Blogging
Tanggal 6hb Oktober 2008 merupakan hari ak melontar entri pertama di dalam blog nih.. Waktu tuh, ak menulis sekadar suka2 disamping mengumpul info terbaru dan perkembangan semasa gosip2 hangat antara pelajar JAD batch 6 yang baru memulakan hidup baru di Jpon~ Asal nyer cume beberapa orang jer yang stat tulis blog, tp dari semasa ke semasa, semakin ramai yang menulis berkenaan hal hidup di universiti masing2.. Ak juga menganggap blog ni sebagai diari kerana memikirkan apa yang akan berlaku apabila pulang ke Malaysia kelak dan orang tanye, "Apa yang telah ko buat sepanjang berada di Jpon?" Terlalu banyak sangat aktiviti2 yang telah ak buat, kalo nk citer satu2 sure lama plus mesti banyak yang dah lupe, jadi kalo ade blog, jawapan akan jadi mudah; "sila baca blog ak!"
Blog ni juga ak jadikan sebagai "bookmark" peribadi ntk artikel2 menarik yang wajar ak simpan.. 一応 ak ade simpan gak dalam hard disk, tp bila dah banyak sangat simpan artikel, nk cari pon susah.. kalo letak dalam blog, leh tekan "search" jer.. Ak minat giler tentang fakta kerana ak percaya, orang susah nk percaya ape yang kita cakap kalo x berlandaskan fakta.. Sejak skola menengah dulu, Baba (父) langgan majalah Mastika; selain citer2 menarik tentang isu semasa dan alam ghaib, bahagian yang paling ak minat ialah ruangan fakta.. Dulu pernah terfikir nak bukukan semua fakta yang ada dalam majalah Mastika, dan skang ak cuba realisasikan hasrat waktu skola dulu dengan membuat entri tentang "fakta menarik" setiap bulan bersumberkan majalah Mastika ;) (download secara haram kt internet)
Blog nih juga mengikut perkembangan semasa dunia sukan khususnye bola sepak.. X rajin sangat nk kritik setiap perlawanan Arsenal sebab xde idea nk tulis panjang lebar dalam blog.. lagi suka luahkan perasaan dalam forum
AMG~ Kalo ade pemain keluar masuk dalam Arsenal, iA ak akan update secepat yang mungkin.. Untuk aspek hiburan, ak menyediakan ruang ntk memaparkan lagu berserta lirik yang ak minat; kalo ade single terbaru daripada
Nickelback, memang ak kompem letak dalam blog! Kalo ade movie best yang ak layan dan wajar ntk dikongsi bersama pembaca, ak akan buat entri baru ntk cerita pasal movie tersebut.. Hal yang sama turut boleh diceritakan ntk drama dsb~
Blog nih turut mengupas
isu2 agama; skang ni agak jarang tp iA akan cuba diperbanyakkan dari semasa ke semasa.. Sebagai salah seorang
penggemar permainan video, blog nih juga cube memperkenalkan permainan video konsol yang ak tengah @ dah abis main sambil berkongsi pandangan tentang permainan tersebut.. Ak berpegang pada
prinsip "main PS3 pd hujung minggu dan hari cuti jer" membuatkan ak mengambil masa yang agak lama ntk menghabiskan sesuatu permainan.. Dok main COD 5, God Of War, dan Infamous dari dulu lagi tp sampai skang x abis2.. -_-" Label paling terbaru yang ak perkenalkan dalam blog nih ialah
"culture"; ak cube ntk memperkenalkan kepada pembaca sekalian mengenai gaya hidup orang Jpon sepanjang ak berada di sini.. Ini juga merupakan salah satu
usaha bagi menyahut cabaran yang tertera seperti di bawah~
"...Sayanglah. Pelajar kita ada di mana-mana, Timur Tengah, UK, US, Asia Timur, Australia, pendek-kata mana tanah sekalipun, akan adalah orang Malaysia. Tetapi, mana karya-karya mereka? Pengalaman-pengalaman mereka, budaya orang luar, terutama yang baik-baik, jerit-perih untuk mendapat segulung ijazah, semuanya harus dirakamkan dalam bentuk tulisan, buku untuk dikongsi baca oleh sebahagian lagi rakyat Malaysia yang tak berpeluang..."
-korang boleh baca entri penuh melalui sini-
Statistics
Sehingga kini, blog nih telah memaparkan sejumlah
366 entri dan jumlah label adalah sebanyak 17~ Blog nih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan rasmi, disamping menggunakan perkataan 日本語 (Japanese) disertai makna di dalam 英語 (English).. Untuk membaca blog nih dengan lebih lancar, pembaca diingatkan agar
memastikan character encoding ntk web browser anda boleh kesan 日本語.. Cara nyer adalah seperti gambar di bawah~
Mengikut statistik Google PageRank, blog nih mencapai mata 2/10, dan nilai blog nih mengikut matawang USD ialah $2k.. (
link)
Sepanjang penulisan di dalam blog,
entri yang paling 'laku' ialah "bercinta" dengan mengumpul sejumlah 16 komen pembaca dan jumlah pembaca tertinggi sewaktu entri tersebut di lancarkan..
Entri yang cukup berjaya pada pandangan ak ialah entri "
baby genius" kerana ape yang dikongsikan cukup menarik sehingga sorang pembaca daripada Indonesia yang menulis entri yang sama turut letak link blog ak kt entri dia..
(link)
Followers & Readers
Sepanjang ak berkongsi apa yang tersirat dalam otak nih, x sangka hasil penulisan ak turut menarik perhatian beberapa pembaca yang berada di luar negara secara x langsung.. Kalo dulu, "pie chart came from" nuffnang
100% daripada Jpon sebab pembaca hanya terdiri di kalangan member2 JAD jer, tp semakin lama, jumlah pembaca daripada Malaysia mula mencabar pembaca di Jpon.. ;) Dunia blogging menjadi lebih menarik apabila muncul 見知らぬ人 (strangers) di dalam senarai followers dan shoutbox.. Entah camne diorang boleh terlajak sampai ke blog ak pon ak x pasti waktu awal2 dulu..
Alhamdulillah,
awal2 見知らぬ人 dan kini bertukar menjadi トモダチ (friends) walaupon x pernah bersua muka~ Pembaca blog nih yang awalnye mensasarkan rakan2 JAD kini diperluaskan skop kepada 先輩 (senior) dan 後輩 (junior), staf2 YPM, 家族 (family), dan rakan2 daripada luar negara terutama Malaysia (笑).. Jumlah followers semakin bertambah lepas ak join
Geng Bloggers (GB) yg diperkenalkan oleh
MuNsYi SaMa.. Melalui GB, ak dapat mengenali dunia orang lain disamping menambah kenalan baru..
Conclusion
Terima kasih yang x terhingga kepada semua pembaca blog nih sampai ada yang sudi mengikut blog yang masih 未熟 (immature) dari segi penulisan dsb.. Kritikan2 pembaca amat penting ntk ak memperbaiki mane2 bahagian yang lemah disamping meningkatkan mutu penulisan kepada yang lebih baik.. Sokongan anda semua ak dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih, ありがとう (thank you)~