Acara ketiga anjuran KokoJali yang aku turut-serta dan kali ini buat pertama kali bukan acara jalan kaki tapi naik basikal keliling Menteng, salah satu kawasan yang pernah aku tinggal selama 2 tahun suatu masa yang lalu.. Acara kali ini membawa kami ke meeting point di Museum Perumusan Naskah Proklamasi pada jam 2 siang.. Di sinilah perbincangan antara Soekarno dan beberapa anggota penting dalam proses kemerdekaan mengadakan mesyuarat bersama bekas petinggi Jepun yang mengizinkan mereka mengguna pakai ruang rumah pada waktu itu.. Jalan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Gereja Ayam sedikit terganggu gara-gara hujan turun dengan lebat membuatkan kami terpaksa menunggu sebentar di situ hampir 15 minit sebelum berangkat.. Destinasi kami pada hari itu ke Gereja Ayam --> Masjid Cut Meutia --> Kunstring boleh diikuti melalui video yang turut keudara melalui program Travel Notes di Berita Satu..
Walaupun perjalanan sedikit terhambat gara-gara hujan lebat yang agak non-stop seharian itu, aku bersyukur kerana dapat ikut serta memandangkan banyak info menarik yang selama ini tidak pernah tahu walaupun sudah pernah masuk ke beberapa lokasi yang sama sebelum ini.. Contohnya Masjid Cut Meutia yang unik kerana qiblat nya dan sejarah di sebalik kemunculan masjid itu.. Paling menarik apabila dapat melihat sisi lain Kunstring seperti private room di tingkat atas yang penuh dengan lukisan menarik dan ruangan yang cantik.. Kami makan bakso bersama sebelum bersurai di hadapan Masjid Agung Sunda Kelapa memandangkan aku ingin Isya' di situ sebelum pulang.. Ternyata itu tindakan yang tepat kerana sebaik sahaja habis solat, hujan turun dengan lebatnya~ Tunggu sehingga hujan sedikit surut baru berangkat pulang walaupun tetap basah~
Event kedua yang aku ikut serta bersama Koko Jali sempena walking tour mengenal tempat-tempat sejarah di sekitar Jakarta namun istimewa nya kali ini Koko Jali menjemput Komunitas Tunanetra (Blind Community) untuk turut sama dalam aktiviti berjalan kali ini.. Plan awalnya seramai 2 orang buta dewasa, 5 orang buta kanak-kanak dan 3 separa buta dari komunitas tunanetra yang akan hadir tapi pada hari tersebut, yang muncul cuma 2 orang buta dewasa manakala yang lain tidak ada info; kononnya tidak ada pendamping dari tempat mereka tinggal umumnya hari Ahad~
Acara bermula di Gedung Joeang 45, salah satu tempat bersejarah di mana disinilah Soeharto dan rakan-rakannya berkumpul dan bersidang menuju kemerdekaan.. Sebelum acara dimulai, kami diajari terlebih dahulu tips-tips untuk memimpin orang buta, segala tanda isyarat, apa yang harus dilakukan supaya mereka tahu apa yang ingin kita lakukan dan sebaliknya.. Antaranya lengan kita harus rapat dengan lengan orang buta tersebut sebagai tanda isyarat kita akan bersedia berjalan.. Menariknya aku dipanggil dari awal untuk menjadi demo memandangkan aku seorang sahaja bukan local (笑) Makanya dari awal masuk Gedung lagi aku sudah bersama orang buta dari Papua ini sambil menerangkan apa sahaja yang aku lihat kepadanya..
Sedikit informasi menarik tentang orang buta dari Papua ini ialah dia sudah berusia 53 tahun dan sudah menetap di Jakarta hampir 20 tahun.. Berhijrah dari Papua ke Pulau Jawa pada awal 20-an untuk mengikuti kursus urut, walaupun cacat penglihatan, dia boleh jalan kaki menuju tempat penginapan dia di Tanah Abang seorang diri walau di mana dia diturunkan.. Destinasi seterusnya ialah Pos Indonesia, salah sebuah bangunan bersejarah tapi ada sedikit penambah-baikan buat infrastruktur di dalam gedung namun masih mengekalkan konsep dahulu.. Setelah itu kami jalan kaki menuju ke Taman Marzuki Ismail (TIM) dan di sana kami makan bersama di Rumah Makan Soto Haji Maaruf; di dalam rumah makan itu ada terpampang foto Jokowi dan wakil presiden, Jusuf Kalla pernah makan di situ juga..
Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Masjid Jami' Al Makmur Cikini, salah satu masjid yang dibangunkan oleh Raden Saleh, salah seorang tokoh sejarah Indonesia yang ahli dalam bidang lukisan.. Dikatakan lukisan dia sering dibeli oleh golongan kerabat di raja Eropah pada abad ke-19 membuatkan dia mampu membeli tanah sampai boleh buat zoo sendiri! Kononnya masjid ini juga beliau dirikan kerana waktu itu kawasan keliling situ banyak gereja tapi langsung tiada tempat buat umat Islam untuk beribadah.. Masjid yang sedikit kuno itu sudah berusia lebih 100 tahun tapi tetap utuh sehingga hari ini.. Destinasi seterusnya ialah Kapel PGI Cikini, sebuah gereja yang terletak di dalam kawasan hospital Cikini..
Gereja ini juga didirikan oleh Raden Saleh sendiri yang menunjukkan konsep muafakat tanpa mengira agama yang sudah diterapkan dari dulu.. Destinasi terakhir adalah rumah Raden Saleh itu sendiri yang berjarak kurang 100m dari gereja itu tadi.. Sayangnya kami tidak diperbolehkan masuk ke dalam "istana" tersebut yang kononnya banyak barangan berharga jadi cukup ambil foto di depan gedung itu sahaja.. Dikatakan keturunan Raden Saleh itu masih hidup sehingga hari ini dan sebilangan kecil tinggal secara sembunyi di Indonesia memandangkan ramai ahli keluarga Raden Saleh tinggal di luar negara.. Istimewanya trip kali ini mendapat liputan meriah dari pihak media antaranya akhbar Jawa Pos dan juga Berita Satu~ Klip video boleh dilihat di bawah~