Beberapa minggu yang lepas, sebuah rancangan kuiz bernama "最高脳" telah ditayangkan di TV.. Menariknya ialah rancangan ini menghimpunkan wakil beberapa University terkemuka di Jpon seperti 東大 (Tokyo University) dan 京大 (Kyoto University) untuk bersaing dalam pertandingan kuiz dengan pemenang akan membawa pulang wang 100万円 (RM 380 ribu).. Setiap universiti diwakili oleh seorang 教授 (Professor) dan juga 2 orang pelajar.. Dikhabarkan setiap wakil merupakan pakar level top class dalam bidang yang mereka ceburi..
Senarai wakil universiti yang bertanding:
- 東京大学 A : Kajian mengenai mesin yang boleh mainkan muzik dengan hanya membaca not
- 東京大学 B : Kajian tentang cara melekatkan besi dan gelas tanpa menggunakan gam
- 京都大学 : Kajian mengenai teknik membina sesuatu di tempat yang sukar dilihat?
- 慶応義塾大学 (Keio University) : Kajian tentang hubungan komputer dan manusia
- 早稲田大学 (Waseda University) : Kajian tentang ubat bagi penyakit kanser dan Aids
- 筑波大学 (Tsukuba University) : Kajian tentang gempa bumi, bencana alam
Bagi membuat pertandingan ini lebih menarik, beberapa wakil dikalangan artis turut diundang (2/5 daripada wakil artis merupakan graduan 早稲田大学 yang turut bertanding dalam pertandingan kuiz kali ini).. Markah akan diberikan kepada wakil setiap kumpulan yang berjaya memberikan jawapan yang betul.. 3 kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan layak ke peringkat terakhir yang akan menentukan siapakah yang bakal membawa pulang 100万円 tersebut.. Semua sekali terdapat 10 soalan yang disoal, namun dalam entri kali ini, ak ingin berkongsi 8 soalan seperti dibawah.. Dapatkan anda meneka jawapan yang betul?
Bola di landasan manakah yang akan sampai di garisan penamat paling awal? A. Landasan A B. Landasan B C. Ketibaan bola adalah sama untuk kedua-dua landasan |
Antara A dan B, yang mana satu akan selesai dulu? A. Jarak sempit (A) B. Jarak luas (B) C. (A) = (B) |
Apakah cara paling senang untuk menarik 2 buah lori seberat 8 tan seperti dalam gambar di atas? |
Adakah cerek akan berbunyi apabila air dan ais kering di masukkan? A. Berbunyi B. Tidak berbunyi |
Ke arah manakah belon helium akan bergerak apabila kereta maju ke hadapan? A. Arah pergerakan kereta B. Berlawanan arah pergerakan kereta C. Tidak bergerak |
Apa yang akan berlaku sekiranya kedua belah klip di belon tersebut dicabut? A. Kedua-dua belon menjadi sama saiz B. Belon besar akan mengembang C. Belon kecil akan mengembang |
Musykil dengan jawapan anda? Jangan risau, sebab jawapan-jawapan yang diberikan oleh wakil setiap kumpulan termasuk 教授 juga berlainan! Jawapan bagi setiap soalan adalah seperti turutan dibawah..
Tak jadi apa-apa! |
Landasan yang memiliki banyak cerun akan menghasilkan pecutan |
Lagi pendek jarak antara domino, lagi cepat ia akan jatuh |
Kedudukan beban memainkan peranan penting.. Jika berada di atas iaitu menjauhi titik graviti, maka ia akan melambatkan gerakan.. Jawapan ialah papan kosong akan mencecah lantai terlebih dahulu! |
Berbunyi! |
Manusia akan berundur ke belakang disebabkan inertia.. Namun oleh sebab helium lebih ringan daripada udara, maka ia akan mengikut arah kereta.. |
Ruang udara di dalam belon kecil lebih rapat; tekanan udara di dalam belon kecil akan menolak udara di dalamnya untuk berpindah ke belon besar.. |
Boleh terima dengan jawapan-jawapan yang diberikan?? Lagi menarik ialah antara 3 kumpulan yang layak memasuki pusingan akhir, salah satu kumpulan tersebut ialah kumpulan artis! Mungkin faktor bilangan ahli di dalam kumpulan membantu dalam pengumpulan mata, tapi tak sangka 京都大学 , 早稲田大学, dan 筑波大学 boleh tewas di tangan artis! Kumpulan yang layak ke peringkat akhir termasuk kumpulan artis ialah 東大 A dan 慶応義塾大学.. Ingin tahu kumpulan mana yang berjaya membawa pulang 100万円 tu?? Adakah kumpulan artis sekali lagi akan mencipta keajaiban dengan menewaskan dua buah universiti?! Boleh la tonton sendiri melalui sini~ (笑)
p/s Teringin nak lihat rancangan kuiz sebegini di TV Malaysia..
No comments:
Post a Comment