15~19 November - JAKARTA
Atas sebab jemputan perkahwinan sepupu jauh di Jakarta, Ummi datang ke Jakarta selama 4 malam dan menginap di bilik aku.. Memandangkan hari pertama penerbangan Ummi pada belah pagi dan aku pula ada urusan di Bogor jadi tidak dapat pergi menyambut Ummi di airport, awalnya mahu memesan taksi untuk menjemput, tapi Ummi pula keseorangan jadi hati kurang enak.. Kebetulan ada sepupu di Jakarta juga dan alhamdulillah dia sudi untuk pergi menjemput Ummi.. Sememangnya orang perempuan, hari pertama lagi mereka sudah ke Thamrin City untuk membeli belah tanpa meletakkan barang terlebih dahulu (笑) Malam itu kami makan malam bersama di Restoran Garuda atas tanggungan bos walaupun hari itu agak sibuk sebab nak kejar macam-macam dateline~
Kalau ikutkan aku dikehendaki ke Vietnam pada minggu tersebut bagi melihat mesin yang bakal dihantar memandangkan syarikat aku dapat projek pemasangan mesin di Indonesia.. Namun oleh sebab aku sudah beritahu lebih awal tentang kedatangan Ummi, bos bersetuju supaya aku tinggal di Indonesia manakala beliau sendiri yang menaiki pesawat ke Vietnam pada 16~19 November tersebut.. Rezeki juga bilik Boss kosong dan beliau sudah berikan keizinan untuk menggunakan bilik beliau untuk Ummi tapi sebaliknya aku berikan pada 2 makcik yang juga ikut sekali ke Indonesia untuk menghadiri perkahwinan pada hari Sabtu itu.. Perkahwinan ini merupakan kali ke-2 yang aku pergi di Indonesia yang melibatkan ahli keluarga jauh tapi dilayan seperti dekat memandangkan diberi penghormatan untuk mengambil gambar bersama keluarga mereka~
Keesokan harinya aku berjaya memujuk Ummi untuk membatalkan hasrat untuk bershopping di Tanah Abang sebaliknya membawa aku pergi berjumpa ahli keluarga jauh Ummi yang mana Ummi sendiri banyak tak kenal.. Yang rajin mengambil tahu ialah makcik aku yang seorang lagi.. Destinasi kami pada pagi itu selepas sarapan di rumah sepupu di Cipete, Jakarta Selatan ialah di Condet (Jakarta Timur), sebuah perkampungan Arab yang mana rata-rata di situ memakai Baju Muslim ke mana-mana.. Kagum dengan sikap masyarakat Arab di sana yang begitu baik melayan tetamu.. Pergi 3 rumah di Condet sebelum pulang semula ke Jakarta Pusat.. Keesokan harinya aku membiarkan Ummi pergi shopping sementara aku bekerja sepanjang hari.. Hari terakhir aku mengambil cuti separuh hari untuk menghantar Ummi ke Bandara (Bandar Udara = Airport)
p/s Di Bandara terserempak dengan Maher Zain cuma segan gila nak ambil gambar bersama waktu itu (笑)