23 May ~ 4 July - KUALA LUMPUR
Menunggu sekian lama untuk proses mendapatkan visa buat isteri dan anak-anak sejak akhir February dan alhamdulillah visa terima akhir April.. Setelah bincang dengan isteri, kami sepakat untuk tunggu setelah raya sahaja memandangkan aku juga ada beberapa project yang kebetulan bermula betul-betul setelah hari raya jadi nak tak nak memang tak balik raya buat kali pertama sejak bertugas di Indonesia tahun 2013! Penerbangan hari Ahad pagi menggunakan pesawat Garuda jadi Jumaat pagi kena ambil PCR test; alhamdulillah siang tu dah keluar keputusan Negative dan langsung ambil hard copy sebagai syarat untuk naik pesawat~ Bilangan penumpang boleh tahan ramai termasuk orang Indonesia yang kebanyakannya kelihatan seperti pekerja konstruksi.. Pesawat selamat mendarat di KLIA sekitar jam 11 pagi waktu tempatan~ Ketika check-in MySejahtera di KLIA, perasan ada point khusus yang menyanyakan apakah sudah lengkap 2 dos vaksin yang pastinya "game changer" buat Air Travelers selepas ini~
Bagus gila siap kasi penyapu kecik siap-siap sebab memang perlu since nama makan dalam bilik, macam-macam sampah ada |
Mujur juga sudah bawa hasil PCR test siap-siap jadi boleh langsung maju ke lokasi menunggu bas bersama pengunjung lain yang ambil Standard Package Quarantine Station~ Stress bila lihat jumlah hari kena quarantine ialah 14 hari yang baru diumumkan 4 hari sebelum penerbangan aku sebab sebelum ini hanya 7 hari quarantine hotel kalau ada PCR test (-_-") Takdir menemukan kembali dengan seorang Malaysian yang sama aku berkenalan ketika pulang ke Indonesia pada November tahun lalu sebab dia pun kebetulan pulang ke Malaysia mengikut penerbangan yang sama! Ngeri juga bila dia cerita pernah kena Covid-19 ketika quarantine hotel di Jakarta sekembalinya dari Malaysia March lepas yang membuatkan dia terpaksa dipindahkan ke hotel yang lain cuma syukurnya dia tiada symptom yang parah jadi cukup 10 hari dia dibenarkan kembali meneruskan perjalanan~ Kami ditempatkan di Mercure Hotel berdekatan dengan Bukit Bintang dengan bayaran RM140 per hari sudah termasuk 3x makan minum~
Aktiviti cuci baju secara manual yang dulu selalu buat time asrama.. Hotel quarantine kat Jepun dan Indonesia pun sediakan service laundry, nape Malaysia takde eh? |
Check-in di hotel sekitar waktu Zuhur, alhamdulillah size kamar juga sedikit luas berbanding hotel IBIS yang aku dapat September tahun lalu~ Salute dengan management hotel yang cekap dalam pengendalian swab test pada hari ke 10 dan juga sewaktu check out pada hari ke 14 yang mana hampir tiada penumpukan orang dalam suatu tempat yang sama sampai perlu beratur ramai-ramai seperti kejadian di IBIS tahun lalu~ Awalnya minta untuk late check out sebab kena ambil online exam tapi sayangnya tidak dibenarkan dengan alasan QS (Quarantine Station) bukannya hotel (泣) Hari ke-10 kami sudah diberi borang untuk pelepasan sekiranya hendak merentas negeri dan info nya wakil yang ingin hadir perlu ke balai polis untuk apply buat diri sendiri tapi info dari isteri, kalau tinggal di dalam KL tidak perlu (笑) Check-out time memang dah susun per floor tapi dia beri kelonggaran untuk kes khusus macam aku untuk keluar lebih awal supaya boleh balik cepat untuk ambil exam tu~
Peneman sepanjang quarantine |
Hanya sempat bertemu Ummi di Shah Alam sebanyak 2x sepanjang 1 bulan di Malaysia gara-gara pelarangan rentas negeri (泣) Kasihan sebab Rumi pun tak dapat luang waktu yang lama dengan Ummi sejak lahir sebab lahir ketika pandemik dan waktu ada kelonggaran, aku pula sudah di Jakarta dan isteri susah nak handle 2 budak dalam 1 masa untuk ulang-alik Shah Alam~KL (-_-") Booking tiket pesawat pada 4 July sebab kena masuk Indonesia sebelum 13th July kalau tak Visa expired dan kena buat semula.. Beberapa hari sebelum flight, boss dah sounding suruh fikir-fikir dulu sebab keadaan Covid di Indonesia makin teruk sampai beberapa perusahaan Jepun dah mula suruh rakyat depa keluar dari Indonesia sebab beban kesihatan di sana sudah overload dengan pesakit Covid yang setiap hari sekitar 50,000 kes yang terdeteksi~ Minta isteri re-consider untuk balik Jakarta sekali kali ini tapi dok fikir faktor-faktor lain membuatkan kami pasrah sahaja dan nekad untuk pulang bersama~
Dah nak checkout baru dapat gelang pink (笑) |
Tiket pulang Jakarta pada 4th July (Ahad) jadi Jumaat itu kami lakukan PCR swab test di Pantai Hospital; kali ke2 buat isteri dan kali pertama buat Nuha dan Rumi.. Kagum sebab Rumi yang waktu ini berusia hampir 9 bulan tidak menangis sangat waktu kena swab berbanding si kakak yang dah memang meronta-ronta dari awal sebab dah lihat si mak nya kena dulu (笑) Biaya PCR hanya RM220 dan lebih murah kalau di banding di tempat sekitarnya.. Selesai dari situ, aku ke balai polis berdekatan untuk urusan permit kebenaran untuk rentas negeri memandangkan situasi masih MCO dan informasinya perlu ada permit ke KLIA walaupun rencana ke sana naik Limo Taxi KLIA.. Minta permit untuk 4 orang siap tunjuk tiket flight, Visa sebagai supporting doc.. Alhamdulillah tiada masalah dan langsung dapat permit tapi disaran untuk buat salinan untuk semua supporting doc sebagai langkah jaga-jaga kalau di minta ketika roadblock~
Suasana di KLIA yang sepi |
Berangkat ke KLIA sekitar jam 0900 sebab flight pukul 1250 menggunakan Garuda.. Sengaja berangkat awal sebab takut jem kalau ada roadblock.. Alhamdulillah ternyata tidak ada roadblock sama sekali sebab driver taxi pandai ikut jalan dalam sampai tembus hotel tabung haji~ Penerbangan on schedule dan kami tiba di Bandara Soekarno Hatta sekitar jam 2 siang.. Proses imigrasi sedikit terhambat sebab aku kena panggil masuk dalam ruangan gara-gara nama hampir mirip dengan orang yang kena blacklist jadi kena dapatkan approval dari pegawai atasan imigresen baru boleh lepas (笑) Selesai urusan di bandara sekitar jam 4, dan apabila keluar dari bandara, sudah ada petugas hotel yang langsung bawa ke dalam Silver Bird untuk dibawa ke hotel yang sudah aku pilih dari awal untuk karantina selama 6 hari 5 malam~ Aku pilih Wyndham Hotel di Kuningan dengan type bilik mempunyai dapur sebab senang nak urus makan minum dan susu anak~
Antara aktiviti ketika quarantine |
Sebelum masuk bilik, semua kena PCR test dahulu! Makanan boleh pilih antara western dan Indonesian; aku ambil 2 western dan 1 Indonesian just in case tapi turns out Indonesian punya portion lebih banyak dan enak (笑) Sayangnya Nuha masih memilih nak makan jadi ada beberapa hari kami pesan hotel service untuk menu kegemaran dia, ayam goreng~ Aktiviti sepanjang quarantine di hotel menurut aku tidak terlalu banyak beza seperti di Malaysia kerana anak-anak juga dah ibarat macam quarantine juga sebab tidak keluar ke mana-mana cuma beza nya adalah di Malaysia, ada space lebih luas dan banyak barang-barang itu buat anak-anak sibuk tapi di banding dengan hotel yang agak sempit untuk buat apa-apa~ Hari ke-5 kami kena ambil PCR sekali lagi dan alhamdulillah keesokan hari boleh check-out dengan tenang sebab result semua negative dan perlu continue quarantine sehingga hari ke-14 tapi di rumah masing-masing~
p/s "Ya Allah, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari penyakit belang, gila, lepra, dan dari keburukan segala segala macam penyakit." (HR Abu Daud nomor 1554 dan Ahmad).
No comments:
Post a Comment