12 January - BOGOR
Atas alasan hendak jogging di Bogor, buat pertama kali aku menaiki keretapi menuju ke Bogor yang memakan masa hampir 90 minit.. Bertolak agak lewat yakni sekitar jam 0800 kerana terbangun lambat.. Oleh kerana ini juga merupakan kali pertama aku bakal melakukan aktiviti jogging di Indonesia, ditambah lagi kasut sukan baru sahaja tiba dari Jepun akhir bulan December yang lepas membuatkan semangat lebih berkobar-kobar.. Setibanya di stasiun Bogor yang merupakan 終点 (Final destination), kami berjumpa dengan rakan Indonesia yang dikenali ketika aktiviti rafting awal tahun kelmarin..
Antara pokok terbesar di Kebun Raya Bogor |
Daripada stasiun, kami naik angkut menuju ke destinasi, Kebun Raya Bogor yang terletak kira-kira 3km daripada stasiun.. Ini juga merupakan kali pertama aku naik angkut, van biru yang mana caj paling mahal hanya IDR 4k (RM1.20)~ Bayaran masuk yang dikenakan ialah IDR 14k yang pada aku agak mahal kerana selama ini mana-mana muzium yang aku masuk hanya sekitar IDR 5k sahaja (笑) Entah apa nasib malang, sebaik sahaja baru nak mulakan aktiviti jogging, hujan mula turun daripada rintik-rintik terus menjadi lebat! Kami berteduh bersama pengunjung ramai yang lain di tempat pintu masuk yang berteduh sambil menunggu hujan berhenti..
Lucu juga melihat rakan Indonesia yang memang sering melakukan aktiviti panjat gunung apabila dia mengeluarkan kelengkapan untuk masak air panas! Di situ juga dia panaskan air untuk buat minum kopi! (笑) Hujan mula beransur reda sekitar jam 1130 dan kami berjalan mengelilingi kawasan kebun raya yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dari merata negara seperti Mexico dan Holland.. Ketika berjalan menuju ke sebuah cafe di dalam kebun raya tersebut, hujan mula turun sekali lagi dan kali ini lebih lebat daripada sebelumnya dan memaksa kami berhenti rehat di sana sehingga jam 1500! Kebetulan ada masjid yang terletak tidak jauh dari kafe tersebut jadi memudahkan kami mengerjakan solat Zuhur dan Asar sebelum beransur pulang..