28 July - KOSHIEN
Member lab telah menunaikan janji untuk membawa ak menyaksikan perlawanan 野球 (Baseball) buat pertama kali di stadium 甲子園 (Koshien); stadium yang agak terkenal di Jpon terutama di peringkat 高校野球 (High School Baseball).. Pada awalnya ak minta untuk dapatkan tiket Giants vs Tigers; perlawanan yang menyaksikan pertembungan 関東 (Kanto) dan 関西 (Kansai) tapi malangnya tiada tempat duduk yang menarik malah kena beli tiket awal sebulan jika nak dapat tempat duduk terbaeeek.. Kebetulan member lab peminat pasukan 中日 Dragons jadi kami bersepakat untuk beli tiket pada hari ke-3 perlawanan tersebut melalui internet (link).. Beli tiket awal bulan, sedar-sedar tarikhnya bertembung pula dengan perlawanan Malaysia vs Singapore (-_-")
Memandangkan perlawanan bermula jam 1800, member ajak gerak awal jadi berkumpul di 南草津駅 (Minami Kusatsu station) sekitar jam 1515.. Mujur kami gerak awal sebab dalam perjalanan, keretapi terpaksa berhenti selama 1 jam lebih gara-gara kemalangan melibatkan kereta bertembung dengan jambatan keretapi dan juga masalah lampu isyarat akibat pancaran kilat.. Hari ke-3 ini juga boleh pula hujan turun; risau juga kalau-kalau perlawanan terpaksa diberhentikan jika hujan terlalu lebat (Kalau batal, duit tiket akan dipulangkan).. Lawak juga sebab ak tidak pernah menonton perlawanan 野球 di TV sampai habis malah peraturan permainan pun ak tidak faham sangat; ini juga merupakan kali pertama ak menonton di stadium; sukan bola sepak yang ak minat pun tidak pernah lagi layan di stadium (笑)
Plan asal nak sampai awal sebab nak lihat pemain memanaskan badan sebelum bermula perlawanan; tapi oleh sebab 電車遅れ (Train late), waktu kami sampai di stadium, perlawanan baru sahaja bermula sekitar 5 minit.. Tempat duduk kami kononnya merupakan spot terbaeek untuk menangkap bola sekiranya pemain memukul "Home run".. Malah kumpulan penyorak 中日 Dragons juga berjarak rapat daripada tempat duduk kami.. Sedang seronok bersorak, lawaknya beberapa minit selepas itu, hujan mula turun dan beberapa penyokong mula berpindah ke dalam untuk makan dan berteduh.. Mahal sungguh makanan dan minuman yang dijual; mentang-mentang tidak boleh bawa dari luar, terpaksa beli kentang goreng di KFC memandangkan tidak banyak pilihan ;)
Penyorak 中日 Dragons daripada Nagoya |
Drum penyorak 阪神 Tigers |
Sementara hujan masih renyai, kami habiskan makanan sambil menonton perlawanan di skrin TV di luar bilik merokok ;) Tabik spring kumpulan penyorak 中日 Dragons; meskipun nisbah mereka mungkin 1/15, tapi sokongan mereka berjaya menyaksikan 中日 Dragons menewaskan 阪神 Tigers 0-2 di tempat lawan.. Sedih juga tidak dapat menyaksikan pukulan "Home run", malah bilangan pukulan yang berjaya di pukul untuk kedua kumpulan juga begitu rendah iaitu sekitar 3~5 pukulan bersih (-_-") Sebelum memasuki stadium, ada beberapa awek jual belon dalam paket; 1 paket berharga 200円.. Rupa-rupanya belon tersebut akan ditiup dan dilepaskan pada pusingan ke-7 perlawanan bagi menghidupkan pusingan tersebut yang terkenal dengan panggilan "Lucky Seven"..
Dahsyat apabila diselubungi penyokong 阪神 Tigers yang asyik marah-marah apabila 中日 Dragons mendahului 0-1 pada pusingan ke-6.. Beberapa awek yang membawa beg berupa botol arak kehulu-kehilir bertanyakan samada hendak beli arak atau tidak kepada para penyokong ;) Aiskrim yang biasa jual di コンビ二 (Convenience store) pada harga 100++円 boleh pula dijual pada harga 250円 o_0 Ketika pemukul mengambil tempat, di skrin ada tunjuk 打率 (Batting average).. Konon nya jika lebih 30% tu dah kira mantap! Sewaktu penyokong berundur ketika perlawanan berakhir, tidak boleh blah keadaan tempat duduk yang agak kotor dengan sampah ditambah lagi dengan belon yang bertaburan.. Rasa macam berada di Malaysia la pulak (笑) Terpaksa beratur panjang untuk naik 電車 (Train) malam itu..
Gadis arak (笑) |
Things to know about 野球
- Sukan paling popular di Jpon ialah 野球
- 野球 mempunyai 9 pusingan
- 9 pemain untuk setiap pasukan
- Setiap pemain mesti mengikut urutan yang ditetapkan untuk memukul bola
- 野球 memiliki zon foul iaitu satu barisan dengan tempat memukul..
- Setiap pemukul memiliki 3 cubaan, jika gagal dalam setiap cubaan, maka dia kena "out"
- Jika pembaling bola gagal membaling dengan kemas, pemukul akan mendapat 1 "ball".. Pemukul dapat maju ke 塁 (Base) apabila mengumpul 4 "ball"
- Pasukan yang menyerang mempunyai 3 "out" samada dari kegagalan memukul bola, atau bola ditangkap oleh pasukan bertahan di udara, atau pemain yang menangkap bola itu membaling ke arah 塁 yang dituju oleh pemain pasukan yang menyerang
- Apabila 3 "out" direkodkan, pasukan yang menyerang akan bertukar posisi menjadi pasukan bertahan dan begitulah sebaliknya bagi pasukan yang bertahan; ia dinamakan "inning"..
- Jika kedua-dua pasukan masih seri pada pusingan ke-9, perlawanan akan diteruskan sehingga satu pasukan mempunyai lebih larian daripada pasukan yang lain..
- Jika bola sepak mengambil masa ± 90 minit untuk 1 perlawanan, 野球 pula tiada waktu tetap.. Biasanya 3 jam diperuntukkan untuk 1 perlawanan
- Di Jpon, 野球 dimainkan hampir setiap hari kecuali hari Isnin
- 1 perlawanan 野球 berjalan selama 3 hari berturut-turut tapi harga tiket dijual berasingan
- Harga tiket bergantung kepada tempat duduk
- Harga tiket paling murah ialah sekitar 1500~1900円 (RM 60++)
Ak syorkan korang tonton video dibawah bagi memudahkan anda memahami peraturan dan cara bermain 野球.. Enjoy!
p/s Sebelum ini dah layan sukan American Futbol di stadium (link), sekarang 野球, bola sepak entah bila ;) Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~
No comments:
Post a Comment