10 November - FUKUOKA
Ak dan 3 orang rakan memulakan percutian ke 九州 (Kyusyu) dengan bertolak dari 草津 (Kusatsu) dengan menggunakan kereta Nissan March yang telah ditempah selama 4 hari pada harga 16000円 (RM650).. Kami bertolak sekitar jam 0400 bagi mendapatkan diskaun tol ETC~ Perjalanan mengambil masa lebih 8 jam membuatkan kami terpaksa berhenti rehat di 広島 (Hiroshima), 山口 (Yamaguchi), dan beberapa tempat lain~ Memandangkan ak tiada lesen memandu Jpon lagi, tugas ak hanya sandar di belakang sambil mengambil gambar pemandangan di luar (笑) Kami selamat tiba di 福岡 (Fukuoka) sekitar jam 1230..
Bandar 福岡 yang merupakan bandar terbesar di 九州 sememangnya boleh dikategorikan sebagai bandar mirip 東京 (Tokyo) dan 大阪 (Osaka).. Menariknya di sini dan tidak ada di 2 bandar itu ialah penggunaan tram~ Mentaliti orang Jpon ketika bercuti dalam negara sendiri ialah グルメ (Gourmet) yakni mengejar masakan yang terkenal di sesuatu tempat tersebut.. Ini adalah kerana adanya sistem undang-undang di Jpon yang tidak membenarkan makanan di suatu wilayah itu di jual di wilayah lain sewenang-wenangnya.. 九州 terkenal dengan ramen; jadi waktu member lab cari kedai ramen untuk makan tengahari, ak terpaksa cari kedai lain (-_-") Mujur Saizeriya dekat ;)
Untung dapat bilik kongsi di Fukuoka Green Hotel yang berdekatan dengan JR Hakata Station; kos untuk seorang ialah 3500円 (RM142).. Sekitar jam 1500, kami keluar menaiki bas menuju ke Fukuoka Yahoo! Dome; ingatkan tambang bas hanya 100円 sahaja, rupa-rupanya ada had tempat perhentian, jika lebih ada caj tambahan (-_-") Kebetulan pada waktu yang sama Dome tersebut sedang dalam persiapan untuk konsert jadi kami tidak dibenarkan untuk masuk dan hanya sempat bergambar di luar~ Kemudian kami berjalan kaki pula menuju ke Fukuoka Tower yang mengambil masa sekitar 10 minit.. Menara berketinggian 234m itu mengenakan caj 800円 untuk tiket masuk! Mahal sangat membuatkan kami hanya ambil gambar dari luar..
Malam itu member lab buat keputusan untuk makan ramen lagi membuatkan ak ada masa untuk bersiar sekitar 福岡.. Alhamdulillah ak baru dapat tahu di 福岡 ada masjid dan kebetulan berdekatan dengan 九州大学 (Kyusyu University) iaitu di JR Hakozaki.. Dahsyat juga universiti nih; keluasan dia mengalahkan RITS, tapi baru sahaja menyambut ulangtahun ke-100 ;) Sewaktu tiba di masjid, azan Isya' baru sahaja berkumandang jadi ak sempat mengerjakan solat berjemaah meskipun boleh qasar.. Masjid ini ditubuhkan pada tahun 2009 menggunakan wang yang dikumpul dari dalam dan luar negara.. Sempat bertegur-sapa dengan seorang rakyat Malaysia dan dia memperkenalkan sebuah restoran berdekatan yang menggunakan daging ayam halal..
p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~
No comments:
Post a Comment