Followers

Thursday, 19 December 2013

Singapore Trip

30 November ~ 2 December - SINGAPORE

Atas urusan visa, aku dikehendaki keluar dari Indonesia dan menguruskan pemohonan visa di kedutaan Indonesia terdekat.. Oleh kerana agent yang digunakan oleh perusahaan aku hanya ada di Singapore, terpaksalah aku pergi membuat di Singapore.. Lagipun aku belum pernah ke Singapore seorang diri malah ini juga merupakan kali pertama pergi menggunakan kapal terbang! Teringin nak pergi menggunakan Singapore Airlines, tapi atas sebab kewangan, aku memilih Garuda Indonesia yang murah sedikit (Tak dibenarkan menggunakan LCC sekiranya urusan kerja)~

Oleh sebab penerbangan jam 11:30 pagi, aku bertolak dari rumah sekitar jam 09:00.. Alhamdulillah jalan tidak terlalu macet pada pagi itu membolehkan aku tiba di bandara sekitar jam 09:45.. Selesai check-in sekitar jam 10:30, mulalah membeli ole-ole untuk orang di Singapore memandangkan aku akan tumpang tidur di rumah sepupu Ummi, padahal aku sendiri belum pernah jumpa orangnya (笑) Bersyukur kerana keluarga mereka begitu baik sehingga sudi mengambil aku di Changi Airport walaupun aku tiba sekitar jam 15:00.. Tempat pertama aku dibawa selepas Changi Airport ialah Masjid Sultan untuk solat Asar..

Malam itu kami makan malam bersama di restoran Sakura (Masakan Thailand halal) dan waktu yang sama aku dikenalkan dengan anak-anak sepupu Ummi itu.. Mujur anak lelaki sepupu Ummi itu hanya kurang 1 tahun usia aku jadi kami senang cocok; dua-dua kaki bola pastu bilik dia ada PS3! (笑) Malam itu kami main FIFA 14 sebelum dia ajak pusing-pusing Mustafa, tempat membeli belah yang buka 24 jam.. Boleh kata semua benda ada dijual di situ! Selepas itu dia bawa pula aku lalu Geylang Rd. iaitu salah satu red light district di Singapore.. Lucu plus sedih dengan keluarga yang mendirikan rumah di area situ kerana ramai mak nyah dan pelacur "berniaga" di waktu malam..

Keesokan harinya aku pergi ke SITEX 2013 yang ala PC Fair dengan tujuan ingin membeli iPad Mini Retina dan Nexus 5.. Paling mengejutkan kesemua tempat yang aku pusing memberitahu sudah tiada stok! Punyalah mengharap besar sebab bila tengok iklan, rata-rata toko sediakan free gift best-best walaupun harga yang diberikan adalah harga pasaran semasa.. Nexus 5 langsung tidak dijual di situ! Kecewa, aku teruskan juga jalan-jalan melihat apa yang ada lalu terhenti di suatu toko yang menjual alat seperti Apple TV tetapi menggunakan OS Android.. Bila nampak dia ada beri app yang membolehkan tengok EPL secara percuma, aku terus membeli pada harga SD 173!

Selesai di SITEX, sepupu aku membawa naik MRT menuju ke Tampines untuk mencari iPad di Apple store di situ sambil makan tengahari.. Pertama kali naik MRT di Singapore, saling tak ubah seperti di LRT Malaysia dan Jepun.. Hasil pencarian di Apple store juga memberitahu sudah habis stok (泣) Makan tengahari di restoran penang; agak terkejut harga yang dikenakan saling tak ubah seperti makan di Jepun! Paling tak best ialah Singapore bukan negara yang mesra WiFi buat orang luar (笑) Sewaktu solat juga aku agak terkejut apabila dibawa ke tempat solat di dalam Tampines Mall, "surau" dia begitu sadis hampir tak ubah seperti aku solat di tepi tangga sewaktu di Jepun dahulu!

Buat masa ini surau paling best semestinya di Indonesia memandangkan di dalamnya ada orang yang bertugas menyimpan barang dan sepatu lagi tanpa bayaran (Tip tu lain cerita)~ Sesudah di Tampines, kami naik MRT menuju ke Orchard pula memandangkan aku perlu menghantar passport ke tempat agent itu berada di Concord Hotel.. Kagum sungguh dengan Orchard Rd. yang penuh dengan banggunan gempak seolah-olah seperti di dalam filem barat! Agent yang berbangsa Korea itu sudah menunggu ketika kami sampai, dan apabila melihat sepupu aku memakai tudung, dia tiba-tiba memperkenalkan diri dan juga menyebut nama Islam dia sekali! Isteri dia merupakan orang Indonesia dan dia juga berhasrat untuk menetap di Indonesia tidak lama lagi kerana kos sara hidup di Singapore terlalu tinggi (笑)

Agent itu memberitahu supaya aku datang semula pada keesokan harinya sekitar jam 5 untuk mengambil semula passport.. Selesai urusan visa, kami berlegar-legar di sekitar situ sambil menunggu masuk Maghrib sebelum meneruskan perjalanan ke Marina Bay Sands dengan menaiki MRT.. Awalnya agak terkejut dengan bilangan penumpang yang begitu sedikit ketika kami tiba di stesen, namun apabila keluar sahaja, boleh tahan jumlah pengunjung yang hadir.. Jalan kaki agak lama menuju ke Gardens By The Bay dan apabila tiba di sana, pemandangan dia ternyata tidak mengecewakan! Bak kata sepupu aku, persis seperti dalam filem Avatar! Teringin nak naik Marina Bay hotel itu tapi bila dengar kena bayar SD 20, lain kali aje lah (笑)

Kami pusing-pusing sekitar kawasan itu sambil menikmati keindahan malam sebelum beransur pulang.. Keesokan harinya aku bergerak pula ke rumah ammati sebelah Baba untuk makan tengahari bersama dan kemudian baru ke Orchard Rd. untuk mengambil passport.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan daripada situ aku terus menuju ke Changi.. Perjalanan yang singkat tapi penuh dengan pengalaman baru.. Selamat mendarat di Jakarta sekitar jam 2100.. Sengaja ambil flight awal sedikit sebab ingat boleh sampai rumah awal, sekali jangkaan aku meleset kerana taksi tak banyak.. Hari hujan ketika itu menyebabkan Jakarta macet bangat.. Siapa sangka aku terpaksa tunggu 1 jam 30 minit untuk dapatkan teksi.. Selamat tiba di rumah sekitar jam 2330!

Wednesday, 4 December 2013

Majelis Rasulullah @ MONAS 2013

25 November - MONAS

Beberapa hari selepas Ummi pulang, aku mendapat mesej di Whatsapp daripada adik Ummi pula yang memberitahu akan touchdown di Jakarta pada keesokan harinya.. Ingatkan nak shopping juga tapi rupanya atas sebab ingin mengikut program tabligh yang dipimpin oleh Habib Umar Bin Hafidz yang kini dalam siri lawatan ke Asia Tenggara..Oleh sebab Boss menggunakan kereta pada Sabtu itu, aku tidak dapat pergi mengambil beliau sekeluarga namun mujur hotel yang beliau tinggal hanya sekitar 1km daripada tempat aku tinggal jadi tiada masalah untuk pergi menziarah.. Malam pertama beliau di Jakarta aku bawa ke tempat wajib, KL Village di Jalan Jaksa untuk makan malam dan sebaik sahaja beliau pulang ke hotel, aku stay di sana bagi menonton perlawanan Arsenal vs Southampton bersama geng Malaysia yang lain~


Alhamdulillah aku berpeluang untuk turut-serta pada majlis tabligh yang diadakan bertempat di MONAS.. Kalau dilihat pada papan iklan, majlis bermula lepas Isya', oleh kerana Isya' di Jakarta jam 1900, Pakcik pula plan nak bertolak dari rumah jam 1830 membuatkan aku terpaksa keluar dari pejabat sekitar jam 1815.. Oleh kerana jarak hotel dari MONAS hanya sekitar 2km, kami buat keputusan untuk pergi berjalan kaki sahaja ke destinasi memandangkan jalan pasi macet pada malam itu.. Makam Habib Umar begitu tinggi kerana sebelum itu aku hampir pasti malam itu akan hujan dengan cuaca mendung sehingga ke petang, siapa sangka waktu dah nak Maghrib tiba-tiba cuaca bertukar menjadi cerah! Kami tiba di MONAS sekitar Isya', dan waktu itu kami dibawa terus ke sisi pentas bagi menunggu kedatangan rombongan Habib Umar menaiki bas..


Paling mengejutkan aku mendapat peluang untuk turut berada di atas pentas menghadap lautan orang ramai! Suasana duduk di atas pentas sememangnya suatu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.. Majlis yang bermula pada jam 2000 dan tamat hampir jam 0000 itu bermula dengan maulud Nabi dan seterusnya disambung dengan ucapan-ucapan daripada habib dan kiyai yang hadir pada malam itu yang menyentuh tentang pemergian Habib Munzir yang wafat baru-baru ini.. Ucapan terakhir daripada Habib Umar begitu mengharukan sampai beberapa kali bulu roma aku menegak~ Ingatkan kalau dapat berada di pentas, sebaik sahaja majlis tamat dapatlah salam Habib Umar untuk mengejar syafaat, tapi sayang orang terlalu ramai terutama di kalangan orang tua membuatkan aku terpaksa mengangkat bendera putih awal-awal..


Dalam perjalanan pulang menuju ke restoran sekitar hotel untuk mengisi perut yang kosong, aku berborak-borak dengan pakcik aku dan kata-kata beliau benar-benar membuatkan aku tersedar suatu perkara.. Beliau syorkan aku menghadiri lebih banyak majlis sebegini yang menghimpunkan lebih 100k umat Islam dalam suatu masa kerana insyaAllah doa yang di aminkan oleh kita tiada hijab di sisi Allah.. Aku mengerti juga perasaan pakcik aku yang pernah duduk lebih 10 tahun di US dan apabila pulang, pasti dia juga dambakan majlis-majlis agama seperti ini.. InsyaAllah akan aku cuba rajinkan diri untuk mengikuti majlis-majlis agama seperti majlis rohah Habib Umar Al-Shatrie di Malaysia yang pasti aku ziarah sekiranya pulang ke Malaysia~ Malam itu kami makan malam di restoran Bangi Kopitiam yang kebetulan tutup jam 0200..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC