27 October - SHIGA
滋賀運転免許センター (Shiga Driving License Center) |
Proses seterusnya setelah selesai 翻訳 (Translation) ialah mengambil ujian bertulis dan ujian memandu di 運転免許センター (Driving License Center) paling dekat dengan tempat tinggal.. Calon tidak dibenarkan memilih tempat ujian jadi ikut nasib la samada tempat tersebut 厳しい (Strict) atau tidak.. Ak dapat tempah pada hari yang sama dengan seorang 後輩 (Junior) dan kebetulan dia memiliki kenderaan sendiri jadi kami pergi bersama dan bertolak pada jam 0730 lagi memandangkan masa yang dijanjikan ialah jam 0830~ Sepatutnya sesi ak pada belah petang; mujur dibenarkan untuk kami buat bersama sekaligus pada pagi itu juga~
Senarai dokumen yang perlu dibawa
- Lesen memandu original (L~GPL jika ada)
- Alien Card dan I/C Malaysia
- Passport
- 外国人登録原票事項記載証明書 (Foreign Registration Certificate)
- 国際運転免許 (International Driving License) jika ada
- Gambar saiz kecil yang di ambil dalam tempoh 6 bulan
適正試験 (Aptitude Test)
Setelah menyerahkan segala butir dokumen yang diminta, kami diminta untuk mengisi borang survey yang bertanyakan tentang bila mula mengambil lesen, apa nama sekolah memandu, jenis kenderaan yang digunakan ketika mengambil ujian memandu, berapa kali ambil kelas ketika belajar memandu dan berapa jam, jenis ujian yang diambil, dll.. Proses semakan mengambil masa yang agak lama membuatkan kami terpaksa tunggu hampir 2 jam sebelum dibenarkan mengambil 適正試験.. Ujian bertulis tersebut diberi masa 10 minit untuk menjawab 10 soalan; true or false..
Soalan diberi berdasarkan gambar dan corak soalan tidak begitu sukar tapi ada juga yang gagal pada cubaan kali pertama jadi bergantung kepada nasib.. Contoh soalan adalah seperti; "Pemandu tidak perlu memasang tali pinggang keledar sekiranya kereta yang dinaiki mempunyai Air-Bag" (笑) Ada juga soalan yang agak rumit memandangkan undang-undang jalan raya di Jpon agak berbeza di Malaysia jadi calon disyorkan untuk merujuk beberapa buku panduan sebelum menduduki 適正試験.. Penulis sempat 立ち読み (Reading while standing) buku 普通免許の問題 (Questions when taking normal license?) di kedai buku universiti (笑)
Jika lulus 適正試験, calon akan di bawa ke bilik lain untuk menjalani ujian mata.. Sekiranya calon memakai cermin mata, di lesen memandu kelak akan tertulis "Cermin Mata" yang bermaksud adalah menyalahi undang-undang jika empunya lesen tersebut tidak memakai cermin mata ketika memandu (笑) Selesai ujian mata sekitar jam 1200, kami diminta untuk tunggu sehingga jam 1430 untuk ujian memandu! Agak janggal perkara ini berlaku kerana biasanya 適正試験 dan 運転試験 (Driving test) dijalankan pada hari berlainan namun kebetulan track ada kosong pada hari tersebut membuatkan kami terpaksa tunggu..
Sebelum itu kami terpaksa membayar 2400円 (RM 98) untuk mengambil 適正試験 dan 運転試験; dan kami dikehendaki membayar tambahan 1650円 (RM 68) untuk kos menggunakan kereta!! Ada seorang lagi calon daripada Brazil yang turut-serta mengambil ujian memandu pada petang itu dan malangnya bagi ak apabila terpilih sebagai orang pertama yang mengambilnya (-_-") Sewaktu ujian, orang berikutnya dibenarkan naik sekali dan duduk di tempat duduk belakang~ Pertama kali memandu di Jpon dan tidak tahu bahagian mana yang hilang markah membuatkan ak gagal pada cubaan kali pertama (笑)
Jenis kereta yang diberi.. Serius besar berbanding dengan Kancil waktu test JPJ dulu.. |
Banyak kesalahan yang ak buat sampai markah yang diberi juga rendah sangat~ Selesai ujian, dia akan memberitahu bahagian mana yang kita silap secara ringkas; menariknya orang yang sama juga yang akan uji kita selepas ini kerana 担当 (Person in charge) bagi calon 外面切替 (Gaimen-kirikae) hanya seorang sahaja ditempat ak.. Terpaksa ambil ujian sekali lagi pada harga 4050円 (RM 165); entah berapa kali ujian yang perlu ak ambil untuk lulus.. Ada yang bernasib baik lepas pada cubaan ke-2,3 dan ada juga yang sampai terpaksa mengulang lebih 10 kali baru lepas.. Semoga dipermudahkan~~
p/s Good Luck buat pembaca lain yang turut cadang mengambil lesen memandu di sini ;)
No comments:
Post a Comment