Tujuan kepulangan aku ke negara matahari terbit dalam masa 2 hari ini adalah untuk mengambil Residence Card baru sesuai dengan post aku yang sebelumnya (link) .. Kalau ikutkan plan asal hendak kembali ke Jepun pada akhir bulan March namun atas faktor pekerjaan, terpaksa mundur ke April.. Awalnya nak cari awal April tapi harga tiket tak masuk akal gara-gara musim Sakura, mujur harga tiket 1 minggu sebelum Golden Week tidak terlalu mahal.. Proses pengambilan residence card tidak terlalu sukar, hanya perlu membawa poskad yang memaklumkan suruh datang ke 入国管理局 (Immigration Office) dan siap-siap 印紙 (Stamp) berharga 4000円.. Aku sengaja beli 再入国 (Multiple Entry) jadi harus bayar extra 6000円 memandangkan boleh jadi tidak pulang ke Jepun melebihi daripada setahun iaitu syarat untuk tidak memerlukan stamp tersebut..
Biasanya hanya mengambil waktu sekitar 1 jam menunggu untuk mengambil Residence Card itu.. Selesai urusan di 入国管理局, aku berangkat pulang ke 本社 (Headquarters) di 川崎市 (Kawasaki City) untuk mengucap salam kepada rakan sekerja di sana buat sementara sebelum berangkat keluar ke 区役所 (Ward Office) untuk urusan pemindahan alamat rumah supaya aku tidak perlu membayar 住民税 (Residence tax) setiap tahun.. Prosesnya juga cukup mudah dan mengambil waktu sekitar 30 minit, hanya perlu isi borang dan hantar kepada orang yang bertugas di 区役所 sambil menunjukkan Residence Card untuk tujuan semakan.. Selesai aktiviti satu hari, aku berangkat pulang ke hotel untuk bersiap-siap memandangkan flight pagi besok jam 1140..
p/s Lupa nak plan 健康診断 sekali untuk trip kali ini..