Followers

Sunday, 13 September 2020

COVID-19 Escape: Part 1

2nd April ~ 2nd July 

Sejak awal March sudah hantar anak isteri pulang ke Malaysia siap-siap sebab plan awal harus ke Hiroshima untuk ikut training overhaul generator selama 1 bulan bermula April.. Semenjak kembali semula ke Jakarta pada 9th March, waktu itu sudah mula bertambah kes COVID-19 di Indonesia dan juga mula negara-negara lain menutup sempadan antara negara.. Company aku mula menerapkan Work From Home (WFH) bermula 23rd March dan aku sepatutnya berangkat ke Jepun pada 27th March, cuma 2 hari sebelum berangkat baru dapat khabar; client tidak membenarkan orang yang bukan dari Jepun untuk masuk site membuatkan Japan trip untuk tahun ini langsung musnah! 

MAS Flight selection in April 2020


Melihatkan kondisi kes COVID-19 di Jakarta yang saban hari semakin meningkat tapi Jakarta waktu itu masih belum melaksanakan lockdown, dah mula fikir elok pulang ke Malaysia sementara masih ada waktu.. Awalnya keluarga di Malaysia tidak nasihatkan untuk pulang kerana jelas hadis Nabi tentang jika kita tinggal di area yang lagi diserang wabak, maka jangan keluar dari tempat itu! Cuma, wabak itu ada di mana-mana dan bukan hanya di Jakarta~ Buat keputusan pulang ke Malaysia pada 2nd April dan langsung beli tiket pada pukul 10 pagi setelah mendapat kelulusan dari boss untuk pulang ke Malaysia dengan alasan untuk menjaga keluarga memandangkan Malaysia sudah lockdown! 



Waktu penerbangan juga adalah hari yang sama pada jam 4 petang dan jujur tiket penerbangan sehala itu merupakan paling mahal pernah aku beli iaitu IDR 2,9 juta (Almost RM1k) ! Kebetulan tiket itu laku kerana ramai orang ingin segera pulang sebelum kerajaan Malaysia yang mengarahkan semua orang yang masuk ke Malaysia harus karantina wajib di hotel yang ditentukan bermula 3 April! Maka tidak aneh apabila flight yang aku naik hari itu merupakan full flight! Selamat tiba di KLIA sekitar waktu maghrib, terpaksa beratur untuk mengisi borang Self Quarantine di rumah yang mengambil masa hampir 1 jam~ Waktu selesai bahagian imigrasi, langsung ambil bagasi dan order Grab untuk pulang ke Shah Alam~



Sedikit drama apabila kenderaan Grab di tahan oleh polis trafik kerana waktu itu ada undang-undang yang membataskan pergerakan kereta di jalan raya di atas jam 8 malam.. Pemandu grab bertegas dengan polis trafik bahawa dia bawa penumpang dari airport dan undang-undang ada menjelaskan terakhir jam 10 malam dan bukannya jam 8 cuma polis trafik seolah-olah tidak mahu tahu lebih-lebih lagi pemandu orang Cina.. Aku siap diminta menunjukkan bukti IC dan borang Self Quarantine lagi kepada polis trafik itu dan akhirnya dibenarkan meneruskan perjalanan setelah tertahan selama 15 minit~ Info dari pemandu Grab, hal itu sering berlaku kononnya polis ingin mencari duit lebih? 



Pilih quarantine di Shah Alam rumah Ummi sebab ada bilik kosong di tingkat atas yang siap dengan meja kerja jadi bebas dari ahli keluarga yang lain dan kurang close contact~ Setiap hari update suhu badan dalam group WhatsApp family supaya semua ambil tahu kalau-kalau ada sesuatu sebab 5th April itu nampak berita di Facebook yang ada warganegara Brunei yang turut naik flight yang sama dengan aku dari Jakarta positive COVID-19 sebab dia ikut acara tabligh di Sulawesi~ Besoknya terus email ke Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) dengan menginformasikan number tempat duduk dan sebagainya.. Dapat maklum balas dari CPRC cuma setelah itu tidak ada panggilan untuk swab test jadi aku fikir mungkin tidak ada masalah memandangkan orang Brunei itu duduk di Business Class~



3 hari sebelum tamat tempoh quarantine, aku telefon PKD untuk meminta di lakukan swab test bagi memastikan benar-benar bebas COVID-19 dan dijadualkan untuk swab test 1 hari sebelum tamat waktu quarantine.. Kebetulan lokasi swab test itu di KK Seksyen 7 yang berdekatan dengan rumah jadi tinggal jalan kaki sahaja ke lokasi.. Sewaktu sesi pendaftaran, aku baru diberitahu bahawa kalau ambil swab test di situ, polisi nya harus quarantine lagi selama 14 hari! Tak sanggup nak tunggu lebih lama sebab anak isteri menunggu membuatkan aku nego dengan KK untuk melakukan swab test di hospital swasta sahaja dengan syarat akan memaklumkan kepada mereka keputusan swab test itu kerana kalau tidak, nama akan naik ke pihak polis sebab aku dah daftar dengan PKD!



Terus booking swab test di  MSU Medical Center pada harga RM 388 secara drive-thru pada 16th April dan alhamdulillah result keluar negative pada sore hari nya.. Keesokan harinya, berangkat ke pejabat polis untuk mendapatkan kelulusan merentas negeri untuk ke KL memandangkan anak isteri tinggal bersama mertua.. Ada drama juga apabila tidak dibenarkan masuk tanpa memakai sarung tangan! Dok fikir kat mana nak cari sarung tangan ditambah lagi masalah parking dan ibu pejabat polis yang dah nak tutup pada hari itu.. Mujur ada makcik India yang sudah selesai urusan waktu itu hendak pulang, jadi aku tegur minta kebenaran untuk guna sarung tangan dia.. Biarpun menyalahi protokol, mujur makcik itu berbaik hati siap tolong spray sanitizer lagi supaya sama-sama rasa aman~



Dah dapat sarung tangan, aku tunjuk dokumen Self Quarantine dari KLIA sebagai alasan aku hendak merentasi negeri dan pegawai polis itu info sepatutnya kena buat surat rasmi tapi dia suruh aku cuba-cuba aja sebab dah alang-alang sampai.. Apabila masuk di dalam pejabat polis, langsung di tegur oleh seorang superior polis yang menanyakan urusan aku di situ.. Cuma menerangkan sebab dan tunjuk dokumen yang aku punya, dia langsung cop dan sign pada waktu itu juga membuatkan aku kagum efisiensi kerja dia! Sepanjang perjalanan ke KL menggunakan grab, hanya di tahan sekali sahaja oleh polis trafik, mujur langsung di benarkan meneruskan perjalanan setelah dia lihat dokumen yang ada cop tersebut! 

Work From Home



Pertama kali aku menyambut 1 Ramadhan di Malaysia sejak 2008 dan Ramadhan tahun ini agak aneh sebab tiada bazaar fizikal; semua digital~ Awalnya sedikit khuatir perlu kembali ke Jakarta akhir April sebab Jakarta baru mulai PSBB (Pembatasan Sosial Berskala Besar) atau MCO pada 10 April.. Menunggu status PSBB berakhir sampai habis raya aku masih di Malaysia membuatkan rekod baru untuk diri sendiri sebab selama ini kalau balik Malaysia tak pernah lebih dari sebulan! Rekod juga menjadi imam solat Isya' dan Tarawikh hampir setiap malam sampai beli stand buat letak Quran supaya boleh istiqamah baca ketika solat Tarawikh~  



Beraya tahun 2020 pasti akan dikenang sampai bila-bila kerana tidak boleh ke mana-mana; lebih-lebih lagi isteri termasuk dalam golongan risiko tinggi jadi dia hanya di rumah.. Sendirian pulang beraya di Shah Alam dalam keadaan hati-hati sebab waktu itu masih ada road block oleh polis di beberapa tempat.. Jakarta terlebih dahulu mengumumkan PSBB Transisi pada 5th June (Malaysia mula RMCO pada 10th June) jadi aku perlu bersiap-siap untuk merencanakan perjalanan pulang ke Jakarta meninggalkan isteri dan anak di Malaysia sebab situasi COVID-19 di Jakarta sepertinya masih belum terkawal sepeunuhnya dibanding dengan di Malaysia~



Salah satu syarat untuk masuk ke Indonesia ialah perlu melakukan swab test.. Kali ini aku dapat offer yang lebih murah iaitu sebanyak RM300 bertempat di Sunway Velocity yang berdekatan dengan rumah mertua.. Tarikh penerbangan hari Khamis, dan validity result yang diperbolehkan hanya 7 hari membuatkan aku booking pada hari Isnin~ Alhamdulillah result keluar pada keesokan harinya dan perlu dapatkan hard copy dengan cop basah hospital~ Singgah sebentar di FFEC Malaysia branch untuk bertegur sapa dengan boss di sana dah alang-alang lokasi dekat dengan hospital~ Cuba dapatkan surat keterangan sihat daripada doctor tapi sayangnya tidak ada yang kasi jadi perlu siap sedia kalau-kalau di tahan di Jakarta nanti~



Beberapa hari sebelum flight, dapat email dari Garuda tentang upgrade flight ke business.. Oleh kerana nak cuba nasib, aku bid harga paling rendah sebanyak IDR 691k dan tak sangka boleh menang (笑) Semangat nak sarapan pagi di Lounge sebab flight tengahari jadi sengaja tak ambil sarapan di rumah sebelum berangkat.. Ketika di KLIA, terpaksa naik shuttle bus menuju ke terminal 2 sebab perkhidmatan commuter di hentikan buat sementara waktu.. Sanggup naik sebab semua lounge ada di situ walaupun gate pelepasan aku di terminal 1~ Setibanya di sana, kecewa habis apabila di info semua lounge tutup service gara-gara COVID-19 !!



Kelaparan sepanjang menunggu waktu flight, dalam penerbangan menu yang di berikan tidak ada nasi tapi di beri sandwich yang aku tak suka.. Setibanya di bandara Jakarta, aku terus semangat lari keluar dan bangga berada di posisi paling depan dengan harapan dapat hemat waktu ketika pemeriksaan imigrasi.. Ternyata sangkaan meleset apabila di minta menunggu di tempat lain sebab keadaan imigrasi lagi penuh dengan penumpang lain yang datang pada waktu yang sama! Langsung tidak merasa apa-apa faedah bayar tiket business class sebab akhirnya menunggu bersama dengan penumpang ekonomi yang lain juga selama hampir 30 minit sebelum maju ke area imigrasi yang memang ramai.. 



Beratur hampir 2 jam menunggu semua proses penyemakan dokumen dan swab test report selesai sebelum dibenarkan maju ke imigrasi dan akhirnya mengambil bagasi.. Total sangkut di bandara Jakarta adalah selama 4 jam cuma syukurnya dibenarkan kembali ke apartment daripada isolasi di tempat yang di tunjuk oleh pemerintah Indonesia~ Berbeza dengan Malaysia, tiada tindakan buat orang yang keluar dari rumah dalam tempoh 14 hari karantina mandiri (self quarantine) malah ada yang langsung ke pejabat keesokan harinya sebab PCR test negative~ 

p/s Semoga wabak ini cepat berakhir~  

Wednesday, 6 May 2020

CNG NEDO Project

17 Dec - KARAWANG

https://migas.esdm.go.id/post/read/konversi-bbm-ke-bbg-terus-berlanjut-spbg-dan-jargas-karawang-diresmikan

Alhamdulillah, akhirnya Stasiun Pengisian Bahan bakar Gas SPBG-KIIC Karawang telah selamat dirasmikan pada hari ini oleh wakil menteri ESDM (Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral) Indonesia.. Istimewanya project ini merupakan project pertama yang mana aku di beri mandat oleh perusahaan sebagai Project Manager untuk menguruskan project bernilai sekitar USD 2 Million~  Mula ikut project ini sejak akhir 2017 yang mana waktu itu masih dalam proses buat estimasi.. Berikut secara kasar timeline peribadi untuk project ini:

  • May 2015: Project planning
  • May 2017: Estimation work
  • May 2018: Received purchase order
  • June 2018: Design work 
  • Dec 2018: Site work commencement
  • Jan 2019: Ground Breaking Ceremony & Piling work
  • Mar 2019: Concrete work
  • Aug 2019: Main equipment installation, cabling work
  • Sep 2019: Gardu PLN construction work
  • Oct 2019: Piping work
  • Nov 2019: Power ON, Commissioning work
  • Dec 2019: Opening ceremony
  • Jan 2020: Start operation

Jujurnya, basic aku lebih pada Electrical work dan apabila di minta untuk menguruskan project yang melibatkan civil dan juga piping, awalnya aku sudah angkat tangan.. Waktu itu juga tidak ada staff yang ada background civil dan piping lebih-lebih lagi melibatkan gas jadi cabaran diambil dengan catatan harus belajar sendiri dan juga daripada subcon.. Kebetulan waktu itu subcon yang membantu dari awal project planning memang basic civil dan piping jadi amat membantu di situ walaupun pada awalnya ada sedikit "perang" dari segi harga~

Ground Breaking Ceremony on 15th Jan 2019

Antara kendala terbesar di site adalah faktor cuaca yang mana musim hujan sejak January sehingga May benar-benar mengganggu pekerjaan ditambah dengan kondisi tanah yang kurang baik membuatkan project schedule kami delay lebih dari satu bulan! Memandangkan project melibatkan gas pipe dan penyambungan ke main line gas milih PGN (Perusahaan Gas Negara) jadi kami perlu mendapatkan izin dan proses perizinan ini juga antara meyumbang kepada schedule delay kami kerana asumsi awal hanya sebentar tapi ternyata lumayan lama!


Oleh kerana customer kami adalah perusahaan Jepun yang tidak mempunyai office di Indonesia, tugas koordinasi dengan end-user, PERTAMINA jatuh kepada kami dan ternyata tugas ini juga suatu benda yang baru buat aku kerana selama ini banyak koordinasi dengan end user perusahaan Jepun yang rata-rata dengan orang Jepun tapi kali ini bukan sahaja dengan orang Jepun, tapi dengan beberapa perusahaan lain termasuk consultant dan juga kawasan industri kerana harus proses application untuk mendirikan CNG Gas Station di dalam KIIC (Karawang International Industrial City)

Manpower paling ramai dalam satu masa hampir 80 pax

Ijin atau certificate yang paling penting apabila hendak mendirikan sesuatu daripada nol adalah IMB (Ijin Mendirikan Bangunan) dan biasanya proses administrasi ini diuruskan langsung oleh customer dan jarang sekali oleh kontraktor.. Alhamdulillah, kami diperkenalkan oleh pihak KIIC dengan satu perusahaan yang banyak berurusan dalam kes perizinan untuk membantu kami dalam project ini~ Berikut step ringkas bagaimana proses aplication sehingga terbit IMB~

  1. Prepare building plan drawing including construction calculation
  2. Make A1 size drawing and get signature from KIIC for approval
  3. Obtain PERTAMINA legal documents such as business license, PIC ID card, NPWP etc
  4. UKL/UPL  (Environmental Permit) report with signature from local government
  5. Ijin Lingkungan 
  6. Apply for IMB online
  7. Obtain IMB certificate

Kami mulai application process sejak March 2019 dan hanya selesai pada akhir Oct 2019 jadi kalian boleh bayangkan betapa lama nya proses melibatkan koordinasi dengan banyak pihak~  Kalau dengar cerita consultant juga ngeri kerana banyak pihak yang perlu di "suap" di pihak local government dan menurut dia ini adalah perkara biasa (笑) Jujur awalnya customer juga sedikit risau memandangkan target awal application process selesai asumsi cuma 2 bulan iaitu sewaktu pekerjaan konstruksi masih di peringkat awal; ini sudah hendak commissioning baru selesai!

1 PM, 1 SM, 2 Engineer dan 1 safety (Tiada dalam pic)

Antara factor application process ambil masa yang lama juga adalah kerana PIC PERTAMINA resign jadi seolah-olah terpaksa bermula dari awal.. Yang lucunya pihak client kami tidak terlalu terkejut kerana mereka sudah meeting dengan PERTAMINA sejak 2012 untuk project ini dan mengikut pengalaman mereka, penggantian PIC ini sudah masuk kali ketiga jadi mereka sudah lali (笑) Sewaktu commissioning period, pihak PERTAMINA membawakan auditor pihak ketiga yang memeriksa segala equipment yang terpasang sudah lengkap kertas kerja dan data yang terhasil sudah di akui atau tidak~


Application process dengan perusahaan milik negara memang banyak drama termasuk PLN (Perusahaan Listrik Negara) dan juga TELKOM yang mana sudah masuk commissioning period baru power ON! Sempat ada kejadian listrik padam sampai ke area tetangga kawasan industri gara-gara panel MVMDB grounding tanpa sengaja ter-trip sewaktu aktiviti shutdown membuatkan customer hampir nak buat pemohonan maaf secara terbuka; nasib baik hal itu konon nya sering berlaku dan biasanya PLN akan beri insentif seperti pemotongan biaya dan tiada denda buat tenant (良)


Memandangkan project ini merupakan project G2G antara Jepun dan Indonesia, opening ceremony dia boleh tahan grand sampai jemput menteri dan duta besar Jepun untuk sama-sama meraikan.. Drama baru timbul apabila dapat info satu hari sebelumnya sewaktu tengah rehearsal bahawa menteri tidak jadi datang sebab ada urusan dadakan di Kalimantan! Bila dengar menteri tidak hadir, terus Duta Besar pun buat keputusan yang sama jadi yang hadir keesokan hari nya ialah wakil masing-masing~ 


Customer minta aku jadi translator untuk mereka kerana mereka di minta beri penjelasan ringkas terkait safety di area stesen sebelum majlis bermula dan juga ketika demonstrasi cara pengisian gas di dalam kenderaan.. Souvenir yang diberi memang terbaik antaranya model dispenser, tumbler, topi dan pakaian~ Lucu juga apabila hujan turun ketika baru hendak mulai acara demonstrasi pengisian.. Setelah majlis berakhir, duduk semeja dengan EO (Event Organizer) dan dia info ada bayar pawang di Bandung untuk tahan hujan; konon nya kalau majlis Presiden Indonesia rata-rata EO bayar beberapa pawang untuk tujuan yang sama.. 


Alhamdulillah stesen sudah mulai operasi pada 24th January 2020 dan sehingga saat ini semua mesin masih beroperasi dengan baik.. Kami juga diberi kepercayaan oleh customer untuk pekerjaan maintenance sehingga NEDO project ini selesai pada akhir March 2021.. Kalau ikutkan, ada 2 project yang sama di area Jakarta yang seharusnya selesai tahun lalu tapi mundur gara-gara belum fix contract dengan local contractor; sayang nya mesin yang sudah datang rosak ditenggelami air gara-gara banjir besar pada awal tahun ini.. Sayangnya langsung cancel tak jadi.. 

Tampak depan

p/s Masih mengharap ada lagi project serupa ini di masa akan datang, insyaAllah   

Sunday, 29 December 2019

Jogja Trip

21~25 Dec - YOGYAKARTA

Oleh kerana ada ura-ura dari boss yang menginformasikan bahawa tahun depan mungkin tahun terakhir di Indonesia, aku terus rancang untuk bercuti domestik dan destinasi yang sudah sekian lama aku ingin pergi tapi sering tak tercapai; Yogyakarta adalah pilihan pertama.. Plan awal nak pergi pada cuti krismas Dec 2017 yang waktu itu siap plan dari Jakarta - Yogyakarta - Lombok - Jakarta sampai dah siap beli tiket apa semua, tapi last-last cancel gara-gara isteri hamil.. Alhamdulillah tahun ini berjaya juga pergi ke Yogyakarta selama 5 hari~


Day 1
Berangkat naik Citilink dari Soekarno Hatta pada waktu tengahari dan perjalanan mengambil masa kurang dari 1 jam untuk mendarat di Adi Sutjipto Airport.. Cuba cari taxi Bluebird di airport supaya boleh pakai voucher taxi company tapi sayangnya Bluebird tidak dibenarkan ambil penumpang di dalam kawasan airport jadi terpaksa pakai Rajawali taxi yang memang taxi official airport.. Cuba panggil grab juga tapi sayangnya tiada driver nak ambil waktu itu kemungkinan gara-gara hujan~ Perjalanan ke hotel mengambil masa kurang 45 minit dengan harga IDR 85,000~ Malam itu cari makan di Jalan Malioboro dengan menaiki shuttle car dari hotel.. Kaget tengok lautan manusia yang ramai gila di situ lebih-lebih lagi kami pergi hari malam minggu jadi nak dapat tempat makan pun susah! Akhirnya dinner di Burger King (笑)

Selesai dinner, panggil grab nak balik sebab shuttle car hotel dah fixed jam jadi kalau nak tunggu terlalu lama, cuma yang sengalnya driver grab sendiri suruh jalan ke tempat dia sebab jalan jem kaw2 area Malioboro.. Nak patah balik melawan arus dah susah lagi-lagi bawa stroller so alternative berikutnya ialah naik kereta kuda yang waktu itu dikenakan caj IDR 100,000 untuk bawa kami ke hujung Jalan Malioboro yang di samping stasiun~ Pengajaran berguna apabila mampir ke Jalan Malioboro lebih-lebih lagi pada waktu malam ialah tidak membawa stroller sebab orang terlalu ramai dan tidak safety sebab rata-rata semua hisap rokok~

Day 2
Dah book driver with Avanza dengan Yogyakarta Tour Holiday dengan destinasi pertama ke Merapi.. Awalnya tiada plan nak naik jeep tapi setelah di beritahu yang kereta Avanza tidak boleh naik ke atas jalan, kami di bawa ke basecamp lokasi sewa Jeep tergantung pada paket yang kami mahu pilih.. Terus ambil paket yang paling singkat sebab kasihankan bayi dan tak expect bagaimana kondisi jalan yang bakal di tempuh.. Paket small pada harga IDR 350,000 membawa kami ke 3 lokasi iaitu Museum Sisa Hartaku, Batu Alien, dan terakhir Bangker.. Kondisi jalan ke lokasi terakhir Bangker memang teruk gila sebab berombak sampai kasihan dengan Nuha membuatkan kami langsung tak jadi teruskan dan langsung pulang ke basecamp..

Destinasi kedua ialah Museum Ullen Sentalu tapi sayangnya tak jadi masuk gara-gara tak boleh bawa masuk stroller dan Nuha tengah syok tidur waktu itu jadi tak sanggup nak kacau.. Langsung menuju ke destinasi terakhir iaitu Candi Borobudur dengan plan awal untuk menikmati suasana sunset di sana tapi gagal juga apabila driver beritahu hari bakal hujan jadi mungkin tiada sunset (泣) Sewaktu sampai di sana sudah sekitar jam 1530 dan waktu itu bilangan pengunjung terutama anak sekolah begitu ramai membuatkan kami nyaris mahu langsung pulang hotel sebab malas nak beratur untuk beli tiket di tambah lagi hari yang bakal hujan.. Lucunya bila dah sampai kereta, rupanya kereta pun stuck tidak boleh keluar di tempat parkir gara-gara orang ramai jadi terpaksa juga beratur beli tiket (笑)

Dapat beli tiket pada harga IDR 50,000 per orang di sebabkan punya KTP, baru masuk sedikit di dalam terus kena cari tempat tuduh sebab hujan~ Alhamdulillah ada laluan khusus buat orang kerusi roda dan stroller jadi kami tidak perlu berhimpit dengan orang ramai untuk naik tangga menuju ke candi.. Sewaktu di atas, kami tawakal parkir stroller untuk naik tangga bergambar di atas sehingga jam 1730 iaitu waktu terakhir yang dibenarkan oleh pihak candi untuk orang ramai.. Jalan keluar dari candi menuju ke tempat parkir memang azab sebab pengunjung terpaksa menempuh pasar dengan laluan yang sempit.. Ada dekat 15 minit sepertinya untuk akhirnya kami tiba di penghujung jalan.. Malam itu dinner di hotel kerana sudah malas hendak keluar cari makan~

Day 3
Destinasi pertama ke Candi Prambanan dan bergerak dari hotel sekitar jam 0900.. Sayangnya sewaktu tiba di tempat parkiran, hujan mulai turun dengan deras dan kebetulan Nuha lagi tidur jadi kami tunggu sehingga hujan reda baru keluar beli tiket yang kebetulan dikenakan caj yang sama seperti di Candi Borobudur.. Yang geramnya tiada laluan khusus buat stroller jadi terpaksa menempuh jalan penuh lecak dan waktu itu agak panas membuatkan kami malas hendak stay lama di situ.. Sewaktu keluar dari Candi Prambanan, ada disediakan shuttle pada harga IDR 20,000 per orang yang bawa kami mengelilingi candi-candi lain di dalam area yang sama.. Plan awal hendak ke Pantai Timang pada hari itu tapi apabila memikirkan kondisi jalan yang ambil masa 3 jam lebih untuk tiba membuatkan kami stick pada itinerary asal iaitu ke Tebing Breksi dan Candi Ijo; candi paling tinggi di Yogyakarta..

Aktiviti hari ini lebih banyak ambil foto pemandangan dari atas bukit jadi sekitar jam 1500 sudah selesai itinerary asal.. Kalau ikutkan itinerary sendiri ada plan nak tonton Ramayana Ballet tapi apabila fikir-fikir balik, confirm rugi sebab Nuha bukan jenis nak duduk diam (笑) Ikut plan baru dari isteri yang ingin makan gelato ice-cream di Tempo Gelato.. Setelah itu kami singgah ke Masjid Agung untuk ziarah sebelum lanjut ke Alun-Alun untuk menikmati sunset sambil layan mobil lampu pada harga IDR 50,000~ Makan malam di Bale Ayu Resto yang kebetulan satu jalur dengan hotel yang kami tinggal.. Terkejut harga yang ditawarkan memang agak murah dan biasanya tidak akan dapat kalau makan di Jakarta pada taraf restoran seperti ini~

Day 4
Berangkat dari hotel jam 0930 menuju ke Hutan Pinus untuk destinasi pertama hari ini.. Lokasi tidak terlalu jauh dari kota tapi di atas bukit.. Seperti biasa spot instagram siap tukang ambil gambar pun dia dah sediakan kat setiap spot dengan caj sebanyak IDR 3,000 per gambar sebab di ambil dengan kamera DLR kepunyaan mereka yang kemudiannya akan di transfer ke Android phone via PC.. Untuk makan siang, kami cuba cari restoran terdekat cuma agak kaget rata-rata sudah full sebab pengunjung datang naik bas jadi waiting time ada yang nak dekat 1 jam kalau nak makan (笑) Akhirnya langsung ke destinasi berikut nya iaitu Rumah Hobbit dan makan di warung sambil menunggu hujan reda~ 

Selesai aktiviti berfoto di Rumah Hobbit, kami menuju ke Pantai Parangtritis; kononnya nak bawa Nuha main pasir sekali dia tidur.. Nak jalan sekitar pantai agak jauh jadi sewa kereta kuda pada harga IDR 100,000 untuk bawa keliling sambil foto-foto~ Selesai di pantai, lanjut ke Taman Bunga Matahari untuk lihat-lihat sambil ambil foto sebab bunga dia besar-besar~ Dinner malam itu di Mediterranea Restaurant sebab wife kempunan Pizza~ Istimewa nya restaurant ini sebab berkonsepkan Eropah dan rata-rata pengunjung juga orang luar.. Dalam restaurant juga ada kedai jual roti dan barangan seperti keju dan biskut jadi aku belikan sedikit untuk Nuha~ Sebelum pulang, singgah ke Gladys Shop untuk lihat barangan bayi tapi rata-rata agak mahal (泣)

Day 5
Swimming dengan Nuha sebelum sarapan pagi.. Menyesal pula tidak bawa pelampung sebab rata-rata pengunjung bawa semua~ Checkout jam 1030 dan destinasi pertama ialah kilang Bakpia 25 iaitu pusat ole-ole terkenal di Jogja.. Gara-gara tidak ada sistem antrian yang rapi, ramai orang berkerumun di meja belakang yang berhampiran dengan dapur untuk ambil bakpia yang masih fresh yang baru dimasukkan di dalam kotak.. Stress dengan bilangan pengunjung yang berebut ambil tanpa memikirkan orang yang sudah menunggu lama, aku langsung masuk kereta untuk ke pusat jualan Bakpia 25 yang terletak tidak jauh dari situ.. Ternyata koleksi bakpia di pusat jualan lebih lengkap dan sama fresh nya; malah tidak perlu berebut bagai sebab stok yang tersedia juga banyak~

Selesai belanja bakpia, kami menuju ke Keraton Jogja; istimewanya Jogja ialah Sultan merangkap sebagai Gabenor dan rata-rata keluarga Sultan juga ada yang masih tinggal di Keraton itu.. Mengikut sejarah, kompleks keraton itu di bina pada tahun 1755 namun sempat di musnahkan oleh British sebelum di dirikan semula pada tahun 1876~ Banyak aktiviti di sana seperti pameran wayang kulit dan muzik gamelan yang dimainkan oleh otai-otai Istana.. Makan siang di restoran mirip Keraton juga sebelum berangkat ke airport~ Pesawat jam 1540 tapi lucunya kami tiba di airport jam 1500 gara-gara macet dengan kondisi cuak sebab belum check-in bag walaupun sudah web check-in.. 

Dalam hati sudah tawakal maybe kena hantar beg via post tapi alhamdulillah masih boleh check-in bag gara-gara pesawat belum tiba.. Kalau international flight confirm sudah selamat tinggal tapi sebab kali ini domestic flight mungkin banyak kelonggaran.. Pertama kali dengar bahasa jawa turut digunakan dalam announcement airport sebab kat Jakarta tidak ada~ Pertama kali juga kami mendarat di Bandara Halim Perdanakusuma yang merupakan antara airport paling lama di Jakarta~ Agak stress apabila tempat luggage dia tidak teratur lagi-lagi bila conveyor belt cuma ada 2 dan flight tiba bukan main banyak sampai monitor luggage pun tidak ter update (怒) Antrian taksi juga agak panjang dan agak stress apabila kita tidak boleh pilih sendiri hendak naik syarikat taksi yang mana.. 
     

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC