Followers

Thursday 25 December 2014

Trip to Dieng Plateau

19-21 Dec 2014 - DIENG

Memikirkan tempoh waktu aku di Indonesia mungkin kurang dari setahun sahaja lagi tapi masih banyak tempat yang belum dipelopori membuatkan aku terpaksa mula mengorak langkah sendiri.. Hasil penemuan di LakuPon (Satu family dengan GroupOn) menemukan aku dengan trip 3D2N ke Dieng, salah satu tempat di Wonosobo, Jawa Tengah (450km dari Jakarta).. Buat masa ini, tempat paling jauh pernah aku pergi di Pulau Jawa cuma Jawa Barat malah itu juga menggunakan kereta.. Harga trip ialah IDR 675,000 (RM 188) membuatkan aku terus memberi nama untuk ikut serta trip ala backpackers tanpa ajakan sesiapa.. Berikut merupakan itinerary yang disediakan oleh pihak penganjur, IDEA Trip Indonesia dan telah aku edit sesuai dengan actual:

Golden Sunrise, Mount Sikunir

19 Dec (Friday)
19.00 to 20.00 p.m. Meeting point at Dunkin Donut Plasa Semanggi
20.00 to 10.00 Overland trip from Jakarta to Wonosobo

20 Dec (Saturday)
10:00 Arrive in Wonosobo
10:00 to 12:30 Check in homestay,take a bath and the breakfast in the morning
12:30 to 13:00 Eksplore Telaga Warna & Telaga Pengilon, Tracking Hill Sidengkeng
13:00 to 15:30 Dieng Plateau Theater and Sikidang Crater
15:30 to 17:30 Arjuna Temple, Ghatotkacha Temple
18:30 to 19:00 Back to Homestay
19:00 to 20:30 Take a bath
20:30 to 21:00 Friendship Night and Dinner
21:00 to 03:00 Take a rest

21 Dec (Sunday)

03:00 to 03:30 Wake up and preparation for the Mount Sikunir
03:30 to 04:00 Homestay-Sembung Village
04:00 to 04:30 Worship for the Muslim prayer Shubuh
04:30 to 05:00 Tracking hill Sikunir
05:00 to 06:30 Golden Sunrise @ Sikunir
06:30 to 07:00 Down hill
07:00 to 07:30 Back to home stay
07:30 to 09:00 Take a bath, check out the home stay preparation 
09:00 to 11:00 Over Land Dieng Plateau-Wonosobo
11:00 to 12:00 Mie Ongklok Time
12:00 to 02:00 Over Land Wonosobo-Jakarta

View of Telaga Warna

Jumlah pengunjung termasuk aku ialah 27 orang (14 perempuan dan 13 lelaki).. Ada yang bawa keluarga juga ikut sekali jadi agak havoc walaupun tiada anak kecil.. Suhu di sana agak dingin kerana Dieng merupakan desa yang agak tinggi dan salah satu daripadanya, Desa Sembung merupakan desa tertinggi di Pulau Jawa! Memang agak perit kena duduk di dalam bas selama 14 jam pergi dan pulang namun kepuasan melihat keindahan alam semulajadi ternyata tidak dapat diganti dengan nilai wang.. Kebetulan cuma aku sendiri yang bukan warganegara Indonesia tapi mereka semua mesra dan mudah dibawa bicara.. Malah ada yang tinggal berdekatan dengan aku membuatkan kedepannya boleh join layan wayang dan lain-lain.. 

Candi Arjuna

Dieng agak terkenal dengan kepercayaan mistik sehinggakan kami diberitahu oleh guide agar segera pulang sewaktu azan Maghrib berkumandang.. Banyak tempat di Dieng agak keras dan sering kedengaran peristiwa orang dirasuk makhluk halus di sini.. Kejutan budaya apabila ada beberapa masjid di sini yang mengalungkan azan di akhir waktu dan bukannya di awal waktu seperti lazimnya.. Contohnya waktu Asar di Wonosobo sekitar jam 15:00, tapi sekitar jam 17:00 tiba-tiba ada suara azan berkumandang di masjid! Alhamdulillah tiada peristiwa aneh yang berlaku kepada kumpulan kami sepanjang trip kali ini.. Hopefully next year dapat ikut trip ke Krakatau pula, insyaAllah ;)


p/s Kalau ikut Google Map, dari Jakarta cuma ambil masa sekitar 7 jam.. Bayangkan sendirilah betap teruk traffic jam di sini ;) Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

Saturday 8 November 2014

Trip to Kawah Putih

25 Oct - CIWIDEY

Sejak diperkenalkan dengan GroupOn, Living Social, Lakupon dan pelbagai lagi laman web yang menyediakan voucher online dimana pengguna dapat mencuba sesuatu yang baru pada harga istimewa, aku sering kali guna untuk pakej makanan dan massage.. Oleh kerana waktu aku di Indonesia mungkin tinggal lagi setahun, aku nekad untuk menghabiskan sisa-sisa waktu dengan melancong ke merata tempat selagi kena dengan waktu.. 

Kebetulan aku terjumpa di Lakupon One Day Trip to Kawah Putih pada harga kurang IDR 250,000 (RM 70) yang mana sudah termasuk pengangkutan dan makan.. Trip ini dikelola oleh Shine Tour & Travel yang sudah berdiri lebih 6 tahun, malah response yang aku terima melalui email tentang trip ini juga baik membuatkan aku yakin untuk membeli voucher tersebut 1 bulan sebelum tarikh berangkat..

2 hari sebelum berangkat, aku mendapat sms daripada trip leader dan memaklumkan harus berada di pusat keberangkatan pada jam 04:00 di Dunkin Donut Plaza Semanggi.. Memandangkan lokasi rumah dan Plaza Semanggi sekitar 4km, aku mengambil risiko bergerak dari rumah sekitar jam 05:10 dan selamat tiba di destinasi sebelum jam 05:30.. Selepas mendaftar diri dengan tour leader, kami langsung diarah menuju ke van yang sudah tersedia di posisi berdekatan dengan Plaza Semanggi.. 

Termasuk tour leader dan pembantu dia, ada 18 orang yang turut-serta dalam trip kali ini yang rata-rata menggunakan voucher Lakupon.. Lucunya sebaik sahaja masuk dalam van, kami dapati tempat duduk tidak muat 4 orang! Lebih mengejutkan ialah van yang kami naiki itu adalah untuk group tour ke tempat lain, bukan destinasi kami!


Sebaik sahaja disuruh keluar dari van, bermulalah drama sinetron antara peserta dan tour leader yang memerli habis-habisan kelemahan tour leader dalam mengatur pengadaan kenderaan.. Tour leader perempuan yang berusia sekitar 20-an ternyata gagal memberikan jawapan yang memuaskan apabila memberitahu kami pemandu van itu sudah jalan tanpa memberitahu dia (笑) 

Kebetulan salah seorang peserta di situ mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang tour ini dan melihatkan kelemahan tour leader tersebut, pakcik ini langsung mesej Boss Shina Tour & Travel untuk pengadaan kenderaan kerana semua peserta mahu pergi hari itu juga walaupun di awalnya Tour leader dengan enteng menawarkan perubahan hari pada keesokan harinya..

Siapa sangka Boss itu langsung berjanji untuk menyediakan 3 Toyota Avanza untuk membawa kami dan akhirnya kami berjaya bertolak pada jam 0900! Perjalanan yang disangka cuma 4-5 jam tapi akhirnya kami tiba di destinasi pada jam 1630! Macet (traffic jam) teruk jalan menuju ke sana lebih-lebih lagi banyak bas persiaran keluar masuk hantar pengunjung ke situ sedangkan jalan dia kecil kemudian naik bukit! 

Langsung tidak rasa ikut tour memandangkan kenderaan kami tiba dahulu daripada yang lain dan masing-masing buat hal sendiri di sana.. Agak sengal kerana aku cuma pakai T-shirt dan celana pendek sedangkan suhu di sana seperti musim luruh di Jepun.. Sebaik hari sudah gelap, kami dibawa ke Situ Patenggang yang memang ada dalam schedule trip hari itu tapi sayang tempat itu sudah tutup jam 1700 lagi (笑)


Entah apa sengal komunikasi antara tour leader dan peserta yang menyebabkan tour leader langsung negosiasi dengan staff di Situ Patenggang untuk membawa kami masuk ke dalam untuk makan di warung di situ dalam suasana yang agak romantik kerana berbekalkan lilin memandangkan lampu warung itu rosak (笑) 

 Selepas itu perjalanan dilanjutkan ke Ciwalk Bandung kerana ada peserta yang berhasrat untuk membeli ole-ole di situ sebelum pulang.. Punyalah mengharap dapat lihat El Clasico selepas terlepas match Arsenal vs Sunderland malam itu tapi sayang aku selamat kembali semula di Jakarta pada jam 0130! 

Secara keseluruhan, aku rasa Tangkuban Parahu lagi best kalau dibandingkan dengan Kawah Putih.. Sebab Tangkuban Parahu lebih luas dan banyak tempat yang kita boleh pergi.. Kawah Putih ini luas juga tapi tumpuan dia cuma satu.. 

Sunday 5 October 2014

House Loan


Antara persoalan yang sering ditanya oleh kenalan-kenalan mahupun anggota keluarga ialah pembelian rumah memandangkan harga rumah yang tidak pernah jatuh.. Duit yang disimpan di dalam bank begitu sahaja amat rugi dan elok diinvestasi ke pelbagai saluran dan salah satunya ialah property.. Sewaktu pulang ke Malaysia untuk menyambut lebaran, abang aku bawa pergi ke Subang Parade untuk menonton wayang di MBO dan waktu itu kami tertarik dengan tawaran salah satu property yang terletak di Shah Alam.. Kebetulan dekat dengan rumah jadi memudahkan ahli keluarga untuk melihat semasa aku tiada di Malaysia.. Keesokan harinya kami langsung ke marketing place dia untuk meyakinkan diri sebelum bersetuju untuk reservasi dengan membayar RM5k..

Itulah kali pertama aku memasuki dunia investasi property yang mana aku sendiri kurang mengerti sangat soal pinjaman perumahan dari bank.. Oleh kerana aku merupakan pengguna Maybank sejak kecil, dan kebetulan wakil-wakil bank yang bertempek di marketing place itu rata-rata Chinese, aku memilih untuk pergi ke Maybank Syariah walaupun sudah dimaklumkan yang tawaran mereka kurang menarik berbanding bank konvensional.. Oleh kerana waktu aku di Malaysia agak terhad, aku hanya sempat berbalas email dengan orang yang bertanggungjawab sahaja untuk mengetahui apa dokumen yang perlu aku hantar dsb.. Oleh kerana aku bukan bekerja di Malaysia, berikut merupakan dokumen yang dibutuhkan oleh pihak bank..

  1. Application form 
  2. Salinan IC
  3. Salinan passport
  4. Salinan slip gaji terbaru 3 bulan
  5. Salinan slip terbaru simpanan dalam bank
  6. Salinan EPF
  7. Booking form property

Oleh kerana aku bekerja di Jepun dan seluruh salinan yang aku terima di Jepun adalah dalam bahasa Jepun, aku terpaksa alih bahasa sendiri dan minta cop rasmi dari Boss untuk mengesahkan segala dokumen..Salah satu kendala terbesar ialah soal EPF memandangkan EPF yang aku bayar setiap bulan di Jepun ini mempunyai sistem yang berbeza berbanding di Malaysia.. Wang EPF yang aku bayar kini sedang digunakan oleh masyarakat tua di Jepun sekarang dan ini bererti wang EPF aku akan disediakan oleh warga Jepun di masa akan datang! Aku merasakan tiada makna untuk memberi salinan EPF itu sendiri memandangkan buku EPF itu disimpan oleh HQ di Jepun dan untuk mendapatkan angka terkumpul juga bukan suatu perkara yang mudah..

Akibat daripada itu, Letter of Offer (LO) daripada pihak bank menjadi kendala disebabkan Maybank pusat tetap bertegas mahukan dokumen itu juga.. Hasil penyelidikan melalui internet menemukan aku dengan "Nenkin Net" yang membolehkan aku mengetahui jumlah wang EPF terkumpul secara online.. Namun untuk mendaftar juga mengambil waktu memandangkan User ID hanya dihantar melalui pos dan bukannya email.. Mujur kakitangan di HQ pantas memaklumkan surat untuk aku dan sebaik sahaja menerima User ID, aku langsung print out dokumen yang mereka butuhkan dan email ke pihak bank.. Aku fikir semuanya sudah selesai dan hanya tunggu LO tapi datang pula dugaan baru apabila pihak bank minta aku dapatkan pengesahan daripada Japan Embassy atau Notaris!

Aku cuba dapatkan bantuan daripada Japan Embassy tapi sayang mereka hanya boleh memberikan bantuan kepada rakyat mereka di sini sahaja membuatkan aku tiada pilihan lain untuk mengeluarkan biaya sendiri untuk mendapatkan pengesahan dari Notaris untuk dokumen yang cuma menunjukkan angka-angka.. Notaris pertama yang aku pergi pada mulanya hanya ok-ok sahaja tapi apabila aku tunjukkan dokumen asli dan dokumen yang sudah aku translate ke bahasa Inggeris untuk dia sahkan, tiba-tiba dia beritahu yang aku tidak boleh translate sendiri tapi harus beri ke orang yang sudah angkat sumpah yang mengatakan dokumen itu benar barulah Notaris boleh berani untuk mengesahkan! Dengan masa yang hanya tinggal 3 hari sebelum aku pulang ke Malaysia untuk menyelesaikan tanda-tangan dengan pihak bank dan juga pihak developer, aku terpaksa mencari akal lain.. 

Alhamdulillah aku berjaya menyakinkan Notaris ke2 untuk mengesahkan dokumen yang aku translate dan sebaik dokumen itu siap sahaja pada petang itu, aku langsung scan dan hantar ke pihak Maybank dengan harapan aku dapat baca LO terlebih dahulu pada Rabu siang itu.. Agak mengejutkan apabila maklumbalas daripada pihak bank sekadar memberitahu mereka akan menghantar pada keesokan harinya! Sebaik menerima LO, aku terpaksa pasrah kerana tiada masa lagi untuk negosiasi dengan pihak bank.. Hari itu juga aku beli tiket pulang ke Malaysia guna Lion Air; Alhamdulillah aku dapat return flight pada harga sekitar 8,000円 tapi flight Jumaat malam.. Ada juga drama sewaktu pulang ke Malaysia Jumaat itu tapi izinkanlah aku share di entri yang seterusnya.. 

Nak dipendekkan cerita, kami jumpa dengan wakil bank pada siang hari Ahad di restoran mamak berdekatan dengan rumah untuk sign LO sampai mendengar serba-serbi tentang dunia property ini dan seterusnya malam itu bertemu pula dengan wakil developer untuk sign S&P dan Loan Agreement.. Awalnya agak pelik juga berurusan dengan wakil developer ini kerana telefon langsung tak dijawab, tiba-tiba malam itu terima call yang mereka otw.. Paling tak boleh blah ialah yang datang cuma seorang dan dia juga ibarat subcon kepada developer! Bila tanya tentang property ini, dia tak tau sangat tapi dia akan inform kepada developer hari berikutnya.. Oleh kerana flight aku pada hari Isnin sudah fix jam 1500, aku pasrah untuk menanti jawapan dari developer hasil tanda-tangan semua dokumen pada malam itu..

p/s Kebanyakan bank di Malaysia tidak berapa berminat untuk memberikan pinjaman wang kepada mereka yang bekerja di luar negara..
 

Saturday 6 September 2014

Eid Fitri 2014

28 July - KL 

Jika diikutkan sepanjang aku berada di Jepun, aku hanya dapat pulang beraya ke Malaysia selang 2 tahun sekali.. Alhamdulillah tahun ini buat pertama kali aku dapat pulang beraya di Malaysia untuk 2 tahun berturut-turut memandangkan office di Jakarta juga sudah mula cuti lebaran bermula 25 July sehingga 3 August.. Memikirkan 3 August itu hari Ahad dan mungkin ada open house ke apa pada hari itu membuatkan aku memilih untuk mengambil extra cuti 1 hari dan kembali semula ke Jakarta pada 4 August hari Isnin.. Seperti biasa banyak juga drama yang berlaku pada raya tahun ini; untuk memudahkan cerita, biarlah aku pecahkan kepada beberapa bahagian:

Keluar pesawat je disambut oleh member SMKTBP yang dah 10 tahun tak jumpa selepas habis sekolah!

Flight Issue
Oleh kerana aku tiada kad kredit dan kad debit tidak dapat digunakan untuk membeli tiket penerbangan, aku terpaksa minta tolong abang aku belikan dulu dan dia belikan melalui MAS online pada awal June untuk penerbangan 25 July (Jumaat) return flight pada harga IDR 2.9 Juta.. Harga itu agak murah kalau dibandingkan harga tiket AirAsia yang aku beli untuk raya tahun lepas return flight kena IDR 4 Juta lebih! Flight 25 July itu pagi jam 0830 dari Soekarno Hatta.. Pagi itu aku sudah tiba di airport jam 0545; bergerak dari rumah sesudah solat Subuh.. Agak terkejut apabila kiosk check in masih belum buka.. 
 
Melihatkan ada pengunjung yang seperti aku menunggu di sekitar situ, aku pun ikut menunggu sehinggalah jam menunjukkan jam 0615 tapi dia masih belum buka juga walaupun ada beberapa staff di situ dalam keadaan meeting.. Memikirkan ada sesuatu yang tidak kena, aku terus tanya staff di situ pukul berapa dia buka, dan terkejutnya dia bilang pukul 0830! Bila aku tunjuk e-ticket aku, dia cakap itu operated by Garuda Airlines so kena pergi ke kiosk Garuda! Bila aku sampai di kiosk Garuda, terkejut dengan bilangan orang yang beratur; tiba giliran di kiosk sudah jam 0700! Drama check in belum habis di situ sahaja apabila staff Garuda bilang nama aku tiada di dalam rekod mereka! 

Staff itu suruh aku check semula dengan sales office Garuda; mujur dia kasi tinggalkan bagasi berat di tempat dia dahulu.. Bila tiba giliran di Sales Office Garuda dan hasil cross checking, ternyata nama aku tiada dalam rekod dan disuruh pula cross check dengan Sales Office MAS! Jam waktu itu sudah 0715, bagai orang gila dalam airport terkejar-kejar mencari Sales Office MAS di dalam Soekarno Hatta Airport itu tapi bila terlintas kiosk MAS, aku terus pergi kat Staff awal yang masih dalam meeting itu.. Mujur dia bantu cross checking dalam PC dan nama aku dalam rekod MAS! Staff tu tolong print out data yang menunjukkan nama aku ada dalam rekod..

Dia suruh aku bawa semula ke Sales Office Garuda tapi memikirkan waktu sudah jam 0730 membuatkan aku langsung ke kiosk Garuda bertemu dengan staff yang sama.. Sayangnya hasil tetap sama yang mana nama aku tiada dalam rekod Garuda.. Berkat bulan Ramadhan apabila staff itu tolong buatkan boarding pass baru dengan menggantikan nama aku walaupun kata dia itu menyalahi peraturan.. Nasib baik bulan Ramadhan, kalau bulan lain mungkin dah kena "hulur" dulu untuk membolehkan benda itu berlaku (笑) Terima sahaja boarding pass, aku lantas lari ke Immigration, tapi dikejutkan pula dengan jumlah orang yang beratur dan jam sudah menunjukkan jam 0745! 

Rupa-rupanya aku sedang beratur di laluan orang Indonesia, mujur laluan untuk foreigner tidak panjang sangat dan alhamdulillah aku selesai urusan immigration pada jam 0800! Oleh sebab banyak drama pagi itu membuatkan perut aku tidak sedap dan terpaksa menjawab panggilan alam semulajadi dalam keadaan tergesa-gesa (笑) Selesai sahaja semua aku langsung maju ke Gate untuk menaiki pesawat dan langsung pulang ke negera tercinta.. Flight pulang ke Jakarta pada 4 August juga terpaksa lalui benda yang sama juga.. Baru nak push untuk dapatkan business class tapi sayang tempat duduk dah full pula waktu itu (笑)


Sisa Ramadhan 
2 hari sebelum pulang ke Malaysia aku terima mesej di facebook oleh rakan JAD6 yang memberitahu mereka ingin membuat bukber (buka bersama) di area Putrajaya pada hari Jumaat itu.. Alang-alang aku sampai pun dah nak Zuhur, dan kebetulan ada member yang kerja di Cyberjaya pastu dia cuti pula hari itu membolehkan aku lepak dengan dia sehingga waktu buka.. Kami buka di Umai D'Lake ala buffet.. Selesai buka kami jalan kaki ke Masjid Besi yang terletak berhampiran di situ untuk mengerjakan Isya' dan Tarawikh.. Dapat jumpa face2face dengan Imam import dari Zimbabwe, Mufti Menk yang aku follow di Twitter juga merupakan rezeki bulan Ramadhan.. 


Raya Malaysia
Pertama kali aku pergi beraya di Terengganu memandangkan nenek belah Baba berada di sana.. Awalnya ingat kena naik bas, untung Malindo Air buat promo tiket pergi cuma RM50 jadi aku ajak adik bongsu ikut sekali beraya di sana manakala ahli keluarga yang lain pergi beraya di Johor.. Kali terakhir ke Terengganu adalah sewaktu sekolah rendah kalau tidak silap jadi terlalu kurang memori di sini.. 4 hari di Terengganu bermula 2 Syawal; keesokan harinya (Rabu) kami pergi melawat Taman Warisan sekali dengan Masjid Kristal.. Khamis pergi ke Pulau Kapas, dan Jumaat pulang semula ke Shah Alam.. Ikutkan hati mahu langsung ke Johor kerana Sabtu itu ada majlis tunang sepupu tapi bila memikirkan banyak persediaan yang belum terurus, membuatkan aku terpaksa menahan nafsu (笑)

I pray that I can visit the real place someday, InsyaAllah

Di hadapan Masjid Kristal

Kapas Island

Agak bertuah kerana salah seorang batch JAD6 yang sudah berkeluarga membuat open house khusus untuk JAD6 pada hari Ahad; kemudian ex-house mate aku ketika di Jepun juga mengadakan open house pada hari Sabtu.. Ketika sudah pulang ke Jakarta, Ummi beritahu nak buat open house pada 17 August (Ahad) dan memandangkan hari itu merupakan hari merdeka bagi Indonesia, company aku cuti keesokan harinya membuatkan aku "terpaksa" pulang ke Malaysia lebih-lebih lagi Jiddah juga turun ;) Dah alang-alang buat open house, aku sound sekali member SMKTBP di group WhatsApp dan alhamdulillah dapat buat reunion kecil.. 

Open House in Seremban

Open House JAD6
Open House SMKTBP

Raya Indonesia
Raya di Indonesia kurang meriah sedikit sebab kenalan dan orang office kebanyakannya kerja dan rumah pula bukan di Jakarta membuatkan aku sukar untuk plan ke sana.. Alhamdulillah dapat bertemu dengan sepupu dan keluarga mentuanya di Cipete pada minggu-minggu terakhir Syawal.. Dah alang-alang sepupu di Bandung juga turun ke Jakarta pada minggu itu, aku langsung buat plan mengejut untuk memperkenalkan dia dengan keluarga jauh di Condet dan juga di Cawang.. Rezeki pula apabila ada kereta yang tidak digunakan jadi memudahkan perjalanan sepanjang hari itu ;)

Habib Alwi Al-Idrus
Habib Mohsen


Sunday 20 July 2014

Business Trip to Japan Part 2

11 - 27 June - JAPAN

Alhamdulillah masa yang singkat aku dapat gunakan sepenuhnya untuk bertemu sahabat seperjuangan khususnya batch JAD6 yang masih berada di Jepun dalam proses akhir menamatkan PhD dan yang lain pula seperti aku bekerja di syarikat Jepun.. Puas hati dapat bermain futsal setelah sekian lama bersama geng Yokohama (Student + Pekerja) dan juga geng RITS.. Kebetulan tarikh 出張 (Business Trip) aku kena pula dengan YONEX Open 2014 dan aku berpeluang untuk menyaksikan persembahan Datuk Lee Chong Wei yang muncul juara perseorangan lelaki di stadium buat pertama kali dalam sejarah hidup (笑) Dapat bertemu dengan cucu baru keluarga Kobayashi, host family aku di Kyoto juga merupakan pengalaman manis.. Hendak dipendekkan cerita, berikut merupakan gambar-gambar event yang boleh aku kongsikan di sini..

Beberapa teman seperjuangan JAD 6 yang aku sempat berjumpa sepanjang di Jepun
Punya la lama teringin nak merasa Godiva Chocolate Shake.. Tak sangka size dia lagi kecik dari Starbucks walaupun harga lagi mahal.. Hmm...
Makan di 2x2 = 8 di Shimokitazawa
BBQ Summer MyKyoto di Shiga
 
Yonex Open Japan 2014..
Makan bersama geng RITS di Restoran RAJU di Kusatsu

Antara dish kesukaan aku di Saizeriya..
Gambar kenangan bersama Miharu dan Mao, cucu kepada host family
Gambar bersama Ishimatsu Sensei yang bakal menjadi pendidik di MJIIT, UTM tidak lama lagi 
Gambar kenangan bersama Mr. Konta, antara individu yang banyak membantu merealisasikan program JAD
Gambar kenangan di Tokyo Camii, beberapa jam sebelum berlepas ke Haneda Airport

Thursday 10 July 2014

Business Trip to Japan Part 1

11~28 June - JAPAN

Sejak menjejakkan kaki di bumi Indonesia pada awal June 2013, aku diberi pilihan samada mahu pulang ke Malaysia atau ke Jepun memandangkan 規定 (Regulation) syarikat menyediakan keutamaan kepada pekerja yang sudah bekerja lebih daripada 6 bulan untuk pulang bertemu keluarga.. Kendatipun aku ke Indonesia sebagai orang Jepun, namun aku leibh rela pulang ke Malaysia kerana di situlah keluarga sebenar aku menetap.. Maka aku hanya akan pulang semula ke Jepun sekiranya ada urusan kerja yang pada aku seolah-olah tidak mungkin memandangkan aku belum mencapai tahap untuk menguruskan bisnes dengan orang Jepun secara terus; pasti melalui boss aku terlebih dahulu memandangkan dia kepala 営業 (Sales).. Jadi kepulangan aku ke Jepun pastilah urusan 就労ビザ更新 (Update work permit) memandangkan visa kerja aku bakal habis pada Mac 2015..


Itulah yang aku fikir sejak tahun lalu sehinggalah aku mendapat email daripada 研修センター (Training Center) di syarikat yang memaklumkan tentang ジュニア研修 (Junior Training) yang berlangsung pada 16~27 Jun.. Kepulangan aku ke Jepun setelah setahun di bumi Indonesia ditambah lagi dengan masa yang terhad membuatkan aku perlu membuat plan dengan rapi.. Bukan sahaja ジュニア研修, aku juga perlu melawat sebuah kilang di Iwaki, Fukushima Prefecture untuk mengenal pasti keadaan kilang memandangkan kami baru sahaja mendapat projek besar M/E di Purwakarta, Indonesia jadi aku perlu mengambil gambar sebanyak yang mungkin bagi membantu sewaktu proses instalasi mesin.. Lawatan ke kilang ditetapkan pada 12 Jun membuatkan aku perlu mendapatkan tiket pada 11Jun.. Selain itu, aku perlu menghadiri kursus lain di perusahaan tentang management; awalnya mahu dilakukan pada 30 Jun, tapi dah alang-alang 13 Jun itu free, aku minta tukar ke 13 Jun sahaja.. 


Sengaja nak balik awal ke Indonesia sebab tak mahu menjalankan ibadah puasa di situ (笑) Sewaktu memilih penerbangan, awalnya aku ingin naik JAL atau ANA, tapi harga tiket yang melampau-lampau sehingga mencecah 14万円 (RM 4k) membuatkan aku tiada pilihan lain untuk menggunakan Garuda Airlines.. Sengaja pilih nak turun di Haneda kerana dekat dengan office, tapi sayangnya kalau naik flight malam 11hb tidak turun di Haneda tapi Narita.. Mendarat di Narita sekitar jam 0900, pastu nak kena rushing pergi ke Iwaki untuk jumpa client semestinya bukan tindakan yang bijak.. Akhirnya solusi yang aku ambil ialah mengambil flight dari Jakarta pada jam 0700, transit ke Bali pada jam 1430 dan tiba di Haneda pada jam 2230; flight balik mujur tiada transit tapi naik dari Haneda pada jam 0030 dan tiba di Jakarta terus pada jam 0600 pada harga 8万円 (RM 2.4k)


Ini juga merupakan kali pertama aku naik penerbangan domestik dan agak terkejut dengan sekuriti dia yang seolah-olah naik bas! Sepanjang dalam flight, aku ditempatkan di bahagian belakang sekali dengan 3 seat bersebelahan dengan 2 cewek Indonesia.. Rupa-rupanya mereka bekerja bersama Garuda tapi di bahagian Sales di pulau berhampiran dengan Papua.. Ada di Jakarta selama 2 hari untuk menghadiri training dan pulang! Dengan bangganya mereka menunjukkan harga tiket yang mereka bayar cuma IDR 75k (RM 18) untuk pergi ke Bali (笑) Apabila berborak dengan mereka baru aku dapat tahu bahawa Jakarta dan Bali berbeza 1 jam (Bali sama waktu dengan Malaysia!) Tiba di Bali sekitar jam 1030, aku mempunyai masa 4 jam untuk dihabiskan sebelum berlepas ke Jepun.. Cuba untuk mencari teksi Blue Bird tetapi sayangnya yang ada di kawasan airport ialah teksi persendirian; syarikat teksi cuma dibenarkan untuk turunkan penumpang sahaja..

Aku cuba untuk nego harga tapi terkejut apabila diberi harga IDR 200k (RM 60) hanya untuk membawa aku jalan-jalan di Bali! Akhirnya aku minta staff Garuda Indonesia untuk bantu nego harga dan bawa aku jalan-jalan di situ dan tiba semula di airport terminal 3 untuk pelepasan antarabangsa.. Terminal 3 ini masih baru dan secara jujurnya aku terkejut dengan majoriti orang mat salleh di dalam airport itu seolah-olah aku berada di negara mereka! Kehausan membuat aku terpaksa membeli air minum di dalam airport; terkejut bila diberitahu harga air botol minuman biasa kalau aku beli di 7E sekitar IDR 4k (RM 1.20) tapi di airport Bali kena bayar IDR 18k (RM 5) !! Bukan itu sahaja, harga tax airport Bali ialah IDR 200k, melebihi harga standard di Jakarta yang cuma IDR 150k! Pintu pelepasan Garuda di terminal itu juga paling jauh berbanding penerbangan lain; kena jalan kaki lebih 20 minit baru tiba!


Alhamdulillah penerbangan berjalan lancar dan aku selamat tiba di bumi Tokyo sekitar jam 2230 waktu tempatan.. Agak terkejut dengan keluasan Haneda Airport yang lebih besar berbanding tahun lepas sehingga terpaksa jalan lagi panjang menuju ke tempat mengambil bagasi (笑) Sebaik selesai urusan imigrasi, aku lantas maju ke tingkat 3 dengan menggunakan lift untuk solat jamak qasar Maghrib dan Isya' terlebih dahulu di surau yang disediakan.. Surau ini juga baru didirikan sewaktu aku berada di Indonesia.. Lokasi dia sebelah dengan JAL ABC dan berhadapan dengan Check In Garuda.. Bila melihatkan ada 2 wanita di dalam surau itu, aku fikir orang Indonesia.. Tapi selepas di tegur, rupa-rupanya orang Malaysia yang datang melancong ke Jepun.. Mereka terlepas trip ke Osaka pada hari itu jadi tumpang tidur di airport sebelum mengambil bas pada keesoakan harinya. 

Bijak juga tidur di airport daripada duduk di hotel sebab free (笑) Selepas solat, aku lantas menuju mengambil 京急 (Keikyuu Train) menuju ke 川崎 (Kawasaki) dan daripada situ tukar ke JR menuju ke 鹿島田 (Kashimada).. Hujan sedikit pada malam itu namun agak terkejut dengan bilangan umat manusia pada malam Khamis dengan jam menunjukkan waktu 00:00 tapi orang masih ramai samada pulang dari minum-minum atau baru habis kerja.. Selamat tiba di hostel sekitar jam 00:30, mujur ada member tolong bukakan pintu sebab manager hostel sudah lama tidur! Ternyata bukan senang hendak melelapkan mata malam itu sebab jet lag 2 jam (笑) Keesokan harinya bermulalah kehidupan 社会人 (Worker) menggunakan 電車 (Train) ke office dengan lautan manusia berhimpit-himpit seperti tahun sebelumnya (笑)..

... To be continued 


Saturday 5 July 2014

Transformers 4Dx in Jakarta

4 July - JAKARTA


Kali pertama menonton filem dalam 4D ialah sewaktu pergi menghadiri ICEMS 国際学会 (International Conference) 2011 di Beijing (link).. Kebetulan panggung wayang di situ sedang menayangkan filem Transformers 3; sanggup menyaksikan filem yang sama buat kali ke 2 semata-mata untuk merasai filem dalam 4D.. Sesiapa yang pernah rasa naik ride 4D di Universal Studios Japan atau Singapore pastu tahu bagaimana syoknya layan 4D.. Kalau ride setakat 2~3 minit pun dah rasa nak main banyak kali, lagikan kalau berdurasi 2 jam lebih untuk filem! Sayangnya tak banyak negara yang mempunyai pawagam 4D termasuk Jepun sendiri waktu itu jadi terpaksa berpuas hati dengan IMAX sahaja selepas pulang ke Jepun dan Malaysia sesudah selesai 国際学会 itu (笑)

Apabila tiba di Jakarta pada Jun 2013, aku terkejut dengan Blitz Megaplex di Grand Indonesia, 2km dari tempat aku tinggal yang menyediakan pawagam dengan teknologi 4D! Sejak tahun lepas lagi aku dah set bahawa filem Transformers merupakan filem ulung buat aku merasmikan pawagam 4D di sini dan akhirnya hajat aku terlaksana di bulan Ramadhan! Asalnya mahu menonton pada hari Khamis tapi sayangnya tiket sudah full, terpaksa beli pada hari Jumaat dengan harga sedikit mahal iaitu IDR 150k (RM 45).. Namun harga itu jauh lebih murah daripada harga tiket wayang di Jepun yang berharga 1800円 (RM 54) untuk filem 2D! Agak lawak juga kerana yang tinggal cuma seat bahagian depan sekali tapi tetap mahu menonton kerana pergi bersama teman dari Malaysia yang bakal pulang pada minggu berikutnya.. 


Ini merupakan kali pertama aku menonton di Blitz Megaplex, sebelum ini sering ke Cinema 21 sahaja kerana dekat dengan rumah jadi tak pasti informasi yang akan aku berikan ini berlaku untuk semua filem/panggung atau tidak.. Jika di Cinema 21, sekiranya filem itu tulis mula jam 21:00, maka tepat jam 21:00 itulah dia akan mula.. Cinema 21 juga tidak ada iklan sebelum filem bermula.. Situasi langsung berbeda dengan Blitz yang seperti Malaysia, ada iklan 10 minit baru mula.. Paling tak boleh blah ialah tiket wayang yang dah macam resit beli popcorn (笑) Mana taknye, beli tiket wayang pun kat kaunter popcorn (笑) Siap ada papan di pintu masuk panggung yang mengingatkan pengunjung untuk pergi membuang air terlebih dahulu, dan juga bersiap sedia dengan suasana basah? 

Sebelum filem bermula, ada iklan selama hampir 1minit yang membolehkan penonton merasai bagaimana hebatnya 4D itu dengan kerusi bergegar, udara terhembas di belakang kepala, ibarat duduk di kerusi urut di mana ada orang tumbuk-tumbuk di belakang dan bontot asyik vibrate, lampu-lampu dewan yang berkilauan asyik, kemudian asap muncul tiba-tiba saat ada efek letupan! Pengalaman yang aku rasai buat pertama kali dan tidak di rasai sewaktu di Beijing ialah melihat sendiri asap keluar dari bawah; sebab duduk depan sekali (笑) Bau asap dah macam ada kebakaran! Scene tembak-tembak, kejar-mengejar memang feeling habis bila layan dalam 4D! Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan filem ini, dan paling berpuas hati dapat menonton dalam 4D!

p/s Elok jangan layan 4D lepas dah makan berat, takut rasa nak muntah nanti (笑)

Sunday 29 June 2014

ジュニア研修 (Junior Training)

16~27 June - KAWASAKI

Salah satu tumpuan menarik bagi syarikat yang aku bekerja ini ialah kekuatannya pada aspek training.. Lihat saja bagaimana tahun pertama aku di syarikat ini sudah seperti di universiti yang mana 6 bulan diterapkan didalam bilik kursus bersama 22 同期生 (Same batch) yang lain manakala 6 bulan berikutnya ditempatkan di 3 tapak projek berlainan sesuai dengan apa yang sedang berjalan pada waktu itu.. April tahun ini menandakan tahun ketiga aku bekerja dengan syarikat ini dan semua 3年生 (3rd year batch) wajib mengikuti ジュニア研修 (Junior Training) selama 2 minggu bertempat di 本社 (Headquarters) di 川崎 (Kawasaki).. Kursus 2 minggu ini secara amnya menekankan dengan lebih terperinci tentang apa yang telah kami pelajari sewaktu tahun pertama dahulu~

Jadual waktu training

Berbeza dengan apa 2 tahun lalu, kali ini kami dikehendaki mengambil ujian di akhir hari dan markah yang dipungut akan dilaporkan kepada 上司 (Superior) kami.. Selain daripada hanya mendengar "ceramah" daripada 先輩社員 (Senior), ada juga slot yang memerlukan kami bertugas di dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan ケーブル撤去工事 (Removal cable work) dan 危険予知KYの徹底 (Danger awareness).. Di samping itu ada juga slot untuk menguji gaya penyampaian masing-masing sewaktu memberikan presentasi menggunakan power point dengan topik besar apa yang telah dilakukan sewaktu tahun ke-2.. Slot terakhir turut menyediakan sesi kaunseling dengan mengambil kaunselor dari luar untuk membincangkan topik pengawalan stress.. 
 
Suasana pembelajaran

Sayangnya orang Jepun memang terkenal dengan sikap malu-malu kucing yang sukar memberikan respons apabila ditanya sesuatu membuatkan sesi kaunseling ini seolah-olah tidak hidup (笑) Setelah sesi kaunseling, kami diminta menyusun meja dalam bentuk bulatan untuk sesi luahan perasaan kepada 技術研修所センター長 (Head of Training Department) tentang masalah-masalah yang dihadapi.. Pelbagai jenis soalan yang diutarakan oleh 同期 yang rata-rata runsing memikirkan masa depan khususnya soal rumah tangga; pekerjaan 現場管理 (Site Management) ini memerlukan seseorang itu fokus 100% kepada pekerjaan dan ini membuatkan pekerja terpaksa mengorbankan waktu cuti Sabtu dan Ahad.. Ada 同期生 yang cuma dapat cuti satu hari dalam sebulan dan akhirnya dipanggil doktor akibat kekurangan 鉄分 (Iron) di dalam darah!

Alhamdulillah ada kedai udon yang dibuka sewaktu aku berada di Indonesia.. Akhirnya ada juga benda yang boleh aku makan selain asyik melon pan je setiap hari (笑)

技術者の宿命 (Fate of Engineers) merupakan jawapan yang diberi oleh センター長 memandangkan ramai 先輩 yang sehingga kini tidak berkahwin, ada yang kahwin cerai, dan ada yang menghabiskan wang ringgit hanya untuk melepaskan hawa nafsu setiap malam (笑) Itulah jalan yang perlu dilalui oleh jurutera khususnya yang bergiat dalam bidang konstruksi.. Lega apabila memikirkan bukan aku sahaja yang risau dengan keadaan semasa yang sukar dapat cuti, malah ada yang lebih teruk daripada aku membuatkan aku bisa bersyukur sedikit (笑) Acara penutup ialah sesi menjamu selera di sebuah restoran Cina berdekatan dengan 本社.. Alhamdulillah aku diberi kebebasan untuk memilih menu yang aku boleh makan memandangkan yang lain makan seperti yang telah dihidang.. 2次会 (After party) di 居酒屋 (Izakaya) berdekatan sebelum masing-masing mengundur diri~

記念撮影 (Commemorative photo)
 

Monday 16 June 2014

Bandung Trip 2014

29~31 May - BANDUNG

Sebaik mendapat pelepasan 4 hari sempena cuti Hari Kenaikan Isa Al-Masih (Cuti umum di Indonesia) dan juga cuti ganti Isra' Mi'raj pada hari Jumaat, aku terus hubungi sepupu di Bandung pada Khamis malam untuk memberitahu aku mahu ke sana pada keesoakan harinya.. Plan nak beli tiket keretapi malam itu juga tapi sayang agak terlambat kalau mahu beli di コンビニ (Convenience Store) atas jam 1900 kerana semua sistem online ditutup.. Kalau nak juga harus ke stasiun kerana di situ sistem operasi 24 jam.. Apabila diberitahu aku boleh beli on the spot sebelum naik pada keesoakan harinya, aku nekad mengambil risiko..


Bangun awal sekitar jam 0430, aku sudah keluar rumah selepas solat Subuh sekitar jam 0515 lalu naik ojek ke Stasiun Gambir dengan bayaran IDR 10k (RM 3).. Agak cuak apabila melihat bilangan pengunjung yang turut beratur panjang untuk membeli tiket di situ.. Alhamdulillah aku dapat membeli tiket keretapi ke Bandung pada harga IDR 110k dan berlepas pada jam 0545.. Perjalanan memakan masa selama 3 jam dan aku selamat tiba di stasiun Bandung sekitar jam 0900.. Sepupu aku datang jemput naik motor dan daripada situ kami pergi ke Tangkuban Parahu yang mengambil masa kira-kira 90 minit.. Mujur naik motor kerana kondisi jalan yang agak macet mungkin mengambil masa lebih daripada 3 jam kalau bernasib baik!


Tangkuban Parahu sememangnya tempat yang agak menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan dia mirip seperti melawat Great Wall of China di Beijing.. Agak terkejut apabila diberitahu kami perlu mengambil penunjuk jalan ketika mahu melawat Kawah Domas kerana kononnya ia sudah bukan milik kerajaan (swasta).. Awalnya dia minta bayaran IDR 150k tapi selepas nego kami dapat pada harga IDR 50k tapi perlu ikut serta dengan 2 lagi Indonesian yang ingin melawat tempat yang sama.. Pengalaman yang luar biasa di Kawah Domas kerana suasana di sekeliling seolah-olah anda berada di dalam gunung berapi (笑) Selepas itu kami berjalan-jalan mengambil foto di Tangkuban Parahu sebelum beransur pulang.. 


Ternyata pengembaraan kami tidak berakhir di situ sahaja apabila mendapati tayar motor belakang sepupu aku bocor.. Sangkaan awal risau ada orang yang berniat buruk di situ tapi bila melihat bilangan pengunjung lain selepas itu yang turut mengalami masalah yang sama kononnya perubahaan tekanan di dalam tayar akibat daripada perbezaan suhu di luar yang agak panas.. Agak lama menunggu lori kecil hadir bagi membolehkan motor sepupu itu diangkat dan langsung di bawa ke bengkel yang terletak berdekatan dengan kawasan peranginan ini.. Sebelum terlupa kami dikenakan bayaran masuk sebanyak IDR 35k memandangkan masing-masing mempunyai KITAS.. Kalau tidak ada, pelancong asing dikenakan caj IDR 75k seorang! 


Mujur kos untuk menampal tayar yang bocor itu cuma IDR 6k jadi kami dapat pulang dengan aman pada hari itu.. Perjalanan dari Tangkuban Parahu ke Jatinangor iaitu tempat sepupu aku tinggal ternyata mengambil masa lebih daripada 3 jam! Oleh kerana esoknya sepupu aku ada kelas, aku terpaksa berjalan seorang diri.. Mujur ada servis kereta sewa berserta supir pada harga IDR 270k sehari (tidak termasuk duit minyak, tol, makan supir, dan parkir) membolehkan aku merancang perjalanan keesokan harinya dengan lancar.. Bertolak dari rumah sekitar jam 0900, langsung berlepas ke lokasi pertama iaitu Gedung Sate yang terletak di kota Bandung.. 

Mereka bukan dilahirkan sebegini..

Malangnya waktu itu mereka sedang ada tetamu dari luar membuatkan orang lain hanya dibenarkan masuk selepas jam 1600 (-_-") Lokasi ke dua iaitu Muzium Geologi juga tiada rezeki apabila diberitahu di pintu masuk bahawa hari Jumaat tempatnya ditutup! (笑) Langsung lanjut ke destinasi seterusnya iaitu Gedung Merdeka, lagi dikejutkan dengan berita ia dibuka pada jam 1400 selepas Solat Jumaat (笑) Oleh kerana belum makan lagi pagi itu, aku minta supir menghantar ke restoran Karnivor yang agak terkenal di Bandung kerana menyajikan makanan pada saiz yang luar biasa.. Tiba di lokasi pada jam 1100, dan makanan yang dipesan hanya tiba pada jam 1130! Mujur sempat pergi mengerjakan solat Jumaat di masjid berdekatan sekitar jam 1200.. 


Selesai solat, supir terus membawa aku ke Gedung Merdeka dan kami tiba di destinasi sebelum jam 1300.. Oleh kerana masih ada masa, aku terus bergerak seorang diri dengan jalan kaki ke Jalan Braga, kemudian lanjut ke Pasar Baru sehinggalah ke Masjid Raya Bandung! Kagum dengan Pasar Baru dengan bilangan pengunjung ramai rata-rata dari Malaysia! Mujur tiba di Gedung Merdeka betul-betul jam 1400, dapat mengunjungi muzium yang menempatkan tapak sejarah Asian-African Conference (Bandung Conference) pada tahun 1955.. Kebetulan ada pameran budaya keris dan pedang Samurai di lokasi yang sama! Berada di sana selama 30 minit sebelum bertolak ke objektif utama hari itu iaitu Saung Angklung Udjo.. 



Mujur sampai di situ awal beberapa minit sebelum jam 1500 iaitu waktu persembahan mereka.. Secara jujur persembahan selama hampir 2 jam itu merupakan antara persembahan terbaik aku pernah lihat selama ini.. Saung Angklung Udjo semestinya destinasi terbaik buat mereka yang ingin ke Bandung! Tiket masuk hanya IDR 100k, tapi pengalaman yang anda bakal rasa benar-benar berbaloi.. Selesai persembahan, aku bergerak menuju ke Caringin Tilu (Cartil), salah satu destinasi yang kurang mendapat tumpuan tapi menarik kerana lokasinya di atas bukit yang membolehkan anda melihat kota Bandung daripada atas! Solat Maghrib di atas puncak sebelum beransur pulang ke Jatinangor.. Singgah di Jatinangor Town Square (Jatos) untuk menonton Edge of Tomorrow bersama sepupu..


Keesokan harinya pulang ke Jakarta dengan menaiki mini van yang ternyata lebih murah, cuma IDR 60k.. Tapi nak naik harus ke Balubur Town Square (Baltos) yang terletak di Kota Bandung jadi perlu ke naik shuttle dari Jatinangor terlebih dahulu.. Mujur perjalanan kali ini berjalan dengan lancar tanpa kendala besar; cuma sayang dah dapat cuti 4 hari tapi pergi yang dekat-dekat sahaja sedangkan inilah peluang untuk pergi ke destinasi jauh seperti Surabaya ke, Yogjakarta ke.. Semoga ada rezeki dan peluang yang sama lagi di masa akan datang, insyaAllah..

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat di sini..

Sunday 1 June 2014

Renewing Working VISA

19 May - KUALA LUMPUR

Oleh kerana visa kerja dan juga KITAS (Kartu Ijin Terbatas) aku cuma effektif selama 6 bulan dan tidak boleh diperpanjangkan, aku tiada pilihan untuk mempropes daripada awal dan salah satu proses dia ialah mendapatkan TELEX visa di kedutaan Indonesia di luar negara.. Jika tahun lepas aku apply di Singapore kerana agen yang menguruskan cuma ada kenalan di sana, namun kali ini aku minta TELEX visa dihantar ke Malaysia tapi syaratnya aku harus apply sendiri tanpa menggunakan agen.. Untuk itu aku terbang ke Malaysia pada 17 May yang lalu dengan menggunakan penerbangan MAS yang dibeli pada tarikh 16 May pada harga sekitar IDR 1.1 Juta (RM 350) sahaja pergi balik!


Alhamdulillah sepanjang berada di Malaysia, sempat bertemu dengan beberapa rakan BCR walaupun tiada perancangan langsung untuk jumpa.. Hari Ahad pula bersama adik-beradik pergi menonton Godzilla di MBO Cinema, Subang.. Dalam perjalanan pulang aku beli Moto G untuk kegunaan di Indonesia; akan diceritakan lebih terperinci di entry akan datang.. Malam itu pula membawa family pergi makan malam di The Big Plate Restaurant, berdekatan dengan poli Selangor.. Isnin pagi bergerak ke KBRI Kuala Lumpur dengan menaiki KTM.. Bertuah kerana ditemani Ungu BCR di KL Sentral alang-alang dia juga free sehingga tengahari kerana ada tugas di Putrajaya.. 


Urusan TELEX visa agak gampang dimana pemohon warganegara Malaysia harus menghantar passport asli, gambar 2 keping, dan juga salinan passport berserta wang RM 370 (bagi yang update visa selama setahun) sebelum jam 1200 bagi membolehkan passport diambil pada hari itu juga.. Waktu itu aku terlupa membawa salinan passport, dan alhamdulillah ada mesin photostat disediakan di situ tanpa dikenakan caj! Selesai urusan visa sekitar jam 1130, kami jalan kaki menuju ke Times Square untuk makan tengahari bersama sambil window shopping.. Kami makan di Food Court lantai bawah yang agak moden kerana pengguna diminta mendapatkan kad debit terlebih dahulu sebelum membeli makanan di situ.. Selesai makan aku hantar Ungu ke Monorail sebelum masing-masing bersurai..


Misi aku waktu itu ialah mencari Celcom Prepaid yang berharga RM 18.90, suatu pakej yang disediakan oleh Celcom yang mana dalamnya ada RM 18.90, dan percuma 50MB internet.. Dapat tahu info ini pun dari kiosk Celcom di KLIA sewaktu tiba dulu.. Kebetulan pakej itu sudah habis di situ, jadi brader yang jual itu suruh aku cari di tempat lain.. Misi pencarian aku bermula dari Plaza Low Yatt, menuju ke Pavilion, kemudian membawa pula ke Menara Cosway, sehinggalah diberitahu aku harus pergi ke Sungei Wang membuatkan aku berputus asa untuk mencari! Malam itu pergi makan bersama adik-beradik di IKEA Damansara untuk merasai buat pertama kali meatball dia.. Semangat beli 20 biji tapi ternyata muak ditengah jalan (笑)


Sengaja ambil tiket pulang pada 20 May (Selasa) malam sebagai persiapan sekiranya ada masalah sewaktu pemprosesan visa.. Tengahari itu makan lunch bersama Ummi dan Baba di Secret Recipe Giant Seksyen 13 kerana kebetulan nak beli barang untuk dibawa pulang ke Jakarta sekali.. Boleh tahan sedap juga lunch menu di situ, dan harga juga agak berpatutan.. Petang itu bersiap bagasi untuk pulang, dan sekitar jam 5 mengambil taksi menuju ke KLIA.. Harga taxi ketika pergi sedikit mahal RM73 daripada harga daripada KLIA ke Shah Alam iaitu RM 68.. Sampai di KLIA sekitar jam 6, dan penerbangan pada jam 8 malam.. Agak sengal apabila tiada surau apabila kita dah masuk ke bilik persiapan untuk berlepas, jadi terpaksa melalui imbasan sekali lagi selepas solat.. Leceh betul bila pakai tali pinggang sebab nak kena buka (-_-")


p/s Alhamdulillah dah beli tiket pulang ke Malaysia untuk raya nanti ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC