13 November - KUMAMOTO
Selesai sarapan pagi, kami maju ke destinasi pertama iaitu 熊本城 (Kumamoto Castle) yang terletak berhampiran dengan hotel kami duduki.. Lepak hampir 1 jam untuk pusing-pusing seluruh istana untuk membaca peristiwa sejarah dsb.. Banyak juga istana di Jpon pernah ak lawat; semestinya 熊本城 boleh dikategorikan antara yang paling menarik dari segi reka bentuk dia dan hiasan dalaman.. Member lab teringin nak makan daging kuda jadi kami pusing banyak tempat yang menyediakan masakan tersebut.. Sukar mencari tempat makan pada tengahari itu kerana kebanyakan kedai sudah penuh malah kedai yang menyediakan lebih 200 tempat duduk pun boleh penuh pada hari itu!
Terpaksa berjalan agak jauh sehinggalah terjumpa restoran yang terletak di bawah tanah yang menyediakan masakan tersebut.. Ak terpaksa memilih seafood course pada harga 2500円 (RM100) manakala yang lain memilih set 馬刺し (Horse's slice) pada harga 3000円 seorang; set seafood yang paling mahal pernah ak makan sejak berada di Jpon.. Lebih-lebih lagi ak jenis tidak suka makan makanan mentah; hari itu terpaksa juga belasah 刺身 (Sliced raw fish) dengan nasi (-_-") Agak mengejutkan apabila 馬刺し yang mereka pilih juga ada daging mentah dan mereka makan begitu sahaja o_0 Terpaksa berpuas hati ketika membayar meskipun tidak berapa kenyang pada tengahari itu (sigh)
Dalam perjalanan ke tempat letak kereta, kami dikejutkan dengan persembahan pertama sebuah kumpulan idol yang kurang terkenal di hadapan sebuah restoran.. Menakutkan pun ada kerana jarak fans dengan idol yang purata usia sekitar 15 tahun (need citation) terlalu rapat dan suara fans yang ikut sorak ketika mereka menyanyikan lagu juga seperti guruh! (笑) Selesai pusing di 熊本 (Kumamoto), perjalanan kami diteruskan semula ke 福岡 (Fukuoka) untuk menghantar rakan lab.. Dalam masa yang sama kami pergi ke 交番 (Police box) untuk melaporkan kerosakan kecil pada kereta sewa bagi memudahkan tuntutan insurans.. Rezeki rakan itu apabila polis tidak mengenakan sebarang bayaran sebaliknya hanya menyuruh dia mengisi sedikit borang..
Sebelum menghantar rakan itu balik, mereka teringin untuk makan ramen bersama-sama buat kali yang terakhir dan sekali lagi ak di minta untuk cari restoran lain.. Dalam proses mencari itu, ak terserempak pula dengan demo besar-besaran oleh penduduk 福岡 yang meminta supaya kerajaan Jpon menghentikan penggunaan teknologi nuklear di Jpon.. Seronok kerana kebanyakan penduduk yang menyertai demo tersebut terdiri daripada golongan yang agak berusia, makcik-makcik dan kanak-kanak.. Polis turut membantu mereka dengan mengawal lalu lintas dsb.. Terlalu asyik mengambil gambar dan melihat perarakan sehingga terlupa untuk makan petang itu (-_-") Sedar-sedar member dah call untuk pulang~
Di Jpon banyak juga tempat yang menyediakan perkhidmatan escalator pendek macam nih.. |
Makan malam.. |
Selesai menghantar member pulang, kami meneruskan perjalanan pulang yang mengambil masa hampir 8 jam perjalanan.. Bertolak sekitar jam 1700, mujur tiada kerosakan berlaku malah trafik juga agak baik sepanjang perjalanan.. Makan malam di R&R, sekali lagi terpaksa makan set ikan (笑).. Menariknya R&R di sini siap tunjuk peratusan penggunaan tenaga solar dan berapa banyak yang dapat mereka sumbangkan kepada alam sekitar~ Selamat tiba di 草津 (Kusatsu) sekitar jam 0300; paling tak boleh blah apabila rakan lab berjaya menyembunyikan kerosakan pada kereta sewa sehingga gagal kantoi ketika menghantar kereta tersebut.. Jimat duit! \(^o^)/
Berjaya disembunyikan! ;p |
p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~
No comments:
Post a Comment