Followers

Saturday, 14 January 2017

Family Trip to London

26 Dec~3 Jan - LONDON

Pertama kali diajak oleh keluarga mertua untuk ikut serta melancong ke London apabila tamat majlis pernikahan kakak ipar pada akhir Oktober, aku beritahu mungkin sukar hendak dapat cuti memandangkan tahun ini sahaja aku sudah ambil cuti banyak untuk perkahwinan.. Namun apabila sering ditanya sama isteri berterusan membuatkan aku terfikir akan cuti akhir tahun di Jepun dan juga cuti ganti kerana setiap minggu masuk hari Sabtu gara-gara ingin mengejar schedule project membuatkan aku yakin boleh mengambil cuti pada boss.. Jujurnya aku hanya memberitahu pada boss 3 minggu selepas tiket sudah dibeli dan mujur boss juga tidak banyak kata dan membenarkan aku ambil cuti walaupun pada tarikh yang semakin hampir, dia seolah-olah agak kesal memandangkan ramai Jepun juga minta cuti pada tempoh itu dan tidak ada orang yang boleh bantu jaga di lapangan (笑)


Penerbangan julung kali bersama Emirates Bigbus A380 menerbangkan kami ke Dubai dahulu sebelum menuju ke London pada 25th Dec~ Jarak penerbangan antara KL ke Dubai dan Dubai ke London adalah hampir sama iaitu 7 jam dan sepanjang perjalanan kami hanya menonton movie dan merehatkan diri sahaja.. Sayang transit di Dubai sekitar 5 jam dan hasil survey mendapati memang tidak disarankan untuk keluar dari airport kerana dikhuatiri akan terlepas penerbangan seterusnya gara-gara proses di imigrasi bakal mengambil masa yang lama.. Jujurnya tidak terlalu kesal kerana waktu kami tiba di Dubai juga sudah hampir tengah malam~ Selesai mengerjakan solat jama', kami sempat isi perut di Burger King di dalam airport dan bayar menggunakan kad kredit memandangkan tidak memiliki wang Dirham.. Untungnya kami dapat tempat duduk kosong sewaktu perjalanan pergi jadi isteri dapat tidur baring dengan kaki di atas (-_-)

Oxford Street at Night

Kami dikejutkan dengan proses imigrasi ketika tiba di Heathrow Airport dengan jumlah pelancong yang sedang beratur terlalu ramai sehingga mengambil masa 2 jam untuk selesai! Mujur dipertengahan jalan, pihak airport menyediakan botol air minuman secara percuma jadi dapat mengelak daripada terkena dehydration.. Tiba di rumah penginapan sekitar jam 11 pagi, awalnya agak semangat hendak merasai pengalaman berbelanja sempena Boxing Day dan untungnya rumah penginapan kami di York Street; hanya terpisah sekitar 30 minit perjalanan dengan Oxford Street, kawasan beli belah yang agak terkenal di Kota London.. Melihat kondisi isteri yang jelas terlalu lemah untuk berjalan dan aku sendiri juga masih jet lag, kami memilih untuk pulang dan langsung tidur sekitar jam 7 malam dan bangun semula keesokan harinya sekitar jam 4 pagi (笑) Berikut merupakan aktiviti yang kami lakukan sepanjang berada di London:

27 Dec - Bicester Village 
Salah satu outlet terkenal di England dan mengambil masa hampir satu jam perjalanan dari London.. Terkejut melihat jumlah pelancong Malaysia ketika berada di sini dan masing-masing tangan penuh dengan barang-barang yang ingin dibeli.. Secara jujur, butik-butik yang ada disini masih belum dapat menandingi Gotemba Outlet di Jpon yang jelas lebih besar dan bilangan butik juga lebih modern pada pendapat aku memandangkan di sini hampir tiada butik sukan jadi aku bingung hendak berbelanja di mana (笑) Mengharapkan ada 福袋 (Happy bag) seperti di outlet Jpon tapi sayang tidak ada (-_-")


28~29 Dec - Hop-On-Hop-Off London Tour


Pilihan terbaik buat mereka yang hanya ingin berhenti buat sementara waktu untuk mengambil gambar dan langsung menuju ke destinasi seterusnya.. Memandangkan jumlah perhentian yang banyak dan butuh waktu yang lama, ayah mertua langsung beli tiket untuk 2 hari berturut-turut! Sayangnya tiket percuma untuk naik bot tidak sempat kami gunakan pada hari kedua gara-gara semua kepenatan ditambah lagi suhu di luar yang begitu sejuk walaupun bagi 6 tahun pengalaman duduk di negara 4 musim seperti aku (笑) Satu-satunya yang tidak best tentang Hop-On-Hop-Off ialah tempoh waktu menunggunya yang lama berbanding frekuensi ketibaan bas lain seperti Original London dan Golden Tours.. 

View from top of the bus


28 Dec - Christmas Kew Gardens
Keluarga ayah saudara isteri yang menetap di UK membawa kami menikmati イルミネーション (Illumination; pesta lampu) di sebuah taman bunga yang terkenal di England.. Kononnya sukar untuk mendapatkan tiket masuk malah ini juga merupakan kali pertama buat keluarga ayah saudara isteri untuk melihat pesta lampu ini.. Lampu-lampu yang dipasang begitu indah terutama salah satu hasil seni yang padaku begitu memukau iaitu The Hive, sebuah struktur besi yang menyerupai sarang labah-labah dimana pengunjung dapat merasai seolah-olah berada di dalamnya sendiri ditambah dengan suasana lampu dan bunyi-bunyi.. 

The Hive

30 Dec - Paris
Day trip ke Paris.. Akan dikongsi di dalam entri yang lain ;)

31 Dec - Portobello Road Market
Pasar Jalan Portobello merupakan salah satu destinasi utama buat para penggemar barangan antik memandangkan pasar ini merupakan pasar barangan antik terbesar di dunia dengan hampir 1,000 kedai barangan antik! Meriah pada hari Sabtu, dan disyorkan untuk pergi sebelum jam 11 pagi buat mereka yang berminat untuk tawar-menawar.. Di kawasan sini juga ada restoran masakan Malaysia tapi jangan terkejut dengan harga roti canai berharga RM25 untuk 2 keping (笑)



1 Jan - Emirates Stadium
Destinasi wajib buat die-hard-fans Arsenal.. Akan dikongsi di dalam entri yang lain :)

2 Jan - Madame Tussaud London
Salah satu tempat tumpuan di London di mana kita boleh lihat deretan pengunjung yang beratur untuk membeli tiket dari pagi.. Mujur lokasi dari York Street hanya sekitar 8 minit perjalanan kaki~ Museum? itu dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya selebriti, ahli sukan, penerima nobel, ahli politik dan juga bagaimana model max itu dihasilkan.. Ingatkan cuma itu sahaja, tapi ternyata tidak dengan tambahan Star Wars dan juga Marvel Avengers di mana pengunjung dipertontonkan filem berdurasi pendek dalam 4DX.. 

Tom Cruise yang tak berapa jadi (笑)


3 Jan - Heathrow Airport
Destinasi terakhir sebelum meninggalkan bumi UK (笑) Oleh kerana sudah berbelanjan sakan, salah satu aktiviti terakhir pastinya VAT Refund di airport.. Awalnya kami terpaksa beratur di luar namun tak tahan di pertengahan jalan sebab sejuk jadi ingatkan nak pasrah sahaja.. Tak sangka di dalam airport juga ada kaunter VAT Refund selepas selesai proses imigrasi dan mujur tidak terlalu ramai orang yang beratur walaupun yang jaga cuma seorang (-_-") Duit yang kami terima juga lumayan banyak membolehkan aktiviti menghabiskan duit dengan membeli ole-ole di dalam airport (笑)

p/s Dah nak balik baru dapat tahu ada day trip untuk melihat Stonehenge (-_-") 



 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC