Followers

Saturday 30 July 2011

Flash on iPhone

Salah satu kelemahan iPhone pada pandangan ak ialah tiada fungsi flash.. Bagi seorang yang gemar menonton video di internet, fungsi flash amatlah penting dan ketiadaannya jelas dirasai.. Bila tiada flash, layan website pun akan rasa macam ada cacat (笑) sebab ada kotak kosong.. Ak sering mencuba pelbagai aplikasi yang membolehkan flash dipasang di iPhone dan akhirnya, ak telah menjumpai kaedahnya! Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda buat bagi membolehkan flash di dalam iPhone anda.. Khusus untuk pengguna iPhone 4 sahaja (iPhone 3GS dengar cerita tak lepas?) 

  1. Buka Cydia
  2. Pergi ke Manage Tab > Sources
  3. Tekan butang Edit dan tekan Add
  4. Taip source ini --> http://repo.benm.at
  5. Selepas selesai, pergi ke Search lalu taip "Frash"
  6. Install 

Itu sahaja! Selepas itu, apa yang akan anda nampak ketika menggunakan Safari adalah seperti dibawah


Bila picit kotak yang tertulis "Flash" itu, akan menjadi seperti dibawah..


Enjoy!

Source : link

p/s Malangnya masih tidak boleh video streaming melalui iPhone untuk tengok bola dsb.. -_-"

Friday 29 July 2011

Hanshin Tigers vs Chunichi Dragons

28 July - KOSHIEN


Member lab telah menunaikan janji untuk membawa ak menyaksikan perlawanan 野球 (Baseball) buat pertama kali di stadium 甲子園 (Koshien); stadium yang agak terkenal di Jpon terutama di peringkat 高校野球 (High School Baseball).. Pada awalnya ak minta untuk dapatkan tiket Giants vs Tigers; perlawanan yang menyaksikan pertembungan 関東 (Kanto) dan 関西 (Kansai) tapi malangnya tiada tempat duduk yang menarik malah kena beli tiket awal sebulan jika nak dapat tempat duduk terbaeeek.. Kebetulan member lab  peminat pasukan 中日 Dragons jadi kami bersepakat untuk beli tiket pada hari ke-3 perlawanan tersebut melalui internet (link).. Beli tiket awal bulan, sedar-sedar tarikhnya bertembung pula dengan perlawanan Malaysia vs Singapore (-_-")


Memandangkan perlawanan bermula jam 1800, member ajak gerak awal jadi berkumpul di 南草津駅 (Minami Kusatsu station) sekitar jam 1515.. Mujur kami gerak awal sebab dalam perjalanan, keretapi terpaksa berhenti selama 1 jam lebih gara-gara kemalangan melibatkan kereta bertembung dengan jambatan keretapi dan juga masalah lampu isyarat akibat pancaran kilat.. Hari ke-3 ini juga boleh pula hujan turun; risau juga kalau-kalau perlawanan terpaksa diberhentikan jika hujan terlalu lebat (Kalau batal, duit tiket akan dipulangkan).. Lawak juga sebab ak tidak pernah menonton perlawanan 野球 di TV sampai habis malah peraturan permainan pun ak tidak faham sangat; ini juga merupakan kali pertama ak menonton di stadium; sukan bola sepak yang ak minat pun tidak pernah lagi layan di stadium (笑)


Plan asal nak sampai awal sebab nak lihat pemain memanaskan badan sebelum bermula perlawanan; tapi oleh sebab 電車遅れ (Train late), waktu kami sampai di stadium, perlawanan baru sahaja bermula sekitar 5 minit.. Tempat duduk kami kononnya merupakan spot terbaeek untuk menangkap bola sekiranya pemain memukul "Home run".. Malah kumpulan penyorak 中日 Dragons juga berjarak rapat daripada tempat duduk kami.. Sedang seronok bersorak, lawaknya beberapa minit selepas itu, hujan mula turun dan beberapa penyokong mula berpindah ke dalam untuk makan dan berteduh.. Mahal sungguh makanan dan minuman yang dijual; mentang-mentang tidak boleh bawa dari luar, terpaksa beli kentang goreng di KFC memandangkan tidak banyak pilihan ;) 

Penyorak 中日 Dragons daripada Nagoya
Drum penyorak 阪神 Tigers

Sementara hujan masih renyai, kami habiskan makanan sambil menonton perlawanan di skrin TV di luar bilik merokok ;) Tabik spring kumpulan penyorak 中日 Dragons; meskipun nisbah mereka mungkin 1/15, tapi sokongan mereka berjaya menyaksikan 中日 Dragons menewaskan 阪神 Tigers 0-2 di tempat lawan.. Sedih juga tidak dapat menyaksikan pukulan "Home run", malah bilangan pukulan yang berjaya di pukul untuk kedua kumpulan juga begitu rendah iaitu sekitar 3~5 pukulan bersih (-_-") Sebelum memasuki stadium, ada beberapa awek jual belon dalam paket; 1 paket berharga 200円.. Rupa-rupanya belon tersebut akan ditiup dan dilepaskan pada pusingan ke-7 perlawanan bagi menghidupkan pusingan tersebut yang terkenal dengan panggilan "Lucky Seven".. 


Dahsyat apabila diselubungi penyokong 阪神 Tigers yang asyik marah-marah apabila 中日 Dragons mendahului 0-1 pada pusingan ke-6.. Beberapa awek yang membawa beg berupa botol arak kehulu-kehilir bertanyakan samada hendak beli arak atau tidak kepada para penyokong ;) Aiskrim yang biasa jual di コンビ二 (Convenience store) pada harga 100++円 boleh pula dijual pada harga 250円 o_0 Ketika pemukul mengambil tempat, di skrin ada tunjuk 打率 (Batting average).. Konon nya jika lebih 30% tu dah kira mantap! Sewaktu penyokong berundur ketika perlawanan berakhir, tidak boleh blah keadaan tempat duduk yang agak kotor dengan sampah ditambah lagi dengan belon yang bertaburan.. Rasa macam berada di Malaysia la pulak (笑) Terpaksa beratur panjang untuk naik 電車 (Train) malam itu..    

Gadis arak (笑)

Things to know about 野球

  • Sukan paling popular di Jpon ialah 野球 
  • 野球 mempunyai 9 pusingan
  • 9 pemain untuk setiap pasukan
  • Setiap pemain mesti mengikut urutan yang ditetapkan untuk memukul bola
  • 野球 memiliki zon foul iaitu satu barisan dengan tempat memukul..   
  • Setiap pemukul memiliki 3 cubaan, jika gagal dalam setiap cubaan, maka dia kena "out"
  • Jika pembaling bola gagal membaling dengan kemas, pemukul akan mendapat 1 "ball".. Pemukul dapat maju ke 塁 (Base) apabila mengumpul 4 "ball"
  • Pasukan yang menyerang mempunyai 3 "out" samada dari kegagalan memukul bola, atau bola ditangkap oleh pasukan bertahan di udara, atau pemain yang menangkap bola itu membaling ke arah 塁 yang dituju oleh pemain pasukan yang menyerang
  • Apabila 3 "out" direkodkan, pasukan yang menyerang akan bertukar posisi menjadi pasukan bertahan dan begitulah sebaliknya bagi pasukan yang bertahan; ia dinamakan "inning"..
  • Jika kedua-dua pasukan masih seri pada pusingan ke-9, perlawanan akan diteruskan sehingga satu pasukan mempunyai lebih larian daripada pasukan yang lain..
  • Jika bola sepak mengambil masa ± 90 minit untuk 1 perlawanan, 野球 pula tiada waktu tetap.. Biasanya 3 jam diperuntukkan untuk 1 perlawanan
  • Di Jpon, 野球 dimainkan hampir setiap hari kecuali hari Isnin
  • 1 perlawanan 野球 berjalan selama 3 hari berturut-turut tapi harga tiket dijual berasingan
  • Harga tiket bergantung kepada tempat duduk
  • Harga tiket paling murah ialah sekitar 1500~1900円 (RM 60++)


Ak syorkan korang tonton video dibawah bagi memudahkan anda memahami peraturan dan cara bermain 野球.. Enjoy! 



p/s Sebelum ini dah layan sukan American Futbol di stadium (link), sekarang 野球, bola sepak entah bila ;) Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~

Tuesday 26 July 2011

YATTA!


やった!(Yatta) merupakan perkataan Jpon yang membawa maksud "All Right".. Bagi penggemar drama bersiri "Heroes" pasti akan terimbas kembali babak Hiro Nakamura menjerit kegembiraan apabila berjaya tiba di New York dalam sekelip mata.. Lebih menarik apabila ada lagu YATTA yang dinyanyikan oleh kumpulan lawak "はっぱ隊 (Happatai)" pada tahun 2001.. Lagu ini begitu popular sehingga mendapat tempat ke-6 dalam carta Oricon pada minggu pertama ia dilancarkan.. Malah, populariti lagu ini menarik perhatian syarikat penyiaran ABC di US sehingga はっぱ隊 dijemput untuk menyanyikan lagu ini di atas pentas pada tahun 2003.. Lirik lagu juga menarik dan sesuai dimainkan ketika sedang stress ;)  ENJOY!


G
R
Double E
N
Leaves (x2)

It's so easy
Happy go lucky
We are the world
We did it
Who (x4)
Us (x4)

Yatta (x8)
大学合格
社長就任
葉っぱ一枚あればいい
生きているからLuckyだ

Yatta (x8)
当選確実
日本代表
やんなるくらい健康だ
Everybody say やったー!

日本キューキュー
でも
あしたはWonderful
いじわるされても
グーグーグーグー
Pass (x4)
おはよー

Yatta (x8)
9時間睡眠
寝起きでジャンプ
どんないいことあるだろう
生きていたからLuckyだ

Yatta (x8)
君が変われば
世界も変わる
丸腰だから最強だ
まっすぐ直ったら
気持ちイー!

Who (x4)
Us (x4)

お水飲んだらうめー!
やった!
日に当たったらあったけー!
やった!
腹からわらったらおもしれー!
やったーやったー!
犬飼ってみたらかわいー!
やったー!


It's so easy
Happy go lucky
We are the world
We did it
Who (x4)
Us (x4)

すれ違いざま
微笑みくれた
2度と会えなくたっていい
君いたからLuckyだ

平成不況
政治不信
リセットさえすりゃ最高だ!
みんないるから楽しいー!

Yatta (x8)
大学教授
Movie start
葉っぱ一枚あればいい
みんな一緒だHappyだ



Yatta (x8)
息を吸える
息を吐ける
やんなるぐらい健康だ
Everybody say やったー!


G
R
Double E
N
Leaves (x2)


p/s Mungkin akan ada yang tidak menyukai perkataan やった!lagi selepas menonton video di atas~ o_0

Sunday 24 July 2011

Siaran Analog Tamat!

24 July - JAPAN

Tepat jam 12 tengahari tadi, siaran analog TV di Jpon telah ditamatkan; sesiapa yang tidak mempunyai tv digital ataupun digital tuner tidak dapat menonton siaran TV bermula hari ini.. Kerajaan Jpon telah menetapkan perkara ini sejak 10 tahun yang lepas malah iklan mengenai tamatnya siaran analog telah disiarkan begitu kerap sehingga ada maskot! Bilangan rakyat yang begitu ramai terutamanya dikalangan warga tua antara sebab utama pihak 総務省 (Ministry of Internal Affairs and Communications) masih menerima panggilan orang ramai tentang penamatan siaran analog sehingga hari ini ;) (link)


Sejarah
Siaran analog TV di Jpon mula dipancarkan pada tahun 1953.. Pada ketika itu, siaran adalah dalam hitam putih, dan tidak ramai lagi yang mampu memiliki set TV.. Penjualan TV semakin rancak bermula ketika siaran hitam putih bertukar jadi siaran berwarna pada tahun 1960..  Siaran digital pula bermula pada tahun 2003 dan kini siaran analog akan dihentikan serta-merta selain kawasan 岩手 (Iwate), 福島 (Fukushima), dan 宮城 (Miyagi) yang masih dalam proses membaik-pulih daripada bencana tsunami yang menimpa mereka Mac yang lalu~  

Kenapa ditamatkan?
  1. Penggunaan gelombang yang lebih baik
  2. Peningkatan servis penyiaran
  3. Menggiatkan ekonomi
Seperti yang semua sedia maklum, gelombang radio digunakan di dalam TV, telefon bimbit, radio dan pelbagai jenis alat komunikasi.. Jika dilihat pada penggunaan telefon bimbit yang begitu berleluasa, kita mungkin akan menganggap gelombang radio tiada had tapi sebenarnya tidak.. Ada had dalam penggunaan gelombang radio.. Oleh sebab semakin ramai yang menggunakan telefon bimbit pada masa kini, had gelombang radio tersebut sudah mencapai batasan sehingga sudah tidak boleh lagi ditambah.. 


Teknologi digital membolehkan sesuatu maklumat itu dimampatkan sebelum dihantar; jadi sekiranya penyiaran dapat di-digitalisasi-kan, ruang yang terhasil daripada maklumat yang telah dimampatkan itu boleh digunakan oleh servis komunikasi lain seperti sistem kecemasan dsb.. Melalui siaran digital juga, jurang maklumat antara komuniti tua dan golongan muda dapat dikurangkan kerana fungsi yang terdapat pada TV digital membolehkan komunikasi 2 hala antara pengguna dengan pihak penyiaran.. (link)

Maskot

感想 (View)
Imbas kembali waktu berada di Malaysia, bila dengar siaran digital mesti akan teringat ASTRO.. Berbanding dengan siaran analog, imej di skrin TV lebih jelas kelihatan menggunakan siaran digital.. Tapi bila tiba di Jpon, sesiapa sahaja boleh menikmati siaran digital dengan hanya membeli digital TV.. Lagi seronok apabila memiliki TV berdefinisi tinggi (1080 HD) kerana imej yang dipaparkan begitu jelas sehingga boleh nampak kedut di muka artis bermekap tebal (笑) 字幕 (Subtitle) hampir di setiap rancangan TV begitu membantu terutamanya bagi mereka yang masih dalam proses mempelajari 日本語 (Japanese).. TV Guide juga boleh dilihat dengan hanya menekan punat di remote control.. 

p/s Syok giler layan World Cup tahun lepas dalam HD ;)   

Saturday 23 July 2011

Fuel


Fuel merupakan sebuah dokumentari yang mengetengahkan isu minyak yang banyak berkait-rapat dengan kemusnahan, perang, penyakit dsb.. Di hoskan oleh Josh Tickell, orang yang pernah suatu ketika dahulu terkenal kerana mengelilingi USA dengan sebuah van yang bersumberkan tenaga biodiesel.. Josh memberi gambaran masyarakat dunia kini yang terlalu taksub dengan minyak; sehingga Perang Iraq 2005 juga adalah disebabkan minyak! Malah penyumbang terbesar kepada kesan rumah hijau dan pemanasan global juga adalah pembebasan gas karbon dioksida oleh asap kenderaan dsb.. Dokumentari ini membincangkan bagaimana biodiesel dapat membantu menggantikan minyak kenderaan yang kita sedia guna kini..  


p/s Dunia kita digerakkan oleh "minyak".. Bila kita dapat kurangkan penggunaan minyak dalam kehidupan seharian, sedikit-sebanyak ia dapat menyumbang kepada krisis pemanasan global yang jelas semakin membimbangkan saban tahun.. 

Thursday 21 July 2011

Nadeshiko Japan

Skuad bola sepak wanita Jpon mencipta kejutan baru-baru ini dengan memenangi kejohanan Women's World Cup (WWC) 2011 yang dilangsungkan di Jerman sejak 26 Jun yang lepas.. Kemenangan Jpon ke atas Juara 2 kali, USA benar-benar membuka mata dunia kerana sejak WWC dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1991, ini merupakan kali pertama Jpon berjaya maju ke saingan kumpulan WWC malah untuk berpeluang beaksi di final juga sudah merupakan suatu keajaiban.. Jpon juga mencatat sejarah sebagai negara Asia pertama memenangi piala WWC~


Nadeshiko Japan
Sejarah pasukan bola sepak perempuan Jpon boleh dikatakan bermula sekitar tahun 70~80an yang mana pada ketika itu, populariti sukan tersebut membolehkan ia menarik minat bukan sahaja dikalangan lelaki, malah liga perempuan turut wujud pada ketika itu.. Krisis melanda skuad bola sepak perempuan Jpon apabila gagal memenangi pelbagai kojahanan yang mereka turut-serta membuatkan sukan tersebut hilang populariti.. Beberapa pasukan dalam liga perempuan turut mengundur diri akibat daripada krisis tersebut..


Sukan ini mula mendapat tarikan media pada sekitar tahun 2004 ketika Jpon sedang bertanding untuk Olimpik Musim Panas.. Meskipun masih gagal mencapai kemenangan yang diharapkan di awal kejohanan, pengurus pasukan pada ketika itu sedikit-sebanyak berjaya membina integiriti pasukan sehingga berjaya membawa pasukan ke pusingan suku akhir.. Nama "Nadeshiko Japan" telah dipilih daripada 2700 entri dalam suatu pertandingan memilih nama timangan untuk pasukan bola sepak Jpon.. 

Bunga teluki

Nadeshiko merupakan nama bunga teluki (Dianthus); ia dipilih menerusi frasa 大和撫子(Yamato Nadeshiko) yang membawa maksud "Ideal Japanese Woman"~ Pelbagai strategi yang dicadangkan oleh JFA (Japan Football Association) bagi menambah-baik mutu permainan pasukan; antaranya dengan menghantar beberapa pemain untuk bermain di liga luar negara..  Ternyata strategi JFA berhasil apabila mutu permainan Nadeshiko Japan melonjak naik sejak tahun 2000 dengan memenangi pelbagai pingat gangsa dan perak dalam kejohanan Asian Games, AFC Women's Asian Cup dsb..


WWC 2011
Ranking FIFA bagi skuad Nadeshiko Japan pada tahun 2003 ialah 14, namun kemenangan baru-baru ini menyaksikan mereka berada di tangga ke 4! Tabik spring buat kapten pasukan, Homare Sawa yang berjaya terpilih sebagai MVP untuk kejohanan WWC 2011; ini merupakan kali ke-5 WWC yang Homare turut-serta dan mungkin yang terakhir buat beliau, siapa sangka dia boleh berjaya mengemudi pasukan sehingga berjaya membawa pulang piala dunia! Kejayaan skuad wanita sedikit-sebanyak dapat membakar semangat skuad lelaki untuk cuba mencabar suatu yang mustahil~ 

p/s Final WWC'11 merupakan kali pertama ak tengok bola sepak wanita dari mula sampai penamat.. Persepsi ak tentang wanita tidak reti main bola berubah 180° apabila melihat mutu permainan yang ditunjukkan oleh Nadeshiko Japan dan skuad USA..    

Wednesday 20 July 2011

AIDA

16 July - OSAKA


Setiap tahun RITS ada menyediakan beberepa keping tiket khas percuma untuk 留学生 (Foreign students) menyaksikan teater muzikal keluaran 劇団四季 (Shiki Theater Company), sebuah syarikat teater yang begitu terkenal di Jpon.. Memandangkan ini merupakan tahun terakhir ak sebagai pelajar RITS, ak membuat keputusan untuk menyaksikan sendiri teater muzikal buat pertama kali; AIDA yang dilangsungkan di 劇団四季 Osaka, hanya 4 minit daripada 大阪駅 (Osaka Station) 桜橋出口 (Sakurabashi exit) dengan berjalan kaki..  Waktu persembahan bermula pada jam 1730; ada waktu rehat pada jam 1900 selama 20 minit dan persembahan bersambung sehingga jam 2030!


AIDA
Aida merupakan musikal yang digubah oleh Elton John, lirik oleh Tim Rice dan dihasilkan oleh Teater Disney.. Mula dipertontonkan di Broadway pada Mac 2000,  Aida telah berjaya merangkul pelbagai anugerah termasuk anugerah Grammy! Aida mula dipersembahkan di Jpon pada tahun 2003, dan tahun ini merupakan tahun ke-5~ Jalan cerita mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di zaman Mesir Purba.. Seorang general Mesir telah jatuh cinta dengan seorang puteri Nubia ketika kedua buah negara sedang berada di dalam kancah peperangan.. Tragis apabila pasangan tersebut dihukum tanam secara hidup-hidup setelah didapati bersalah.. Tema musikal ini adalah "cinta itu hidup buat selama-lamanya"

Gambar yang diambil secara haram tanpa pengetahuan staff teater (笑)

感想 (View)
Teater ini dipentaskan di bangunan tingkat 7.. Tiket masuk paling murah ialah 3000円 (RM 113); jika bukan kerana tiket percuma, memang harapan la nak layan persembahan macam ini (笑) 劇団四季 siap menyediakan kaunter khas untuk 留学生 mengambil tiket masing-masing; konon nya pelbagai universiti sekitar 関西 (Kansai) ada peruntukan tiket khas untuk 留学生.. Tiket yang kami dapat adalah di tingkat 2; tangkap gambar adalah dilarang sama sekali, paling menarik ialah 圏外 (No coverage) di dalam teater! Mati-mati ingat teater ini di dalam 英語 (English) sekali rupanya 日本語 (Japanese) -_-" Boleh tahan juga bilangan pengunjung yang hadir untuk menyaksikan teater musikal begini.. Secara keseluruhan, agak menarik tapi yang pasti ak tak akan pergi lagi jika kena bayar pakai duit sendiri (笑)


p/s Terlepas perlawanan Malaysia Xl vs Liverpool dan Arsenal vs Huangzhou Greentown gara-gara tidak boleh cancel tiket ini sebab dah 予約 (Booking) awal

Tuesday 19 July 2011

Gervinho

Arsenal telah berjaya membawa masuk pemain baru dari Lille, Gervinho (bukan nama sebenar) dengan menjadikannya pemain ke-2 masuk dalam skuad Gunners selepas Carl Jenkinson.. Gervinho yang turut menjadi buruan Man City memilih Arsenal kerana memang sudah impiannya disamping ingin berada dibawah didikan Arsene Wenger.. Kemasukan Gervinho dijangka dapat memberi saingan di bahagian serangan untuk Van Persie dan Chamakh.. Gervinho dikatakan boleh bermain di mana-mana posisi; sesuatu yang amat menguntungkan Arsenal buat masa ini..  


Update
Kemasukan Gervinho juga memberi alamat khidmat Bendtner sudah tidak diperlukan lagi~ Bendtner dijangka bakal melengkapkan perpindahan di kelab eropah yang lain sebelum tirai musim baru bermula.. Clichy juga telah selamat berpindah ke Man City setelah menolak tawaran Liverpool~ Denilson pula bakal kembali ke liga Brazil setelah bersetuju untuk dipinjamkan selama 1 musim.. Nasri masih belum menanda-tangani kontrak lanjutan manakala isu perpindahan Fabregas ke Barcelona pula masih berterusan sejak 2,3 tahun yang lalu.. Buat masa ini, tiada ura-ura tentang pembelian pemain pertahanan; suatu yang begitu diperlukan Arsenal buat masa ini..

Monday 18 July 2011

最高脳 (Greatest Mind)


Beberapa minggu yang lepas, sebuah rancangan kuiz bernama "最高脳" telah ditayangkan di TV.. Menariknya ialah rancangan ini menghimpunkan wakil beberapa University terkemuka di Jpon seperti 東大 (Tokyo University) dan 京大 (Kyoto University) untuk bersaing dalam pertandingan kuiz dengan pemenang akan membawa pulang wang 100万円 (RM 380 ribu).. Setiap universiti diwakili oleh seorang 教授 (Professor) dan juga 2 orang pelajar.. Dikhabarkan setiap wakil merupakan pakar level top class dalam bidang yang mereka ceburi.. 



Senarai wakil universiti yang bertanding:

  • 東京大学 A : Kajian mengenai mesin yang boleh mainkan muzik dengan hanya membaca not
  • 東京大学 B : Kajian tentang cara melekatkan besi dan gelas tanpa menggunakan gam
  • 京都大学 : Kajian mengenai teknik membina sesuatu di tempat yang sukar dilihat?
  • 慶応義塾大学 (Keio University) : Kajian tentang hubungan komputer dan manusia
  • 早稲田大学 (Waseda University) : Kajian tentang ubat bagi penyakit kanser dan Aids 
  • 筑波大学 (Tsukuba University) : Kajian tentang gempa bumi, bencana alam 



Bagi membuat pertandingan ini lebih menarik, beberapa wakil dikalangan artis turut diundang (2/5 daripada wakil artis merupakan graduan 早稲田大学 yang turut bertanding dalam pertandingan kuiz kali ini).. Markah akan diberikan kepada wakil setiap kumpulan yang berjaya memberikan jawapan yang betul.. 3 kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan layak ke peringkat terakhir yang akan menentukan siapakah yang bakal membawa pulang 100万円 tersebut.. Semua sekali terdapat 10 soalan yang disoal, namun dalam entri kali ini, ak ingin berkongsi 8 soalan seperti dibawah.. Dapatkan anda meneka jawapan yang betul? 



Apa akan berlaku kepada tisu apabila dimasukkan dalam bekas berisi cecair nitrogen?
A. Membeku kemudian menjadi bulat
B. Membeku kemudian menjadi serbuk
C. Larut kemudian hilang ke udara
D. Tiada perubahan

Bola di landasan manakah yang akan sampai di garisan penamat paling awal?
A.  Landasan A
B. Landasan B
C. Ketibaan bola adalah sama untuk kedua-dua landasan

Antara A dan B, yang mana satu akan selesai dulu?
A. Jarak sempit (A)
B. Jarak luas (B)
C. (A) = (B) 

Apakah cara paling senang untuk menarik 2 buah lori seberat 8 tan seperti dalam gambar di atas?

Salah satu papan memiliki beban manakala satu lagi papan kosong.. Papan mana satu akan cecah lantai terlebih dahulu?
A. Papan kosong
B. Papan yang memiliki beban
C. Kedua-dua papan jatuh pada waktu yang sama

Adakah cerek akan berbunyi apabila air dan ais kering di masukkan?
A. Berbunyi
B. Tidak berbunyi

Ke arah manakah belon helium akan bergerak apabila kereta maju ke hadapan?
A. Arah pergerakan kereta
B. Berlawanan arah pergerakan kereta
C. Tidak bergerak

Apa yang akan berlaku sekiranya kedua belah klip di belon tersebut dicabut?
A. Kedua-dua belon menjadi sama saiz
B. Belon besar akan mengembang
C. Belon kecil akan mengembang







Musykil dengan jawapan anda? Jangan risau, sebab jawapan-jawapan yang diberikan oleh wakil setiap kumpulan termasuk 教授 juga berlainan! Jawapan bagi setiap soalan adalah seperti turutan dibawah..



Tak jadi apa-apa!

Landasan yang memiliki banyak cerun akan menghasilkan pecutan

Lagi pendek jarak antara domino, lagi cepat ia akan jatuh


Caranya ialah meletakkan tayar di atas bahu tukang tarik.. Penambahan berat tersebut sediki sebanyak dapat meningkatkan daya geseran dengan lantai lalu membolehkan lori 8 tan dapat ditarik dengan mudah!

Kedudukan beban memainkan peranan penting.. Jika berada di atas iaitu menjauhi titik graviti, maka ia akan melambatkan gerakan.. Jawapan ialah papan kosong akan mencecah lantai terlebih dahulu!

Berbunyi!

Manusia akan berundur ke belakang disebabkan inertia.. Namun oleh sebab helium lebih ringan daripada udara, maka  ia akan mengikut arah kereta.. 

Ruang udara di dalam belon kecil lebih rapat; tekanan udara di dalam belon kecil akan menolak udara di dalamnya untuk berpindah ke belon besar..



Boleh terima dengan jawapan-jawapan yang diberikan?? Lagi menarik ialah antara 3 kumpulan yang layak memasuki pusingan akhir, salah satu kumpulan tersebut ialah kumpulan artis! Mungkin faktor bilangan ahli di dalam kumpulan membantu dalam pengumpulan mata, tapi tak sangka 京都大学 , 早稲田大学, dan 筑波大学 boleh tewas di tangan artis! Kumpulan yang layak ke peringkat akhir termasuk kumpulan artis ialah 東大 A dan 慶応義塾大学.. Ingin tahu kumpulan mana yang berjaya membawa pulang 100万円 tu?? Adakah kumpulan artis sekali lagi akan mencipta keajaiban dengan menewaskan dua buah universiti?! Boleh la tonton sendiri melalui sini~  (笑)


p/s Teringin nak lihat rancangan kuiz sebegini di TV Malaysia.. 

Sunday 17 July 2011

Arsenal Asia Tour 2011


Arsenal merupakan kelab EPL terakhir yang membuat keputusan untuk turut-serta dalam Pesta EPL menentang Malaysia XL sepanjang bulan ini.. Pada mulanya Arsenal dikhabarkan telah menetapkan untuk melawat Jpon namun bencana tsunami yang melanda Jpon telah menyebabkan Arsenal memilih Malaysia sebagai destinasi utama sebelum bertolak ke China beberapa hari kemudian untuk melawan kelab Hangzhou Greentown~ Berikut merupakan skuad Arsenal seramai 23 orang pemain yang turut-serta dalam persediaan pra-musim ini..

Arsenal squad:Wojciech SzczesnyVito MannoneSebastien SquillaciJohan DjourouKieran GibbsCarl Jenkinson Laurent KoscielnyAndrey ArshavinMarouane ChamakhRyo MiyaichiArmand TraoreThomas VermaelenBacary SagnaTheo WalcottAlex SongJack WilshereTomas RosickyDenilsonAaron RamseyEmmanuel FrimpongSamir NasriCarlos VelaRobin van Persie


Malaysia XL 0-4 Arsenal
Pertemuan Arsenal dengan Malaysia merupakan suatu yang begitu dinanti-nantikan oleh seluruh fans Arsenal di Asia Tenggara; kali terakhir Arsenal bertandang ke Malaysia adalah pada tahun 1999.. Kedatangan mereka di sambut dengan begitu meriah sehinggakan beberapa pemain Arsenal merasakan diri mereka sebagai Lady Gaga dengan sambutan hangat daripada peminat ke mana sahaja mereka pergi.. Skuad Malaysia pula menyaksikan kehilangan penyerang berbisa Safee Sali yang terpaksa direhatkan dek kecederaan..

Gambar abang ak siap masuk paper.. (笑)

Rentak permainan Arsenal membuahkan hasil di awal permainan apabila sepakan penalti dihadiahkan setelah Wilshere dijatuhkan oleh pemain pertahanan Malaysia.. Ramsey mudah menjaringkan gol menyaksikan Malaysia ketinggalan 1 gol pada minit ke-5 permainan.. Namun Malaysia bangkit memberikan tekanan dengan mengawal permainan sehingga ball possession hampir setanding dengan Arsenal; suatu pencapaian yang wajar dipuji memandangkan Arsenal memang terkenal dengan kemahiran mengawal bola.. Kemasukan gol kedua oleh Walcott sebelum berakhir babak pertama telah mengganggu konsentrasi pemain Malaysia untuk memburu gol..


Babak kedua pula menyaksikan Arsenal membawa masuk beberapa bintang yang ditunggu-tunggu seperti Nasri dan Van Persie; kagum dengan sorakan penyokong yang teringin melihat Nasri kekal dengan Arsenal di musim akan datang.. Carlos Vela menjaringkan gol yang sukar dilupai peminat sebelum Rosicky menutup tirai jaringan pada malam itu menerusi tandukan di minit-minit akhir permainan.. Permainan Malaysia agak mengecewakan kerana gagal memberikan tekanan kepada penjaga gol Arsenal; banyak peluang disia-siakan dan bola banyak terlepas.. Penyokong bersorak apabila skill mengawal bola pemain Malaysia menjadi tapi malangnya, gagal menghasilkan jaringan..


Hangzhou Greentown 1 -1 Arsenal
Beraksi dihadapi penyokong seramai 20 ribu, Arsenal gagal membawa pulang kemenangan dengan hanya mencatat keputusan seri menentang kelab dari China ini.. Lagi mengejutkan ialah Arsenal ketinggalan 1-0 pada minit ke-16 hasil kesilapan penjaga gol yang agak gelabah menahan bola.. Squilaci juga gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti -_-" Gol Arsenal hadir pada hujung separuh masa pertama hasil bola muntah yang disudahkan oleh Vela.. Separuh masa kedua pula menyaksikan serangan Arsenal yang bertalu-talu namun berjaya dihalang oleh pertahanan Hangzhou.. 



感想 (View)
Wenger menyifatkan Asia Tour kali ini berjaya dengan skuad bakal kembali ke London tanpa sebarang kecederaan.. Malah Arsenal juga berjaya meningkatkan populariti di Asia= Pertama kali pemain Arsenal menyarung jersi yang mempunyai tulisan kanji bagi nama pemain! Seperti biasa di Malaysia kecoh orang mempertikaikan kenapa memakai jersey Arsenal ketika bertandang ke Stadium Bukit Jalil; pelbagai jawapan boleh diberi, tapi ak suka dengan jawapan yang diberi sendiri oleh penulis blog Arsenal melalui gambar di bawah (Slogan tersebut merupakan hasil idea forum AMG yang ak sendiri beraksi sebagai moderator untuk forum tersebut)


‎"One of the banners inside the 87,000 capacity Bukit Jalil Stadium summed it up nicely – 'Gunners in my heart - Tigers are my soul'. The match brought a whole new meaning to the phrase 'club v country'. These fans simply chose to support both." (link)

Friday 15 July 2011

Jesus


Filem "Passion of the Christ" yang menceritakan tentang kisah hidup Jesus telah diharamkan untuk ditayangkan di Malaysia kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah penganut Islam.. Filem tersebut pada ak agak menarik kerana menggunakan 100% bahasa Aramaic dan Latin tapi kekuatan filem ini pastilah pada efek seksaan yang diterima oleh Jesus~ Dunia barat telah menghasilkan pelbagai jenis bertemakan Jesus dan hampir keseluruhan menceritakan benda yang sama.. 


Entri kali ini ingin memperkenalkan sebuah filem daripada Iran yang menceritakan tentang kisah hidup Jesus dari segi Islam.. "The Messiah" menceritakan bagaimana Jesus menghidupkan orang mati, menyembuhkan penyakit dsb ada ditunjukkan di dalam filem ini; namun apa yang membezakan filem ini daripada filem Jesus yang lain ialah pada babak penamat, bagaimana Jesus dinaikkan ke langit dan muka Judas diubah menjadi muka Jesus sehingga dia mengucapkan perkataan, "My God, my God, why hast thou forsaken me" ketika disalib~ Filem ini boleh ditonton secara penuh  melalui sini~

p/s Berikut merupakan jawapan Faisal Tehrani mengenai persoalan mengenai kenapa umat Islam tidak bising apabila watak Jesus dimainkan di layar perak melalui entri ini --> 


Orang iran bermazhab Jafari. dalam mazhab Jafari ada sistem marja dan taklid menurut fikah mereka. Marja mereka ada 4 kalau tak silap (yang masih hidup). contoh marja yang masih hidup ayatullah ali khamenei dan ayatullah ali sistani. Macam kita, marja kita Imam Syafie, dah lama tiada, jadi kita tak dapat rujuk dia. kalau ada perkara baru yang menuntut hukum baru, kita pun terkial-kial. paling2 kita dapat tanya dua tiga ustaz atau ulama yang tidak sampai status faqih. berbanding kita, marja mereka ini boleh dihubungi untuk ditanyakan apa sahaja. boleh emel misalnya. Saya tak akan terangkan disini. nanti kontroversi. orang pun salah faham dengan saya. eloklah belajar sendiri kalau mahu tahu juga. kesimpulannya hukum melakonkan watak orang suci dibenarkan dalam fikah mereka selagi pelakonnya berakhlak dan tidak sampai menghina nabi dengan cara lakonan mereka. INGATAN: PUN BEGITU berdasarkan PEMBACAAN SAYA, fatwa2 marja orang syiah (fikah Jafari) mengharamkan sebarang lakonan bagi watak Nabi Muhammad saw dan ahlul baitnya (Saidina Ali, Saidatina Fatimah, Saidina Hasan dan Husin serta keturunannya). 


untuk kita yang bermazhab ahlus sunnah wal jamaah kita tak ada sistem marja dan taklid. jadi isu ini menjadi problematik. kerana itulah kreativiti kita tersekat. hal ini telah didebatkan panjang lebar apabila Dinsman (aktivis teater tempatan) mahu mementaskan teater berdasarkan kisah Nabi Yusuf a.s. Wallahualam




Thursday 14 July 2011

fakta menarik


Source : The Most Useful-School in the World

  • Ethylene yang terkandung di dalam buah epal boleh membantu dalam proses pembesaran buah; jadi kalau anda mahu buah atau sayur cepat masak, simpan la dekat dengan buah epal.. Selain epal, banana juga mempunyai kandungan ethylene.. 
  • Saiz 太陽 (Matahari) kini adalah 200 kali ganda lebih tinggi berbanding saiz 太陽 pada 7700 juta tahun yang lalu
  • Suhu di planet 水星 (Utarid) pada waktu siang mencecah 480℃ tapi pada waktu malam, -180℃
  • Saiz 水星 adalah 1/3 daripada saiz 地球 (Earth)
  • Penyelidikan mendalam bagi 水星 adalah sukar kerana tarikan graviti 太陽 yang kuat~
  • 金星 (Zuhrah) diselubungi oleh lapisan awan asid sulfurik yang beracun dan suhu persekitaran juga mencecah 470℃
  • Sehingga kini, 火山活動 (Volcanic activity) masih dilaporkan di 金星
  • Bilangan gunung di 火星 (Marikh) adalah 3 kali ganda berbanding 地球
  • Gunung tertinggi di 火星 mempunyai ketinggian 27000 m, 3 kali ganda lebih tinggi daripada gunung Everest! 
  • Permukaan 火星 berwarna merah apabila dilihat melalui jauh.. Warna merah tersebut merupakan karat kerana tanah di 火星 mempunyai kandungan besi yang tinggi..
  • 火星 memiliki ciri-ciri seperti 地球; kemungkinan besar eksplorasi ke 火星 akan dijalankan di masa hadapan.. 
  • Serpihan satelit akibat pelanggaran dsb (saiz sekitar 10 cm) di angkasa lepas di katakan melebihi sejuta 
  • Halaju serpihan tersebut adalah 30 ribu km/j di angkasa (Halaju peluru berpandu ialah 6000 km/j)

Tuesday 12 July 2011

Majid Majidi


Setiap pengarah filem mempunyai gaya yang tersendiri dalam menceritakan suatu karya kepada penonton, ada yang gemar menggunakan efek visual, ada yang gemar mengetengahkan isu sosial, isu perang dan ada juga yang gemar menggunakan isu mistik dan fiksyen di dalam karya mereka.. Tidak ramai pengarah yang menekankan hubungan keluarga di dalam karya mereka kerana mungkin penonton kurang minat dengan karya begitu yang dianggap ketinggalan zaman dsb.. Namun, itu semua tidak menghalang pengarah terkenal dari Iran, Majid Majidi yang begitu bijak menggambarkan susana kampung dan hubungan kekeluargaan di dalam hampir setiap karya beliau~ Entri kali ini ingin memperkenalkan beberapa buah karya Majid Majidi yang bagi penulis begitu istimewa dan wajar ditonton oleh semua penggemar filem:-


Children of Heaven (1997)
Filem yang mengangkat nama Majid Majidi di persada dunia perfileman, Children of Heaven menceritakan tentang 2 orang adik beradik yang terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah kerana kasut si adik telah diambil oleh pengutip sampah secara tidak sengaja.. Oleh kerana mereka merupakan keluarga miskin, mereka sanggup merahsiakan daripada pengetahuan si ayah agar tidak menyusahkan dia untuk membeli kasut baru.. Si abang kerap dimarahi oleh guru disekolah gara-gara lewat tiba kerana terpaksa menunggu si adik pulang ke rumah daripada sekolah pagi.. Si abang telah menyertai suatu pertandingan larian kerana pemenang tempat ketiga akan mendapat sepasang kasut; dia berhasrat untuk menghadiahkan kasut tersebut untuk si adik.. Filem ini boleh ditonton secara penuh melalui sini




The Color of Paradise (1999)
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak yang dilahirkan buta.. Dibesarkan di dalam sebuah keluarga miskin di kampung; malang apabila ibunya meninggal ketika dia masih kecil.. Ayahnya terpaksa menghantar dia belajar di sekolah asrama untuk orang buta di bandar.. Cerita bermula apabila dia pulang ke kampung untuk cuti semester selama 3 bulan.. Agak sadis apabila ayahnya mempunyai niat buruk untuk menyaksikan dia mati kerana tidak dapat menerima hakikat mempunyai anak yang buta (-_-")  Terkejut juga ada masyarakat Iran yang mempunyai kuil? sebagai hadiah kepada Tuhan? Skrip di bawah benar-benar mengayat hati sesiapa yang mendengar 

Our teacher says that God loves the blind more because they can't see.. But I told him if it was so, He would not make us blind.. so that we can't see Him.. He answered, "God is not visible. He is everywhere. You can feel Him.. You see Him through your fingertips.." Now I reach out everywhere for God till the day my hands touch Him and tell Him everything, even all the secrets in my heart



The Song of Sparrows (2008)
Filem ke-4 yang menyaksikan gandingan Majid Majidi bersama Amir Naji di dalam satu filem.. Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga di mana si ayah yang bekerja di dalam perusahaan burung unta telah dipecat kerana leka sehingga seekor terlepas.. Anak lelaki yang begitu nakal ini suatu hari berhasrat untuk memulakan perusahaan ikan di sebuah kolam tertutup namun dibantah habis-habisan oleh si ayah kerana kolam tersebut terlalu kotor.. Dalam masa yang sama, si ayah terpaksa mencari kerja baru bagi menampung kos sara hidup keluarga.. Sayu apabila melihat kanak-kanak lelaki tersebut menggantikan tempat ayahnya yang cedera sehingga patah kaki untuk bekerja mengumpul wang.. Babak dibawah boleh membuatkan anda mengalirkan air mata.. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC