11~28 June - JAPAN
Sejak menjejakkan kaki di bumi Indonesia pada awal June 2013, aku diberi pilihan samada mahu pulang ke Malaysia atau ke Jepun memandangkan 規定 (Regulation) syarikat menyediakan keutamaan kepada pekerja yang sudah bekerja lebih daripada 6 bulan untuk pulang bertemu keluarga.. Kendatipun aku ke Indonesia sebagai orang Jepun, namun aku leibh rela pulang ke Malaysia kerana di situlah keluarga sebenar aku menetap.. Maka aku hanya akan pulang semula ke Jepun sekiranya ada urusan kerja yang pada aku seolah-olah tidak mungkin memandangkan aku belum mencapai tahap untuk menguruskan bisnes dengan orang Jepun secara terus; pasti melalui boss aku terlebih dahulu memandangkan dia kepala 営業 (Sales).. Jadi kepulangan aku ke Jepun pastilah urusan 就労ビザ更新 (Update work permit) memandangkan visa kerja aku bakal habis pada Mac 2015..
Itulah yang aku fikir sejak tahun lalu sehinggalah aku mendapat email daripada 研修センター (Training Center) di syarikat yang memaklumkan tentang ジュニア研修 (Junior Training) yang berlangsung pada 16~27 Jun.. Kepulangan aku ke Jepun setelah setahun di bumi Indonesia ditambah lagi dengan masa yang terhad membuatkan aku perlu membuat plan dengan rapi.. Bukan sahaja ジュニア研修, aku juga perlu melawat sebuah kilang di Iwaki, Fukushima Prefecture untuk mengenal pasti keadaan kilang memandangkan kami baru sahaja mendapat projek besar M/E di Purwakarta, Indonesia jadi aku perlu mengambil gambar sebanyak yang mungkin bagi membantu sewaktu proses instalasi mesin.. Lawatan ke kilang ditetapkan pada 12 Jun membuatkan aku perlu mendapatkan tiket pada 11Jun.. Selain itu, aku perlu menghadiri kursus lain di perusahaan tentang management; awalnya mahu dilakukan pada 30 Jun, tapi dah alang-alang 13 Jun itu free, aku minta tukar ke 13 Jun sahaja..
Sengaja nak balik awal ke Indonesia sebab tak mahu menjalankan ibadah puasa di situ (笑) Sewaktu memilih penerbangan, awalnya aku ingin naik JAL atau ANA, tapi harga tiket yang melampau-lampau sehingga mencecah 14万円 (RM 4k) membuatkan aku tiada pilihan lain untuk menggunakan Garuda Airlines.. Sengaja pilih nak turun di Haneda kerana dekat dengan office, tapi sayangnya kalau naik flight malam 11hb tidak turun di Haneda tapi Narita.. Mendarat di Narita sekitar jam 0900, pastu nak kena rushing pergi ke Iwaki untuk jumpa client semestinya bukan tindakan yang bijak.. Akhirnya solusi yang aku ambil ialah mengambil flight dari Jakarta pada jam 0700, transit ke Bali pada jam 1430 dan tiba di Haneda pada jam 2230; flight balik mujur tiada transit tapi naik dari Haneda pada jam 0030 dan tiba di Jakarta terus pada jam 0600 pada harga 8万円 (RM 2.4k)
Ini juga merupakan kali pertama aku naik penerbangan domestik dan agak terkejut dengan sekuriti dia yang seolah-olah naik bas! Sepanjang dalam flight, aku ditempatkan di bahagian belakang sekali dengan 3 seat bersebelahan dengan 2 cewek Indonesia.. Rupa-rupanya mereka bekerja bersama Garuda tapi di bahagian Sales di pulau berhampiran dengan Papua.. Ada di Jakarta selama 2 hari untuk menghadiri training dan pulang! Dengan bangganya mereka menunjukkan harga tiket yang mereka bayar cuma IDR 75k (RM 18) untuk pergi ke Bali (笑) Apabila berborak dengan mereka baru aku dapat tahu bahawa Jakarta dan Bali berbeza 1 jam (Bali sama waktu dengan Malaysia!) Tiba di Bali sekitar jam 1030, aku mempunyai masa 4 jam untuk dihabiskan sebelum berlepas ke Jepun.. Cuba untuk mencari teksi Blue Bird tetapi sayangnya yang ada di kawasan airport ialah teksi persendirian; syarikat teksi cuma dibenarkan untuk turunkan penumpang sahaja..
Aku cuba untuk nego harga tapi terkejut apabila diberi harga IDR 200k (RM 60) hanya untuk membawa aku jalan-jalan di Bali! Akhirnya aku minta staff Garuda Indonesia untuk bantu nego harga dan bawa aku jalan-jalan di situ dan tiba semula di airport terminal 3 untuk pelepasan antarabangsa.. Terminal 3 ini masih baru dan secara jujurnya aku terkejut dengan majoriti orang mat salleh di dalam airport itu seolah-olah aku berada di negara mereka! Kehausan membuat aku terpaksa membeli air minum di dalam airport; terkejut bila diberitahu harga air botol minuman biasa kalau aku beli di 7E sekitar IDR 4k (RM 1.20) tapi di airport Bali kena bayar IDR 18k (RM 5) !! Bukan itu sahaja, harga tax airport Bali ialah IDR 200k, melebihi harga standard di Jakarta yang cuma IDR 150k! Pintu pelepasan Garuda di terminal itu juga paling jauh berbanding penerbangan lain; kena jalan kaki lebih 20 minit baru tiba!
Alhamdulillah penerbangan berjalan lancar dan aku selamat tiba di bumi Tokyo sekitar jam 2230 waktu tempatan.. Agak terkejut dengan keluasan Haneda Airport yang lebih besar berbanding tahun lepas sehingga terpaksa jalan lagi panjang menuju ke tempat mengambil bagasi (笑) Sebaik selesai urusan imigrasi, aku lantas maju ke tingkat 3 dengan menggunakan lift untuk solat jamak qasar Maghrib dan Isya' terlebih dahulu di surau yang disediakan.. Surau ini juga baru didirikan sewaktu aku berada di Indonesia.. Lokasi dia sebelah dengan JAL ABC dan berhadapan dengan Check In Garuda.. Bila melihatkan ada 2 wanita di dalam surau itu, aku fikir orang Indonesia.. Tapi selepas di tegur, rupa-rupanya orang Malaysia yang datang melancong ke Jepun.. Mereka terlepas trip ke Osaka pada hari itu jadi tumpang tidur di airport sebelum mengambil bas pada keesoakan harinya.
Bijak juga tidur di airport daripada duduk di hotel sebab free (笑) Selepas solat, aku lantas menuju mengambil 京急 (Keikyuu Train) menuju ke 川崎 (Kawasaki) dan daripada situ tukar ke JR menuju ke 鹿島田 (Kashimada).. Hujan sedikit pada malam itu namun agak terkejut dengan bilangan umat manusia pada malam Khamis dengan jam menunjukkan waktu 00:00 tapi orang masih ramai samada pulang dari minum-minum atau baru habis kerja.. Selamat tiba di hostel sekitar jam 00:30, mujur ada member tolong bukakan pintu sebab manager hostel sudah lama tidur! Ternyata bukan senang hendak melelapkan mata malam itu sebab jet lag 2 jam (笑) Keesokan harinya bermulalah kehidupan 社会人 (Worker) menggunakan 電車 (Train) ke office dengan lautan manusia berhimpit-himpit seperti tahun sebelumnya (笑)..
... To be continued
salam jumaat..
ReplyDeletelama tak follow cerita sampai kompius sekarang ni masih kerja kat Jepun ke dah balik Malaysia..?
salam sabtu..
Deletehuhu.. sejak tahun lepas lagi dah kena transfer dari Jepun ke Indonesia.. Dah lebih setahun kat sini.. ;)
salam jumaat..
ReplyDeletelama tak follow cerita sampai kompius sekarang ni masih kerja kat Jepun ke dah balik Malaysia..?