Followers

Wednesday, 20 July 2011

AIDA

16 July - OSAKA


Setiap tahun RITS ada menyediakan beberepa keping tiket khas percuma untuk 留学生 (Foreign students) menyaksikan teater muzikal keluaran 劇団四季 (Shiki Theater Company), sebuah syarikat teater yang begitu terkenal di Jpon.. Memandangkan ini merupakan tahun terakhir ak sebagai pelajar RITS, ak membuat keputusan untuk menyaksikan sendiri teater muzikal buat pertama kali; AIDA yang dilangsungkan di 劇団四季 Osaka, hanya 4 minit daripada 大阪駅 (Osaka Station) 桜橋出口 (Sakurabashi exit) dengan berjalan kaki..  Waktu persembahan bermula pada jam 1730; ada waktu rehat pada jam 1900 selama 20 minit dan persembahan bersambung sehingga jam 2030!


AIDA
Aida merupakan musikal yang digubah oleh Elton John, lirik oleh Tim Rice dan dihasilkan oleh Teater Disney.. Mula dipertontonkan di Broadway pada Mac 2000,  Aida telah berjaya merangkul pelbagai anugerah termasuk anugerah Grammy! Aida mula dipersembahkan di Jpon pada tahun 2003, dan tahun ini merupakan tahun ke-5~ Jalan cerita mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di zaman Mesir Purba.. Seorang general Mesir telah jatuh cinta dengan seorang puteri Nubia ketika kedua buah negara sedang berada di dalam kancah peperangan.. Tragis apabila pasangan tersebut dihukum tanam secara hidup-hidup setelah didapati bersalah.. Tema musikal ini adalah "cinta itu hidup buat selama-lamanya"

Gambar yang diambil secara haram tanpa pengetahuan staff teater (笑)

感想 (View)
Teater ini dipentaskan di bangunan tingkat 7.. Tiket masuk paling murah ialah 3000円 (RM 113); jika bukan kerana tiket percuma, memang harapan la nak layan persembahan macam ini (笑) 劇団四季 siap menyediakan kaunter khas untuk 留学生 mengambil tiket masing-masing; konon nya pelbagai universiti sekitar 関西 (Kansai) ada peruntukan tiket khas untuk 留学生.. Tiket yang kami dapat adalah di tingkat 2; tangkap gambar adalah dilarang sama sekali, paling menarik ialah 圏外 (No coverage) di dalam teater! Mati-mati ingat teater ini di dalam 英語 (English) sekali rupanya 日本語 (Japanese) -_-" Boleh tahan juga bilangan pengunjung yang hadir untuk menyaksikan teater musikal begini.. Secara keseluruhan, agak menarik tapi yang pasti ak tak akan pergi lagi jika kena bayar pakai duit sendiri (笑)


p/s Terlepas perlawanan Malaysia Xl vs Liverpool dan Arsenal vs Huangzhou Greentown gara-gara tidak boleh cancel tiket ini sebab dah 予約 (Booking) awal

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC