Followers

Friday, 18 April 2014

PS3 Jailbreak

Niat mahu jailbreak PS3 secara jujur sudah ada sejak aku berada di Jepun lagi kerana "teknologi" itu muncul sekitar 3 tahun lepas.. Malangnya teknologi itu sukar didapati di negara matahari terbit dan kebetulan game PS3 second hand pula mudah didapati dan murah berbanding beli yang baru membuatkan niat itu mati begitu sahaja.. Sejak tiba di Indonesia, memandangkan harga game di sini lebih mahal dan tiada second hand membuatkan aku malas nak main PS3 melainkan kalau ada member datang nak main Winning Eleven (WE).. Lucunya aku cuma ada WE 2012 dan dalam dia 100% bahasa Jepun membuatkan member-member di sini tension main sebab tak faham, dan juga sebab aku hebat sangat (笑)

Ketika aku pulang ke Malaysia atas urusan VISA bulan December yang lepas, timbul niat untuk membeli game baru dan akhirnya 'ter'beli GTA 5 pada harga yang agak mengancam! Lucunya ketika tiba saat nak main, boleh pula PS3 problem tak dapat baca disc.. Pelbagai cara yang aku buat seperti format PS3, adjust kemiringan dan sebagainya sesuai dengan apa yang diajari di internet tapi malangnya tidak membuahkan hasil.. Hasil maklumat daripada member, aku bawa PS3 ke Mangga Dua untuk servis PS3 dan ternyata hasil penelitian mereka, laser disc PS3 sudah rosak dan harus diganti baru.. Yang sengalnya harga laser disc itu sama dengan harga game GTA 5 yang aku beli (笑)


Sewaktu menukar peralatan didalamnya, orang kedai bertanyakan pada aku samada mahu jailbreak PS3 terus atau tidak.. Awalnya aku berminat juga tapi bila difikirkan kembali tak boleh main online selepas itu membuatkan aku matikan dahulu niat lebih-lebih belum cuba GTA 5 online waktu itu.. Pulang sahaja di rumah, aku terus layan GTA 5 cuma sayangnya sangkut di part yang perlu bawa kapal terbang yang memang mencabar kesabaran membuatkan aku terus tak sambung-sambung sehingga sekarang membuatkan timbul semula niat untuk jailbreak (笑) Nak dipendekkan cerita, aku jumpa kedai yang boleh jailbreak pada harga IDR 450,000 (RM 135).. 

Oleh kerana PS3 aku merupakan versi awal dan berkapasiti 40GB, aku dinasihatkan supaya tukar hard disk kerana ada beberapa game yang perlu main ikut internal hard disk.. Hasil penyelidikan di internet juga menyarankan demikian kerana banyak kes game tersangkut jika main melalui external hard disk.. Terkejut juga hasil survey antara kapasiti 320GB dan 500GB menunjukkan harga yang hampir tidak jauh beza membuatkan aku mengambil yang 500GB terus! Kebetulan kedai servis yang sama memberikan harga IDR 750,000 (RM 225) siap dengan game didalamnya! Dengan semangatnya aku setuju pada harga yang ditawarkan memandangkan harga 1 game file yang dijual di situ ialah IDR 20,000 (RM 6)/pcs.. 

PS3 harus ditinggalkan di situ selama 2,3 hari kerana proses jailbreak ini melibatkan pengubahsuaian dalaman hardware PS3 dan bukannya seperti jailbreak iPhone.. Sebaik sahaja menerima PS3 kembali, aku terus periksa beberapa game sebelum melakukan pembayaran.. Di rumah juga aku rajin download game yang lama-lama untuk menambah koleksi seperti Transformers, Heavy Rain, Motorstorm, dll.. Memang azab sungguh waktu menunggu untuk memindahkan file daripada external HD ke dalam internal HD; 12GB sahaja butuhkan 3 jam! Ada beberapa game yang mengambil masa yang lama untuk loading dan ada juga beberapa game yang tidak bisa dimainkan.. Tetapi buat masa ini masih berpuas hati dengan keputusan untuk jailbreak! 

p/s Sering kedengaran bunyi ketak-ketak di dalam PS3 ketika sedang main.. Harap-harap bukan bunyi hard disk (-_-")

UPDATE
PS3 aku sudah rosak selepas 1 bulan aku jailbreak.. Psycho giler dengan kedai yang aku hantar untuk servis jailbreak itu dah ditutup, call pun tidak angkat-angkat.. Hantar ke kedai lain, awalnya ingatkan masih ada harapan, tapi bila lihat gambar pecah-pecah, ternyata motherboard PS3 sudah rosak dan tidak boleh buat apa-apa.. Ternyata risiko jailbreak ini begitu tinggi dan secara jujur aku sedikit menyesal tidak semak lebih detail sebelum setuju untuk jailbreak.. PS3 yang dibeli sejak 2008 dan pertama kali rosak lensa pada tahun 2013 akhirnya rosak buat selamanya di Indonesia juga.. Apa la nak buat dengan game dan juga peralatan lain seperti Ps Move, gitar dsb ek.. #sigh   


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC