8 March 2015 - BOGOR
Trip mendadak daripada seorang teman yang aku kenal sewaktu ikut trip backpackers ke Wonosobo tahun lalu untuk sama-sama melihat gua kelawar di Bogor.. Harga paket IDR 165k per orang ini membawa peserta melawat 3 gua yang diberi nama Sipahang, Simenteng, dan juga Simasigit.. Ketiga-tiga gua ini tidak terlalu panjang dan maksimum hanya sekitar 1km.. Hanya sedikit cabaran yang membuatkan peserta terpaksa melalui jalan-jalan yang sempit malah level air juga paling tinggi paras hanya paras lutut.. Berikut merupakan itinerary perjalanan pada hari itu:
09:00 Meeting point at Tanah Abang Station
09:30 Depart to Parung Panjang Station
10:30 Depart to Goa Godawang by rental minivan
12:00 Lunch
12;30 Expedition to 3 bat caves
15:00 Depart to waterfall at Curug Rahong
18:00 Depart to Parung Panjang Station
19:00 Depart back to Tanah Abang Station
Awalnya peserta di minta untuk bank in down payment sebesar IDR 150k terlebih dahulu.. Agak lucu apabila teman yang ajak aku ikut serta trip kali ini last2 minit cancel kerana demam membuatkan aku terpaksa pergi seorang diri.. Ingatkan nak pergi jalan kaki sahaja dari rumah; paling 20 minit kalau jalan kaki tapi oleh sebab tidak mahu orang lain menunggu, aku sanggup naik ojek dan terpaksa membayar IDR 20k untuk sampai ke destinasi sebelum jam 0900.. Sengal sekali apabila tour leader tiba di destinasi jam 0920! Ramai juga yang cancel last minit membuatkan hanya 6 peserta yang ikut serta pada trip hari itu..
Pic di hadapan pintu masuk gua |
Seperti biasa cuma aku seorang yang orang luar; tapi ada seorang yang kerja dengan BII, salah satu cabang? Maybank di Indonesia jadi boleh buat cerita sepanjang jalan.. Terpaksa mengharungi liku-liku jalan yang penuh debu dan kondisi jalan yang banyak rosak dalam perjalanan menuju ke Goa Godawang.. Lebih menyeksakan apabila aku terpaksa duduk di bahagian belakang minivan (泣) Overall bat cave trip ini tidak mengecewakan sangat memandangkan aku sendiri tidak letak target yang melampau-lampau (笑) Mujur ada yang sudah sering ikut trip sebegini jadi dia dah siap dengan waterproof cover untuk smartphone bagi membolehkan ambil gambar dalam gua..
Selesai ekspedisi ketiga-tiga gua, kami lanjut ke destinasi baru yang tidak ada dalam itinerary original iaitu melihat air terjun di Curug Rahong yang kebetulan satu arah dengan perjalanan pulang.. Ingatkan dekat tapi ternyata harus jalan kaki selama hampir 30 minit untuk tiba di destinasi.. Memang tidak ada niat nak mandi-manda dari awal jadi aku tidak ada bawa pakaian tambahan; Mujur hari tidak hujan, perjalanan pergi dan balik juga tidak ada masalah.. Sempat makan beberapa biji durian dalam perjalanan pulang sementara sedang musim.. Sesampai di stasiun Tanah Abang, kami makan bersama di warung berdekatan sebelum bersurai..