setelah cukup 12 minggu dari dose pertama (笑) Aku cuba berikan fakta dari negara-negara lain tapi mereka tetap berpegang kepada informasi yang sudah ditetapkan oleh kementerian kesihatan Indonesia jadi tak boleh nak ubah~
Drive-thru vaccine center |
Malah, untuk kes aku yang sudah mendapatkan dose pertama di negara luar dan cuba mendapatkan dose ke 2 di Indonesia, oleh sebab sistem rekod belum terintegrasi, sertifikat yang akan dikeluarkan akan tertulis sebagai dose 1 meskipun untuk kes aku, jumlah nya sudah lengkap menerima dua dos~ Setelah dapat informasi dari komuniti Malaysia melalui WhatsApp, aku pergi ke PPV di Jakarta Selatan yang memberikan vaksin secara drive-thru.. Waktu ke sana, agak terkejut dengan barisan kereta yang beratur panjang, jadi aku ambil cara mudah dengan langsung jalan kaki bertemu dengan pegawai yang bertugas sebab risau kalau dah beratur lama sekali tidak dibenarkan ambil jadi tidak mahu buang masa~ Alhamdulillah proses pengambilan vaksin juga cukup lancar tanpa banyak kerenah dan langsung diberikan suntikan dan masuk ke bilik menunggu yang disediakan selama 15 minit sebelum diberikan sertifikat sementara; sertifikat rasmi perlu download melalui aplikasi Peduli Lindungi, aplikasi seperti MySejahtera di Indonesia!
Vaccine Certificate in Indonesia |
Muncul masalah baru iaitu masing-masing aplikasi, MySejahtera dan Peduli Lindungi memiliki sertifikasi 1 dose jadi perlu integrasi salah satu bagi memudahkan perjalanan hendak ke mana-mana memandangkan Indonesia memang strict; nak masuk mall pun kena tunjuk bukti dah vaksin baru dibenarkan masuk! Aku mula menghubungi pihak MySejahtera sejak pertengahan August untuk mengintegrasikan sekaligus mengakui sertifikasi vaksin yang aku ambil di Indonesia; mula-mula menerusi e-mail, kemudian di pertengahan September, ganti pula ke aplikasi melalui MySejahtera, tetap tidak ada perubahan! Siap pergi ke PKD Petaling, pastu ke JKN Selangor untuk bertanyakan masalah yang sama tapi response yang diberi ialah kena tunggu dari pihak MySejahtera jugak! Akhirnya penantian berakhir pada tanggal 25 November apabila status MySejahtera bertukar kuning hasil interaksi dengan team MySejahtera melalui twitter selama hampir 2 minggu! ALHAMDULILLAH!