Filem "Passion of the Christ" yang menceritakan tentang kisah hidup Jesus telah diharamkan untuk ditayangkan di Malaysia kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah penganut Islam.. Filem tersebut pada ak agak menarik kerana menggunakan 100% bahasa Aramaic dan Latin tapi kekuatan filem ini pastilah pada efek seksaan yang diterima oleh Jesus~ Dunia barat telah menghasilkan pelbagai jenis bertemakan Jesus dan hampir keseluruhan menceritakan benda yang sama..
Entri kali ini ingin memperkenalkan sebuah filem daripada Iran yang menceritakan tentang kisah hidup Jesus dari segi Islam.. "The Messiah" menceritakan bagaimana Jesus menghidupkan orang mati, menyembuhkan penyakit dsb ada ditunjukkan di dalam filem ini; namun apa yang membezakan filem ini daripada filem Jesus yang lain ialah pada babak penamat, bagaimana Jesus dinaikkan ke langit dan muka Judas diubah menjadi muka Jesus sehingga dia mengucapkan perkataan, "My God, my God, why hast thou forsaken me" ketika disalib~ Filem ini boleh ditonton secara penuh melalui sini~
p/s Berikut merupakan jawapan Faisal Tehrani mengenai persoalan mengenai kenapa umat Islam tidak bising apabila watak Jesus dimainkan di layar perak melalui entri ini -->
Orang iran bermazhab Jafari. dalam mazhab Jafari ada sistem marja dan taklid menurut fikah mereka. Marja mereka ada 4 kalau tak silap (yang masih hidup). contoh marja yang masih hidup ayatullah ali khamenei dan ayatullah ali sistani. Macam kita, marja kita Imam Syafie, dah lama tiada, jadi kita tak dapat rujuk dia. kalau ada perkara baru yang menuntut hukum baru, kita pun terkial-kial. paling2 kita dapat tanya dua tiga ustaz atau ulama yang tidak sampai status faqih. berbanding kita, marja mereka ini boleh dihubungi untuk ditanyakan apa sahaja. boleh emel misalnya. Saya tak akan terangkan disini. nanti kontroversi. orang pun salah faham dengan saya. eloklah belajar sendiri kalau mahu tahu juga. kesimpulannya hukum melakonkan watak orang suci dibenarkan dalam fikah mereka selagi pelakonnya berakhlak dan tidak sampai menghina nabi dengan cara lakonan mereka. INGATAN: PUN BEGITU berdasarkan PEMBACAAN SAYA, fatwa2 marja orang syiah (fikah Jafari) mengharamkan sebarang lakonan bagi watak Nabi Muhammad saw dan ahlul baitnya (Saidina Ali, Saidatina Fatimah, Saidina Hasan dan Husin serta keturunannya).
untuk kita yang bermazhab ahlus sunnah wal jamaah kita tak ada sistem marja dan taklid. jadi isu ini menjadi problematik. kerana itulah kreativiti kita tersekat. hal ini telah didebatkan panjang lebar apabila Dinsman (aktivis teater tempatan) mahu mementaskan teater berdasarkan kisah Nabi Yusuf a.s. Wallahualam
No comments:
Post a Comment