1 Jan - JAKARTA
Satu permulaan yang kurang baik apabila tiba di airport Jakarta pada jam 2130 sewaktu menunjukkan passport kepada staff imigresen dan akhirnya disuruh masuk ke dalam bilik kecil untuk berbincang dengan atasan dia gara-gara permasalahan passport.. Semuanya disedari 2 hari sebelum berangkat pulang ke Jakarta apabila diberitahu pembantu rumah termasukkan sweater yang dalamnya berisi passport aku kedalam mesin cuci~ Hari itu hari Sabtu dan malangnya tidak ada waktu untuk buat passport baru dan selesai proses pengeringan, aku sedikit yakin tidak akan jadi masalah memandangkan tidak ada kertas koyak, cuma ada beberapa helai yang nampaknya tulisan sudah pudar..
Agak risau sewaktu tiba di airport KLIA untuk check in dan leganya apabila diberitahu tidak ada masalah malah passport juga boleh diguna pakai di autogate.. Sengal juga tidak bawa sweater extra dari rumah memandangkan sweater yang dibasuh itu sudah mengecut dan tiada guna untuk dibawa pulang ke Jakarta mengakibatkan penerbangan 2 jam pada jam 2000 itu terpaksa tahan sejuk sehingga selamat mendarat~ Agak terkejut apabila penerbangan Lion Air kali ini tidak mendapat makanan dan minuman; dah macam Air Asia la sebab TV pun tidak sediakan! Mujur dah prepare beberapa drama di dalam iPad yang jadi peneman rasmi kali ini memandangkan isteri buat keputusan untuk tidak pulang bersama dan tinggal di Malaysia~
|
Kondisi passport selepas keringkan pakai hair dryer |
Berbalik kepada cerita di dalam bilik kecil, staff imigresen menunjukkan cop visa tidak ada tanda-tangan pegawai imigresen jadi mereka tidak membenarkan aku lepas.. Menurut mereka, prosedur yang sepatutnya di ambil oleh Lion Air ialah menginformasi kepada Imigresen Indonesia tentang kondisi passport aku dan mendapatkan izin terlebih dahulu~ Paling tidak masuk akal apabila mereka kasi idea untuk aku pulang ke Malaysia malam itu juga untuk buat passport baru, kemudian baru kembali semula ke Jakarta! Aku protes yang memang rencana aku nak buat passport baru di Jakarta sahaja di Embassy memandangkan 2 Jan sudah hari bekerja dan tempoh waktu untuk buat passport baru di Jakarta juga hanya 1 jam seperti di Malaysia!
Melihatkan aku tetap protes membuatkan mereka minta aku keluar dari bilik kecil terlebih dahulu kerana mereka mahu berbincang antara mereka.. Aku cuba cari ketenangan untuk solat tapi sayang surau semua kena keluar terlebih dahulu.. Mau tak mau terpaksa duduk seperti orang bersalah sambil melihat orang lalu-lalang di depan mata.. Laporkan kondisi pada boss dan boss kata cuba nego berapa mereka nak sebab dah jelas sangat ini semua modus mereka untuk dapatkan duit daripada aku.. Aku juga menelefon agent yang membantu menguruskan visa di company tapi sayangnya dia juga beritahu hal ini sudah normal; kalau ada cacat walau sedikit, mau tak mau terpaksa akur dengan ketentuan dari pihak imigrasi..
Setelah 15~20 minit, aku dipanggil semula kedalam bilik kecil dan kali ini salah seorang dari staff menunjukkan di depan aku sebuah buku yang dalamnya tertulis kesalahan menipu isi passport yang dendanya boleh dikenakan sebanyak IDR 500 Juta! Aku tetap protes kerana e-KITAS mempunyai QR code yang mana kalau di scan sudah jelas bahawa passport aku tidak ada salah dan kehilangan tanda-tangan pada cop Visa itu hanya masalah kecil.. Aku terus protes akan buat passport baru dan sebagainya sehinggalah muncul mangsa baru mat salleh yang berdiri di sebelah aku dan membuatkan staff imigresen itu mengeluarkan kata-kata akan "bantu" melepaskan aku kali ini dengan syarat aku harus segera membuat passport baru dan dapatkan cop dari pihak imigresen paling lambat hari Jumaat, 5 Jan~
|
Passport baru pada harga IDR 658k atau RM 200~ |
Suatu kemenangan kecil buat diri sendiri juga kerana berjaya mengelak aktivi rasuah walaupun terpaksa akur sekiranya itu sahaja langkah terakhir daripada di suruh pulang malam itu juga.. Sempat solat dan makan dahulu di airport sebelum naik taxi pulang ke apartmen.. Besoknya pagi berangkat ke Embassy Jakarta untuk buat passport baru.. Hanya perlu membawa IC dan passport lama dan alhamdulillah passport baru jadi dalam masa 30 minit! Sewaktu menunggu ada berborak dengan seorang pelancong perempuan yang kehilangan beg dan dalamnya berisi dompet dan passport ketika sedang shopping di Surabaya! Punyalah kasihan sampai buat police report, beli service bodyguard (IDR 3 juta/ 12 hari) untuk teman dia sepanjang perjalanan naik train 1 hari lebih daripada Surabaya ke Jakarta~
p/s Mula rasa kepentingan passport dan tidak boleh simpan sembarangan lagi..