Followers

Saturday, 8 November 2014

Trip to Kawah Putih

25 Oct - CIWIDEY

Sejak diperkenalkan dengan GroupOn, Living Social, Lakupon dan pelbagai lagi laman web yang menyediakan voucher online dimana pengguna dapat mencuba sesuatu yang baru pada harga istimewa, aku sering kali guna untuk pakej makanan dan massage.. Oleh kerana waktu aku di Indonesia mungkin tinggal lagi setahun, aku nekad untuk menghabiskan sisa-sisa waktu dengan melancong ke merata tempat selagi kena dengan waktu.. 

Kebetulan aku terjumpa di Lakupon One Day Trip to Kawah Putih pada harga kurang IDR 250,000 (RM 70) yang mana sudah termasuk pengangkutan dan makan.. Trip ini dikelola oleh Shine Tour & Travel yang sudah berdiri lebih 6 tahun, malah response yang aku terima melalui email tentang trip ini juga baik membuatkan aku yakin untuk membeli voucher tersebut 1 bulan sebelum tarikh berangkat..

2 hari sebelum berangkat, aku mendapat sms daripada trip leader dan memaklumkan harus berada di pusat keberangkatan pada jam 04:00 di Dunkin Donut Plaza Semanggi.. Memandangkan lokasi rumah dan Plaza Semanggi sekitar 4km, aku mengambil risiko bergerak dari rumah sekitar jam 05:10 dan selamat tiba di destinasi sebelum jam 05:30.. Selepas mendaftar diri dengan tour leader, kami langsung diarah menuju ke van yang sudah tersedia di posisi berdekatan dengan Plaza Semanggi.. 

Termasuk tour leader dan pembantu dia, ada 18 orang yang turut-serta dalam trip kali ini yang rata-rata menggunakan voucher Lakupon.. Lucunya sebaik sahaja masuk dalam van, kami dapati tempat duduk tidak muat 4 orang! Lebih mengejutkan ialah van yang kami naiki itu adalah untuk group tour ke tempat lain, bukan destinasi kami!


Sebaik sahaja disuruh keluar dari van, bermulalah drama sinetron antara peserta dan tour leader yang memerli habis-habisan kelemahan tour leader dalam mengatur pengadaan kenderaan.. Tour leader perempuan yang berusia sekitar 20-an ternyata gagal memberikan jawapan yang memuaskan apabila memberitahu kami pemandu van itu sudah jalan tanpa memberitahu dia (笑) 

Kebetulan salah seorang peserta di situ mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang tour ini dan melihatkan kelemahan tour leader tersebut, pakcik ini langsung mesej Boss Shina Tour & Travel untuk pengadaan kenderaan kerana semua peserta mahu pergi hari itu juga walaupun di awalnya Tour leader dengan enteng menawarkan perubahan hari pada keesokan harinya..

Siapa sangka Boss itu langsung berjanji untuk menyediakan 3 Toyota Avanza untuk membawa kami dan akhirnya kami berjaya bertolak pada jam 0900! Perjalanan yang disangka cuma 4-5 jam tapi akhirnya kami tiba di destinasi pada jam 1630! Macet (traffic jam) teruk jalan menuju ke sana lebih-lebih lagi banyak bas persiaran keluar masuk hantar pengunjung ke situ sedangkan jalan dia kecil kemudian naik bukit! 

Langsung tidak rasa ikut tour memandangkan kenderaan kami tiba dahulu daripada yang lain dan masing-masing buat hal sendiri di sana.. Agak sengal kerana aku cuma pakai T-shirt dan celana pendek sedangkan suhu di sana seperti musim luruh di Jepun.. Sebaik hari sudah gelap, kami dibawa ke Situ Patenggang yang memang ada dalam schedule trip hari itu tapi sayang tempat itu sudah tutup jam 1700 lagi (笑)


Entah apa sengal komunikasi antara tour leader dan peserta yang menyebabkan tour leader langsung negosiasi dengan staff di Situ Patenggang untuk membawa kami masuk ke dalam untuk makan di warung di situ dalam suasana yang agak romantik kerana berbekalkan lilin memandangkan lampu warung itu rosak (笑) 

 Selepas itu perjalanan dilanjutkan ke Ciwalk Bandung kerana ada peserta yang berhasrat untuk membeli ole-ole di situ sebelum pulang.. Punyalah mengharap dapat lihat El Clasico selepas terlepas match Arsenal vs Sunderland malam itu tapi sayang aku selamat kembali semula di Jakarta pada jam 0130! 

Secara keseluruhan, aku rasa Tangkuban Parahu lagi best kalau dibandingkan dengan Kawah Putih.. Sebab Tangkuban Parahu lebih luas dan banyak tempat yang kita boleh pergi.. Kawah Putih ini luas juga tapi tumpuan dia cuma satu.. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC