Followers

Sunday, 17 July 2011

Arsenal Asia Tour 2011


Arsenal merupakan kelab EPL terakhir yang membuat keputusan untuk turut-serta dalam Pesta EPL menentang Malaysia XL sepanjang bulan ini.. Pada mulanya Arsenal dikhabarkan telah menetapkan untuk melawat Jpon namun bencana tsunami yang melanda Jpon telah menyebabkan Arsenal memilih Malaysia sebagai destinasi utama sebelum bertolak ke China beberapa hari kemudian untuk melawan kelab Hangzhou Greentown~ Berikut merupakan skuad Arsenal seramai 23 orang pemain yang turut-serta dalam persediaan pra-musim ini..

Arsenal squad:Wojciech SzczesnyVito MannoneSebastien SquillaciJohan DjourouKieran GibbsCarl Jenkinson Laurent KoscielnyAndrey ArshavinMarouane ChamakhRyo MiyaichiArmand TraoreThomas VermaelenBacary SagnaTheo WalcottAlex SongJack WilshereTomas RosickyDenilsonAaron RamseyEmmanuel FrimpongSamir NasriCarlos VelaRobin van Persie


Malaysia XL 0-4 Arsenal
Pertemuan Arsenal dengan Malaysia merupakan suatu yang begitu dinanti-nantikan oleh seluruh fans Arsenal di Asia Tenggara; kali terakhir Arsenal bertandang ke Malaysia adalah pada tahun 1999.. Kedatangan mereka di sambut dengan begitu meriah sehinggakan beberapa pemain Arsenal merasakan diri mereka sebagai Lady Gaga dengan sambutan hangat daripada peminat ke mana sahaja mereka pergi.. Skuad Malaysia pula menyaksikan kehilangan penyerang berbisa Safee Sali yang terpaksa direhatkan dek kecederaan..

Gambar abang ak siap masuk paper.. (笑)

Rentak permainan Arsenal membuahkan hasil di awal permainan apabila sepakan penalti dihadiahkan setelah Wilshere dijatuhkan oleh pemain pertahanan Malaysia.. Ramsey mudah menjaringkan gol menyaksikan Malaysia ketinggalan 1 gol pada minit ke-5 permainan.. Namun Malaysia bangkit memberikan tekanan dengan mengawal permainan sehingga ball possession hampir setanding dengan Arsenal; suatu pencapaian yang wajar dipuji memandangkan Arsenal memang terkenal dengan kemahiran mengawal bola.. Kemasukan gol kedua oleh Walcott sebelum berakhir babak pertama telah mengganggu konsentrasi pemain Malaysia untuk memburu gol..


Babak kedua pula menyaksikan Arsenal membawa masuk beberapa bintang yang ditunggu-tunggu seperti Nasri dan Van Persie; kagum dengan sorakan penyokong yang teringin melihat Nasri kekal dengan Arsenal di musim akan datang.. Carlos Vela menjaringkan gol yang sukar dilupai peminat sebelum Rosicky menutup tirai jaringan pada malam itu menerusi tandukan di minit-minit akhir permainan.. Permainan Malaysia agak mengecewakan kerana gagal memberikan tekanan kepada penjaga gol Arsenal; banyak peluang disia-siakan dan bola banyak terlepas.. Penyokong bersorak apabila skill mengawal bola pemain Malaysia menjadi tapi malangnya, gagal menghasilkan jaringan..


Hangzhou Greentown 1 -1 Arsenal
Beraksi dihadapi penyokong seramai 20 ribu, Arsenal gagal membawa pulang kemenangan dengan hanya mencatat keputusan seri menentang kelab dari China ini.. Lagi mengejutkan ialah Arsenal ketinggalan 1-0 pada minit ke-16 hasil kesilapan penjaga gol yang agak gelabah menahan bola.. Squilaci juga gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti -_-" Gol Arsenal hadir pada hujung separuh masa pertama hasil bola muntah yang disudahkan oleh Vela.. Separuh masa kedua pula menyaksikan serangan Arsenal yang bertalu-talu namun berjaya dihalang oleh pertahanan Hangzhou.. 



感想 (View)
Wenger menyifatkan Asia Tour kali ini berjaya dengan skuad bakal kembali ke London tanpa sebarang kecederaan.. Malah Arsenal juga berjaya meningkatkan populariti di Asia= Pertama kali pemain Arsenal menyarung jersi yang mempunyai tulisan kanji bagi nama pemain! Seperti biasa di Malaysia kecoh orang mempertikaikan kenapa memakai jersey Arsenal ketika bertandang ke Stadium Bukit Jalil; pelbagai jawapan boleh diberi, tapi ak suka dengan jawapan yang diberi sendiri oleh penulis blog Arsenal melalui gambar di bawah (Slogan tersebut merupakan hasil idea forum AMG yang ak sendiri beraksi sebagai moderator untuk forum tersebut)


‎"One of the banners inside the 87,000 capacity Bukit Jalil Stadium summed it up nicely – 'Gunners in my heart - Tigers are my soul'. The match brought a whole new meaning to the phrase 'club v country'. These fans simply chose to support both." (link)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC