Followers

Saturday, 24 May 2014

Sukabumi Trip

3-4 May - SUKABUMI


Kebetulan salah seorang staff di tempat kerja sering melakukan aktiviti melancong dan dia merancang untuk pergi ke sebuah tempat lokasi air terjun beramai-ramai.. Awalnya hanya mahu pergi dalam bilangan yang kecil, tapi apabila dimaklumkan kepada teman sekerja yang lain, ternyata mendapat sambutan.. Plan awal mahu pergi bulan April, dan tiket keretapi juga sudah dibeli awal memandangkan dalam sehari cuma ada 2 kali sahaja keretapi daripada Bogor ke Sukabumi.. Harga tiket juga cuma berharga IDR 20k (RM6), ekonomi seat tapi ada aircond.. Malangnya beberapa hari sebelum berangkat, ada beberapa orang yang jatuh sakit, jadi terpaksa ditunda kepada hari lain.. 

Kereta sewa yang berjasa

Sewaktu ditetapkan mahu pergi pada tarikh 3 May, ternyata beberapa atasan masih sibuk sedang kejar tender projek tapi oleh sebab sudah booking tempat tinggal chalet di Sukabumi, terpaksa juga berangkat dengan berat hati.. Budget seorang sekitar IDR 200k (RM60) dan seramai 8 orang turut serta dalam perkelahan kali ini.. Mujur boss baik hati bantu tambah IDR 1 Juta (RM 300) bagi membolehkan kami ada lebihan budget untuk makan BBQ pada malam itu.. Bertolak dari stesen Gongdangdia pada pagi 3 May jam 6:15 dan tiba di Bogor sekitar jam 7:30.. Dari stasiun Bogor harus berjalan sedikit kerana train ke Sukabumi itu menggunakan laluan lain.. Terkejut dengan bilangan orang yang menunggu di stasiun menuju ke Sukabumi itu.. Lebih mengejutkan ialah dalam train juga ada outlet supaya orang ramai boleh charge handphone dsb..


Perjalanan mengambil masa selama 2 jam dan kami tiba di stasiun Sukabumi sekitar jam 10:30.. Daripada situ, kami mengambil sedikit masa untuk membeli bahan basah untuk BBQ di malam hari di pasar berdekatan dengan stasiun terlebih dahulu sebelum bergerak ke destinasi menaiki kereta sewa.. Dalam perjalanan singgah sebentar di restoran bubur yang katanya terkenal di Sukabumi.. Selamat tiba di destinasi iaitu Objek Wisata Pondok Halimun sekitar jam 13:00.. Berehat sebentar untuk solat dan menikmati pemandangan indah kawasan chalet sebelum maju ke aktiviti seterusnya iaitu menuju ke kawasan air terjun.. Kami diberi seorang guide terlebih dahulu kerana perjalanan menuju ke situ mengambil masa 90 minit naik turun Gunung Gede! 


Mujur hari tidak hujan memandangkan rata-rata tidak bawa langsung baju hujan walaupun sudah diingatkan oleh staff perancang (笑) Air terjun Cireubeum Selabintana setinggi 60m itu ternyata indah dan airnya dikatakan selamat untuk diminum.. Hasrat untuk mandi terpaksa dipendam kerana memikirkan seluar dalam cuma bawa satu (笑) Selesai berfoto-foto, kami meneruskan perjalan pulang yang turut mengambil masa sekitar 90 minit juga dan akhirnya selamat tiba di destinasi sekitar jam 17:15, sempat untuk mengerjakan solat asar sambil menunggu waktu Maghrib.. Pihak chalet berbesar hati bantu menyediakan nasi dan beberapa alat dapur bagi membolehkan aktiviti BBQ di malam hari berjalan dengan lancar.. Malangnya kekurangan cahaya ketika membakar membuatkan ada beberapa lauk yang tidak dimasak dengan betul (笑)


Malam itu kami semua tidur dalam keadaan menggigil dengan suhu bilik rasanya sekitar 10℃ tapi pasti tak boleh kalahkan suhu di Jepun ketika musim sejuk.. Pagi itu selepas mengerjakan solat Subuh, kami berjalan keluar kawasan chalet untuk menikmati pemandangan dari atas bukit sambil melihat matahari naik.. Kagum dengan keindahan alam apabila bukit seolah-olah berwarna emas apabila disinari mentari pagi.. Oleh kerana tiket keretapi pagi itu jam 10, kami sudah mula bersiap untuk pulang sekitar jam 8.. Sarapan pagi dengan nasi goreng yang disediakan oleh penjaga chalet disitu.. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan kami selamat tiba di Stasiun Bogor sekitar jam 1230.. Makan tengahari bersama di sekitar stasiun sebelum masing-masing berangkat pulang ke destinasi tersendiri.. Sampai sahaja di rumah, nyaris-nyaris tidur kerana kecapekan tapi dikejutkan dengan bunyi telefon dari Boss yang minta aku ke office hari itu juga untuk bantu siapkan dokumen untuk tender projek! (笑)

Kenangan di hadapan chalet

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat di sini~

Hafalan Shalat Delisa



Novel kedua karya Tere Lisa yang aku baca ini merupakan salah satu novel beliau yang telah diadaptasi ke layar perak sekitar tahun 2011.. Berkisah tentang Delisa, anak kecil berusia 6 tahun sedang mempelajari bacaan dalam solat dengan niat ingin mengerjakan solat dengan sempurna.. Plot cerita berlaku di Lhoknga, sebuah bandar di Banda Aceh.. Di dalam cerita ini juga menunjukkan tragedi tsunami di Aceh pada tahun 2005 yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar-bandar di sana termasuk Lhoknga.. Bagaimana seorang kanak-kanak cuba menghafal bacaan solat dengan niat untuk mendapat hadiah daripada ibubapa sehingga membawa kepada beberapa tragedi yang benar-benar membuka minda pembaca tentang apa yang dikejar dalam hidup ini.. Sebuah novel yang pasti dapat menimbulkan perasaan insaf dalam diri setiap pembaca!




Thursday, 1 May 2014

Jungleland

27 April - SENTUL

Entah berapa tahun lagi baru jadi camni (笑)

Sehubungan ketibaan adik dan sepupu dari Malaysia, seorang rakan dari Indonesia ajak pergi ke taman tema untuk bermain-main.. Pilihan diberi antara Dunia Fantasi (DuFan) di Ancol, atau Jungleland di Sentul, Bogor.. Oleh kerana jarak DuFan terlalu dekat dan aku fikir boleh pergi lain kali membuatkan aku pilih ke Jungleland dah alang-alang ada member nak bawa kereta ke sana.. Perjalanan dari Menteng dari jam 0900 dan tiba di destinasi sekitar jam 1030.. Agak lucu perjalanan menuju ke sana yang memang masuk hutan dengan kondisi jalan yang begitu teruk.. Mujur highway jalan tidak jem kerana hari Ahad.. Sebaik tiba di destinasi baru kita dapat tau Google Map memberi jalan short cut (笑)


Bilangan orang ramai di sana membuatkan kami agak kaget ditambah lagi dengan Family Day 3 perusahaan di Indonesia, Toyota, Sharp dan Hoya pada hari yang sama membuatkan kami rasa seperti trip hari itu agak sia-sia (笑) Tiket masuk dikenakan caj IDR 150k (RM 45) dan ternyata suasana dia tidak begitu meriah seperti taman tema yang lain kerana ia masih berusia setahun dan banyak lagi projek pembangunan sedang dijalankan di situ (-_-") Bagi menambah garam di dalam cerita, kondisi mental aku tak stabil setelah bermain permainan banyak pusing-pusing sehingga terpaksa meminta bantuan ubat di First Aid (Ingatkan kena bayar, rupanya free jer) Selesai tawaf seluruh kawasan itu, kami beransur pulang sekitar jam 1400 dan selamat tiba di Menteng sekitar jam 1600 selepas menempuh jam teruk di highway (笑)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC